Friday, April 24, 2026

JUDGE ME

Hai semua. 

Saya taknak bagi salam hari ini sebab benda yang saya nak cakap hari ini bukan la sesuatu yang baik. Sekarang musim saya emo. Saya nak bercerita tentang satu benda yang orang lain mungkin nampak simple tapi bagi saya yang kena hadap hari hari, menyakitkan batin. Saya ada seorang rakan sekerja, maksudnya dia seorang guru. Tapi entahla apa yang dibuatnya tak melambangkan figura seorang guru pun. Lebih kepada saya menghadap anak anak murid sendiri.

Kenapa saya cakap begitu, ada suatu ketika beberapa bulan yang lalu semasa kami sedang membincangkan sesuatu dan ia melibatkan kerja, ada la part saya tak faham. Kamu tahu apa dia cakap? "Bukan begitu la anjing." Mungkin dia rasa lawak kan sebab ada orang lain lagi bersama kami masa tu, dan bukan sekali dia sebut begitu depan muka saya sambil tengok mata saya. Tapi masa tu tak tahu kenapa saya boleh gelak lagi. Mungkin lebih kepada cover malu. 

Kejadian seterusnya yang buat saya terkilan juga, okay saya tak nampak pun benda ni sebagai racism ke apa. Cuma, bila dia cakap macam tu, saya rasa terkejut dan tak rasa benda tu lawak. Benda ni bukan dia cakap dekat saya pun, tapi masa saya lalu di tepi dia dan seorang rakan guru lain, dorang sedang bercerita tentang sesuatu yang berkaitan dengan Semenanjung. Tapi kamu tahu apa dia sebut? 

'Semenanjing'

Bayangkan kalau ada murid yang dengar dia cakap begitu, mesti dorang rasa macam, oh rupanya okay je dorang sebut benda macam tu sesama kawan dorang dalam kelas. Tak ada beza penggunaan bahasa antara guru dan murid. Tapi yang lebih menyakitkan hati adalah dia rasa dia lawak. 

Tapi kalau dengan budak budak, dia ni macam diagungkan sebab dia punya style dan sifat sporting nya, dan saya tak ada apa apa masalah dengan itu. Cuma dia sentiasa rasa dia savage. Itu sebab dia berperangai sedemikian rupa. Dia rasa dia function. Dia sentiasa ada benda nak complain. Susah saya nak describe dia. Tapi begitula characternya. Dia macam suka cakap memandai, acah macam dia banyak pengalaman. 

Kejadian terbaru adalah tadi. Saya satu rumah sukan dengan dia. Tapi entahla rumah sukan kami ni macam takde perpaduan, kesatuan. Pagi ini ada latihan lintas hormat. Ustaz Murrah selaku ketua memang dah ada di tempat kejadian. Saya ajak la dia turun sekali. Dia cakap taknak, dia malas. Saya cakap, rumah sukan kita ni macam tak prepare apa apa lagi. Padahal minggu depan sudah. Dia cakap, kau tanya la ketua rumah sukan. 

Saya cakap, sepanduk pun macam belum buat. Dia cakap, kau la buat. Saya terus diam dan buat tak tahu. Walhal dia sedang galak berborak dengan budak di meja cikgu lain. Saya rasa menyampah sangat sangat. 

Itu sahaja luahan hati saya pada hari ini. Saya harap saya tidak dikelilingi oleh orang yang buat saya rasa tak enjoy untuk ke sekolah, tak enjoy nak buat kerja. Saya dah meluah pun dengan Abah Muhammad dalam vc tadi, tapi saya cakap saya tetap nak buat blog. Terima kasih. 

Terima kasih Abah Muhammad mendengar luahan hati saya walaupun mungkin dalam hati dia judge kahkah. Saya tak kisah. Okayla bye semua. 

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment