Friday, July 31, 2026

LAMBAT TIDUR

Wildan yang manja minta riba nak tidur.
Najhan menggontel bawang merah.
Anak anak soleh Umi ni seminggu dua ni menguji keimanan ya. Semalam alang alang Umi mesin baju dan kemas rumah, Umi biarkan saja Najhan main, tengok tv, makan, buat hal dia sendiri dan tak paksa dia tidur. Dua hari lepas dia berabis mengamuk ya. Tak tahu la kenapa. Wildan pula dengan masalah susah berak dia. Kerap juga dia mengamuk meragam semua. Mungkin dia nak luahkan dia sakit tu dia tak pandai. Itu saja la caranya dengan menangis mengamuk. 

Ngam ngam Umi siap jemur baju dan mengemas, Najhan dah start mengantuk. Dia sendiri yang masuk bilik dan minum susu. Abah dan Wildan awal lagi dah tidur. Kami tidur jam 10 lebih semalam. Paling lambat dah tu. Alhamdulillah dipermudah semuanya. Wildan ada berak tapi satu ketul besar begitu saja. Bukan yang berak biasa dia tu. Sedang usaha makan ubat juga sekarang. In shaa Allah anak anak soleh Umi sihat sihat sokmo.

By the way, HAPPY BIRTHDAY KAKLONG, UMI IMAN, ABDURRAHMAN, ABBAS DAN HADI! Kaklong dah menjejaki umur 32 tahun ya. Sekejap saya masa. Rasanya masa kenal dulu baru 22 tahun. Happy selalu Kaklong! 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, July 30, 2026

GALLERY WALK 2 INTAN/PERMATA


Hari ini ada pencerapan oleh Cikgu Maslianah. Jadi kita buat special sikit la. Idea yang saya ada satu satunya ialah gallery walk sebab dah boring juga guna projector, slide dan seangkatan dengannya. Ini bebas gajet la untuk sementara waktu. Tajuk hari ini ialah Wanita Suri Teladan Ummah. Dua hari lepas saya minta murid buat di kertas mahjung la untuk ditampal di dinding surau. Saya sediakan hadiah juga untuk mereka. 

Konsepnya selepas mereka ronda setiap kumpulan, baca, faham dan hafal, mereka akan ke stesen soal jawab di mana saya yang jaga la. Mereka cabut soalan dan siapa yang jawab dengan betul akan diberi hadiah. Siapa yang kumpul paling banyak hadiah akan diberi hadiah istimewa di mana pemenangnya ialah Firas Irsyaduddin. 11 soalan dia jawab dengan betul. Bagusla. Saya tak kisah habis duit untuk aktiviti begini. 

Semoga cemerlang selalu anak anak muridku. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, July 28, 2026

AKTIVITI KELAS 28 JULAI 2026

Persiapan "Gallery Walk" 2 Intan/Permata.
Pemenang nota paling cantik 2 Berlian, Syarif.
Pembentangan terakhir 3 Intan/Permata.

Monday, July 27, 2026

BELAJAR TIDUR SENDIRI



Muhammad Najhan anak soleh Umi ni dah besar dah. Pandai dia tidur sendiri tak perlu Abah dukung dodoi alhamdulillah. Sedang belajar tidur sendiri lagi walaupun susah. Kalau dia susah tidur, dia akan duduk dan bercakap dalam kegelapan. Tapi ekspresi muka dia Umi nampak je. Pandai tidur sendiri macam Wildan dah ni. Sedih~~~ Tapi begitula kehidupan. 

Susu Umi pun Najhan sedang belajar untuk tinggalkan dah. Pandai dia cakap masam haha. Okayla cakap je la masam masam asalkan Najhan belajar slowly untuk putus susu. Makanan pun dah macam macam Najhan makan. Air pun kerap minum. Susu botol pun dah pandai. Tak salah kalau Najhan nak putus susu dah in shaa Allah. Kadang Umi rasa juga bersalah. 

Tapi mungkin inila proses membesar kali. Wildan dulu Umi tak sempat rasa sebab dia berhenti susu Umi masa umur 3 bulan lagi. Tak pandai minta susu sendiri pun lagi. Yang ini pandai buka baju Umi, cakap "Susu, susu." In shaa Allah Wildan dan Najhan makin besar senang diurus senang dijaga sentiasa sihat aktif baik soleh pandai. Umi sayang Wildan dan Najhan. 

Tempat tidur Wildan selalunya tepi tilam di atas toto biru dia. Tapi masa nak tidur semalam pandai dia naik sendiri atas tilam dan baring tepi dinding. Pandai dia spot sendiri. Mungkin dia selesa dekat situ. Najhan masa tu Umi tengan tepuk sambil selawat. Akhirnya dorang menguasai tilam, jadi Abah dan Umi tidur di toto bawah. Takpela asalkan anak anak soleh selesa ya. 

Doakan Wildan dah masuk seminggu dia susah berak. Kalau berak pun 3 ke 4 ketul je. Itu pun sekali sehari. Tak puas dia berak. Dah try masuk ubat di punggung tapi sekali je dia berak. Sekali masuk sekali berak. Semalam Abah bawa pergi klinik, doktor bagi ubat minum pula. Semoga Wildan cepat sembuh. Anak Umi kuat! Anak Umi sihat! 

Haa nak cerita satu lagi benda yang buat saya terharu dan sedih. Abah dah boleh bawa Najhan naik kereta dan pergi kedai berdua saja. Biasanya Abah dan Wildan. Kali ini Abah dan Najhan. Cepatnya dorang membesar. Kadang rasa macam janganla cepat sangat besar. Tapi time penat, rasa nak suruh cepat cepat dorang pandai urus diri sendiri kahkah. 

Kelmarin hari membeli barang rumah. Almaklumlah Khamis baru gaji. Tapi hari Ahad baru berkesempatan membeli sebab Abah ada kem di sekolah selama dua hari. Keluar jam 6.50 pagi, sampai rumah jam 12.30 tengah hari. Puas hati membeli. Last singgah di Pandai Bookstore beli stok buku untuk anak anak soleh lagi baik. 

Total habis RM120. Bukan buku saja, Umi beli kad besar yang tampal di dinding tu macam alif ba ta tapi ini abjad ABC. Nanti la saya gambar. Suka dorang membaca, mengenal perkataan dekat situ. Semoga hari Wildan dan Najhan dipenuhi dengan perkara perkara yang bermanfaat. Umi masih lemah, masih belajar menjadi ibu yang baik. Doakan~ 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, July 22, 2026

HAPPY BIRTHDAY SUE


Happy birthday Mommy Eloise yang ke-32! Semoga yang baik baik saja untukmu dan keluarga kecil kamu. Mengenali Sue dari zaman dia single, episod duka lara dan sekarang telah menjadi seorang isteri dan lebih istimewa bergelar ibu kepada baby kecil yang comel si Eloise. 

Saya tak tahu siapa yang rancang suprise untuk Sue, tapi menjadi la. Dari dalam tandas pun saya boleh dengar lagu Happy Birthday berkumandang melalui bluetooth. Semoga kamu sentiasa bahagia di sisi keluarga terchenta. Semoga kamu cemerlang dalam kerjaya juga. Bye! 

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, July 18, 2026

TOPUP BARANG DAPUR

Wildan pun nak berdukung.
Apa si Wildan punya jenis posing ni.
Aman damai~
Selfie satu!

Thursday, July 16, 2026

RUPA MALAM DAN PAGI WILDAN DAN NAJHAN

Cubaan Umi nak menghilangkan persengkataan haha.
Manjanya dia~
Terhibur Wildan tengok Abah dan Najhan congek kadong.
Najhan review luka di muka Wildan daripada hasil cakarannya.
Hisap susu sambil termenung. Good night!
Baru bangun tidur.
Tunggu Umi bersiap.

