Thursday, May 28, 2026

CONNECTING WITH NATURE


Hari kedua Aidiladha, ronda kampung dengan motor. Cuma special sikit hari ini, Umi dan Abah bagi chance untuk Wildan dan Najhan terokai alam kahkah. Suka la dapat main batu, tengok berudu dan kumpul daun sawit. Lama juga la bagi masa. Lebih 30 minit. Akhirnya baju, seluar dan selipar bergelumang dengan tanah. 

Baru la balik. Itupun jenuh nak suruh naik motor. Semoga dengan asbab ini antibodi anak anak soleh ini semakin kuat in shaa Allah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, May 27, 2026

SALAM AIDILADHA 2026

Alhamdulillah anak anak memberi kerjasama 😌

Kenangan bersama keluarga Sir Fahmi.

Makan makan di rumah Sir Fahmi.

Assalamu'alaikum WBT. 

Selamat Hari Raya Aidiladha semua!

Dari kami sekeluarga di Kota Marudu. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, May 23, 2026

SHOPPING DI SERVAY JAYA, MAKAN KFC, LAYAN SEPAK TAKRAW


6.30 pagi cute boys jalan jalan di kampung naik motor. Abe kata, "Jom moto". Amboi biasa dia. Lepas drain kain, pusing kampung dan balik semula sambung basuh kain. Goreng telur butter dekat Abe dan Adik. Goreng telur untuk diri kami sebab rancang mau keluar juga. 

10 pagi Coway datang servis dalam 25 minit. Lepas tu Abe dan Adik tidur. Lepas solat Asar bertolak ke pekan membeli barang keperluan rumah. Aip tapi sebelum itu ke KFC dulu penuhkan perut dengan ayam goreng. Lama di Servay, kami ke Fresh n Go untuk beli buah dan tisu gantung. 

6.30 malam singgah Bataras beli buah lagi. Balik rumah simpan barang di tempat yang sepatutnya dan solat Maghrib. Tunggu Isyak dan mandikan anak anak soleh. Lepas anak anak soleh tidur, siapkan RPH sambil layan sepak takraw. Tapi macam nak kalah pula Malaysia ni hua. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, May 21, 2026

TAHUN KE-5 AJK SIJIL MAMC


Pada tahun kelima diberikan tugas ini dalam majlis paling besar peringkat sekolah, saya mula reda. Saya gembira diberikan kepercayaan ini bersama rakan rakan seperjuangan, Elvy, Neillda dan Cikgu Juliana. Cuma tahun ini agak istimewa dan mencabar kerana saya menjadi ketua bahagian sijil. Bergilir kami setiap tahun. Banyak juga la kena fikir termasuk plak, trofi dan cenderahati. 

Cabaran paling besar bagi tugas ini bukanla ketika proses menyiapkan sijil itu, akan tetapi ketika hari kejadian di mana dari awal hingga akhir majlis, kami berada di belakang tabir aka belakang pentas yang sangat panas dan kepam. 

Seminggu sebelum kejadian:

Menerima nama penerima daripada setiap unit - Memastikan setiap nama murid betul dan mempunyai nombor ic sedia - Tempah cenderahati, plak dan trofi - Tempah bunga dan selempang tokoh ibu bapa - Memastikan sijil holder, sijil, dan frame sijil cukup - Sediakan mock cheque untuk murid terbaik SPM 2025 - Pilih murid untuk menjadi sijil girl

Proses pembuatan sijil:

Susun nama penerima dalam excel dan merge mail - Masukkan dalam word - Edit masukkan sign digital - Generate sijil - Print sijil - Masukkan sijil dalam holder - Susun ikut aturcara

Pada hari kejadian:

Bawa semua sijil, tray dan segala yang berkaitan ke dewan - Susun semua supaya teratur dan senang untuk diletakkan di atas tray - Alert pada setiap performance dan aturcara supaya boleh bersedia dengan sijil - Sentiasa pantas ketika meletakkan setiap sijil ketika penyampaian sijil - Banyak lagi tapi malas taip

Yang penting semuanya berjalan dengan lancar in shaa Allah. Apapun saya sangat enjoy dengan kerja yang diberikan ini. Sangat bersyukur diberi kepercayaan alhamdulillah. Okay bye. 

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, May 20, 2026

PEMENANG KUIZ ADAB BERMUSAFIR


Hari ini ramai murid 3 Intan terlibat program STEM. Jadi saya bagi kuiz saja la. Tajuk hari ini belum lagi belajar tapi buat ala ala teaser la. Walaupun open book test, tetapla banyak juga salahnya. Padahal soalan objektif saja. 

Ya la macam kita dulu la bukan dapat full pun markah walaupun open book test kahkah. Tahniah Rafiq, Safika dan Ekram. Susah juga budak pandai pandai ni, cepat habis hadiahku sebab semua tiga orang ini dapat markah sama iaitu 24/27. 

Safika - Pen
Ekram - Correction tape
Rafiq - Glue stick

Kota Marudu, Sabah.

KEJUTAN HARI GURU

Terima kasih anak anak soleh dan solehah.

Cantik!!!

Surat dari mereka.
Terima kasih anak anak 3 Permata atas kejutan yang memang mengejutkan ini. Sebagai guru yang masih banyak kekurangan, saya sangat menghargai semua ini. Bukan sedikit hadiah yang diberi. Si Haikal ni memaksa mama dia suruh beli ke ni kahkah. Antara hadiah yang diberi ialah keychain, biskut, butter cake, brownies dan satu lagi makanan yang saya tak tahu nama dia. 

Isi surat yang diberi sangat menyentuh hatiku. Ariff dengan Rafiq taknak mengaku dia yang tulis surat. Ego betul ya. Tapi sweet la isi semua. Terima kasih semua. Ustazah sangat hargai semua ni. Semoga dengan ini ustazah lebih bersemangat mengajar dan kamu makin bersemangat untuk belajar. 

Semoga kamu semua menjadi anak yang baik, terang hati dan berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga segala impian tercapai. 

Kota Marudu, Sabah.

Monday, May 18, 2026

PEMENANG KUIZ 3 PERMATA


Hari ini sepatutnya ada pembentangan daripada kumpulan Muqrim. Tapi tiba tiba ada pula pengisian nilam by class. Terpaksa tangguh dulu sebab ia melibatkan kelas 3 Intan iaitu kelas si Muqrim. Jadi saya jaga kelas 3 Permata yang muslim. Bagi kuiz atau latihan la. Yang paling cepat siap dan semua betul akan diberi hadiah.

Nah bersemangat pula si Ariff ini ya. Biasanya dia nak duduk belakang je. Ini dia yang duluan aa. Mungkin selama ni dorang ni merendah diri sebab ada 3 Intan. Overall, saya sangat enjoy kelas hari ini. Hadiah yang dipilih Ariff ialah set geometri. Semoga berjaya dunia dan akhirat Ariff.

Kota Marudu, Sabah. 

HADIAH HARI GURU


Terima kasih Suraya dan kawan kawan untuk hadiah hari guru ini. Hadiah yang diberikan sangat saya hargai iaitu cermin kecil dan kipas tangan. Tak kira berapa nilainya tapi ia adalah satu penghargaan yang besar untukku, guru yang banyak kelemahan. Yang penting belajar bagus bagus ya semua. Semoga kamu berjaya di dunia dan juga di akhirat. 

Saya dibesarkan dalam keadaan yang setiap kali hari guru, hadiah yang Abah dan Umi dapat tak kurang daripada dua plastik hitam besar setiap seorang. Ya sangat banyak. Tapi apa yang saya tengok di sini, bagi hadiah hari guru bukan culture dorang. Boleh jadi guru ini tidak berapa diminati atau ekonomi keluarga murid yang tidak berapa berada. 

Tapi itu bukanla masalah besar sebab bukan itu yang diharapkan oleh guru guru, secara peribadinya diri ini sendiri. Apa yang saya harapkan setiap hari adalah murid pandai mendengar kata, cepat faham pelajaran, berakhlak mulia, menyejukkan hati dan menjadi penyebab untuk saya bersemangat ke sekolah setiap hari. 

Apa gunanya bekerja dalam keadaan yang kita tak suka. Benci. Stress. Semoga persekitaran kerja kita semua positif, ceria, menggembirakan dan membuat kita sentiasa bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab masing masing. Selamat hari guru Abah dan Umi 💓 Selamat hari guru kepada semua yang bergelar guru, bakal guru dan juga bekas guru. 

Kota Marudu, Sabah.

Friday, May 15, 2026

POTLUCK SELEPAS BACAAN YASIN & AL-KAHFI


Pengetua suruh buat potluck selepas selesai bacaan Yasin dan al-Kahfi. Okay boss! Saya dan Jia berpakat beli tiga jenis kuih. Puan PK1 bawa mihun goreng, Kak Ira bawa minuman panas dan kuih juga. Ada penambahbaikan yang pengetua minta. Setiap kali lepas habis bacaan dan tazkirah, murid akan berbaris dan bersalaman dengan guru. Okay boss!

Hari ini saya satu kelas saja, 2 Berlian. Saya buat kuiz tajuk Solat Jumaat Wadah Kesatuan. Kelas jam 8.45-9.55 pagi. Yang paling tinggi akan cabut hadiah. Pemenang tadi ialah Qalisyah dan dia dapat hadiah pen. Pilihan hadiahnya antaranya pen, pemadam, pembaris, correction tape dan glue stick. 

Kota Marudu, Sabah.

HADA KIDDY 1 BERLIAN


Hari ini kasi tengok dorang kisah kisah nabi, antaranya Nabi Sulaiman, Nabi Ibrahim dan Nabi Soleh. Best juga channel ni. Dah lama saya tengok ramai rekomen tapi tak sempat buka. Tadi alang alang la buka tunjuk dekat dorang. Best la. Ralit tengok. Bahasa mudah faham. 

Selepas habis setiap kisah nabi, saya akan buat soal jawab berkaitan video, nak tengok dorang faham tak dan fokus tak. In shaa Allah lain kali buka kisah nabi lain lagi. Tapi tak boleh selalu la nanti dorang malas menulis dah. 

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, May 14, 2026

10 TAHUN AKAN DATANG, DI MANA SAYA?

Sesi perkongsian.
Hadiah untuk yang lahir bulan Jan-Mei.

Hari ini jam 6.50-7.20 pagi dijalankan program UBK secara serentak oleh semua kelas di sekolah ini di mana guru kelas yang handle. Ada modul disediakan tapi saya dah pilih tajuk yang saya rasa agak menarik untuk dibincangkan iaitu di mana mereka 10 tahun akan datang. Beberapa orang murid dipilih dan berkongsi la dorang punya perancangan. 

Saya tak pasti la dorang ni nak betul keluar dari Sabah ya sebab 8/9 murid bagitahu mereka akan berada di Singapore, Kuala Lumpur, Johor dan beberapa negeri lagi 10 tahun akan datang. Ada yang nak jadi askar, cikgu, bomba, engineer, doktor, kerja off shore, menjual ayam tepi jalan dan sebagainya. In shaa Allah semoga tercapai semua impian mereka.

Tapi saya sempat la jadi pematah angin dorang. Saya cakap, usaha biar selaras dengan cita cita kahkah. Semoga berjaya semua anak 3 Permata! 

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, May 13, 2026

SOLAT JUMAAT WADAH KESATUAN


Anak anak 2 Intan/Permata kemarin dan hari ini belajar tentang solat Jumaat. Saya sediakan teks khutbah dan setiap kumpulan akan ke depan untuk membaca khutbah seolah olah macam hari Jumaat kebiasaannya. Alhamdulillah semua okay juga. Sepatutnya hari ini buat amali solat Jumaat tapi macam tidak sempat sebab revise last lesson dan juga solat Zuhur. 

Tengok dulu macam mana minggu depan. Kumpulan pertama sudah bersedia untuk membentang. Mungkin tangguh dulu atau macam mana, kita tengok minggu depan in shaa Allah. Anak anak soleh lagi baik ni bila saya tengok cara dorang, kita dah boleh nilai siapa biasa solat dan siapa yang tidak. Semoga dengan cara ini dapat menggalakkan mereka untuk tidak meninggalkan solat. 

Pesanan untuk diri sendiri juga yang sangat lemah dan masih jauh untuk menjadi hamba yang taat dan awal dalam melaksanakan solat. 

Kota Marudu, Sabah. 

RAFIQ'S GROUP PRESENTATION


Hari ini kumpulan kedua membentang iaitu kumpulan Rafiq, Ariff, Haikal dan Iqram. Tajuknya Zikir Penenang Hati (Pelajaran 5). Secara keseluruhannya, pembentangan mereka bagus. Lengkap dengan penerangan yang jelas. Hadiah seperti biasa disediakan. Baru dorang tahu macam mana saya stress selama ini bila nak pilih murid untuk jawab. 

Semua angkat tangan. Takkan semua nak kena pilih. Tapi ada yang pertikai, dia yang duluan angkat tangan tapi tidak kena pilih. Mula la merajuk la apa, taknak dah angkat tangan dan sebagainya. Cakap kita bias. Bila sendiri yang alami, baru dorang tahu pening rupanya nak pilih. Susah rupanya nak kena jaga hati semua haha. Rasakan.

Apapun tahniah untuk semua pembentang dan juga penonton yang sangat fokus. Semoga kumpulan selepas ini bersedia dan terus cemerlang. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, May 12, 2026

BILIK GURU TAK BERWARNA


Saya baru perasan bilik guru sekolah ni macam takde warna. Nak kata estetik pun tidak. Tapi sejujurnya saya sangat suka begini sebab dia macam gaya minimalist. Setelah sekian lama saya tak guna printer, hari ini guna juga untuk print teks khutbah. Ajar tajuk Solat Jumaat Wadah Kesatuan (Pelajaran 15) hari ini. Lepas itu, saya buat draf sijil untuk AMC. Tahun ini saya ketua pula. Setiap tahun berganti ketua, tapi ahli sama saja la. Tetap dan berpencen kali, kalau panjang umur. 

Tolong doakan saya rajin gilapkan kasut supaya nampak hitam, kemas dan keguruan sikit. Saya memang tak pernah lap dari awal beli. Begitula tu kalau setiap kali saya beli kasut hiks. Okayla sampai di sini dulu coretan saya untuk hari ini. Kebelakangan ni tak berapa rajin nak berblog. Tapi ada juga la mood cuma tak sekerap sebelum ini. 

Doakan anak anak soleh Muhammad Wildan dan Muhammad Najhan kembali sihat seperti biasa. Demam dan berkahak. Muhammad tu datang balik musim dia memasak. Dalam bilik pun memasak, dekat ruang tamu pun memasak, dalam bilik air pun memasak. Aduhai. Masalahnya dia guna saya punya pantyliner sebagai bahan masakannya. 

Kota Marudu, Sabah.

1ST STUDENT PRESENTATION OF 2026


Kumpulan pertama kelas 3 Intan/Permata telah berjaya menyampaikan pembentangan dengan baik yang bertajuk Penciptaan Manusia Bukti Kekuasaan Allah SWT (Pelajaran 8). Macam tahun lepas juga, selepas habis membentang, mereka mengadakan kuiz dan saya sangat tidak menjangkakan sambutannya sangat meriah. Macam biasa juga ada hadiah. Mereka menyediakan gula gula sebagai hadiah. 

Selepas siap semua, saya ada revise balik sikit sikit supaya semua murid faham dan membuka peluang untuk mereka bertanya soalan juga. Alhamdulillah ala kulli hal. Harapnya mereka konsisten dengan semangat ini sehingga la habis tahun ini. Bila dengan anak anak, kita adalah contoh ikutan kepada mereka. Rupanya bukan setakat anak, anak anak murid juga begitu.

Yang saya nampak, cara mereka handle kelas sama juga macam saya buat. Buat slide, buat kuiz dan sebagainya. Saya tak perlu guide banyak banyak, mereka faham sendiri daripada apa yang mereka nampak selama saya mengajar alhamdulillah. Suka la kalau dapat kelas yang senang faham begini. Tunggu masuk kelas Berlian, terus habis semangatku haha. 

Dorang ni faham rentak saya sebab dari mereka form 1 sampai 3 saya yang ajar mereka. Cabaran sekarang adalah saya nak kena biasakan kelas 2 Intan/Permata untuk buat begitu juga. Tahun lepas Ustazah Roziah yang ajar dorang, jadi saya pun nak kena belajar rentak dorang juga. Setakat ini macam fail lagi. Dorang masih di luar kawalan saya. 

Kota Marudu, Sabah.

Monday, May 11, 2026

RELIEF PAI/PM 1 BERLIAN


Hari ini saya diberi relief kelas Pendidikan Islam/Pendidikan Moral kerana Neillda ada bengkel KMK. Disebabkan dorang bercampur sudah, saya tak mengajar la. Suruh dorang buat kad ucapan sempena Hari Ibu. Tapi yala kelas Berlian kan, takdela saya expect lebih lebih. Saya suruh je dorang siapkan dan bagi mama dorang di rumah. 

Saya berborak dengan beberapa murid tadi. Dorang bercerita la pasal sekolah rendah dulu. Ada beberapa guru dorang yang saya kenal juga. Dengan bangganya dorang bercerita tentang kenakalan dulu. Sekarang pun terbawa bawa nakal tu. Antaranya, salah satu kawan dorang di kelas Permata pernah sembur air susu di muka guru.  

Guru PAI juga rasanya. Tak pastila sengaja sembur atau tidak. Cikgu tu bangun, angkat buku dan terus keluar kelas tanpa sepatah kata. Dorang cakap ada guru tu sampai bersyukur dorang habis sekolah rendah sudah. Tak payah nak hadap, dan sekarang saya dan guru guru lain sedang menghadap kahkah. 

Saya boleh bayangkan la perasaan ustazah tu. Mungkin sebak tak terkata apa apa disebabkan perbuatab budak. Ada cikgu yang sampai menghambat budak dengan kayu, ada yang nak bertukar hijau dan sebagainya la. Saya rasa macam challenging dah mengajar sekolah menengah, dorang pun sama juga cabarannya. 

Semoga para guru terus kuat semangat dan tidak berputus asa dalam mendidik anak anak bangsa yang datang dengan pelbagai ragam ini. Betul la sikit lagi boleh mental juga guru guru ni haha. Semoga murid murid semua soleh belaka, tak suka buat perangai pelik pelik ya. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, May 8, 2026

RUTIN PAGI JUMAAT: YASIN & AL-KAHFI


Program Pembangunan Sahsiah. Ini la nama program yang telah diusulkan oleh tuan pengetua sendiri. Panitia Pendidikan Islam ikut sahaja. Bright side memiliki pengetua beragama Islam. Terjaga sedikit kebajikan anak anak soleh sekolah ini alhamdulillah. Program ini dijalankan setiap hari Jumaat dari jam 6.50 pagi sehingga 7.35 pagi. Bacaan Yasin dan al-Kahfi diketuai oleh para pelajar sendiri. Ada salah sikit sikit, kami pekakkan telinga sahaja. Ini la masanya untuk membuat mereka bersinar. 

Minggu depan in shaa Allah saya sediakan jadual pembaca al-Quran supaya ramai pelajar dapat merasa lead di depan. Tapi in shaa Allah kita akan pilih yang terbaik la daripada segi bacaan. Calon saya untuk minggu depan ialah Aiyum dan Nikman. Selepas selesai bacaan al-Quran, Ustaz Murrah menyampaikan sedikit pesanan berdasarkan ayat al-Quran dan menghubungkaitkan dengan kehidupan seharian pelajar. Senang difahami dan mendalam alhamdulillah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, May 7, 2026

LUAHAN ILMIAH: MURID COVER MACHO, ACAH MALU

Assalamu'alaikum WBT. 

Tak tahu la ini ilmiah ke tidak, tapi berkaitan dengan sekolah la. Lebih spesifik lagi ragam pelajar yang daku hadapi sehari hari. Beberapa hari lepas, saya melaksanakan amali bertayamum di kelas 2 Intan & Permata. Saya ada sediakan debu tayamum yang diberi oleh Ustaz Amran untuk digunakan oleh para pelajar la. Pelajar dalam kelas ada lebih kurang 37 orang. Seorang demi seorang dipanggil untuk melakukan demonstrasi tayamum di depan kelas, lelaki dan perempuan. Semua sangat sporting walaupun akhirnya muka memutih. Sampai la turn seorang budak perempuan ini. Buat acuh tak acuh. 

Dah kenapa budak ni, dalam fikiranku la. Mula mula dia cakap taknak buat. Aik ada aku tanya pendapat kau ke? Saya suruh juga dia ke depan. Dengan muka tak rela dia bangun. Dia buat acuh tak acuh. Ya Allah sakitnya hari saya. Rupanya ada pakwe dia dalam kelas tu. Eh ada siapa kisah ke? Buat malu malu. Eh couple tak malu pula. Kau tahu sakit hati saya bila dia acah acah begitu. Kau ingat ada siapa kisah ke 🤮 Kau cantik ke 🤮 Rosak reputasi kau ke 🤮 Biarla kau pelajar pandai dapat markah paling tinggi pun, bila dia buat macam ni, dia dah keluar daripada list saya. 

