Wednesday, November 4, 2026

ELO IN THE HOUSE!


Memperkenalkan, ini la budak Eloise anak Sue! Comel kan budak tembam ni? Umurnya nak masuk 7 bulan, tapi beratnya sudah menjangkau 10 kg. Mana tak sakit tangan Mommy nya haha. Baik sudah si Elo dengan saya sekarang. Masa mula mula dulu daku dukung dah macam histeria tangisannya ya. Sekarang dia dah pandai berkawan. Pandai masuk meeting. Senyap saja dia.

Sekarang dah pandai borak dah dia. Pandai complain dah potpet potpet mulut. Sue bawa ke sekolah sebab taskanya kena tutup sebab ada jangkitan HFMD dekat sana. Takut berjangkit dekat yang lain. Sihat selalu Elo! 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, November 3, 2026

ALKISAHNYA TAYAR KERETA PECAH



Panjang ceritanya kalau nak cerita dari awal. Tapi secara ringkasnya, 

Rancanganku:
- Thumbprint di SMK Salaping
- Hantar anak anak soleh ke taska
- Punch card di SMK Tandek 2
- Sampai klinik jam 7.30
- Selesai appointment klinik sebelum jam 10 pagi
- Hantar Abah Muhammad ke rumah untuk ambil motor dan gerak ke sekolah masing masing
- Masuk meeting SKAS
- Ambil anak anak soleh dan balik ke rumah

Rancangan Allah:
- Thumbprint di SMK Salaping
- Tayar pecah sebelum jambatan Tandek
- Tukar tayar spare
- Hantar anak anak soleh ke taska
- Singgah di SMK Tandek 2
- Sampai klinik jam 9 pagi
- Selesai appointment klinik jam 1.30 petang
- Isi angin tayar spare
- Abah Muhammad hantar ke sekolah
- Masuk meeting SKAS
- Abah Muhammad balik ke sekolahnya untuk solat dan punch out
- Abah Muhammad tukar tayar di kedai
- Abah Muhammad ambil daku di sekolah
- Ambil anak anak soleh di taska
- Makan di KFC
- Balik rumah

Allah saja yang Maha Mengetahui betapa panjangnya hari berlalu. Banyak yang dihadapi tapi alhamdulillah Allah bagi kekuatan dan kemudahan. Terima kasih ya Allah. Bersyukur sangat tayar pecah pun masa ada Abah Muhammad sekali. Tayar pun alhamdulillah sudah ditukar baru semuanya. Total semuanya RM600. Terima kasih Abah Muhammad mudahkan hari yang panjang ini. Terima kasih ya Allah. 

Anak anak soleh pun masa Abah tukar tayar spare, sangat memberi kerjasama yang padu. Tak memeningkan kepala Umi. Wildan stay saja di carseat nya. Cuma Najhan la ke sana ke mari tak boleh duduk tapi masih boleh dikawal. Cumanya setiap kali ada Abah yang hantar sekali ke taska, memang menangis kerjanya taknak turun kereta. Alhamdulillah ala kulli hal. Yang penting di penghujung hari, daku tak payah masak. Alhamdulillah. 

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, November 1, 2026

BYE OCTOBER 2026!

STOK 3 HARI

Manjanya Najhan tidur di lengan Wildan~
Sama sama explore jengkaut.
Breakfast dengan kuih seri muka bandung.
Makan nasi!
Najhan tunggu apa tu~
Muka geram Wildan sambil menunggu Abah dan Najhan membeli di Eco Shop.
Petang bersama anak anak soleh sebelum keluar makan.
Hanger tak tinggal.
Mana ayam ni~
Juruhnya anak anak soleh dengar ta'lim.
Morning from Kota Marudu!

Wednesday, October 28, 2026

NAK SIKIT LAGI...



Hari ini 28hb Oktober. Saya ada cerita yang buat saya terharu. Bagi orang lain mungkin benda kecil saja, tapi bagi saya yang anak solehnya lambat sikit bercakap, saya rasa sebak bila dengar. Tadi pagi sebelum pergi sekolah, saya makan durian dan suapkan dekat dua orang anak baik lagi bijak ni. Wildan la yang lebih bersungguh bila makan durian. Tak sempat habis dalam mulut dah nganga lagi nak suruh suap. Najhan makan tapi steady saja la. 

Bila dah habis durian tu, saya cakap la, "Okay, dah habis!". Lepas tu Wildan cakap, "Memey, nak sikit lagi~". Kenapa saya rasa nak menangis ya bila dengar dia cakap macam tu. Saya rasa bersyukur sangat Allah bagi rezeki saya dapat berborak dengan Wildan dan sekarang Najhan pun mula nak berborak dengan perkataan yang difahami dah. Alhamdulillah terima kasih ya Allah. Nampak kecil, tapi besar untuk saya. 

Sekarang jam 1.19 petang. Saya masih di sekolah tapi sangat boring ya sebab tak ada kerja nak dibuat. Macam setakat ini semua dah siap. Kelas pun tak ada sebab tingkatan 1 hingga 3 pdpr. Tinggal kena relief kelas saja la. Okayla saya nak bersiap nak balik. Babai~

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, October 26, 2026

PERSIMMON, HANGER, CARSEAT

Muka ada senyum ya budak ngada ngada hiks.

Tunggu Abah ambil parcel sambil makan roti.

Tak sabar nak tunggu masak betul betul!

CARSEAT

Umi keluarkan carseat masuk rumah untuk bersihkan daripada kotoran. Roti ada, mainan ada, biskut ada. Semuanya bersatu di carseat. Tapi tengokla anak anak soleh Muhammad Wildan dan Muhammad Najhan pergi duduk pula ya. Orang Indon cakap 'galoks' la kalau begitu. Time kita suruh duduk di carseat, sampai menangis taknak lebih lebih lagi si Adik. Tapi kalau tak suruh, mereka sendiri yang pergi duduk dan enjoy makan buah. Geram je Umi tengok ya. Tapi suka tengok mereka duduk sambil makan buah. Sementara tunggu Abah bersiap, sempat habis dua biji buah ya alhamdulillah. 

PERSIMMON

Alhamdulillah buah pisang kaki yang dihantar oleh Umiku sayang dah sampai!!! Terima kasih Umi hantar buah sampai 2 kilo ya. Mesti mahal harga shipping. Semoga berlipat ganda rezeki Umi selalu. Excited Muhammad nak buka parcel ya. Bila tengok je buah pisang kaki, dia cakap, "Buahhh, tu buahhh!!!". Memang Muhammad peminat buah pisang kaki. Yang rangup pun dia boleh habiskan apatah lagi yang bakal ranum ni nanti, in shaa Allah. Saya peram dulu untuk bagi dia masak betul betul. Rindu nak makan macam yang di Kelantan dulu. Juicy betul. Terima kasih Tokmi!!! 

HANGER

Pin pin pon letak tepi dulu. Sekarang obsesi Muhammad bertukar kepada hanger. Tak tahu macam mana boleh melekat hanger di tangannya. Tapi bayangkan pin pin pon yang dia sentiasa bawa tidur, pergi makan KFC, pun dia taknak sekarang. Jadi boleh la Najhan main kahkah. Sekarang dia bawa hanger tidur sekali dengan dia. Itu la ada musim dia kan. Dulu sudu kayu tu. Sekarang dia tengok sudu kayu tu macam angin lalu je. Hanger tu bagus bagus Muhammad main dan bawa ke sana sini. Sekali dapat dekat Najhan semalam, dia patahkan ya Allah. Macam mana la dia boleh patahkan tu. Nasib baikla ada banyak lagi. Boleh la ganti. 

Sihat sihat sokmo anak anak soleh Umi Muhammad Wildan dan Muhammad Najhan. Haritu berak keras, ni berak cair pula. Tak tahu la tersalah makan apa. Haritu cairkan susu, ni pekatkan susu pula sebagai ikhtiar untuk buat normal balik. Semalam Najhan terbangun pukul 2 pagi, kentut tepi mukaku dan mula gelisah tak tetap duduk. Sekejap bangun, sekejap duduk, sekejap baring. Ada la dalam 10 minit juga. Tapi tak menangis alhamdulillah. Rupanya dia berak. Semerbak la dalam bilik berhawa dingin ya. Lepas tu dia tidur balik. Bangun pukul 5 pagi terus mandi alhamdulillah. Semoga cepat sembuh anak anak Umi yang baik lagi bijaksana. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, October 23, 2026

BERMALAM DALAM KERETA


Kesian anak anak soleh Umi berpanas semalam sebab tak ada elektrik. Tapi dorang tak ada tunjuk rasa panas pun. Saya yang resah gelisah panas dan sebagainya. Padahal balik dah lambat dalam jam 6 lebih, tapi belum ada. Jadi lepas solat Maghrib, terus kami naik kereta sementara teman Abah beli barang barang perkhemahan. Kalau ikutkan plan, sepatutnya lepas Maghrib Abah ke sekolah untuk handle budak berkhemah dan jadi imam Isyak. 

Tapi tukar plan, Abah tolong beli barang dan hantar saja ke sana untuk makan dan minum pagi ni. Alhamdulillah anak anak baik sangat dalam kereta. Akhirnya Wildan tertidur di carseat. Najhan santai di posisi. Balik rumah dalam jam 9 lebih, dah ada elektrik tapi separuh je. Begitu la kalau di Popok ni. Di rumah baru la Najhan tidur. Dia minta Umi dodoikan. Kami bentang toto di ruang tamu dan tidur dengan pintu rumah terbuka sedikit. 

Hampir 30 minit mereka tidur, baru la ada elektrik betul betul alhamdulillah. Terus pasang aircond dan tunggu sejuk sikit baru masuk. Alhamdulillah besarnya nikmat ada elektrik ni kan. Masuk bilik tak cakap apa dah, terus tidur. Bangun pukul 4 pagi baru la solat Isyak. Alhamdulillah anak anak soleh pun bagi kerjasama tidur sampai ke pagi. Abah letih betul sebab selama dua hari full jadual perkhemahan. Harini last day perkhemahan in shaa Allah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, October 20, 2026

PERKATAAN NAJHAN SEBUT (YANG DIFAHAMI)

18 Oktober 2026, belum mandi.
Minum air nyor.
Jengkaut tok ttala.

Assalamu'alaikum WBT.

Hari ini saya nak bercerita tentang Muhammad Najhan dan perkembangannya setakat ini. Hari ini umurnya 1 tahun 9 bulan 22 hari. Dari segi perkataan, alhamdulillah makin banyak dia boleh sebut walaupun kurang jelas. 

Asap
Terbakar
Takut
Sakit
Bola
Ayam
Monyet
Lembu
Go
Susu
Bear
Kucing
Epal
Rumah
Pokok
Kakak
Ibu
Mama
Atok
Aki
Abah
Umi (Memey)
Tokbah
Tokmi
Abe
Roti
Biskut
Buah
Air

Alhamdulillah kalau kita sebut apa perkataan, dia boleh ikut juga sebut. Kalau dari segi pemahaman perkataan, alhamdulillah ada perkembangan juga. Kalau Umi sebut quran, dia boleh tunjuk quran. Singa (sekali dengan bunyi), susu, bola, nasi, botol, handphone dan sebagainya. 

Kalau dari segi emosi, sekarang dia suka buat muka merajuk. Kalau kena marah, sama ada punca daripada dia atau tidak, dia akan muka mencebik, bak kata orang putih, jebek la. Kalau marah lama sikit, menangis la jawabnya.

Kalau dia ada sakit dekat mana mana, dia akan melebih lebih buat manja dan menangis. Dia nak Umi dukung je sebenarnya kahkah. Mula mula Umi terpedaya juga dengan lakonannya, tapi bila dah banyak kali, dah boleh baca permainan dia haha. 

Najhan suka berlakon macam baby. Merangkak, buat buat menangis, hisap jari dan buat buat merengek. Geram betul dengan budak kecil ni tau tapi Umi layankan jua. Bukan selalu dia begitu kan. Ada juga masanya dia nak perhatian Umi dan Abah. 

Kalau dari segi kekuatan, alhamdulillah kuat. Buktinya, muka Umi ni dah macam kena cakar kucing penangan tangannya. Habis berparut muka Umi. Kalau dia nak marah ke apa, mula la dia gigit, cakar Umi dan sebagainya sehingga puas hati dia.

Umi marah, dia menangis. Begitu la ya. Banyak la akalnya anak soleh ni. Alhamdulillah, semoga Muhammad Wildan dan Muhammad Najhan terus menjadi anak yang soleh, baik, kuat, sihat, senang dijaga, disenangi ramai dan berbakti kepada semua. Allahumma aamiin. 

Kota Marudu, Sabah.