Hari ini ada pencerapan oleh Cikgu Maslianah. Jadi kita buat special sikit la. Idea yang saya ada satu satunya ialah gallery walk sebab dah boring juga guna projector, slide dan seangkatan dengannya. Ini bebas gajet la untuk sementara waktu. Tajuk hari ini ialah Wanita Suri Teladan Ummah. Dua hari lepas saya minta murid buat di kertas mahjung la untuk ditampal di dinding surau. Saya sediakan hadiah juga untuk mereka.
Konsepnya selepas mereka ronda setiap kumpulan, baca, faham dan hafal, mereka akan ke stesen soal jawab di mana saya yang jaga la. Mereka cabut soalan dan siapa yang jawab dengan betul akan diberi hadiah. Siapa yang kumpul paling banyak hadiah akan diberi hadiah istimewa di mana pemenangnya ialah Firas Irsyaduddin. 11 soalan dia jawab dengan betul. Bagusla. Saya tak kisah habis duit untuk aktiviti begini.
Semoga cemerlang selalu anak anak muridku.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment