Muhammad Najhan anak soleh Umi ni dah besar dah. Pandai dia tidur sendiri tak perlu Abah dukung dodoi alhamdulillah. Sedang belajar tidur sendiri lagi walaupun susah. Kalau dia susah tidur, dia akan duduk dan bercakap dalam kegelapan. Tapi ekspresi muka dia Umi nampak je. Pandai tidur sendiri macam Wildan dah ni. Sedih~~~ Tapi begitula kehidupan.
Susu Umi pun Najhan sedang belajar untuk tinggalkan dah. Pandai dia cakap masam haha. Okayla cakap je la masam masam asalkan Najhan belajar slowly untuk putus susu. Makanan pun dah macam macam Najhan makan. Air pun kerap minum. Susu botol pun dah pandai. Tak salah kalau Najhan nak putus susu dah in shaa Allah. Kadang Umi rasa juga bersalah.
Tapi mungkin inila proses membesar kali. Wildan dulu Umi tak sempat rasa sebab dia berhenti susu Umi masa umur 3 bulan lagi. Tak pandai minta susu sendiri pun lagi. Yang ini pandai buka baju Umi, cakap "Susu, susu." In shaa Allah Wildan dan Najhan makin besar senang diurus senang dijaga sentiasa sihat aktif baik soleh pandai. Umi sayang Wildan dan Najhan.
Tempat tidur Wildan selalunya tepi tilam di atas toto biru dia. Tapi masa nak tidur semalam pandai dia naik sendiri atas tilam dan baring tepi dinding. Pandai dia spot sendiri. Mungkin dia selesa dekat situ. Najhan masa tu Umi tengan tepuk sambil selawat. Akhirnya dorang menguasai tilam, jadi Abah dan Umi tidur di toto bawah. Takpela asalkan anak anak soleh selesa ya.
Doakan Wildan dah masuk seminggu dia susah berak. Kalau berak pun 3 ke 4 ketul je. Itu pun sekali sehari. Tak puas dia berak. Dah try masuk ubat di punggung tapi sekali je dia berak. Sekali masuk sekali berak. Semalam Abah bawa pergi klinik, doktor bagi ubat minum pula. Semoga Wildan cepat sembuh. Anak Umi kuat! Anak Umi sihat!
Haa nak cerita satu lagi benda yang buat saya terharu dan sedih. Abah dah boleh bawa Najhan naik kereta dan pergi kedai berdua saja. Biasanya Abah dan Wildan. Kali ini Abah dan Najhan. Cepatnya dorang membesar. Kadang rasa macam janganla cepat sangat besar. Tapi time penat, rasa nak suruh cepat cepat dorang pandai urus diri sendiri kahkah.
Kelmarin hari membeli barang rumah. Almaklumlah Khamis baru gaji. Tapi hari Ahad baru berkesempatan membeli sebab Abah ada kem di sekolah selama dua hari. Keluar jam 6.50 pagi, sampai rumah jam 12.30 tengah hari. Puas hati membeli. Last singgah di Pandai Bookstore beli stok buku untuk anak anak soleh lagi baik.
Total habis RM120. Bukan buku saja, Umi beli kad besar yang tampal di dinding tu macam alif ba ta tapi ini abjad ABC. Nanti la saya gambar. Suka dorang membaca, mengenal perkataan dekat situ. Semoga hari Wildan dan Najhan dipenuhi dengan perkara perkara yang bermanfaat. Umi masih lemah, masih belajar menjadi ibu yang baik. Doakan~
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment