Thursday, March 30, 2023

VERIFIKASI PELAKSANAAN PPGB 2.0 DI KUDAT


Nah! Hari ini lah penentuan nasib fail PPGB kita. Tiber. Kalau nak tahu, tugasan ini telah diberikan setahun yang lalu masa kami baru posting. Lusa nak kena check, bertungkus lumus lah semua menyiapkan segala apa yang tertangguh. Punyalah banyak dek. Sakit kepalaku memikirkan. Nasib baiklah ada kawan kawan yang sudi menolong sedikit sebanyak. Kami sama sama buat sebab memang sama sama tangguh kahkah.

Penghasilan fail PPGB ni adalah salah satu syarat untuk sah jawatan. Syarat lainnya adalah menyertai kursus PTM yang mana kami dah selesai hadapinya minggu last cuti sekolah haritu alhamdulillah. Jadi sekarang adakah kami hanya menunggu jawatan kami disahkan atau kena buat apa lagi?

Alhamdulillah sesi pemeriksaan fail berjalan dengan lancarnya dan kami balik terus lepas siap sebab semuanya tak bermaya. Almaklumlah puasa kan. Semua tu maksudnya saya, Kakda dan Basirah lah. Yang lain ngap ngap dalam kereta kahkah.

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, March 29, 2023

KE BAZAR BERSAMA SUMANDAK SABAH


Hari ini kita melencong ke bazar Ramadan bersama sumandak sumandak kegemaran TAN2. Hihi. Saya sebagai pengikut saja. Kami on the way ke rumah Kakda sebenarnya sebab kami akan bermalam di sana. Esok kami ada program di Kudat. Program untuk guru baru, kena cek fail PPGB 2.0 yang setahun sudah kena suruh buat.

Memang wajib buatlah untuk pengesahan jawatan. Jadi sebelum ke rumah Kakda, kita shopping makanan dulu. Hiks. Saya dah beli nasi dengan sotong telur masin di Kupang jadi saya teman saja dorang beli makanan. Setiap orang beli tak kurang dari 3 jenis makanan. Sakan eh semua.

Tak rasa ke semua ni akan jadi macam satu mimpi saja. Berkawan dengan orang Sabah, berbuka dengan mereka, berkeliaran di Sabah dan sebagainyalah. Bagus kita hargai segala moment sekarang supaya tidak menyesal di kemudian hari.

P/S: Selamat berbuka puasa semua! 

Tuesday, March 28, 2023

MISCHIEVOUS SUE


Sue boleh jadi lawak dan boleh jadi singa dalam sekelip mata. Walaupun saya berkawan dengan dia, saya tetap rasa takut haha. Bukan apa, tunggu masa saja kena marah apatah lagi dengan habit saya yang susah betul reply mesej dalam group. Sorry Sue, saya akan cuba ubah perangai saya. 

Pada hari kejadian, Sue tak makan lagi dari pagi. Jadi sambil dengar meeting secara santai di bilik guru, pasal apa saya tak ingat, Sue habiskan saya punya makanan kahkah. Saya beli 2 bekas mi goreng sekali dengan ayam goreng tapi kekenyangan. Jadi Sue lah yang habiskan. 

Lawak betul si Sue ni sebab dia luar jangkaan betul. Tapi jangan underestimate dia, pelajar bukan main takut dengan dia. Asal dia lalu saja, pelajar akan diam terus. Kalau ada anugerah guru paling garang tahun ini, saya rasa juara bertahan Cikgu Erlinda akan kalah dengan Sue. 

Tapi Sue memang steady lah. Dia suka buat pickup line, lagi lagi dengan saya yang tak pandai nak respon. Kalau dia buat dengan Kakda, memang bersemut bilik guru haha sebab Kakda pandai sambut. Kalau buat dengan saya memang krik krik lah kahkah.

Kota Marudu, Sabah.

Monday, March 27, 2023

SEANTORO WAKAKA


Jangan tanya saya apa maksud tajuk di atas. Saya main letak saja ikut hati saya. Cantik kan gambar tu? Mungkin anda rasa familiar. Ya betul, itulah Kupang Restaurant yang sudah kena upgrade. Sekian. Hari ini saya borong makanan berbuka kahkah.

Saya order nasi ayam penyet, nasi putih, sotong telur masin, ayam goreng kunyit dan air bandung cincau. Alhamdulillah semuanya hampir habis dimakan. Lain kali kena beli satu lauk saja, kalau tidak membazir. Saya makan nasi ayam penyet masa sahur.  

Tapi saya puas hati lah makan alhamdulillah. Berbalik kepada pemandangan di atas, cantik sangat kan! Saya tak boleh move on tengok. Saya send dekat semua. Umi, Syahadah dan Babam. Mana boleh simpan saja keindahan Tuhan. Hiks. Apa bendalah saya merepek ni. 

P/S: Hari ini hari ke-5 berpuasa. Selamat menyambut bulan Ramadhan semua! Semoga segala amalan kita diberkati dan diterima Allah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, March 26, 2023

HAPPY BIRTHDAY BABAM!


Happy birthday to you! Sekarang kita sudah sama umur 🫂 Hiks. Semoga sentiasa diberi kesihatan yang terbaik, dipermudahkan segala urusan, dipermudahkan rezeki yang halal, ditetapkan iman, diberi kebaikan di dunia dan di akhirat serta diberi kekuatan untuk menghadapiku. 

Beginilah hidup berjauhan, wish pun melalui telefon saja. Tapi yang penting doa. Maafkan diriku yang banyak memberimu masalah. Harap kita dapat bersabar dan bertolak ansur dengan perangai masing masing. Benda yang perlu diubah ke arah kebaikan, kita ubah. Harap mantain perut kempis. Hiks. 

Saya mengakulah walaupun saya tua beberapa bulan, tapi saya lagi kurang matang. In shaa Allah akan ku ubah perangai ku pelan pelan menjadi lebih baik, lebih solehah supaya lebih disukai dan disayangi. Terima kasih kerana banyak membimbingku lagi lagi dalam hal agama. Begitu. 

Alhamdulillah saya dihadirkan seorang manusia yang banyak memberi saya tunjuk ajar di saat saya hampir hanyut. Hihi. Maafkan isterimu ini. Semoga kita menjadi pasangan yang diredai, dirahmati dan sentiasa kuat menempuh apa jua dugaan in shaa Allah. 

Akhir kata, aku sangatlah bersyukur dipertemukan denganmu seorang yang sangat hormat orang tua, sangat pandai menghargai, sangat penyabar, sangat lemah lembut sampaikan saya terfikir apa yang saya telah lakukan dalam hidup saya hingga dapat memiliki lelaki sebaik ini. 

I love you ❤️ from the bottom of my heart. Miss you so much! Sentiasalah doakan diri ini supaya dapat menjadi yang terbaik untukmu. Maafkan segala salah silapku. Tiada niatku untuk menyakiti hatimu. Tiber. Happy 25th birthday Abang ❤️

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, March 25, 2023

DATING BERSAMA AISHAH


Dah lama saya bercita cita nak keluar dating dengan Aishah. Akhirnya hajat saya tercapai. Hihi alhamdulillah. Kami keluar jalan jalan di AEON Mall sekali dengan Poksu Mat dia nak beli seluar mengajar. Haa tapi menyempat lah beli gula gula kapas. Biasa tengok orang lain beli. Kali ini kita beli sendiri. Begitu.

Satu harga dia RM12 tapi rasa berbaloi beli bila tengok Aishah makan sampai tak ingat nak bernafas haha. Menyungguh betul dia makan sambil tunggu Poksu Mat pilih seluar. Comel kan gula gula kapas tu? Kami tak lama pun di sana sebab Ma dan Kak Siti tengah menunggu di rumah Kak Siti. 

Saya sempat buat hal kejap merajuk sebab tak sempat beli Tealive. Saya dan Aishah sama sama merajuk masam muka. Kesian Poksu Mat kena layan haha. Dia terkelu kejap fikir apa dia kena buat. Saya sebenarnya saja je bukan merajuk sangat pun. Tapi sebab saya dah janji dengan Aishah nak belikan dia Tealive. Tapi tiada rezeki beli.

Apapun saya minta maaf kepada Poksu Mat sebab banyak buat hal dan kerenah. Semoga Poksu Mat sabar melayan kerenah saya dan Aishah ya. Hihi. Tapi kalau adik adik saya yang buat merajuk macam tu saya biar saja. Lantak kau lah haha. Penat lah nak memujuk. Lagi lagi si Syahadah. Bukan senang nak pujuk budak tu. Tiber. 

Kota Marudu, Sabah. 

IMAN & ABDURRAHMAN MUTIARA HATI


Comel dooh Iman dan Abdurrahman! Tambah lagi dengan baju baru yang Mama Iqa beli. Comel! Suka sangat tengok mereka pakai sebab mereka pun happy sangat sangat. Mereka betul betul menghargai pemberian orang lain biarpun dah ada banyak pakaian. Matang betul. Matang daripada Mama Da lagi. Hmm. 

Kalau nak tahu, pakaian yang mereka pakai dalam gambar atas semuanya dipilih sendiri oleh tuan badan yang memakai. Boleh tahan taste mereka kan. Macam Mama Sya lah dorang ni. Pandai memilih. Hiks. Suka lah tu Mama Iqa belanja kan. Mama Sya pun kalau Mama Iqa belanja memang tak tidur malam lah peluk barang yang kena belanja kahkah. 

Yang lawaknya kan, budak dua orang ini tak tahu pun mereka bakal dapat adik baru. Setakat haritu lah. Kaklong belum bersedia bagitahu mereka. Tapi mungkin sekarang tahu sudah dorang. Lagipun perut Kaklong memang ketara sudah sekarang.  

Kota Marudu, Sabah. 

MOREH ASRAMA TAN2 RAMADHAN 2023


Setelah beberapa lama bertangguh buat, akhirnya selesai juga jadual penyumbang moreh untuk budak asrama sekolah saya. Sekejap saya buat tapi nak start tu yang susah. Cikgu Al Faidal suruh post dalam group baru saya ribut buat kahkah. Haa siapa suruh bertangguh. 

Sumbangan boleh diberikan dalam apa apa bentuk lah seperti wang tunai ataupun dalam bentuk makanan terus. Kalau tahun lepas saya serahkan duit dekat Ustaz Hazmin. Ada cikgu yang terus hantar nasi ayam yang siap dibungkus ke surau asrama. Sumbangan seikhlas hati saja.

Tapi kami bagitahu sedia lah berapa orang budak yang ada supaya senang mereka bajet kan. Takdelah kes tak cukup makanan ke atau terlebih. Rasanya macam tak pernah terlebih pun. Setiap kali moreh saya tengok saja dorang makan. Memang saya tak ada hak pun untuk makan sekali kahkah. 

Kota Marudu, Sabah.

MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 23/24


Minggu pertama persekolahan diisi padat dengan pelbagai program yang 'menarik' dan mengujakan. Antaranya adalah pertandingan sorak tari, pertandingan koir, pertandingan teka siapa saya, sukantara dan orientasi tingkatan 1 dan 4. 

Secara keseluruhannya, semuanya berjalan dengan jayanya dan terkawal. Cuma dalam menguruskan pertandingan tersebut yang mana melibatkan guru kelas, saya sibuk menyiapkan data SPBT yang saya tangguh begitu lama kahkah. 

Alhamdulillah akhirnya siap juga selepas berjuang menentang kemalasan. Sepanjang pertandingan, saya boleh nampak pelajar sangat enjoy dan teruja. Mungkin sebab tak payah belajar. Mungkin juga sebab semua game yang dipertandingkan betul betul menarik. 