Wednesday, July 15, 2026

RUTIN BALIK SEKOLAH BERSAMA ANAK ANAK SOLEH

Selfie with Umi 💓
Sweetnya Wildan 💃
Makan saja la kerjanya kahkah.
Assalamu'alaikum WBT.

Ini la rutin harian kalau hari sekolah. Umi balik dari sekolah, ambil anak anak soleh di taska dan perjuangan di dalam kereta bermula. Banyakla ragamnya. Masing masing punya ragam bikin Umi pening kepala tapi menyeronokkan alhamdulillah. Wildan dan Najhan punya keinginan untuk bercakap sama banyak. Nak layan satu satu bukan senang sambil drive. Semoga selamat sentiasa perjalanan kita ya anak anak soleh. 

Kalau sampai rumah dalam jam 5.50 petang, sengaja lambat keluar kereta supaya biar ngam dengan Abah sampai rumah. Tak payahla Umi mengangkut barang barang dan anak anak soleh masuk rumah. Kalau tidak Umi punya kerja la nak angkut barang sambil layan kerenah anak anak soleh yang kadang excited nak keluar kereta dan kadang kadang taknak keluar dari kereta. Begitu la hari hari ya kahkah. Tapi Umi suka! Asalkan Wildan dan Najhant] tak moody. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, July 14, 2026

LITTLE IMPROVEMENT ✨

Assalamu'alaikum WBT.

Kemarin lepas balik dari klinik Najhan berjarum, Umi langsung tak bagi tengok lagu di hp dalam kereta macam biasa. Sampai di rumah pun, tak on tv. Teman Wildan dan Najhan bermain main. Masa saya solat Maghrib, Najhan mengamuk habis habisan. Abah pujuk pun tak jalan. Lama dia menangis. Biasa kalau menangis macam tu, Umi atau Abah akan pujuk dengan bagi tengok tv. Tapi keraskan hati juga sebab takut sebab tv dia jadi tantrum begitu. Akhirnya Abah angkat, dodoi dan dia tidur alhamdulillah. 

Pagi ni on the way ke sekolah, Umi tak buka hp pun. Umi baca doa, selawat, baca quran dan buat segalanya yang boleh alih perhatian anak anak soleh ni. Alhamdulillah okay sangat sampai la sampai di taska. Tapi yang penting umpan kena ada selalu iaitu makanan. Dorang ni tak boleh kalau tak makan kahkah. Semoga Umi dan Abah sentiasa istiqamah elakkan screen time yang berlebihan untuk Wildan dan Najhan demi kesejahteraan dan kebaikan mereka juga. 

Alhamdulillah semalam Najhan okay tak demam sebab dia ada berjarum 18 bulan petang kemarin. Tapi dah sediakan ubat demam untuk dia di taska. Semoga sihat selalu anak anak Umi yang soleh lagi baik. Okay bye semua. Saya baru habis kelas ni. Baru lepas video call dengan Abah Muhammad sambil makan. Sekarang sedang tulis blog sambil layan lagu IIUM. Together~ We make the world a better place~ Forever~ Expand the culture of Iqra~

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, July 13, 2026

RASA BERSALAH


Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini saya pergi sekolah dengan rasa emotional sikit sebab kesalahan saya sendiri. Sejak akhir ni, taste cerita Wildan dan Najhan kerap berbeza. Wildan suka Upin Ipin, Najhan suka Papa Zola. Tadi dari awal mood Wildan dan Najhan tidak bagus. Jadi tadi masa on the way ke sekolah, mereka menangis. Buka Upin Ipin, Najhan menangis, buka Papa Zola, Wildan menangis. 

Saya buntu sekejap. Saya bagi dulu dorang tengok Upin Ipin. Teruk Najhan menangis. Lepas itu saya buka Papa Zola, Wildan mengamuk. Tapi sampai akhir saya biarkan. Sampai taska, Wildan mengamuk taknak turun kereta. First time saya rasa macam saya menangkan Najhan. Tapi dalam hal ni saya rasa saya yang salah sebab terlalu biarkan banyak screen time dorang. 

Umi minta maaf ya anak anak soleh Umi. 

