Tuesday, March 31, 2026

LAST CLASS WITH 3 BERLIAN


Assalamu'alaikum WBT. 

Kelas ini saya ajar dari 2024 ketika mereka masih di tingkatan 1. Tapi hari ini merupakan hari terakhir saya mengajar kelas mereka kerana akan digantikan dengan guru baru. Alhamdulillah akhirnya dapat juga kami menarik guru Pendidikan Islam yang baru. Tapi itula sedih juga la. 

Tapi saya tahu bila ada guru baru mereka akan menjadi lebih semangat dan in shaa Allah lebih cemerlang. Saya banyak kekurangan dan kelemahan. In shaa Allah akan dibaiki dari semasa ke semasa. All the best anak anak didikku yang soleh dan solehah.

Semoga guru PAI baru dapat hadam perangai mereka dengan segera supaya tidak berlaku sebarang stress atau depression haha. Gurau saja. Mereka okay saja. Cuma kadang kadang menguji keimanan dan kesabaranku juga. Bye! 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, March 29, 2026

PULANG KE PANGKAL JALAN

Ada budak tu cakap, "Aik, macam terbalik."
Umi, ikan! Ikan!
Tengokla anak soleh sorang ni.
Are you ready?
Tokmi menangis di sebalik cermin. Terima kasih semua 😭

Friday, March 27, 2026

SATU UMUR LAIN KARAKTER


Tengokla dua orang sepupu yang soleh lagi cerdik ini, Abdul Hadi dan Muhammad Wildan. Malam ini berpakat mereka taknak pakai baju. Panas kali kan. Malam ni mood Abdul Hadi elok ya. Dia tunjuk kuasa superhero dia dekat MamaSya. Siap paksa bagi reaction lagi. 

Masalahnya makin bagi reaction, makin dia buat kahkah. Begitula kalau namanya budak ye dok. Dorang ni lahir tahun sama, cuma beza dua bulan saja. Tapi lain karakter dorang. Setakat ni alhamdulillah Abdul Hadi pandai sangat bercakap. Laju dia. 

Muhammad masih bertatih tatih lagi bercakap tapi alhamdulillah ala kulli hal. Abdul Hadi jenis cool manakala Muhammad tidak berapa kahkah. Mungkin faktor kedudukan dalam keluarga juga kali kan. 

Apapun semoga Abdul Hadi dan Muhammad Wildan menjadi anak yang soleh, sihat, aktif, kuat, cerdik, petah bercakap dan memberi manfaat kepada orang lain in shaa Allah. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Thursday, March 26, 2026

SANAH HELWAH ABANG ♥️


Hari ini merupakan ulang tahun hari lahir seseorang yang istimewa buat saya, alhamdulillah. 

Selamat hari lahir Abang yang ke-28. Semoga Allah permudah segala urusan Abang, panjangkan umur Abang dalam kebaikan dan kesihatan terbaik, permudah rezeki yang halal buat Abang dan makbulkan segala doa Abang. 

Banyak sangat yang saya nak cakap tapi awkward kalau tulis di sini kahkah. Yang di sini hanya untuk kenangan saja. 

Apapun, terima kasih untuk segalanya Abang. Allah saja yang tahu segala kebaikan yang Abang lakukan kepada kami sekeluarga. 

Semoga saya menjadi insan yang lebih bersyukur dan menjadi isteri yang solehah. Belum lagi tercapai kahkah. 

Rantau Panjang, Kelantan.

Wednesday, March 25, 2026

CERITA 5 SYAWAL 1447H

Kuatnya Najhan~
Rajinnya anak Umi alhamdulillah.
Bagusnya anak anak soleh ni tolong Abah.
Kakda datang beraya.

Tuesday, March 24, 2026

MELAWAT RUMAH KAKDA


Alhamdulillah ada juga rezeki sampai ke teratak baru Kakda. Yang penting kami sampai dulu dari tuan rumah dan tolong bukakan pintu lagi kahkah. Cantik kan rumah Kakda? Dalamnya ada tiga bilik. Simple tapi padat. 

In shaa Allah ada rezeki lagi kami sampai lagi. Mungkin masa tu dalamnya sudah sempurna dan sudah diduduki. Semoga Kakda terus maju jaya dan bahagia dengan kehidupan Kakda. Jangan lupa datang beraya di rumah kami pula. Hiks. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Monday, March 23, 2026

ANAK-BERANAK KELUARGA AHMAD

ABAH & UMI
AHMAD KAMAL BIN OTHMAN
NORIZAN BINTI JAHAYA

ANAK-ANAK
AHMAD ZAKIRIN BIN AHMAD KAMAL
AHMAD SOLIHIN BIN AHMAD KAMAL
AHMAD SOBIRIN BIN AHMAD KAMAL
NUR SYAFIQAH BINTI AHMAD KAMAL
NUR SYAHIRAH BINTI AHMAD KAMAL
NUR SYAHADAH BINTI AHMAD KAMAL
AHMAD MUKHLISIN BIN AHMAD KAMAL

MENANTU-MENANTU
BALQIS SAFEENA BINTI HAMZAH
WAN KHADIJAH IJAZATI BINTI WAN AHMAD KARAMI
MUHAMMAD DAILAMIE HEKMAT BIN DAUD

CUCU-CUCU
ZAHRATUL IMAN BINTI AHMAD ZAKIRIN
ABDURRAHMAN ZAKWAN BIN AHMAD ZAKIRIN
ABDULLAH ABBAS BIN AHMAD ZAKIRIN
ABDUL HADI BIN AHMAD ZAKIRIN
MUHAMMAD WILDAN BIN MUHAMMAD DAILAMIE HEKMAT
MUHAMMAD NAJHAN BIN MUHAMMAD DAILAMIE HEKMAT
AHMAD SYAKIRIN SYAWWAL BIN AHMAD SOBIRIN

AHMAD SYAKIRIN SYAWWAL


Assalamu'alaikum WBT. 

Anak buah baru Keluarga Ahmad in the house! Alhamdulillah terima kasih ya Allah. Tahniah Alang dan Kakja di atas kelahiran permata hati pada 1 Syawal 1447H. Mata sepet ikut siapa ya anak soleh ini. Geram je tengok rambut dia lebat. 

MasyaAllah Tabarokallah. 

Ini la baru "Raya mana dulu, rumah siapa dulu". Tup tup beraya di hospital. Semoga Syakirin menjadi anak yang soleh, sihat dan kuat sentiasa, memberi manfaat kepada ummah dan menjadi penyejuk hati kepada semua in shaa Allah. 

Semoga Kakja kembali sihat seperti sediakala. Semoga Alang dan Kakja diberi kekuatan untuk berjaga malam. Hiks. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

HAPPY BIRTHDAY ABDULLAH ABBAS 🎂✨



Budak mengada, Abdullah Abbas sudah menjejaki umur 4 tahun alhamdulillah. Akalnya banyak sekali. Bercakapnya jangan cakapla sangat petah. Tapi saya suka mengusik dia. Rasa puas hati tengok dia menangis dan mengamuk kahkah. 

Tak baikla MamaSya ni. Tapi dia kata MamaSya tak cantik. Tapi bila MamaSya ada makanan atau hadiah, automatik jadi cantik di mata Abbas. Kalau tidak hampeh nak dengar perkataan cantik haha. 

Walaupun Abbas masih kecil lagi, tapi dia sangat baik dengan sepupu sepupunya. Dia layan baik sangat. Suapkan Muhammad makan. Dia tak makan pun tak apa asalkan masuk mulut Muhammad. 

MamaSya minta maaf banyak usik Abbas. Kalau ada rezeki nak usik lagi hiks. MamaSya tak suka tengok Abbas tenang. Happiest birthday to you, Abdullah Abbas. 

Semoga Abdullah Abbas menjadi anak yang baik, soleh, ceria, sihat, kuat, cerdik dan memberi manfaat kepada orang lain. MamaSya love you.  

Rantau Panjang, Kelantan. 

Sunday, March 22, 2026

2 SYAWAL 1447H



BERAYA DI RUMAH SUHADA


Benda tak pernah bergaul sebelum ni, tiba tiba nak beraya di rumah kawan. Saya ni zaman sekolah dulu tak rapat pun dengan Suhada. Tapi bila dah tua sikit ni, kita baik dengan semua orang ye dok? Jadi sampaila saya di rumah Suhada pada raya kedua sebab boring tak buat apa di rumah Ma. 

Akhirnya kenal juga la rumah Suhada kan. Kenal dia dari 2010 lagi tapi baru nak kenal rumah. Comel je anaknya, Syifa Auliya kalau tak silap saya. 

Terima kasih Suhada sudi melayan tetamu yang jakun ini. Semoga murah rezekimu sentiasa. Bye Rabiatul. Jumpa lagi. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Saturday, March 21, 2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H

Alhamdulillah atas nikmat ini.

Tokbah dan Tokmi 💓

Team raya Ayah Mat dan MamaSya.

Ala so sweet!

Team raya Ayah Long dan Mama Long.

Team raya teratak hijau.

Poksu dan anak anak buah.

Berbaloi la beli kamera dekat Abdullah Abbas ni.

Moody pagi raya tolong!

Orang cakap the struggle is real kahkah.

Comel comel la anak anak saudara MamaSya ni.

Satu dengan MamaSya.

Satu dengan Ayah Mat.
Apa yang Najhan makan tu.
Apa yang Abdullah Abbas confuse tu haha.