Tuesday, March 3, 2026

15 YEARS HAVE PASSED

Assalamu'alaikum WBT. 

Today remarks 15 years of Ayah's passing. Mek, meninggalkan kami selama 12 tahun. Walaupun sudah lebih sedekad, tidak pernah Ayah dan Mek dilupakan. Tetap berbaki penyesalan dalam diriku kerana perangaiku yang dulu. Rindunya daku pada Mek dan Ayah. 

Kalaula dapat diputar balik masa, akan ku berbakti sebaik mungkin kepada mereka. Tapi itu tidak mungkin. Disebabkan kami tinggal berdekatan dengan rumah Mek Ayah, kami boleh dikira antara cucu paling rapat. 

Ditambah lagi dengan masa yang dihabiskan selepas rumah mereka terbakar. Tapi itulah penyesalan saya, banyak sangat benda yang sepatutnya saya boleh buat dengan lebih baik. Tapi saya sia siakan peluang itu. Padahal ketika itu saya bukan kecil lagi. 

Semoga saya boleh hilangkan rasa bersalah yang dipendam bertahun lamanya ini dengan kebaikan yang saya boleh buat untuk orang di sekeliling saya. Kaksha miss you Mek dan Ayah. 

Kota Marudu, Sabah. 

No comments:

Post a Comment