| Fitrisyahida (2 Intan) - 90% |
Assalamu'alaikum WBT.
Tahun ini berpeluang untuk menghadiahkan anak anak muridku ganjaran sempena mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Akhir Sesi Akademik 2026 dalam subjek Pendidikan Islam. Bangga juga la walaupun tak ramai yang A. Semoga terus maju jaya dan terus cemerlang.
Cuma Reina ni dia dapat markah paling tinggi tahun lepas masa tingkatan 2 tapi lupa daku nak bagi hadiah. Suka la dia. Dia ingat je janji daku tapi dia tak pernah ingatkan pun. Yang paling terkejut si Yusof la sebab dia ni dari kelas tercorot tapi berjaya dapat A ya.
Dari awal memang nampak kesungguhan dia, istiqamah kerajinannya dari awal tahun sampai la akhir tahun. Suka betul dia dapat hadiah ya. Harapnya tahun depan dia naik kelas supaya tak terpengaruh dengan rakan rakan dari kelas Berlian.
Mengikut pengalaman mengajar, kalau dah masuk kelas Berlian, perangai pun akan ikut level kelas la. Mungkin sebab pengaruh rakan sebaya. Daripada tak ada kes, jadi ada kes. Nauzubillah. Jadi semoga mereka yang ada potensi ni akan naik kelas dan keluar dari kepompong kelas hujung.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment