Assalamu'alaikum WBT. Banyak sangat aktiviti hari ini tapi handphoneku entah ke mana tiada ku menggambar. Alhamdulillah ala kulli hal.
1. Cuci pakaian batch 1
2. Hantar anak anak soleh ke taska
3. Singgah di sekolah ambil buku rujukan
4. Pergi ke Tamu Tandek, bawa payung sebab hujan
5. Balik rumah panaskan tomyam dan masak nasi
6. Sambung basuh baju batch 2, 3 dan 4
7. Buat soalan exam tingkatan 2
8. Makan nasi + tomyam ayam + telur dadar
9. Cuci mulut dengan aiskrim
10. Sambung buat soalan tingkatan 3
11. Solat
12. Rehat
13. Jemur baju
14. Ambil anak anak soleh lagi bijak dari taska
15. Beli coolfever di farmasi
16. Singgah Servay Jaya beli daun ketumbar
17. Balik rumah
18. Anak tidur
19. Makan pulut cicah serunding buatan Abah Muhammad
Begitula kira kira aktiviti hari ini. Alhamdulillah produktif. Tak sempat nak kemas rumah sangat hari ini sebab fokus lebih kepada siapkan soalan exam yang akan bermula minggu depan 6 April. Sempat ke tidak ni nak perbanyakkan.
Lain kali procrastinate lagi.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment