Thursday, April 30, 2026

MSSD ZON TARITIPAN 2026


Selesai sudah acara sukan sekolah, bergabung dengan SMK Magandai. Berlangsung selama tiga hari dari 28 hingga 30 April 2026. Saya bahagian pendaftaran, sangat tak rileks. Tapi bersyukur sebab bukan berada di bawah matahari. 

Tapi selama tiga hari ini memang full day la dari 6.30 pagi hingga 5.30 petang. Saya sangat bersyukur dapat petugas petugas yang sangat boleh diharap. Walaupun pada awalnya sangat la kalut sebab saya pun tak faham sangat konsep kertas pendaftaran itu.

Tapi slowly kami belajar sama sama. Petugas aka budak budak pun tiada judge ke apa. Saya sangat bersyukur. Terima kasih anak anak, Syakilah, Sahera, Khairunnisa, Putri, Anis, Edlin dan runner lelaki Alvin dan Fiqry. 

Tapi tak tahu la tahun depan sanggup ke ambil bahagian ini lagi sebab memang tak boleh lari tak boleh rilek haha. Tapi pengalaman yang sangat memuaskan dengan ada jualan makanan di luar dewan. Saya suka saya suka. 

Pencapaian rumah sukan Puma:
        1. Tempat ke-3 keseluruhan
        2. Tempat ke-2 perbarisan
        3. Anugerah olahragawan L15 (Ryan Haikal)

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, April 29, 2026

UPDATE ANAK ANAK SOLEH ♥️



Setiap hari nak ke sekolah atau balik dari taska, bukan la perjalanan yang mudah. Banyak ragamnya. Si Abe kalau lama sikit pakai seatbelt, mula la dia bagi alasan sakit dekat pinggang minta buka seatbelt. Si Adik pula kalau dia boring, menangis macam kena dera. 

Selagi tak ambil, selagi itu la menangis. Kadang kadang geram tapi macam mana juga. Terpaksa ada sesuatu yang boleh menarik perhatiannya iaitu makanan. Tapi risau juga makan sambil kereta bergerak, takut tersedak ke apa. Semoga anak anak soleh Umi sentiasa mudah dijaga. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, April 28, 2026

❌ PERUT LEMAH DILARANG TENGOK ❌


Kejadian dua hari lepas. Kesian anak soleh Umi, Muhammad Wildan muntah dalam kereta. Dah beberapa hari dia macam nak muntah tapi tak muntah, di rumah, di taska. Sekali masa on the way nak balik rumah dari taska, dia muntah dalam kereta di seat depan. 

Masa dia nampak macam nak muntah tapi serba salah, Umi cakap takpe muntah je Abe. Memang dia muntah la. Takpela yang kotor boleh cuci balik. Yang penting anak Umi sihat sihat ya. Tahap kemasaman dia punya muntah sangat tiptop kahkah. 

Terima kasih Abah tolong bersihkan. Semoga Muhammad Wildan cepat sembuh dan aktif seperti sediakala. Muhammad Najhan pun sama, sihat sihat selalu ya. 

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, April 26, 2026

AKTIVITI AHAD 26 APRIL 2026

Macam biasa la pagi pagi meronda kampung.

Hari ini buat koktail, ayam goreng dan tomyam sayur.

Keluar ke pekan ronda ronda.

Anak anak soleh membaca, makan, mandi dan santai.

Saturday, April 25, 2026

CUCI BAJU, RONDA KAMPUNG, PUSING KM, MAKAN PASTA

Ronda kampung dengan Abah dan Umi.
Breakfast dengan pasta dan tapai.
Aktiviti hari ini macam weekend biasa juga kecuali anak anak soleh panas badan. Tak habis habis dengan makan ubat. Kesian dorang ni. Pagi pagi lagi naik motor keliling kampung. Suka sangat dorang ya tak pandai puas. Jam 6.30 udara masih segar. Alhamdulillah anak anak soleh pun morning person, untuk setakat ini la. Harapnya istiqamah in shaa Allah. 

Abah Muhammad pergi masjid, daku sudah mula tarik mesin basuh, cuci baju yang terperap dalam mesin. Takut tapi ada juga Wildan dan Najhan menemani Umi. Abah sampai rumah, baju dah pusingan ketiga. Lepas tu rebus makaroni dengan anak anak soleh. Suka dorang makan pasta. Kalau nasi slow sikit. Mungkin saya yang tak pandai buat kuah. 

Lepas makan, dorang mandi, tengok tv, baca buku dan santai. Jam 8.30 pagi naik kereta dan pusing pekan Kota Marudu. Turun di Servay Jaya beli barang keperluan. Cari air kelapa tapi tak buka pula hari ini hua hua. Balik, anak anak soleh mandi, kemas barang masuk peti atau tempat sepatutnya, tidur tengah hari. Begitula sedikit sebanyak aktiviti hari cuti kami. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, April 24, 2026

I NEARLY DIED FROM CRYING

Assalamu'alaikum WBT.

Kemarin, saya menunggu masa untuk ambil anak anak soleh. Jam 4.30 petang saya masih di bilik guru sekolah. Saya buka Whatsapp dan tertengok status Whatsapp Kak Izzah. Dia tunjuk dia hantar ayahnya ke lapangan terbang sebab ayahnya akan menunaikan haji tak lama lagi. Terus saya teringat Abah dan Umi. Saya menangis. Sesak sangat dada saya. Saya cuba call Umi tapi tak diangkat. 

Ya Allah, bertuahnya adik adik aku Syahadah dan Mukhlisin dapat tatap muka Abah dan Umi setiap masa, setiap hari. Dapat berborak dengan Abah dan Umi. Dapat menolong Abah dan Umi buat itu ini. Dapat berkhidmat kepada Abah dan Umi. Ada bersama sebelum Abah dan Umi bertolak jua untuk menunaikan haji. Bertuahnya mereka ya Allah. Betapa besar rezeki mereka. Besarnya nikmat itu ya Allah. 

Itu saja yang ada di fikiran saya ketika itu. Hati saya meronta ronta nak balik. Tapi dalam keadaan sekarang sangat mustahil untuk saya balik. Saya nak sangat mengiringi Abah dan Umi. Ya Allah bagi la hatiku ketenangan. Semoga dipermudah urusan Abah dan Umi menunaikan ibadah haji. Semoga Allah beri kudrat dan kekuatan kepada Abah dan Umi melaksanakan ibadah haji dalam keadaan dan kesihatan yang terbaik. Semoga Allah lancarkan dan selamatkan perjalanan pergi balik Abah dan Umi, dan semoga Abah dan Umi kembali ke tanah air dalam keadaan sihat sempurna selamat.

AAMIIN AAMIIN YA RABBAL ALAMIN.

Kota Marudu, Sabah. 

JUDGE ME

Hai semua. 

Saya taknak bagi salam hari ini sebab benda yang saya nak cakap hari ini bukan la sesuatu yang baik. Sekarang musim saya emo. Saya nak bercerita tentang satu benda yang orang lain mungkin nampak simple tapi bagi saya yang kena hadap hari hari, menyakitkan batin. Saya ada seorang rakan sekerja, maksudnya dia seorang guru. Tapi entahla apa yang dibuatnya tak melambangkan figura seorang guru pun. Lebih kepada saya menghadap anak anak murid sendiri.

Kenapa saya cakap begitu, ada suatu ketika beberapa bulan yang lalu semasa kami sedang membincangkan sesuatu dan ia melibatkan kerja, ada la part saya tak faham. Kamu tahu apa dia cakap? "Bukan begitu la anjing." Mungkin dia rasa lawak kan sebab ada orang lain lagi bersama kami masa tu, dan bukan sekali dia sebut begitu depan muka saya sambil tengok mata saya. Tapi masa tu tak tahu kenapa saya boleh gelak lagi. Mungkin lebih kepada cover malu. 

Kejadian seterusnya yang buat saya terkilan juga, okay saya tak nampak pun benda ni sebagai racism ke apa. Cuma, bila dia cakap macam tu, saya rasa terkejut dan tak rasa benda tu lawak. Benda ni bukan dia cakap dekat saya pun, tapi masa saya lalu di tepi dia dan seorang rakan guru lain, dorang sedang bercerita tentang sesuatu yang berkaitan dengan Semenanjung. Tapi kamu tahu apa dia sebut? 

