Sunday, January 31, 2021

Nasib Praktikal

Assalamu'alaikum W.B.T.

Memandangkan kes korona masih galak menaik menurun dan tak menunjukkan tanda untuk berhenti di negara kita sekarang, jadi teaching practicum saya pun macam tak ada arah tujuan sekarang ni. Jadi sekarang saya sedang tunggu arahan kulliyyah tentang perkara ini.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Saya sebenarnya tak sabar nak habiskan praktikal cepat cepat tapi dalam masa yang sama rasa takut dan tak bersedia untuk mengajar, lagi lagi mengajar online kan. Mesti awkward kan sebab tak pernah jumpa pun students tu. Ke tak?

Hmm takpelah kita tunggu sajalah kan. Cakap banyak pun tak jadi apa juga. Okay sekarang saya cuba untuk buat seberapa banyak kerja rumah sementara duduk di rumah. Tadi alhamdulillah berjaya basuh kereta dengan adik perempuan saya. Dua dah basuh, tinggal satu lagi sebab Abah saya bawa ke sekolah tadi.

Ruang tamu pun dah selesai hari tu lagi. Buat dengan adik perempuan saya juga. Dia setia bersama saya walaupun sibuk dengan assignment. Tandas semua dah basuh kecuali dalam bilik abang saya. Apa lagi ya? Banyak lagi sebenarnya benda kena buat tapi biasalah tahap ketidakrajinan sentiasa memuncak dalam diri saya. Hihi. 

Projek paling besar saya rasa kemas stor lah. Banyak benda kena buat kalau dah start sebab stor tu penuh dengan barang barang penting dan berharga jadi susah sangat nak pilih barang mana yang patut dibuang. Bila nak buang je rasa berharga. Hmm. Okaylah sampai sini dulu bebelan malam terakhir Januari 2021. Cepat je kan masa berlalu? Tanpa sedar dah nak masuk bulan dua. 

31 January 2021 (Sunday) 11:34 PM

Saturday, January 30, 2021

Rooftop Prince

ROOFTOP PRINCE
ROOFTOP PRINCE
ROOFTOP PRINCE
ROOFTOP PRINCE
ROOFTOP PRINCE
ROOFTOP PRINCE
ROOFTOP PRINCE
ROOFTOP PRINCE
ROOFTOP PRINCE
ROOFTOP PRINCE

Okay dah cukup untuk menunjukkan yang saya suka sangat dengan drama ni. Sekali dengan adik saya yang tak pernah pernah nak layan cerita Korea jadi tersuka juga dengan drama ni. 

Walaupun ia drama lama iaitu tahun 2012, sembilan tahun lepas dek tapi tetap terkesan di hati ini bila tonton balik. Memang best lah cerita dia. Susah nak diungkapkan dengan kata kata. 

Sedih sangat bila dah habis tengok drama tu sebab tak ada lagi benda yang menceriakan hari hari saya cewahh. Tapi serious! Hmm takpe lah. Setiap permulaan ada pengakhirannya. Betul tak? 

Dah lama sebenarnya saya tak layan cerita Korea tapi bila dah tertengok cerita ni jadi nak tengok cerita lain juga kahkah. Jadi sekarang saya sedang tengok balik drama Weightlifting Fairy Kim Bok Joo. 

Kedua dua drama ni saya dah tengok dulu tapi repeat tengok sebab bukan ingat pun jalan cerita dia sebab dah lama kan. Boleh lah saya enjoy hidup ni buat sementara waktu sebelum start teaching practicum bulan dua nanti. 

Okay bye!

Tuesday, January 26, 2021

My Sister's Anniversary


Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang kedua kakakku! Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru sangat kakakku mendirikan rumahtangga dengan jejaka pilihannya. 

Semoga mereka sentiasa bahagia dan menghadapi susah senang bersama dengan penuh kesabaran. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka. Semoga mereka diberikan kebaikan oleh Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat. 

