Hari ini hari ketiga anak soleh Muhammad Najhan kuarantin. Isnin dan Selasa dijaga oleh Abah. Hari ini, esok dan lusa berganti dengan Umi. Cuma lain sikit hari ini sebab Muhammad Wildan juga dikuarantin. Alhamdulillah secara keseluruhannya semuanya lancar dan dipermudahkan.
Anak anak soleh kadang kadang ada panas badan. Doktor tidak bagi ubat kecuali ubat demam. Katanya kalau diberi antibiotik, risau cirit birit. Jadi adakah virus hfmd akan sembuh secara semulajadi? In shaa Allah mudah mudahan. Jam 11.30 pagi Abah bergerak ke sekolah.
Tinggal la diriku dengan dua ketul budak masam ini. Alhamdulillah mereka sangat baik dan memberi kerjasama kecuali pada masa tertentu seperti ketika mandi, ketika saya sedang solat, ketika main air coway, ketika berebut sudu dan ketika saya berada di dalam tandas.
Pandai dorang cari masa untuk buat hal. Wildan masa Umi solat la dia aktif mengantak kepala Najhan dengan sudu. Hampir Umi berhenti solat dan hempuk dia. Tapi Umi percaya dengan kekentalan Najhan. Pantang menangis kecuali sakit sangat. Adik kuat! Hiks.
Menu hari ini,
Nugget homemade
Spageti goreng kicap
Ayam masak lemak cili padi
Air bandung
Yogurt plain
Jus buah ori
Saya risau juga sebenarnya dengan pemakanan Wildan dan Najhan. Mungkin saya terlebih bagi manis, masin, pedas dan sebagainya. Semoga saya rajin menjaga makan mereka. Geram je tengok dorang behave makan di kerusi masing masing. Alhamdulillah.
Terima kasih Abah sebab sanggup tergesa gesa di sekolah dan cuba untuk balik awal supaya mental Umi tak ke laut kahkah. Tak kental la Syahirah main mental mental pula. Tepuk kang.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment