Monday, September 19, 2022
Thursday, September 15, 2022
Sunday, September 11, 2022
DRIVING ALL THE WAY TO KM
Tak percaya rasa saya drive tadi dari Tuaran sampai lah ke Kota Marudu. Melalui segala bukit bukau dan jalan ke KM. Terima kasih Kakda memberi kepercayaan kepadaku menggunakan kereta Kakda. Memang Kakda pun yang suruh saya drive sebab Kakda naik kereta kawan dia. Jadi saya naik dengan Basirah.
Basirah banyak membantu saya sebab saya tak berapa pandai tengok maps. Jadi Basirah lah yang menolong saya sepanjang jalan. Tapi kalau dah lepas Tuaran, jalan dia dah senang. Straight saja. Jarang masuk lorong lorong lah.
Tak sabar nak ada lesen dan kereta sendiri. Doakan saya kawan kawan. Semoga semua urusan kita dipermudahkan oleh Allah. Allahumma aamiin. Sekian terima kasih.
Kota Marudu, Sabah.
Friday, September 9, 2022
HAPPY BELATED BIRTHDAY ALANG
Happy belated birthday Alang yang ke-29. Sebenarnya birthday Alang pada 4 September lagi tapi saya baru berkesempatan buat blog sebab biasalah kalau dah balik rumah memang tak selalu pegang handphone kan. Laptop pun saya tinggalkan di Sabah saja. Alang abang saya yang ketiga. Abang paling pendiam tapi function. Kalau ada pertanyaan pasal agama tanya saja pada Alang, in shaa Allah dia akan jawab dengan jayanya. Bila jadi imam, begitu merdu suaranya. Jarang oo saya nak dengar suara Alang. Boleh dengar masa dia jadi imam, masa dia jawab soalan Abah Umi dan bila dia bermain dengan anak anak buah. Haa eksklusif ke tidak abang saya? Haha. Dulu saya rapat jugalah dengan Alang tapi bila Alang dah masuk tahfiz, kami jarang berjumpa. Kalau dia cuti pun sekejap saja.
Sekarang alhamdulillah Alang jadi tenaga pengajar di salah sebuah pondok atau tahfiz di Terengganu. In shaa Allah dipermudahkan segala urusan Alang. Semoga Allah permudahkan urusan Alang untuk dipertemukan jodoh yang terbaik secepat mungkin. Jodoh yang menjadi asbab seluruh keluarga saya ke syurga Firdaus. Begitu.
Kota Marudu, Sabah.
Thursday, September 8, 2022
TODAY, 13 YEARS AGO
8 September 2009, hari pertama batch saya menduduki UPSR. Saya masih ingat masa tu virus H1N1 sedang merebak di seluruh negara. Jadi kami calon UPSR dipaksa untuk memakai mask. Rupanya saya pernah pakai mask sebelum virus korona merebak hihhi. Hmm apa yang saya nak banggakan. Saya ingat lagi masa dekat dekat nak exam saya demam. Terus orang sekeliling saya takut dengan saya sebab takut ada virus H1N1. Dasar budak budak. Cikgu cikgu pun sama. Tapi saya faham jugalah. Siapa yang nak tempah penyakit kan.
9 September 2009, lepas habis exam haritu saya dan Abah ke rumah Cikgu Manaf yang telah dijemput Ilahi pada hari itu. Terkejut jugalah. Tapi saya tunggu di luar saja, dekat motor Abah. Abah saya seorang saja yang masuk. 10 September 2009, hari terakhir peperiksaan. Saya hanya pasrah berapa pun saya dapat. Saya tak kisah sangat pun. Tapi kan harapan orang lain tinggu dekat kita ngehngeh.
Saya teringin nak masuk sekolah yang kakak saya belajar dekat situ masa tu iaitu Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah ataupun Maahad Muhammadi Perempuan. Tapi kakak saya tak bagi saya duduk asrama sebab takut saya terikut anasir yang tidak baik. Mungkin kakak saya lebih tahu macam mana kehidupan asrama kan. Jadi akhirnya saya dihantar ke sekolah yang berdekatan dengan rumah saja. Tak tinggal di asrama pun. SMU (A) Al-Fauziah. Ya itulah nama sekolah saya.
Jadi 6 orang di atas adalah calon UPSR 2009 yang berjaya dapat 5A alhamdulillah. Walaupun saya tak ambil sendiri result sebab saya masa tu di tahfiz tapi tidak apalah. Tetap dapat result juga. Sekarang di manakah kawan kawan saya di atas? Yang saya tahu hanya lah Ameera Kartika sebab dia pernah jalani ROS dengan saya di SMK Gual Periok dua tahun lepas. Sekarang dia guru Bahasa Melayu di Selangor. Sekian.
Kota Marudu, Sabah.
Tuesday, September 6, 2022
Friday, September 2, 2022
MAKAN MALAM PIBG TAN2 2022
Malam yang gilang gemilang dan sedikit memenatkan sebab sekali lagi saya diamanahkan untuk bertugas di belakang tabir bahagian hadiah dan cabutan bertuah. Penat oo tapi berbaloi. Makanan semalam pun sangat best dan saya makan sampai puas hati sebab pekerja katering asyik refill saja makanan di meja kami. Mestilah kami kena habiskan kan ngehngeh.
Ustaz bukan main lagi pakai macam pahlawan Melayu dengan anak buah dia sekali si Fred. Siap ada gimik lagi. Ustaz kalau bab buat video memang champion. Sangat kreatif. Ramai tetamu yang hadir semalam. Bukan dari sekolah kami saja, tapi juga wakil sekolah menengah lain, orang kampung dan juga yang membuat persembahan. Ada YB Hendrus dan juga VIP lain.
Meriah jugalah semalam alhamdulillah. Lepas habis majlis, bukan main kami bergambar. Yalah sebelum tu asyik di belakang tabir saja. Dahlah panas. Terima kasih kepada rakan seperjuangan saya iaitu Neilda, Elvy dan paling special Kak Ramidah, sangat banyak membantu. Banyak jugalah benda baru yang saya belajar dalam masa yang singkat ini. Alhamdulillah.
Ingat lagi tak geng kantin? Aveney, Kakda, Danial dan saya. Kami bersatu semalam dan abadikannya di dalam gambar. Danial lah yang ajak. Lama sudah kami macam banyak kerja di pejabat di bilik guru di kelas. Tak banyak masa kami bersama macam yang masa baru posting haritu. Jadi kami enjoy betul semalam.
Kota Marudu, Sabah.
Thursday, September 1, 2022
MAKM TAN2 2022
Selesai sudah majlis anugerah yang lama betul persiapannya dibuat. Saya, Elvy dan Neilda bahagian belakang tabir saja iaitu sijil. Tapi penat yang amat! Walaubagaimanapun, saya ambil ini sebagai satu pengalaman yang sangat berguna kerana dengan asbab saya dapat tugas bahagian sijil, saya jadi tahu macam mana buat sijil dengan mudah walaupun beratus ratus murid. Terima kasih Cikgu Emmy atas tunjuk ajar.
Setiap kali pelajar cemerlang naik atas pentas, saya rasa sangat gembira dan sebak. Bukan anak saya pun, bukan adik beradik saya pun, bukan keluarga saya pun. Tapi mungkin saya memang manja keledek atau naluri seorang guru. Begitu. Tahniah kepada semua penerima. Semoga menjadi motivasi kepada mereka dan juga yang lain supaya lebih bersemangat dalam menuntut ilmu dan mencapai cita cita yang diinginkan. Mengubah nasib keluarga. Saya seronok tengok ibu bapa penerima anugerah yang hadir. Mesti mereka sangat bangga kan.
Kota Marudu, Sabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)