Wednesday, April 1, 2026

HAPPY BIRTHDAY SYAHADAH 🎂


Selamat ulang tahun hari lahir yang ke-24 adikku yang solehah, cantik, bijak, baik, Nur Syahadah ♥️✨ 

Adikku yang banyak daku berkongsi cerita dengannya. Adikku yang banyak memberi nasihat dan peringatan. Adikku yang sentiasa menjelingku apabila daku melakukan perkara yang tidak bagus. Adikku yang menjadi kegemaran anak anak buah. 
Adikku yang daku selalu minta tolong menjaga the Muhammads. 

Adikku yang sentiasa mengutamakan Allah dalam kehidupan sehariannya. Adikku yang sentiasa peka dengan apa saja yang Abah dan Umi lakukan. Adikku yang sangat banyak berbakti kepada orang sekeliling. Adikku yang sensitif merasa dirinya tidak berguna walhal dia sangat function. 

Daku pun tidak dapat mencari di mana kekurangannya, di celah mana yang tidak berguna itu. Semoga yang baik baik saja untuk adikku Syahadah. Semoga kau sentiasa dikelilingi dengan positiviti. Semoga kau ceria selalu. Jaga kesihatanmu. Jaga makan minummu. 

Hari ini kau menginjak ke umur yang tak pernah kufikir kau akan membesar menjadi seorang wanita sedewasa ini. Kau, bagiku hanyalah seorang budak kecil berambut pendek, busuk, gigi rongak dan pipi sentiasa berbau air liur basi. 

Kau, bagiku hanyalah seorang budak perempuan yang sentiasa mengikuti setiap gerak langkahku setiap kali daku mengemas rumah atau melakukan apa apa aktiviti. Tidak pandai berbuat itu ini. Tapi hakikatnya, kau sekarang sudah menginjak dewaaa. 

Kau semakin matang dalam perbuatan dan pemikiran. Okaylah bagi chance la muka masih kebudak budakan. Tapi masih tidak ku percaya kau sudah besar 😭 Semoga kau sentiasa gembira dalam apa jua kau lakukan. 

Semoga Allah permudah segala urusanmu, panjangkan umurmu dalam kesihatan terbaik, makbulkan segala doamu, permudah rezeki yang halal buatmu dan semoga Allah memberimu kebaikan di dunia dan di akhirat. 

Kaksya sayang Kaksyadah ♥️

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment