Tuesday, June 30, 2026

SELAMAT BERSARA SIR AHMAD KAMAL




Selamat bersara idolaku, Abah Ahmad Kamal. 36 tahun perkhidmatan Abah. Berapa ramai murid yang telah Abah ajar, berapa banyak produk yang Abah telah hasilkan, berapa banyak pengorbanan yang Abah telah berikan selama menjadi guru. Indahnya menjadi seorang guru. 36 tahun, sangat lama. Semoga segala yang telah Abah lakukan selama ini mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT in shaa Allah. Kagum dengan Abah dan Umi, dari awal hingga akhir perkhidmatan sebagai pendidik, tidak pernah puas, tidak pernah bosan malah semakin cemerlang. 

Semoga aku pun sehebat Abah dan Umi. Melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas, gembira, rajin, berdedikasi seperti Abah dan Umi. In shaa Allah. Hari ini Abah diraikan di sekolah dan juga di rumah. Special Umi sediakan ada goodies lagi. Rezeki Abah dapat hadiah sangat banyak. Terima kasih pihak sekolah yang menghargai Abah. Kalau la saya pun ada sekali bersama di rumah. 

Syahadah cerita, pihak sekolah tanya Abah nak hadiah cincin atau jam. Abah cakap, boleh ke kalau cincin tapi untuk perempuan. Awwwww sweetnya! Tengokla betapa berserinya muka Umi dapat seketul cincin yang berharga itu 😍 Love you Abah Umi!!! 

Semoga dipanjangkan umur Abah Umi dalam kebaikan dan kesihatan terbaik. Semoga Allah beri kudrat dan kekuatan yang maksimum kepada Abah dan Umi untuk melaksanakan aktiviti seharian dalam keadaan sihat, sempurna dan selamat. Semoga Abah dan Umi sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah SWT. 

Love you so much Haji Ahmad Kamal dan Hajjah Norizan 💓

Kota Marudu, Sabah. 

MINGGU MSSD 2026




Assalamu'alaikum WBT.

Minggu ini dari 29 Jun hingga 3 Julai 2026 berlangsungnya sukan MSSD di SMK Bandau. Di sekolah kekurangan guru sebab bertugas di sana. Jadi di sekolah dijalankan aktiviti untuk semua murid tingkatan 1 hingg 4 mengikut bidang. Bidang ikut hari. Kelmarin segmen dikendalikan oleh UBK. Hari ini Bidang Sains Sosial dan seterusnya begitula. 

Program kelmarin dilaksanakan di dewan mengikut kelas. Macam ice breaking la. Buat logo kelas, cipta misi dan visi kelas. Saya ada juga la turun tengok sebab guru turun ikut masa kelas. Kalau tak ada kelas buat apa turun kahkah. Okay bye.

Kota Marudu, Sabah.

Monday, June 29, 2026

SANAH HELWAH ZAHRATUL IMAN


Selamat ulang tahun hari lahir yang ke-9 kepada satu satunya anak buah Mama Sya yang perempuan. Lama ya Iman bertahan sebagai satu satunya cucu perempuan Tokbah dan Tokmi. Mama Sya sayang Iman yang petah bercakap, cerdik, ceria, periang dan banyak songeh. 

Semoga Iman terus menjadi anak yang solehah, penyejuk hati Umi dan Abi serta orang sekeliling, memberi manfaat kepada orang lain, sentiasa sihat dan ceria, diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga Iman sentiasa cemerlang dalam akademik dan juga sahsiah. 

Mama Sya sayang Iman 💓

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, June 21, 2026

SANTAI MINUM AIR JUS BUAH ORI



Assalamu'alaikum WBT.

Lama dah rasanya tak minum jus buah ori. Hari ini kita pergi la lepaskan gian hiks. Abah kongsi dengan Najhan. Umi kongsi dengan Wildan. Tapi kebanyakan masa dikuasai oleh anak anak soleh. Tapi kalau Umi minta, dia bagi saja. Wildan dan Najhan kena belajar berkongsi ya. Bila la boleh cuci kereta ni. Teruk benar weh dalam kereta. Sampah, pasir, tanah, biskut, kulat, muntah semuanya ada.

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, June 20, 2026

WILDAN & NAJHAN TEMAN ABAH UMI BEKERJA



Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini saya dan Abah Muhammad mengiring budak SPM masing masing ke SMK Salaping untuk program Pendidikan Islam "Madinatul Ilm" yang dianjurkan oleh PPD. Bawa la dua orang anak soleh ini. Untuk 30 minit pertama alhamdulillah sangat terkawal dan bagus. Lepas itu, nak patah pinggang Umi, nak tercabut jantung Umi dengan ragam anak anak soleh ini. 

Tapi suka tengok dorang main. Ini la masanya mereka nak dapat pengalaman menjadi anak cikgu kan kahkah. Saya pun pernah merasa dulu ikut Abah dan Umi ke sekolah, ke perkhemahan dan ke mana mana saja kami dibawa. Suka! Harapnya anak anak Umi pun suka ya. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, June 19, 2026

SANAH HELWAH TOKBAH ♥️

Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini ulang tahun hari lahir Abah yang ke-60. Tapi saya tak berani wish dekat Abah hihi. Saya hantar doa kepada Abah sempena birthday Abah. Sanah helwah heroku, cinta pertamaku, Abah 💕 Semoga Abah dipanjangkan umur dalam kebaikan, diberi kesihatan terbaik sentiasa, dipermudah segala urusan, dimakbulkan segala doa dan diberi kebaikan di dunia dan juga di akhirat. 

Kaksha sayang Abah sangat sangat 💞

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, June 17, 2026

TEMAN BERCAKARAN


Kalau Abe tok buat Adik, Adik yang buat Abe. Kalau Adik tok buat Abe, Abe yang buat Adik. Begitula seharian berhadapan dengan dua orang anak soleh lagi bijak ini. Adik tok cakar, Abe yang tolak. Abe tok ngenak, Adik yang gigit. Banyak banyak mainan, nak juga main mainan yang sama. Banyak banyak buku, nak juga baca buku yang sama. Aduhai sampai bila harus ku bertahan~~~ Tiber. 

Tabiat Wildan sekarang dia suka baring atas belakang Najhan sampai Najhan menangis. Puas hati muka dia ya gelakkan si Najhan. Najhan pun bukannya sakit, cuma lemas la kali. Najhan pula kalau tak cakar tak sah. Semua di sekeliling jadi mangsanya. 

In shaa Allah anak anak Umi makin besar makin baik makin berkasih sayang makin bijak. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, June 15, 2026

2 INTAN/PERMATA 2026: KUIZ & PEMBENTANGAN


Ini cerita minggu lepas. Baru sempat nak up di sini. Kumpulan Fitrisyahida yang melaksanakan pembentangan minggu lepas. Overall memang cemerlang daripada segi penyampaian, penyediaan kuiz dan persediaan mereka sendiri memang nampak mereka bersedia dan merancang. Sayangnya ada seorang ahli yang tidak membentang, cuma handle bahagian teknikal. 

Syarat kumpulan terbaik yang saya buat ialah semua ahli mesti membentang. Tapi tak apa. Mereka baru first time membentang atau mengajar begini. Jadi slowly la kita ajar dorang. Murid murid pun macam makin memahami rentak kelas walaupun kebisingan tak pernah kurang. 

Hari yang tiada pembentangan, saya adakan kuiz yang menggabungkan 4 tajuk. Ada dalam 48 soalan semuanya. Tapi belum kena check. In shaa Allah kelas esok kita check. Yang ini pun saya dah janji akan cari yang terbaik. Tapi susah nak cari seorang pemenang sebab dorang pandai. 

Habisla hadiahku kahkah. Tapi takpela itu yang guru nak kan. Murid yang cemerlang. Apa yang saya harapkan mereka ni cemerlang dalam akademik dan juga sahsiah supaya tak pening kepala ku menghandle budak budak dalam kelas. Hiks. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, June 14, 2026

SEDUTAN MINGGU INI (MINGGU 19)

Terima kasih Rosmah Mansor!
Najhan kejut Wildan bangun.
Tengok tv!
Wildan dan Najhan makan tembikai.

Thursday, June 11, 2026

TUNGGU ABAH UMI BERSIAP


Hari ini Abah hantar Umi, Wildan dan Najhan ke sekolah sebab hari ini Abah satu sesi saja, ada majlis apresiasi di sekolah. Ini la keadaan mereka menunggu Umi dan Abah bersiap. Alhamdulillah behave dorang pagi tadi. Awal pagi lagi Abah kasi mandi. Tapi struggle nya nak mandikan lagi lagi si Wildan. Rupanya dia berak masa tidur, jadi memang kena paksa mandi sesudah bangun. 

