Assalamu'alaikum WBT.
Kemarin lepas balik dari klinik Najhan berjarum, Umi langsung tak bagi tengok lagu di hp dalam kereta macam biasa. Sampai di rumah pun, tak on tv. Teman Wildan dan Najhan bermain main. Masa saya solat Maghrib, Najhan mengamuk habis habisan. Abah pujuk pun tak jalan. Lama dia menangis. Biasa kalau menangis macam tu, Umi atau Abah akan pujuk dengan bagi tengok tv. Tapi keraskan hati juga sebab takut sebab tv dia jadi tantrum begitu. Akhirnya Abah angkat, dodoi dan dia tidur alhamdulillah.
Pagi ni on the way ke sekolah, Umi tak buka hp pun. Umi baca doa, selawat, baca quran dan buat segalanya yang boleh alih perhatian anak anak soleh ni. Alhamdulillah okay sangat sampai la sampai di taska. Tapi yang penting umpan kena ada selalu iaitu makanan. Dorang ni tak boleh kalau tak makan kahkah. Semoga Umi dan Abah sentiasa istiqamah elakkan screen time yang berlebihan untuk Wildan dan Najhan demi kesejahteraan dan kebaikan mereka juga.
Alhamdulillah semalam Najhan okay tak demam sebab dia ada berjarum 18 bulan petang kemarin. Tapi dah sediakan ubat demam untuk dia di taska. Semoga sihat selalu anak anak Umi yang soleh lagi baik. Okay bye semua. Saya baru habis kelas ni. Baru lepas video call dengan Abah Muhammad sambil makan. Sekarang sedang tulis blog sambil layan lagu IIUM. Together~ We make the world a better place~ Forever~ Expand the culture of Iqra~
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment