Tuesday, September 29, 2026

AKTIVITI MATI KARAN

3 Intan/Permata.

2 Intan/Permata.
Nasib baikla ada juga kelas yang guna kertas mahjong untuk pembentangan. Boleh la cover bila tak ada elektrik. Pandai pula mati karan start dari kelas first sampai la jam 5 petang kalau tak silap. Kalau notis dia cakap 5 petang. Tapi dengarnya macam sampai ke malam juga. Berpanas la kami. 

Sepatutnya ada meeting kokum tapi dibatalkan. Ya la siapa je nak bermeeting dalam panas hua~ Meeting ditangguhkan ke hari Khamis. Jadi saya pun apa lagi jam 1.30 terus pecut balik supaya berbaloi juga la balik. Nak stay bilik guru panas dan gelap. Seram.

Kota Marudu, Sabah.

Monday, September 28, 2026

ISNIN 28 SEPT 2026

Kuiz 1 Berlian, Pel. 4 (Allah SWT Penguasa Mutlak).

Kena denda salah jawab kuiz oleh kumpulan Syaizzah.
Pembentangan 2 Intan/Permata, Pel. 21 (Hijrah Detik Bersejarah).

Sunday, September 27, 2026

AKTIVITI 23-27 SEPTEMBER 2026

Rutin baru lepas jumpa laci mainan.
Bagusnya anak anak soleh Umi berkongsi.
Ta'lim time!
Najhan buat terapi di kepala Wildan.
Abah buat roti jala. Sedap!
Bila nak lepas ibu jari tu.
Ralit tengok Omar Hana.
Laku keras roti jala Abah yang dijala oleh Umi kahkah.
Tidur tengah hari.
Di situ juga dia terlelap.
Briskmotor di petang hari.

Sunday, September 20, 2026

GAYA TIDUR NAJHAN



Tiga ke empat hari kebelakangan ini, Najhan struggle bila nak tidur. Tapi struggle dia tu, tak kacau orang pun. Kita dah tutup lampu, dia main sorang sorang. Akhirnya tertidur sendiri. Kadang di kaki Umi, kaki Abah atau kaki Wildan. 

Bila saya tersedar, baru saya angkat dia letak di tempat yang selesa. Besar dah anak anak Umi yang soleh ni. Kadang rasa terharu tengok dorang, cepat sangat membesar. Masa kecil nak suruh besar cepat, bila dah besar nak suruh slow slow pula membesar. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, September 19, 2026

MUKHLISIN MASUK UIA

Hensem boy 💞 Forever my baby.
Happy nya Abbas.
Abah, Umi dan Abbas tunggu di cafe.
Supportive sisters.
Bilik Mukhlisin, Mahallah Uthman.
Assalamu'alaikum WBT.

Kemarin, adik bongsuku Ahmad Mukhlisin telah mendaftar sebagai pelajar UIA. Huaaaaaa~~~ Cepatnya masa berlalu! Adik dah masuk universiti. Seriously macam tu je masa berlalu. Saya tak berkesempatan menghantar Adik ke universiti. Tapi saya sedikit pun tak ralat bila tengok cara kakak kakak lain iaitu Kakcik dan Kaksyadah menguruskan Adik masa pendaftaran. Gaya si Syahadah macam dia pula yang nak masuk universiti. 

Tengok la "To-Do-List" dia. Come dooh! Course yang diambil ialah Sarjana Muda Pendidikan Dalam Pendidikan Islam (Kepujian). Alhamdulillah Mukhlisin lulus interview yang diduduki beberapa bulan lepas. Kawan kawan Adik pun dah masuk uiniversiti juga. Ada yang dapat UNISZA, UM, USIM dan sebagainya. Semoga berjaya semuanya dengan cemerlang. 

Adik dah duduki APT, EPT dan mungkin exam fardu ain juga. Apa pun keputusannya Allah dah tentukan semuanya. In shaa Allah Adik sentiasa cemerlang. 

Semoga Allah jaga Adik sentiasa. Semoga Adik terus cemerlang. Baik akhlak, cemerlang akademik dan sentiasa menjaga Quran dalam hatinya. Love you Adik 💕

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, September 18, 2026

CHECK UP 3 TAHUN

Baca buku.
Menghabiskan maruku.
Selfie dengan Umi satu.
Jengkaut!
Malam sebelum tidur.
Ya Allah bersyukur sangat sangat check up Muhammad Wildan hari ini dipermudah. Wildan bagi Umi kerjasama yang sangat sangat Umi tak sangka. Senang sangat nak jaga dia. Mungkin dia tahu Umi sorang sorang. 

Nurse cakap dia budak ceria dan suka gelak. Saya pun tak tahu apa yang dia gelakkan. Ada dalam 10 kg gerat beg saya sediakan barang barang untuk Wildan in case dia tantrum. Tapi alhamdulillah senang sangat.

Benda pertama dia minta ialah buku. Tapi sekejap saja dia baca dan tengok buku tu. Lepas tu dia bawa buku tu ke hulu ke hilir. Lepas tu bagi dia makan maruku sampai habis check up. Maruku itu la peneman setianya. 

Hari ini hanya jumpa nurse sahaja. Timbang berat dan ukur tinggi serta ditanya beberapa soalan tentang perkembangan dia. In shaa Allah jumpa doktor pada 6 Oktober 2026 sekali dengan check gigi juga. Semoga Allah permudah semuanya. 

Hasil pemeriksaan hari ini:
Berat = 16.9 kg
Tinggi = 104 cm

Masa saya ambil Wildan dari taska, benda pertama dia sebut masa dalam kereta, "#@&*%@# Adik". Yang perkataan Adik tu je yang saya faham. Tapi saya rasa Wildan tanya mana Adik, kenapa Adik tak ikut sekali. Saya pun terangkan la saya nak bawa dia check up. 

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, September 17, 2026

DAY 1 BACA TA'LIM



Terima kasih Tokbah hantar buku Fadilat Amal. Semoga kami istiqamah amalkan bacaan ta'lim selepas Maghrib setiap hari macam mana selama ini diamalkan di teratak hijau terchenta. Memang kena buat supaya sejuk sikit rumah ni. Tokbah hantar lepas saya cerita pasal beberapa kejadian di rumah ni macam pintu dicuba buka tombolnya dan ada beberapa lagi kisah lain. 

Selain tu, Tokbah suruh amalkan baca surah al-Baqarah setiap hari. In shaa Allah kami amalkan. Kalau tak sempat baca pun, saya akan buka di tv. Alhamdulillah setakat ni kalau buka surah ni, Wildan dan Najhan tak ada minta nak video lain sampai la habis surah. Dorang dengar je sambil main. 

Semalam hari pertama baca ta'lim. Tokbah Tokmi tengokla cucu cucu soleh ni tak boleh duduk diam. Sekejap memanjat, melompat, berperang dengan semut di belakang Umi dan sebagainya. Tapi Tokmi cakap, baca je. Dorang dengar saja tu walaupun sambil main.

Semoga kami istiqamah dan menjadi asbab kebaikan. 

Kota Marudu, Sabah. 

JOM KE TASKA!


Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini 17 September 2026 hari Khamis. Pagi ini mood Umi tak berapa okay tapi alhamdulillah bersyukur sangat anak anak soleh bagi kerjasama yang sangat padu sepanjang perjalanan ke sekolah. Pagi tadi Wildan sempat mengamuk sekejap sebab dia nak pakai baju yang Najhan pakai. Memang tu baju dia tapi dah kecil sikit, jadi saya pakaikan dekat Najhan. Dia terus minta nak pakai. Taknak pakai baju yang saya pilih. Terus saya mengamuk sekali, diam la dia. Boleh pula pakai pun.

Macam biasa la berhenti di tepi jalan beli nasi lemak untuk saya dan ayam goreng untuk Wildan dan Najhan. Memang dorang tahu sudah kalau nak dekat dengan kedai, pandai minta nak ayam goreng. Awal kami bertolak hari ini. Biasanya 6.30 pagi baru bertolak. Ini 6.05 pagi dah di atas jalan. Sampai sekolah, saya rest sekejap dalam kereta. 6.50 baru la saya keluar kereta dan pergi punch. Entahla tak ada mood harini. 

Sepatutnya harini Wildan berklinik di KKIA Lotong. Tapi tengok dulu la macam mana. Ada saya bagitahu Abah Muhammad untuk bawa ke klinik. Saya saja tak ingatkan harini nak tengok dia ingat ke tak. Jadi saya saja la bawa harini. Malas cakap banyak. Kadang dia memang tak ingat. Kadang buat tak ingat. Rancang nak solat Zuhur awal dan jalan terus jam 1.30 tapi tiba tiba ada relief pula 12.15-1.25. Tengok dulu la macam mana. 

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, September 16, 2026

AKTIVITI HARI MALAYSIA

Amboi santainya dia jilat aiskrim.

Wildan nak makan aiskrim dengan sudu harini, taknak kon.
Akhirnya makan dengan kon juga. Pandai la dia ya.
Lepas sarapan dengan aiskrim, makan tengah hari di KFC.
Malam lepas Maghrib baca ta'lim.

Tuesday, September 15, 2026

BERDESING KEPALA DI PAGI HARI


Ini budak sama yang minta puji kemarin. Ini merupakan pembentangan fasa kedua sudah. Sepatutnya semua murid sudah terbiasa dengan benda ni tapi kumpulan ni membhat keputusan untuk memeningkan kepalaku pada pagi hari Selasa. 

Pembentangan fasa pertama, banyak alasan dorang ni sampaikan tempoh hampir 2 bulan disia siakan begitu saja. Setiap kali suruh banyak alasan sehingga habis semua pembentangan daripada kumpulan lain. Tiada dorang buat. Jadi saya yang buat.

Yang fasa 2 ni saya buat lain sikit. Saya bagi masa kepada semua untuk siapkan slide dalam tempoh tertentu. Pada hari ada kelas, saya tinggal cabut saja kumpulan mana yang bentang. Qadarullah, kumpulan dorang yang terpilih.

Dah macam cacing kepanasan di depan. Perasan orang nak tengok dia. Padahal orang nak fokus pembelajaran sebab tak sampai sebulan lagi nak exam. Allah saja yang tahu betapa sakit jiwaku menahan rasa geram.

Betul betul kepala saya tiba tiba berpinar sampai terduduk. Nasib la dalam satu kelas sekelompok kecil saja begini. Tak tahu apa yang dimalukan. Tutup muka la, pandang papan putih la, duduk tepi tingkap la, baca jadual bertugas la. Perasan. 

Semoga dorang ni berubah la. Tahun depan dah masuk form 4. Banyak lagi cabaran dan dugaan yang bakal ditempuh. SPM tak lama lagi pun. Sekejap saja masa. Dorang ni saya ajar dari form 1. Dah tahu dah perangai masing masing.

Okay done meluah hua~

Kota Marudu, Sabah.

Monday, September 14, 2026

AKTIVITI SEKOLAH 14 SEPTEMBER 2026

Pengurusan kelas awal pagi Isnin ganti perhimpunan.
Minta puji, suruh baca surah al-Asr boleh bergurau di belakang.
Presentation fasa 2 bermula.
Baru nak buat slide.
Ini pun sama tapi guna kertas mahjong sebab tak ada laptop.

Sunday, September 13, 2026

CELEBRATING MUHAMMAD'S 3RD BIRTHDAY

Abah dan Wildan 💖
Umi dan Najhan 💓
Suka dooh kek.
Hokni jong perabis wedges.

Hari ini 13hb baru sempat celebrate birthday Muhammad di Secret Recipe menggunakan hadiah yang Tokmi bagi. Suka sangat Wildan dan Najhan makan kek dan set chicken chop. Wildan habiskan dua slice kek sambil Umi suapkan ayam. Najhan habiskan wedges dalam chicken chop. Senyap sekejap dapat makan. 

Masa tengah tunggu makanan, tiba tiba ada lagu Happy Birthday untuk pelanggan di kedai tu. Sekali Muhammad dah dekat bawah meja. Dia malu. Dia ingatkan lagu tu untuk dia kot haha. Umi tak pernah sangka dia akan faham lagu tu. Rupanya umur 3 tahun pun perasaan dia dah macam roller coster ya. Kejap happy kejap sedih haha. 

Alhamdulillah atas segala nikmat ini 💞

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, September 12, 2026

WILDAN TURNS 3


Hari ini genap anak soleh Umi Muhammad Wildan berumur 3 tahun. Apa yang sentiasa ada dalam doa Umi ialah semoga Wildan menjadi anak yang soleh, menyenangkan orang sekeliling, dipanjangkan umur dalam kesihatan terbaik, sentiasa teguh imannya, sentiasa aktif dan sihat, petah bercakap, bijak dan pandai dan diberi kebaikan di dunia dan juga di akhirat. 

Banyak sangat Umi belajar sepanjang kelahiran Wildan. Pahit dan manis. Sekarang Umi sedang belajar untuk tackle Wildan bila dia merajuk. Dia nak kena pujuk saja sebenarnya. Lepas tu pandai senyum malu malu. Perkataan dia setakat ni alhamdulillah makin banyak. Ayat pun makin panjang. In shaa Allah Wildan petah bercakap ya. 

Umi, besarnya rumah tu!
Tengok tu, awan putih!
Umi, tengok tu matahari panas!
Umi! Asap! Api! Api! Terbakar! Tolong! Tolong! Bomba! 
Umi, duduk! 
Tengok tu! Jengkaut! Lori angkut! Jentolak! Lori simen!
Umi, tengok tu pokok hijau!
Buka pintu ni!
Haaa, jengkaut tiada!
Umi, lapar, nak makan. *sambil pegang perut
Allah Allah. *kalau benda jatuh
Aduh, sakitnya kepala. *sambil pegang kepala
Umi, jom makan aiskrim! *permintaan pukul 5.59 pagi
Umi, tu blender!
Aku makan nasi~
Umi, Abe pandai! *sambil tepuk tangan lepas buang sampah
Umi, Abah buat~ *buat suara sedih padahal Abah mandikan dia je
Adik, simpan~ *kalau Adik sepahkan tempat tidur

Kalau Umi tunjuk gambar, dia akan cakap,
Ni Abah.
Ni Umi.
Ni Wildan.
Ni Najhan.

Kadang dia bahasakan diri dia Wildan, kadang Muhammad, kadang Abe. Dia panggil Najhan, Adik atau Najhan. Abah macam biasa la Abah, hilang sudah yang Abang dulu tu alhamdulillah. Umi sampai sekarang Memey. Najhan pun terikut sekali panggil Mey. Tapi kadang kalau Umi tak dengar dia panggil, dia akan sebut Mi atau Sayam. 

Semoga Wildan menjadi anak yang baik, main dengan Najhan lembut lembut ya. Wildan kurangkan merajuk ya hihi. Umi suka sangat bila Wildan baca perkataan di dinding bilik. Kebanyakan perkataan Wildan dah tahu tapi kena tengok waktu juga baru dia nak sebut. Kalau paksa pun tak jadi apa kalau dia taknak sebut. Buat Umi stress haha. 

Sekarang dah pandai pilih baju sendiri. Taknak yang Umi dan Abah pilih. Masalahnya kalau di taska, dia setuju saja apa apa pakaian yang disarung dibadannya. Tapi kalau dengan Umi dan Abah, bukan main dia tunjuk baju mana yang dia nak. Teringat Poksu Shin dulu gitu la. Tiba tiba ada taste sendiri, tapi kalau cantik takpe huaaa~

Wildan ni makin manja sekarang. Makan pun nak kena suap. Kalau dia dah pegang pun makanan tu, contohnya keropok atau buah, dia akan bagi dekat tangan Umi dan suruh suap. Kalau dia nak makan aiskrim, Umi kena buat dia janji dulu. 

"Umi, jom makan aiskrim!"
"Okay boleh, tapi kita makan satu je aiskrim ya, lepas tu mandi, boleh?"
"Bulehhh~" *buat suara flat sambil mata ke bawah

Lepas tu dia suka nyanyi secara random. Mula mula Umi tak faham, last last baru dengar rupanya Hasbi Rabbi haha. Lepas tu dia suka nyanyi lagu Bintang Bintang di Langit, Buai Laju Laju. Kemarin tiba tiba dia sebut, "Hai, saya Upin, ni adik saya, Ipin. Betul betul betul. Ini kisah kami semua!" Dengar tak dengar la perkataan tu. Nasib baik Umi expert haha. 

In shaa Allah next nak ajar Wildan tanpa pampers. Tapi rasanya bukan dalam masa terdekat juga la. Tengok dulu macam mana. Buat masa sekarang, dia kencing sangat banyak dan selalu basah cadar. Jadi malam malam dua tiga kali Abah bangun salin pampers. Najhan pun sama juga. Apa pun Umi sayang Wildan dan Najhan sangat sangat! 

SANAH HELWAH ANAKKU SAYANG, MUHAMMAD WILDAN 💓

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, September 8, 2026

IDEA MURAH


Buku Muhammad Wildan dan Muhammad Najhan yang saya beli satu ketika dahulu sudah tercabut, terlerai, terbengkalai penangan bacaan mereka setiap hari beberapa bulan lepas. Bila dah tercabut begitu, mereka dah tak baca lagi buku tu. Jadi timbul satu idea baru baru ini ketika cuti sekolah kerana mereka di taska juga, banyak la masa saya berfikir kahkah. 

Saya membuat keputusan untuk melekat semua buku mereka yang terlerai ini di dalam bilik sebab sekarang memang saya buat sudut untuk mereka belajar. Beli double tape, pilih muka surat favorite mereka seperti pengangkutan, haiwan dan buah, dan lekatkan di dinding bilik tidur. Suka tengok reaksi mereka. Bangun tidur pun terkam dulu bahagian ni sebelum keluar bilik.

Berbaloi kuku Umi luka sebab nak lekatkan semua ni di dinding hihi. Koleksi jengkaut, jentolak, lori angkut dan lori simen pun bertambah. Masa mereka di taska, Abah dan Umi bincang nak tambah koleksi sebab sekarang Wildan suka sangat dengan empat serangkai ni. Sebelum ni ada lori angkut saja. Tapi nampak dia excited setiap kali lalu tepi jengkaut dan seangkatannya, kami pun beli la. 

Kita raikanla apa yang mereka minat. Baru mereka rasa suka nak explore lagi dan lagi. Takpela hidup sederhana saja tapi cukup in shaa Allah. Semoga Wildan dan Najhan sentiasa menjadi anak yang bersyukur. Sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada. Pesanan untuk diri sendiri juga. Nanti nak tambah apa lagi? 

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, September 5, 2026

HEALING CARAKU

Lipat baju di awal pagi sambil makan buah.

Cuci baju.

Jemur kain.
Cuci pinggan mangkuk.

Kemas bilik.

Semuanya terjadi kerana Abah bawa mereka naik motor hihi.

Jom makan!