Saya doakan kakak dan abang ipar saya dikurniakan cahaya mata yang comel dan soleh solehah. Mereka masih belum dikurniakan anak tapi saya tahu Allah mempunyai perancangan yang terbaik dan menyediakan masa yang sesuai untuk mereka menimang anak. 

Saya ingat lagi pada hari perkahwinan mereka. Saya rasa ia adalah antara perkahwinan paling simple yang saya pernah tengok dalam hidup saya selain perkahwinan abang saya. Senang kata majlis kahwin ahli keluarga saya memang simple lah. 

Kakak saya hanya pakai bedak saja masa kahwin. Kiranya tak bersolek sangat lah. Baju pun beli yang dah siap di Jakel. Pelamin pun tak ada. Ambil gambar di sofa saja. Alhamdulillah tak ada pening pening sangat nak fikirkan pasal perkara ni. 

26/1/2021 (Selasa)
Atas katilku. 

Friday, January 22, 2021

Perkongsian Hadith #6

عن معاذ رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: يكون في آخر الزمان أقوام إخوان العلانية أعداء السريرة فقيل: يا رسول الله، فكيف يكون ذلك؟ قال: ذلك برغبة بعضهم إلى بعض، ورهبة بعضهم إلى بعض. رواه أحمد 

Sayyidina Muaz R.A. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda, "Akhir zaman nanti akan ada golongan yang bersaudara secara zahir bermusuhan secara batin". Ada orang bertanya, "Bagaimana keadaan ini boleh terjadi?" Baginda S.A.W. bersabda, "Kerana kepentingan diri masing-masing mereka bersaudara secara zahir dan kerana keadaan saling takut antara mereka maka mereka saling bermusuhan secara batin." (Musnad Ahmad)

Keterangan: Maksudnya ialah asas keadaan bermusuhan dan berkawan antara manusia (pada masa itu) ialah kepentingan diri bukannya untuk mencari keredaan Allah S.W.T.

Sumber: Muntakhab Ahadith (Syaikh Muhammad Yusof Kandhalawi rahimahu Allah) Page 543

Thursday, January 21, 2021

Taman Hijau

Taman Tokbah


Assalamu'alaikum W.B.T. 

Saya throwback gambar 7 Januari 2021. Masa tu tengah hujan lebat dan banjir di seluruh Kelantan. Depan rumah saya pun naik air. Ingat lagi masa tu saya tengah stress sebab ada tiga final exam. 

Tapi saya ambil kesempatan untuk ambil angin luar sikit. Kalau tidak terperap dalam bilik kan. Best lah boleh teman anak anak saudara tengok air banjir. Nak bagi main lebih lebih pun tak berani. 

Lepas tu pergi tengok taman baru Abah aka Tokbah. Tokbah tambah satu lagi kolam ikan. Handmade semuanya. Mula mula proses menggali dan angkut batu dibuat oleh Abah, abang abang dan adik lelakiku. 

Lepas dah siap yang tu, Abah buat sendiri semuanya mengikut citarasa beliau. Cantik sangat! Kenapa saya tak dapat mewarisi kekreatifan Abah saya ya? Hmm takpelah. Saya bersyukur sangat sebab lahir dalam keluarga yang gemarkan nature. 

Abah dan Umi saya sama saja. Sukakan pokok, binatang seperti ikan. Sebab tu lah rumah kami dipenuhi dengan pokok pokok dan juga kolam kolam ikan. Alhamdulillah. Kalau nak harapkan kami adik beradik, memang tak terbuatlah.

Tapi adalah juga kami tolong mereka buat itu ini. Hihi. Kami anak yang baik kahkah. Hmm okaylah sampai di sini dulu coretan saya untuk kali ini. Semoga bertemu lagi! Assalamu'alaikum. 

Wednesday, January 20, 2021

Perkongsian Hadith #5

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: بلغوا عني ولو آية. رواه البخاري

Sayyidina Abdullah bin Amr R.A. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda,"Sampaikanlah bagi pihakku walaupun satu ayat." (Bukhari)

Keterangan: Maksud hadith di atas ialah hendaklah kita berusaha untuk menyampaikan perkara-perkara agama sedaya mungkin. Ada kemungkinan bahawa apa-apa sahaja yang kamu sampaikan itu walaupun pendek (ringkas) tetapi boleh menjadi sebab orang lain mendapat petunjuk yang pahalanya akan didapati oleh kamu juga dan kamu akan diberi berbagai-bagai ganjaran. (Mazahir Haq)

Sumber: Muntakhab Ahadith (Syaikh Muhammad Yusof Kandhalawi rahimahu Allah) Page 605

Tuesday, January 19, 2021

Suatu Masa Dulu

13 Years Ago


Berdasarkan gambar berikut boleh saya simpulkan bahawa kami balik ke Jerantut Pahang rumah Tok dan Aki, dan on the way balik ke rumah, kami singgah ke rumah adik Abah iaitu Pakcik dan Makcik di Kuantan. 

Kalau berdasarkan ingatan memang tak ingat lah bila ni. Saya agak mungkin tahun 2008 sebab adik bongsu saya macam umur setahun. Saya berterima kasih sangat dekat Makcik sebab selalu ambil gambar kami buat kenangan. 

Bye!

Monday, January 18, 2021

Perkongsian Hadith #4

عن أنس رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: كل ابن آدم خطاء وخير الخطائين التوابون. رواه الترمذي

Sayyidina Anas R.A. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W. bersabda, "Setiap anak Adam akan melakukan kesalahan dan pesalah yang paling baik ialah yang selalu bertaubat." (Tirmizi)

Sumber: Muntakhab Ahadith (Syaikh Muhammad Yusof Kandhalawi rahimahu Allah) Page 336

Sunday, January 17, 2021

Perkongsian Hadith #3

عن معاذ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من بر والديه طوبى له زاد الله في عمره. رواه الحاكم

Sayyidina Muaz R.A. meriwayatkan bahawa Rasululllah S.A.W. bersabda,"Sesiapa yang berlaku baik terhadap kedua-dua ibu bapanya maka berita gembira untuknya bahawa Allah S.W.T. akan memanjangkan usianya." (Mustadrak Hakim)

Sumber: Muntakhab Ahadith (Syaikh Muhammad Yusof Kandhalawi rahimahu Allah) Page 470

Wednesday, January 13, 2021

Dr. Arifin Mamat

Last Class of Semester 1, 2020/2021

Apahal saya punya lighting selalu gelap!

Kelas tadi adalah kelas terakhir untuk sem ini. Banyak sangat pesanan lecturerku Dr. Arifin Mamat tentang kehidupan perguruan yang bakal kami tempuh bermula dari teaching practicum. 

Ustaz juga suruh kami janji untuk jadi guru yang produktif, optimis, berjiwa muda dan sentiasa bersemangat untuk mengajar. Jangan mengajar ala kadar. In shaa Allah kami akan jadi guru yang cemerlang. Aamiin ya Rabb.

Sepanjang beberapa minggu kelas ini, kami tonton video microteaching setiap kumpulan dan kami komen sama ada positif atau negatif, bertujuan untuk memperbaiki kualiti mengajar dan untuk tahu apa yang kita patut buat dan tak patut buat masa mengajar. 

Ustaz seorang yang sangat prihatin tentang pelajarnya. Semua nama pelajar ustaz ingat termasuk asal mana dan lain lain. Ustaz sangat bersemangat mengajar kami dan nak kami jadi guru yang terbaik. Tapi saya memang jarang sangat aktif dalam kelas ustaz sebab ramai yang perform jadi saya ni watak sampingan je lah kahkah. 

Tapi dua atau tiga kelas terakhir ni saya boleh dikatakan aktif jugalah. Alhamdulillah ustaz berpuas hati dengan microteaching saya walaupun ada beberapa perkara yang saya perlu baiki seperti suruh pelajar bagi contoh untuk setiap lesson tu supaya kita tahu dia faham atau tidak. 

Microteaching saya ambil adik adik saya jadi pelajar, guna projector abah saya. Walaupun spontan alhamdulillah menjadi. Semua adalah dari Allah S.W.T. Saya harap saya akan jadi guru cemerlang dan membuatkan pelajar minat bahasa Arab. 

Tapi sebelum tu saya sendiri kena kuasai bahasa Arab. In shaa Allah. Doakan saya ya. Okaylah saya rasa sampai sini dulu coretan saya hari ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Aamiin ya Rabb. 

Tuesday, January 12, 2021

Anak Orang


Dulu budak ni susah sangat nak main dengan orang lain termasuklah mak mak saudara dia. Asyik duduk dengan umi dia saja. Lagipun masa dia membesar saya banyak duduk di universiti. 

Sekarang lepas pkp semua, kami jadi lebih rapat dan baru saya tahu yang dia manja sangat walaupun lelaki. Tapi disebabkan saya ada kelas online sebelum ni, tak boleh main lama sangat lah dengan dia. 

Kalau dia start nak masuk bilik saya, saya terus tutup pintu sebab ada kelas atau kena siapkan assignment. Bila dah habis sem ni, tiba tiba pergi rumah datuk nenek dia sebelah sana pula. Tak sempat nak main lama lama. 

Saya sayang sangat budak ni tapi bila dia buat benda tak patut mula lah saya rasa geram. Sama lah juga dengan kakaknya. Kalau dah main bukan nak simpan kahkah. Saya kena pegang rotan dulu baru nak simpan. 

Tapi saya tak buat lah depan mak dia. Bila mak dia ada saya biarkan je lah. Haa kau tunggu lah mak kau masuk bilik, aku ambil rotan acah acah nak rotan lah tapi tak pun. Budak ni kena ajar awal awal cara kemas rumah semua. 

Nanti besar tak pandai nak buat itu ini. Nak ajar senang je, kita tunjuk contoh. Macam kalau kita makan gula gula, terus buang plastiknya dalam tong sampah. Alhamdulillah part tu anak saudara saya lulus. 

Takpelah. Slow slow je lah ajar lagipun mungkin mak dia ada cara lain untuk ajar anak kan. Tapi mak saudara ni pun ada cara tersendiri juga kahkah. Hmm okaylah bye! 

Monday, January 11, 2021

Dr. Zakaria Omar

Pertama kali masuk kelas ustaz dan belajar dengan ustaz, rasa takut sebab ustaz garang sangat. Kelas lepas lepas tu pun still garang tapi makin saya mengenali ustaz, saya rasa ustaz baik sangat sangat. Memang style ustaz bercakap macam garang. 

Saya suka bila ustaz betulkan saya punya nahu. Walaupun kena marah saya tetap sayang ustaz. Dalam kelas tu siapa je yang tak pernah kena marah kahkah. Lagilah rasa lega sebab semua kena marah kan, jadi tak rasa malu sangat.

Tapi saya tahu ustaz marah untuk kebaikan kami semua. Tak perlulah kita terasa hati atau tak puas hati dengan ustaz hanya sebab kena marah. Jangan jadi spoiled learner. Lepas habis final exam, kawan kawan saya ucap terima kasih dekat ustaz dalam group.

Lepas tu ustaz jawab dan saya menangis sebab saya rasa ustaz sangat ikhlas. Terima kasih ustaz untuk semua ilmu yang telah ustaz curahkan kepada kami semua. Walaupun tak pernah jumpa face to face dan tak pernah kenal pun sebelum ni, saya rasa dekat sangat dengan ustaz. 

Semoga ustaz sentiasa sihat dan diberi kebaikan oleh Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat. Aamiin ya Rabb. Bye assalamu'alaikum. 

P/S: Dr. Zakaria Omar mengajar subjek Arabic for Academic Purpose di mana kami kena buat maqal, bahas dan lain lain. 

Dr. Omar Kalash

Throwback

Last class bersama Dr. Omar Kalash. Masa mengajar bukan main serious lagi ustaz. Tapi masa last class baru saya sedar ustaz sangat baik dan pemurah. 

Kalau tak silap saya, masa ni saya tahun ketiga sem pertama. Ustaz ajar subjek Fiqh Usrah. Best tajuk ni dan saya ingat lagi kumpulan saya present pasal tajuk penceraian. 

Assignment yang ustaz bagi semua senang senang alhamdulillah dan selalu dapat markah secepat yang mungkin. Kami kena buat mind map, carta dan kuiz pun senang. 

Dah lah sem tu saya rasa boleh tahan susah. Tapi bila ustaz punya subjek senang, saya bersyukur sangat. Masa last class ustaz belanja kami makan. 

Ustaz tak pernah pakai pakaian lain selain jubah. Sama ada jubah putih atau hitam. Handsome dek. Bayangkan macam mana saya nak fokus dengan ustaz di depan. Hmm okay saya dah mengarut dah.

Bye!

Sunday, January 10, 2021

Dr. Wan Rusli

No more attendance check like this, every Tuesdays and Thursdays. 

Perasaanku bercampur baur. Gembira kerana dah nak habis belajar dan tak perlu berkejar buat assignments dan tak ada kelas dah dari Isnin hingga Khamis. 

Tapi sedih juga sebab dah tak belajar dengan lecturer kesayangan. Semua lecturer saya sayang tapi antara yang paling saya sayang adalah Dr. Wan Rusli.

Banyak saya belajar daripada beliau. Beliau sangat hebat dalam bahasa Arab. Beliau cakap Arab sepetah dan selaju orang Arab bercakap. Banyak sangat ilmu dan selalu encourage kami untuk kuasai bahasa Arab. 

Beliau juga sangat sangat sangat baik dan penyabar. Jarang sangat nak tengok beliau marah dan saya rasa tak pernah pun tengok beliau marah. Beliau seorang yang sangat rajin. 

Beliau sentiasa bersedia untuk menjawab soalan soalan pelajar. Semua lecturer saya memang macam tu alhamdulillah. Cuma pelajarnya yang tak ada soalan kahkah. 

Memang jarang betul bertanya. Kalau banyak tanya pun pasal tajuk apa yang masuk exam atau format exam macam mana. Dr Wan Rusli memang sabar layan kerenah kami. 

Itulah sebabnya kalau lecturer lain saya jarang jawab atau buka mic tapi kalau beliau saya sentiasa bersedia untuk jawab walaupun salah, hihi. Bias ke macam tu? Saya sayang semua lecturer saya. 

Terima kasih kepada semua lecturer yang tak jemu mengajar kami sepanjang empat tahun kami menimba ilmu di universiti. Saya harap kami dapat jadi sehebat lecturer kami. 

Semoga semua lecturer sentiasa sihat walafiat dan dapat terus berbakti kepada anak anak bangsa. Jasa mereka akan saya ingat selalu. Okaylah nak solat. Tengah tunggu Abah saya siap. Adik dengan abang saya tengah bercakap pasal tahfiz mereka. 

Adik perempuan saya sedang tidur sebab dia sakit perut. Kesian dia. Jarang saya tengok dia sakit. Tapi kalau dah sakit teruk terus. Semoga dia sentiasa kuat dan dipermudahkan urusannya untuk siapkan semua assignment dengan lancar dan cemerlang. 

Bye!

Saturday, January 9, 2021

Banjir

7 December 2021


Bukan main seronok eh budak dua orang ni main air. Itupun celup kaki sikit je dalam air. Takpelah, bukan selalu kan boleh masuk dalam air macam ni kahkah. 

Beberapa jam lepas tu, air makin naik dan memenuhi jalan raya dan rasanya masuk dalam rumah jiran perumahan depan. Tapi malam tu dah surut balik.

Okay bye!

It's Done!

الحمدلله على كل حال

Assalamu'alaikum W.B.T. 

Saya bersyukur kepada Allah kerana sentiasa beri saya kekuatan dalam menempuh segala dugaan dan cabaran dalam segala perkara, dan sentiasa permudahkan segala urusan saya. Hari ini saya telah selesai semua perkara yang berkaitan dengan pelajaran dalam semester ini.

Pada 5/1, saya exam subjek Modern Arabic Literature. Walaupun saya mengarut saja masa jawab, tapi akhirnya lepas juga haha. Pada 8/1 iaitu semalam saya exam subjek Arabic for Academic Purpose. Sepanjang hidup saya jawab exam, exam ni lah yang paling mengarut saya jawab.

Tadi, saya ada exam syafawi subjek Arabic Speech. Punyalah nervous sampai rasa nak muntah. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Banyak juga kena baca dan hafal tapi alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah. 

Jadi kiranya ada tiga final exam lah kan. Rasa macam mimpi pula dah habis sem. Tinggal teaching practicum saja lagi in shaa Allah. Itupun tak tahu macam mana lagi sebab sekarang kes korona sedang meningkat naik dengan mendadak.

Jadi tak tahu lah sekolah akan buka ke tak. Kena tunggu pengumuman rasmi Perdana Menteri Malaysia hari Isnin nanti. Ingat, semua yang berlaku semuanya sudah tertulis sejak azali lagi. Hmm okaylah bye!

Saturday, January 2, 2021

Good News

Congratulations Kak Izzah!

Kak Izzah dah selamat lahirkan anak lelaki pada pukul 3.28 pagi hari ini, 2/1. Sihat sangat alhamdulillah, beratnya 3.18 kg walaupun doktor kata dia bayi pramatang. Ahamdulillah dipermudahkan urusan kak Izzah melahirkan.

Sebenarnya kak Izzah hampir kena bedah dan bukan beranak normal. Tapi akhirnya berjaya juga melahirkan anaknya secara normal. Anaknya diberi nama Muhd Aysar Hafiz. Cantik kan nama dia? Semoga Aysar menjadi anak yang soleh dan taat kepada Allah S.W.T.

Rasa sedih pun ada sebab kenal kak Izzah daripada dia single, bertunang, berkahwin, mengandung, hinggalah menjadi seorang ibu. Semoga Ummu Aysar sentiasa bahagia di samping keluarga tercinta dan menjadi ibu terbaik kepada Aysar.

Mungkin tak lama lagi giliran Zai pula untuk bergelar ibu? In shaa Allah. Okaylah bye semua. Selamat malam. Sweet dreams! Assalamu'alaikum.

Friday, January 1, 2021

Welcome 2021

Assalamu'alaikum W.B.T.

Esok saya kena submit assignment subjek Arabic Speech. Punya banyak soalan dia, dahlah baru nak start buat. Apalah nak jadi dengan saya. Tapi memang hari hari sebelum ni saya sibuk siapkan assignment lain yang berlambak. 

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) kena buat sampai dua tahu tak. Microteaching lagi, dawah project, dawah proposal, leadership project, survey dawah, teaching observation, video syair, resume, story telling method dan banyak lagilah.

Jadi hari ini baru ada peluang untuk buat assignment Arabic Speech. Penat memanglah penat, tapi bila ingat dah tak lama semester nak habis, rasa lega sikit. Saya rasa semester ni banyak sangat kerja kena buat. Assignment boleh kata dua kali ganda lebih banyak dari semester lepas.

Kena buat banyak video, tapi hikmahnya saya belajar macam mana nak edit video yang mana saya tak pernah buat sebelum ni. Jadi senanglah nanti mengajar, saya boleh apply apa yang saya belajar ni dalam pengajaran supaya lebih variasi dan menarik.

Doakan saya cemerlang ya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Semoga segala apa yang kita lakukan diberkati oleh Allah. Semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat. Aamiin ya Rabb. 

P/S: Sepanjang tahun 2020, dari bulan Januari hingga Disember, saya telah menulis sebanyak 221 post di blog ini. Banyak juga kan? Saya pun tak tahu apa yang saya tulis. Mungkin selepas ni saya kena banyakkan tulis perkara berkaitan dengan pelajaran.