'Semenanjing'

Bayangkan kalau ada murid yang dengar dia cakap begitu, mesti dorang rasa macam, oh rupanya okay je dorang sebut benda macam tu sesama kawan dorang dalam kelas. Tak ada beza penggunaan bahasa antara guru dan murid. Tapi yang lebih menyakitkan hati adalah dia rasa dia lawak. 

Tapi kalau dengan budak budak, dia ni macam diagungkan sebab dia punya style dan sifat sporting nya, dan saya tak ada apa apa masalah dengan itu. Cuma dia sentiasa rasa dia savage. Itu sebab dia berperangai sedemikian rupa. Dia rasa dia function. Dia sentiasa ada benda nak complain. Susah saya nak describe dia. Tapi begitula characternya. Dia macam suka cakap memandai, acah macam dia banyak pengalaman. 

Kejadian terbaru adalah tadi. Saya satu rumah sukan dengan dia. Tapi entahla rumah sukan kami ni macam takde perpaduan, kesatuan. Pagi ini ada latihan lintas hormat. Ustaz Murrah selaku ketua memang dah ada di tempat kejadian. Saya ajak la dia turun sekali. Dia cakap taknak, dia malas. Saya cakap, rumah sukan kita ni macam tak prepare apa apa lagi. Padahal minggu depan sudah. Dia cakap, kau tanya la ketua rumah sukan. 

Saya cakap, sepanduk pun macam belum buat. Dia cakap, kau la buat. Saya terus diam dan buat tak tahu. Walhal dia sedang galak berborak dengan budak di meja cikgu lain. Saya rasa menyampah sangat sangat. 

Itu sahaja luahan hati saya pada hari ini. Saya harap saya tidak dikelilingi oleh orang yang buat saya rasa tak enjoy untuk ke sekolah, tak enjoy nak buat kerja. Saya dah meluah pun dengan Abah Muhammad dalam vc tadi, tapi saya cakap saya tetap nak buat blog. Terima kasih. 

Terima kasih Abah Muhammad mendengar luahan hati saya walaupun mungkin dalam hati dia judge kahkah. Saya tak kisah. Okayla bye semua. 

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, April 23, 2026

KELAS PALING BISING


Selepas kelas 1 Intan, Permata dan Berlian dibubarkan, anugerah kelas paling bising beralih kepada kelas 2 Intan/Permata. Bising dia tahap yang rasa nak merajuk taknak mengajar, tapi malas layan perasaan. Mungkin sebab ustazah pun belum betul betul kenal dengan dorang kali. Tahun lepas tak mengajar dorang ni. Dorang dengan ustazah favorite tahun lepas, Ustazah Roziah. 

Performance dorang pun tak sehebat 2 Intan/Permata tahun lepas, tapi masih boleh diperbaiki. Ramai juga yang boleh diharap sebenarnya. Tapi tulah saya sedang mencari cara yang sesuai untuk approach mereka. Risau juga tahun depan ada sudah PT3. 

Masalah dorang ni kalau bercakap sesama dorang punya la bising. Tapi kalau suruh mengajar di depan malu malu yang minta penampar. Itu yang buat saya geram. Markah exam baru baru ini pun satu orang saja yang dapat A. Ada juga yang gagal. Tapi itu yang dari 1 Berlian tahun lepas. 

Hari ini kutip buku latihan untuk penilaian buku paling kemas dan konsisten. Baru la nak kalut cantikkan apa semua. Memang saya setiap tahun buat pertandingan ini untuk menggalakkan dorang menggunakan buku dengan sebaiknya. Harapnya berkesanla. 

Kota Marudu, Sabah. 

LATIHAN PERBARISAN SUKAN


28 hingga 30 April nanti akan diadakan pertandingan sukan peringkat sekolah. Antara acara yang dipertandingkan antara rumah sukan ialah lintas hormat, bendera dan maskot terbaik. 

Kalau tengok gayanya, macam tak ada harapan rumah sukan Puma ni huahua. Ada kurang dari satu minggu lagi tapi peserta lintas hormat kebanyakannya dari kelas hujung. 

Jadi tak tahu macam mana kejadiannya nanti, dengan kehadiran pun macam chipsmore sekejap ada sekejap tak ada. Semoga ada keajaiban menanti hiks. Bye! 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, April 22, 2026

RAYA PUTERI ISLAM TAN2


Walaupun hari ini sudah masuk bulan Zulkaedah, tetap juga diteruskan makan makan raya Puteri Islam seperti yang dijanjikan sebelum ini. Tapi disebabkan kekangan jadual itu ini, jadi lambat la terbuat. Banyakla program sekolah ni. 

Tapi suka sangat tengok sambutan dorang ni. Meriah sangat! Ya la kalau bab selain belajar memang dorang suka. Pelbagai makanan dan minuman dibawa oleh murid dan juga guru guru. Saya bawa kuih, Jia bawa sandwich, Kak Ira banyak makanan dia bawa.

Dapat pelepasan jam 10-11 pagi oleh PK1 alhamdulillah. Berabis la kami makan. Yang lebih murid bawa ke kelas bagi dengan kawan kawan yang lain. Ya la banyak sangat makanan sampai tak habis. Terima kasih anak anak atas sambutan yang meriah ini.

Kota Marudu, Sabah.

Tuesday, April 21, 2026

TANDA KERTAS, BEKAL TELUR REBUS, TOMYAM SAYUR


Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini saya nak menulis la. Kebelakangan ini saya rasa stress dan tak suka dengan persekitaran kerja saya. Hmm macam mana nak cakap ya. Ia hanya la disebabkan satu orang manusia saja, tapi terus saya rasa persekitaran saya toksik. Adakah saya yang melebih? Apa yang saya boleh cakap, saya tak hamak. Okay itu saja. 

Minggu ini sibuk dengan tanda kertas. Lagi sebulan dia punya due date jey in markah cuma biasa la kalau siap awal tak ada la stress kan. Gambar di atas adalah aktiviti saya kemarin. Bekal saya bawa telur rebus empat biji. Balik jam 1.30 makan tomyam sayur yang dimasak khas oleh Chef Dailamie. Alhamdulillah sedap dooh. 

Jam 5 petang saya pergi ambil anak anak soleh Wildan dan Najhan. Saya risau juga dengan luka di tepi mata kiri Wildan. Nak ke klinik tapi hari ini sudah menggelupas dia punya luka. Tapi tak tahu luka kena apa. Tengok tu dorang baru lepas mandi wangi sangat geram Umi tengok. Okay itu saja luahan saya hari ini. Doakan saya tak stress. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, April 20, 2026

🍚 TAPAI IN THE MAKING 🍚


Assalamu'alaikum WBT. Lama dah hasrat Abah Muhammad nak buat tapai. Hari ini terjadi juga prosesnya alhamdulillah. Ragi sudah beli sedia di Tasek Raja tu hari. Kemarin gigih tunggu Eco Shop buka dan beli peralatan yang belum ada di rumah. 

Pulut dah rendam awal pagi lagi. Masak pulut hari ini menggunakan pengukus baru hadiah cabutan bertuah hari keluarga Disember tahun lepas. Hasil tapai boleh dilihat dalam masa sehari setengah lagi. Sekarang tapai secured dalam bilik di tempat gelap. 

Doakan tapai menjadi. Nanti kecewa Abah Muhammad kahkah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, April 19, 2026

AIR NYOR, AYAM GEPUK, AYAM KUNYIT

Morning ride.
Breakfast ayam gepuk.
Membaca sambil tengok Didi & Friends.
Minum air kelapa dan melahap isinya kahkah.
Sedap dooh!
1=RM5.
Lunch dengan ayam goreng kunyit.
Dessert buah naga.

Saturday, April 18, 2026

Friday, April 17, 2026

MAJLIS HARI RAYA AIDILFITRI 2026 SMK TANDEK 2

Juadah hari ini.

The boys.

Kalah Ustazah Norjia make up dorang ni.

Ikut turn please.

Hmm.

Penjaga makanan.

Sedap la tu kiter buat air siap refill ✌

Pembuat air sebenar kahkah.

Thursday, April 16, 2026

PERSIAPAN MAJLIS HARI RAYA

Kerusi murid siap susun.
Photo booth by Cikgu Aida & team.
Floor manager Cikgu Prissla yang mantap.
Amber dan Jordan 💆
Hiasan pentas by Cikgu Ersabella & team.
Penyelaras duduk santai sambil memerhati 😎

Monday, April 13, 2026

Sunday, April 12, 2026

CEKODOK BILIS, BACA BUKU, RPH, ANALISIS SPM

Teman Umi buat kerja dan membaca buku.

Abah buat cekodok lagi, Abe dan Adik suka!

Mendapat faedah terjun katil dan terhantuk kepala Adik.

Saturday, April 11, 2026

NUGGET HOMEMADE, SAPU BILIK GURU, KELILING KAMPUNG

Sukanya dorang sama nugget sihat (ayam+brokoli+carrot).
Membaca buku kenali binatang dan jalan jalan dengan motor.
Teman Umi di sekolah.

Friday, April 10, 2026

Wednesday, April 8, 2026

MISSING MY GOSSIP PARTNERS


Sejujurnya saya sangat rindukan Umi dan Syahadah untuk berkongsi cerita dan bercakap kosong. Tapi saya faham juga kesibukan mereka dalam kerja masing masing dan menguruskan hal rumah tangga. Banyak cerita saya nak kongsikan. Pasal anak anak soleh yang banyak akal, pasal ustaz baru sekolah saya, pasal cerita cerita seharian. 

Saya faham juga kalau hari hari berhubung pun mereka akan naik bosan. Tapi saya tak bosan sebab saya tak ada kawan selain keluarga saya. Semoga semua ahli keluargaku di bawah lindungan dan rahmat-Nya sentiasa. Semoga Allah permudah segala urusan mereka. 

Semoga Allah beri Abah dan Umi tenaga yang luar biasa setiap hari dalam melakukan aktiviti seharian. Semoga Allah lancarkan dan selamatkan perjalanan pergi dan balik Syahadah yang sekarang sedang mengajar. Semoga Mukhlisin sentiasa terjaga akhlak dan istiqamah dengan hafazannya. 

10.23 malam. Di dalam bilik tidur yang sunyi. Semua sudah dibuai mimpi kecuali diriku yang banyak termenung. 

Kota Marudu, Sabah. 

AKTIVITI CUTI KUARANTIN DAY 3

Nugget, ayam masak lemak cili api, air bandung.

Abe dan Adik makan spageti goreng.

Comot.

Hari ini hari ketiga anak soleh Muhammad Najhan kuarantin. Isnin dan Selasa dijaga oleh Abah. Hari ini, esok dan lusa berganti dengan Umi. Cuma lain sikit hari ini sebab Muhammad Wildan juga dikuarantin. Alhamdulillah secara keseluruhannya semuanya lancar dan dipermudahkan. 

Anak anak soleh kadang kadang ada panas badan. Doktor tidak bagi ubat kecuali ubat demam. Katanya kalau diberi antibiotik, risau cirit birit. Jadi adakah virus hfmd akan sembuh secara semulajadi? In shaa Allah mudah mudahan. Jam 11.30 pagi Abah bergerak ke sekolah. 

Tinggal la diriku dengan dua ketul budak masam ini. Alhamdulillah mereka sangat baik dan memberi kerjasama kecuali pada masa tertentu seperti ketika mandi, ketika saya sedang solat, ketika main air coway, ketika berebut sudu dan ketika saya berada di dalam tandas. 

Pandai dorang cari masa untuk buat hal. Wildan masa Umi solat la dia aktif mengantak kepala Najhan dengan sudu. Hampir Umi berhenti solat dan hempuk dia. Tapi Umi percaya dengan kekentalan Najhan. Pantang menangis kecuali sakit sangat. Adik kuat! Hiks. 

Menu hari ini, 
Nugget homemade
Spageti goreng kicap
Ayam masak lemak cili padi
Air bandung
Yogurt plain
Jus buah ori 

Saya risau juga sebenarnya dengan pemakanan Wildan dan Najhan. Mungkin saya terlebih bagi manis, masin, pedas dan sebagainya. Semoga saya rajin menjaga makan mereka. Geram je tengok dorang behave makan di kerusi masing masing. Alhamdulillah. 

Terima kasih Abah sebab sanggup tergesa gesa di sekolah dan cuba untuk balik awal supaya mental Umi tak ke laut kahkah. Tak kental la Syahirah main mental mental pula. Tepuk kang. 

Kota Marudu, Sabah.