Assalamu'alaikum WBT.
Ramadan hampir melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Alhamdulillah tahun ini Panitia Pendidikan Islam sangat aktif dan produktif bermula dari awal Ramadan sehingga ke hari ini, tidak berhenti program dilaksanakan seperti pertandingan kuiz, nasyid, azan, mencipta kad raya digital dan manual serta banyak lagi aktiviti lain. 1 Tazkirah 1 Hari juga dijalankan dari awal bulan puasa walaupun ada hari on off. In shaa Allah untuk tahun depan kita improve. Mungkin boleh buat terus jadual. Tak lupa pelancaran Ihya' Ramadan pada hari terawal puasa itu hari.
Ada lagi program tadarus al-Quran di mana guru guru juga turut serta bersama pelajar untuk menghabiskan bacaan al-Quran. Saya la itu yang buat jadual juzuk masing masing. Alhamdulillah pada 13 Mac baru baru ini, majlis penutupan diadakan. Namanya yang lagi cantik ialah Majlis Khatam al-Quran dan Iftar Jamaie SMK Tandek 2. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan terkawal. Tapi saya kreditkan kepada Ustazah Norjia la sebab dia yang banyak buat. Tak lupa juga guru guru lain yang turut serta menjayakan program ini.
Sila nikmati gambar gambar dan video video di atas. Suatu hari nanti semuanya akan menjadi kenangan saja. Pelajar pun datang dan pergi. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua orang yang terlibat. Harap pelajar yang menang berpuas hati dengan hadiah yang diterima. Dapat duit raya lagi. Sijil lagi. Satu hadiah lagi dalam beg kertas. Semoga memberi semangat untuk mereka menyertai aktiviti aktiviti pada tahun hadapan in shaa Allah. Okay bye!
Semoga Panitia Pendidikan Islam juga semakin cemerlang dan berkembang dari dua orang ustazah kepada ramai lagi guru Pendidikan Islam. Saya juga harap lebih ramai guru Muslim akan masuk ke sini suatu hari nanti supaya meriah sedikit keislaman di sekolah ini. Buat masa sekarang guru guru Muslim tidak sampai 10 orang. Minoriti kami ini. Bye.
Kota Marudu, Sabah.













No comments:
Post a Comment