Kota Marudu, Sabah. 

HAPPY BIRTHDAY ABDUL HADI 🎉

Mama Sya tak pasti pernah ke tak wish birthday Hadi di sini. Apapun, SELAMAT HARI LAHIR kepada anak bongsu Along dan Kaklong, Abdul Hadi yang ke-3. Apa yang Mama Sya boleh describe Hadi sepanjang kenal anak soleh ini, Hadi seorang yang introvert, petah bercakap tapi memilih untuk kadang kadang bersuara, matang macam orang besar dan pendiam. 

Apapun yang paling dekat dengan dia la yang paling kenal. Tapi dengan Mama Sya dia tak biasa sangat. Tapi yang Mama Sya pasti, Hadi anak yang baik, bijak, petah bercakap, berselera makan dan sihat selalu in shaa Allah. Semoga Hadi diberi kebaikan di dunia dan di akhirat serta memberi manfaat kepada orang sekeliling. 

Mama Sya sayang Abdul Hadi ♥️

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, July 12, 2026

WILDAN & UMI, NAJHAN & ABAH

Musim taknak pakai baju.
Mandikan Chombi.
Petang ini Abah dan Umi mengambil keputusan untuk memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Jadi, Abah bawa Najhan ke kedai cuci kereta memandangkan sudan tidak dicuci lebih kurang 3 bulan. Wildan tinggal dengan Umi di rumah sebab Umi banyak agenda. Nak sapu dan mop ruang tamu dan nak gosok baju untuk sekolah. 

Namun rancangan Wildan lain lagi. Dia mengamuk dan menangis sampai Umi tak tahu nak buat apa. Pujuk pun tak jalan. Akhirnya Umi ajak dia ke luar rumah. Terus good mood ya dengan bajunya tak pakai. Bila dia di luar, kerja Umi pun tak jalan. Kena tengok dia depan mata. Tapi takpe la asalkan tak menangis. 

Wildan main lari lari, tengok batu, awan, burung dan sebagainya. Akhirnya dia dahaga dan minta air. Umi ambilkan air. Dia duduk di muka pintu, minum sekejap dan sambung main. Begitu la beberapa kali sehingga la Abah dan Najhan balik. Alhamdulillah Najhan memberi kerjasama juga dengan Abah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, July 7, 2026

BERCERITA DENGAN UMI


Anak sulung Umi ni penyejuk hati Umi. Pernah sekali Umi menangis, dia tengok, di datang dekat, dia tanya, "Umi sedih?". Terus Umi senyum terhibur dengar haha. Ini la peneman Umi dari dulu alhamdulillah. Dia juga la yang bikin Umi naik darah. 

Ada sesuatu yang buat Umi rasa terkilan. Mungkin dia selalu tengok Umi main hp. Jadi bila Umi tak main, dia yang cari hp dan bagi dekat Umi, "Nah, fon Umi". Terus Umi rasa macam, kerap sangat ke Wildan tengok Umi main. Sorry Wildan. 

Gambar atas tu, dia tunggu Umi solat sebab dia nak bagitahu sesuatu. Umi siap je, terus panggil dia suruh duduk depan Umi, suruh cerita. Ada video dia cerita potpetpotpet. Wildan anak yang soleh, baik, bijak, petah dan kuat. Sihat selalu ya anak Umi. 

Baik baik dengan Najhan ya. In shaa Allah mungkin ambil masa untuk Wildan baik dengan Najhan. Mungkin Wildan pun tengah memahami keadaan, macam mana dia patut bertindak bila dengan adiknya. In shaa Allah nanti Wildan pandai protect Najhan. 

Harini Wildan umur 2 tahun 9 bulan 26 hari. Lagi empat hari masuk 2 tahun 10 bulan. Lagi dua bulan nak masuk 3 tahun in shaa Allah. Cepatnya Wildan besar. Wildan anak yang cerdik, sihat selalu ya. In shaa Allah Wildan dan Najhan berjaya dunia akhirat. 

Kota Marudu, Sabah.