Sogok sikit dengan cornflake, terus diam dan happy dipakaikan baju sambil tengok tv. Najhan pula susahnya nak suruh berhenti mandi. Menangis macam kena dera itu budak. Tengokla buku bertaburan. Dah tak ada rupa buku dah. Koyak sana sini. 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, June 10, 2026

AKTIVITI PPIM: BUAT SANDWICH & MI GORENG SEDAP


Idea baru datang kemarin, tapi alhamdulillah akhirnya jadi juga aktiviti ini. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Tiga kumpulan membuat roti sandwich dan dua kumpulan memasak mi goreng sedap. Kami gunakan portable gas untuk masak mi. Kami gunakan apa yang ada saja. Tapi budak budak ni pandai survive hiks. 

Dorang suka sangat dapat masak dan makan makan macam ni. Kalau tahun dulu dulu tak terbuat pun begini. Harapnya guru guru penasihat ni lebih kreatif la supaya pengisian pelajar pun terjamin. Hasil makanan dorang semuanya dorang makan. Jia dan Kak Ira pun makan juga la sikit. Buat raso raso orang Cina cakap. 

Menurut Jia dan Kak Ira, sandwich ada rasa macam macam. Ada yang cukup rasa tapi cara susun macam kena ribut taufan, ada sandwich yang dipotong cantik dan kemas tapi tiada rasa. Mi goreng macam biasa tak fail la. Nampak sedap. Saya pun rasa terliur tapi dah breakfast dulu jadi tiada la saya makan. 

Jadi apa aktiviti seterusnya?

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, June 8, 2026

HABIS CUTI SEKOLAH


Naik cuti saja, ada terus pembentangan kelas 3 Intan/Permata iaitu kumpulan Muqrim. Alhamdulillah dorang ni sentiasa bersedia. Pembentangan sangat mantap. Yalah ahli ahli kumpulan ni semua bekas TP6 tahun lepas. 

Nak update satu lagi, tengokla laci baru saya beli khas untuk kertas ya. Harganya RM79.00 di AA Stationary. Asalnya nak beli online mungkin murah sikit, tapi bila tengok lebih kurang saja. Belum lagi masuk harga postage. 

Walaupun saya tak bersemangat sangat lagi lagi hari pertama sekolah lepas cuti panjang kan, tapi bila tengok budak budak yang bersemangat, saya jadi bersemangat sekali hiks. Semoga terus cemerlang anak anak soleh solehah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, June 5, 2026

SERVIS KERETA, SECRET RECIPE, PIZZA HUT


Wildan dan Najhan dihantar ke taska macam biasa. Umi dan Abah menghabiskan masa berduaan di Secret Recipe dan Pizza Hut. Tapi hari berlainan la. Ada hari yang kami pergi servis kereta, di Kota Marudu juga. Dulu servis di Telipok tapi sudah ada cawangan di sini. 

Tengokla Wildan anak yang manja tu. Kadang kadang dia lagi manja daripada Najhan. Dia tunggu masa saja Umi minta peluk, Umi suruh dia duduk atas riba Umi dalam kereta, itupun suka sangat dia. Dia manja yang tak bertepek. Kalau Najhan manja bertepek kahkah. 

Semoga anak anak soleh Umi membesar menjadi anak anak yang baik, sihat, kuat, soleh, cerdik, beradab, aktif, menyejukkan hati, senang dijaga, memberi manfaat kepada orang lain dan membawa kebaikan. Umi dan Abah hantar taska bukan sebab tak sayang, tapi sebab dah bayar full. Okay bye. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, June 1, 2026

BYE MAY! WELCOME JUNE!


Sudah masuk pertengahan tahun 2026. Cepat saja kan masa berlalu? Alhamdulillah ala kulli hal. Walaupun kami di sini saja tidak balik raya haji, tapi tetap bersyukur (ayat penenang hati). Sekarang cuti sekolah bermula dari 23 Mei 2026 sehingga 7 Jun 2026. Pada hari taska beroperasi, kami hantar juga anak anak soleh. Yalah bimbang Mama, Maanaa dan Kakak rindu Wildan dan Najhan.

Umi dan Abah pun boleh juga la santai di rumah sambil siapkan apa yang patut. Tapi anak anak soleh tetap di hati 😌 Wildan dan Najhan sekarang sedang galak membaca. Biarkan dorang. Baca la selagi buku itu nampak menarik. Alhamdulillah Wildan sekarang semua benda dia nak tahu. Dia tunjuk Umi sebut. Semoga ada juga la yang melekat dalam kepalanya. 

Najhan pun macam nak membaca juga tapi masalahnya dia hanya minat buku yang abangnya sedang baca. Maka terjadila konflik di situ. Jenuh Umi dan Abah nak memujuk. Okayla sampai di sini dulu update pertengahan cuti. Bye! 

Wildan: 2 tahun 8 bulan 20 hari
Najhan: 1 tahun 5 bulan 4 hari

Kota Marudu, Sabah.