Saturday, September 5, 2026
Friday, September 4, 2026
Thursday, September 3, 2026
Tuesday, September 1, 2026
Monday, August 31, 2026
Friday, August 28, 2026
Tuesday, August 25, 2026
CUTI UMUM MAULIDURRASUL 2026
Hari ini cuti umum sempena Maulidur Rasul. Jadi di rumah saja kami. Asalnya plan nak makan nasi arab di Kundasang, tapi servis Coway pula dah. Kalau nak ke Kundasang kena jalan awal. Takpela lain kali la ya anak anak soleh. Tapi enjoy juga kita di rumah. Petang sikit keluar membeli barang keperluan di Servay Jaya Mall.
Wildan dan Najhan di atas kerusi itu dengan pengawasan Umi dan Abah hiks. Diclaimer awal la takut kena marah dengan Tokmi hihi. Mereka ni memang tak boleh nak duduk biasa aman damai ke atas kerusi. Kena juga berdiri. Kena juga duduk atas kepala sofa. Itu belum lagi gambar yang mereka panjat dan berdiri atas kepala sofa. Sekian.
Kota Marudu, Sabah.
Monday, August 24, 2026
Sunday, August 23, 2026
STYLE BARU NAIK MOTOR
Yeahhh Umi boleh me time dalam 10 minit ke 15 minit sementara Abah bawa Wildan dan Najhan keliling kampung naik motor. Baru berani cuba style baru. Alhamdulillah okay. Wildan di depan. Najhan dalam baby carrier. Selagi behave okay la. In shaa Allah selamat.
Umi tak larat nak ikut. Itu je. Bukan nak me time pun sebenarnya tiber. Terima kasih Abah bawa Wildan dan Najhan jalan jalan. Semoga pahala berganda buat Abah senangkan hati anak anak soleh dan mudahkan urusan Umi berehat sekejap hihi.
Kota Marudu, Sabah.
Monday, August 17, 2026
KELUAR PETANG DENGAN WILDAN DAN NAJHAN
Kemarin sambil membeli susu debu Wildan dan Najhan, Abah dan Umi bawa mereka ronda kampung. Biasanya masuk kawasan tu dengan motor, kalini kita try masuk dengan kereta. Suka dorang sambil tengok bulan, pokok, ayam, anjing dan banyak lagi.
Tengok tu dorang pakai seatbelt. Comel kan!!! Wildan sibuk korek giginya. Najhan sibuk nak berinteraksi dengan Umi. Dia dah bosan duduk depan sorang sorang. Yalah Abah fokus memandu.
Kota Marudu, Sabah.
Saturday, August 15, 2026
AKTIVITI 14&15 OGOS 2026
Kalau dah kehabisan idea nak hiburkan hati Wildan dan Najhan, Umi dan Abah akan bawa mereka ke Jalan Tamu Salaping tepi sungai atau tasik ni untuk mereka main batu dan connect dengan alam. Suka sangat sampai menangis taknak balik. Sekali sekala suka juga bawa mereka main macam ni kan supaya tak terlalu attached dengan tv dan tak terlalu terperap dalam rumah.
Kalau boring, Abah dan Umi bawa ke Servay juga bawa jalan jalan sambil beli barang. Siap sedia bawa bantal dan botol susu supaya Wildan dapat rest dalam troli. Najhan duduk dalam baby carrier. Dengan begitu, Umi dan Abah boleh pilih barang dengan amannya. Tapi ada had masanya juga la. Kalau lama sangat pun, pandai si Wildan minta dukung. Boring kali baring kan.
Sekarang musim main mainan jentolak, jengkaut, lori simen, lori angkut dan seangkatan dengannya. Masalahnya kalau satu nak yang itu, yang satu lagi ikut juga nak main yang sama. Bendanya ada satu saja. Kalau beli dua pun, tetap nak main yang sama juga. Begitu la ya. Tapi bak kata Tokmi, bersyukur dengan apa yang ada. Kalau mereka diam pun, susah hati juga. Jadi bergaduh je la kahkah.
Kota Marudu, Sabah.
Wednesday, August 12, 2026
SELAMAT BERSARA TUAN JESON
Hari ini tarikh official persaraan Cikgu Jeson selaku Penolong Kanan Kokurikulum SMK Tandek 2. Beliau di sini selama 2 tahun dan sebelum ini di SMK Kota Marudu. Perkhidmatannya selama 45 tahun termasuk sebagai guru sandaran selepas habis SPM. Lama tu. Semoga Cikgu Jeson sentiasa maju jaya pada masa akan datang.
Kota Marudu, Sabah.
Sunday, August 9, 2026
BAWA WILDAN DAN NAJHAN MAIN TANAH
Lepas balik dari pekan, Abah dan Umu bawa Wildan dan Najhan main pasir dan tanah di Jalan Tamu Mangkupa. Di kampung kami tinggal tapi masuk dalam lagi. Sukanya dorang main batu, tanah, main lari lari dan sebagainya. Boleh dikira sebagai grounding juga ke ni.
Masa nak suruh balik, susahnya la haih. Wildan rileks saja dengar kata. Najhan menangis dan mengamuk sampai la riba di rumah. Abah terus mandikan Wildan dan Najhan. Bagi minum susu dan tidur terus. Masa tu baru pukul 6.30 petang ya. Awal betul tidurnya. Alhamdulillah.
Kota Marudu, Sabah.
Thursday, August 6, 2026
KUIZ ISTIMEWA 2 INTAN/PERMATA
Hari ini perasaan saya bercampur baur dengan kelas ini. Setelah sekian lama saya buat kuiz cara sama, saya tukar sikit caranya hari ini. Murid menghafal tajuk Wanita Suri Teladan Umat yang terdiri daripada Sayidatina Khadijah, Sayidatina Aisyah, Sayidatina Fatimah dan Sayidatina Sumaiyah. Jadi kuiz hari ini berkisarkan biodata mereka sahaja.
Saya gunakan stick berwarna warni yang tertampal nama mereka. Saya pilih dua nama dan mereka akan ke depan untuk jawab soalan. Bila saya baca soalan, siapa yang angkat tangan dulu dan jawab dengan betul akan diberi gula gula dan yang lambat atau salah akan ke tepi dulu. Bila 5 pasangan saya tanya, saya kumpul yang tidak dapat jawab di tepi. Mereka akan didenda.
Apa denda mereka, orang yang paling depan akan memakai portable whiteboard seperti yang ada dalam gambar kedua bertulis "Saya tidak dapat menjawab kuiz kerana tidak rajin mengulangkaji pelajaran". 4 orang yang lain akan ikut orang paling depan berjalan melintasi kelas kelas di barisan sama dengan kelas mereka.
Alhamdulillah mereka sangat sporting walaupun ada yang malu. Mereka sangat takut ya bila saya pick nama. Almaklumla, ada crush dorang kali di kelas lain tu. Malu nak lalu kali. Memang nervous habis dorang. Saya lagi suka kahkah. Okay ceritanya mula di sini ya. Ada antara yang kena denda, lepas masuk kelas, dia pergi ke tempat duduk dia dan menangis.
Aduhai saya terkelu sekejap. Murid murid pun terdiam sekejap. Tapi saya malas nak layan sebenarnya, jadi saya teruskan saja. Tapi ada juga kawannya yang pergi memujuk. Entahla saya pun tak tahu nak buat apa dalam situasi tu. Saya teruskan saja round kedua. Alhamdulillah okay juga sampai habis masa.
Dia murid perempuan. Baru masuk sini tahun ini. Mungkin bertambah malu bila mereka disekat di pertengahan jalan dan disuruh masuk ke kelas 3 Berlian oleh Cikgu Shari. Entah apa yang Cikgu Shari buat dengan dorang dalam 1 ke 2 minit. Tapi objektif saya hanya la supaya murid murid menghafal fakta, memahami pelajaran dan enjoy learning process.
Kota Marudu, Sabah.
Wednesday, August 5, 2026
PERTANDINGAN PETANQUE GURU
Aktiviti guru guru hari ini bermula jam 2 hingga 5 petang iaitu pertandingan petanque. Tapak dia baru siap pertengahan bulan lepas. Lumayan tau hadiah pemenang. RM200! Siapa nak bagi free kan kahkah. Rasanya sponsor daripada PK KOKUM bersempena persaraannya minggu hadapan. Saya tukang tengok dan record saja. Nak main tak pandai dan tak berani. Hiks. Esok sambung main dan baru tahu siapa pemenang.
Kota Marudu, Sabah.
Tuesday, August 4, 2026
AKTIVITI 3&4 OGOS 2026
1. Muhammad Wildan teman Umi solat.
2. Muhammad Najhan ralit menonton tv pagi pagi.
3. Healing dengan Basirah dan Roziah di Pizza Hut.
4. Pemenang pertandingan nasyid 25 rasul 3 Intan/Permata.
5. Isyam setia menunggu Syahrul siapkan kerja sebelum balik.
6. Meeting bulan kebangsaan 2026.
Monday, August 3, 2026
ANTARA PUNCA PENING KEPALA
Assalamu'alaikum WBT. Try teka kelas apa ni? Ya betul tak lain tak bukan kelas 1 Berlian la ini. Berlian ni setiap tahun kalau tak bagi cikgunya pening kepala, stress tak sah la kahkah. Apa lagi dorang yang masih bawa perangai sekolah rendah. Stress!!! Tapi suka juga ajar dorang ni. Dorang tak nak belajar mana sebab dorang tak pandai membaca.
Saya bagi kuiz mudah dan masa yang berbaki saya suruh dorang tulis huruf hijaiyyah. Itupun sampai huruf ta je dorang tahu. Jadi terpaksa la saya guna papan putih portable tulis satu satu dan dorang salin dalam buku masing masing. Kita ni kalau budak tak pandai takpe, jangan malas je dengan buat perangai elok. Tapi itu la yang susah nak dapat kahkah.
Kota Marudu, Sabah.
Sunday, August 2, 2026
HUJUNG MINGGU 1&2 OGOS
Yeayyy weekend yang produktif alhamdulillah. Cuci baju di pagi buta sebanyak dua batch, keluar membeli di Eco Shop. Sempat si Muhammad grab jengkaut ya. Suka dia dapat mainan baru. Tidur pun dengan jengkaut. Masih berjuang untuk berak lagi. Muhammad cepat sembuh ya. Beli jus buah ori. Macam biasa, Abah kongsi dengan Najhan, Umi kongsi dengan Wildan.
Umi buat bubur nasi dorang suka sangat! 3 kali berak setiap orang haha. Satu bekas pampers habis dalam masa 3 hari saja. Kencing pun banyak alhamdulillah. Tengok tu dorang makan yogurt. Suka sangat tu. Yogurt habis sekejap saja. Selebihnya refill air coway dalam tu dan minum. Ada dalam 10 kali repeat minum. Mana tak kencing banyaknya kahkah.
Asalnya rancang nak beli buah nanas di tamu, tak jadi. Rancang nak naik motor bagi Wildan dan Najhan main tanah di kawasan kampung tepi tasik, tak jadi. Tapi dapat spend time dengan cara lain pun bersyukur sangat. Buah beli banyak sangat! Peach, limau sunkist, watermelon, jambu batu dan beberapa barang lain lagi alhamdulillah.
Kota Marudu, Sabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)