Eh pakwe kau pun tak kisah la. Sebenarnya ada satu orang lagi yang acah malu ni. Masalahnya kalau kita tidak suruh, boleh pula dia gelak kuat kuat, bising, bercakap masa guru mengajar, bila suruh bertayamum, malu, sapu muka macam taknak sapu. Biasa orang begini rasa diri dia cantik. Okay bye. 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, May 6, 2026

ANUGERAH BUKU PALING KEMAS, CANTIK & ISTIQAMAH

Nikita.

Aiyum.

Umaira.

Ini adalah pertandingan yang saya praktikkan setiap tahun iaitu pertandingan buku paling cantik. Antara ciri ciri yang diambil kira adalah tulisan kemas, teratur dan berterusan dari awal penulisan hingga akhir. Bukan yang awal saja cantik tapi yang belakang senget benget. Jadi ini la antara pemenang pemenangnya. Ada juga ya lelaki yang kemas bukunya. Tahniah semua. Semoga istiqamah hingga ke akhirnya. 

Antara hadiahnya:
1. Buku nota
2. Pemadam
3. Satu set pen
4. Pembaris
5. Correction tape
6. Glue stick

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, May 5, 2026

Monday, May 4, 2026

BUKU KESUKAAN WILDAN & NAJHAN


Buku itu lama sudah ku beli. Tapi tidak kena guna. Setiap kali suruh baca, ada saja yang dibuatnya. Buat masak, pijak, cubaan mengoyak dan sebagainya. Namun pada suatu hari, buku ini dibelai, dibaca dan dicurahkan kasih sayang sepenuhnya oleh si cilik soleh. Umi rasa sangat terharu. 

Setiap pagi, selepas sedar dari tidur, destinasi pertama mereka adalah belakang sofa, di mana terletaknya buku buku itu. Terima kasih anak anakku. Teruskan membaca ya. Umi suka. Tapi time kita sibuk juga dia mengajak kita untuk membaca sekali. Tak apalah, Umi layankan saja. 

Musim dorang berbuku kali ni, jangan dipatahkan semangat. Pesan Umi, jangan berebut. Kalau Abe baca yang satu, Adik baca la yang satu lagi. Hidup ini banyak pilihan wahai anak anakku yang soleh. Pilih la yang baik baik. Eh tiber. Kesimpulannya, kalau nak baca, baca la. Kalau taknak baca, sudah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, May 3, 2026

Saturday, May 2, 2026

LUAHAN ILMIAH: SAMA BUDAK, BEZA TAHUN

Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini saya nak bercerita tentang sesuatu yang saya berborak tentangnya dengan Jia. Saya cakap, untungnya kau Jia, stok stok yang kau ajar semua yang pandai dengar cakap, pandai senyap, pandai diam, pandai jadi rajin belajar. Padahal orang yang sama juga kami ajar, cuma berlainan tahun saja. 

Almaklumla, yang saya ajar masa dorang baru habis sekolah rendah, iaitu tingkatan 1 hingga 3. Yang Jia ajar tingkatan 4 dan 5. Dah besar panjang kali kan, jadi dorang pandai suruh mendengar. Kalau masa saya mengajar, macam menghadap budak sekolah rendah la. 

Itu belum lagi tak move on bercakap pasal tp berapa dia dapat, cikgu apa yang dia suka, sukan apa yang dia masuk, petandingan apa yang dia menang dan sebagainya la. Tapi kalau suruh saya mengajar tingkatan 4 dan 5, saya pun tak sanggup.  

Jadi saya sangat bersyukur dengan adanya si Jia. Tak apala, saya teruskan juga hidup dengan menghadap budak budak bising ini. Bising tapi kadang menghiburkan juga. Bukan selalu juga saya stress. Tapi kalau 2 Berlian tahun lepas dan tahun ini, mungkin ada possibility untuk guel stress. 

Kota Marudu, Sabah.

Friday, May 1, 2026

TAPAI BATCH KEDUA, MINUM AIR NYOR, MAKAN SPAGETI KOSONG

Buat tapai pada pepagi buta.
Wildan dan Najhan breakfast dengan angel hair kosong.
Mandi pakai handsome naik kereta.
Minum air nyor.