Dalam bergembira dengan program itu ini, Ramadhan juga tiba begitu saja. Mula pada hari Khamis dan hari ini masuk hari ke-3 sudah. Nak cakap cepat pun tak, lambat pun tak. Saya baru siapkan jadual sumbangan moreh bagi pelajar asrama. Minggu ini saya dan Cikgu Faidal yang menyumbang. 

Kota Marudu, Sabah.

ANAK BUAH INSTANT


Pada hari kejadian ini, kita bawa anak anak buah ribena ini ke Eco Shop. Kami ada buat pertandingan main tepuk tangan dan saya janji untuk bagi hadiah. Haa siapa suruh kau berjanji kahkah. Jadi pemenangnya dapat pilih 5 barang yang diinginkan dan peserta lain pilih 4 barang setiap orang. Yalah kita bagi lah kelebihan kepada pemenang iaitu Fawwaz! Budak lelaki tunggal dalam gambar itu lah Fawwaz. Import dari Sabah. Hiks. 

Yang satu orang boleh nampak muncung mulut sebab tak puas hati Fawwaz dapat pilih lebih haha. Comel lah budak budak ini ya. Ini lah antara benda yang saya tak sangka saya akan melaluinya yang mana saya sangat suka lah. Hiks. Ini baru 4 dari 27 orang ya tuan puan. Haha. Macam manalah ipar ipar saya bagi duit raya setiap tahun dekat semua anak buah. Punya lah ramai kan. 

Suka lah tengok mereka main sama sama. Ada masanya mereka ajak saya main sekali. Main tepuk tangan yang mana saya lah championnya kahkah. Main badminton tapi saya tak dapat join lah. Main game My Cooking. Rindu lah nak makan lokcing sama sama. Rindu nak dengar cerita mereka. Masing masing berebut nak cerita itu ini. 

Saya terharu sangat dengan mereka. Didikan yang diturunkan oleh ibu bapa mereka saya kagumi. Mereka memang hormat orang tua. Ada masanya mereka tanya saya nak minum air ke tak. Mereka tolong ambilkan. Wah sangat lah boleh diharap budak budak ini alhamdulillah. 

Yang sedihnya semua tinggal berjauhan. Jadi bila cuti sekolah saja dapat jumpa. Itupun ada yang tak sempat nak jumpa. Harapnya raya nanti dapatlah saya jumpa semua in shaa Allah. 

Kota Marudu, Sabah. 

SELAMAT MENGAJAR


Tujuan saya post jadual mengajar saya di sini bukanlah untuk menunjuk saya kena mengajar banyak masa ke apa sebab Umi saya pun cakap kelas saya tak banyak pun. Saya cuma buat perkongsian saja untuk mendapatkan semangat yang sudah lama hilang. Tambah lagi dengan bulan puasa. Saya jadi rasa nak muntah tengok jadual. Adakah saya dapat melaksanakan segala tugas saya dengan cemerlang? Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

Di saat kita rasa bebanan kita berat, ada yang lagi berat bebanannya. Jadi sentiasa lah merendah diri dan positifkan fikiran. In shaa Allah kita dapat melaluinya dengan cemerlangnya, mudahnya dan jayanya. Namun saya masih berharap ada guru PAI baru yang boleh ambil sedikit masa saya. Bukan saya tak biasa dengan 36 masa seminggu, namun sekarang saya rasa sedikit tidak larat dan tidak semangat. Hmm semoga sentiasa kuat lah.

Bila dalam keadaan begini, saya tak boleh elak perasaan sakit hati bila tengok orang lain masa mengajarnya sikit haha. Punyalah busuk hati kan. Bukanlah sakit hati pun, cuma rasa macam ada ketidakadilan itu. Tapi apa boleh buat, memang kami kekurangan guru PAI. Kalau boleh tolong lah ambil sedikit tugas saya yang lain. Saya dahlah bukan jenis yang rajin, bagi pula tugas bertimbun lagi lah saya merana kahkah.

Kota Marudu, Sabah.

Friday, March 24, 2023

SELAMAT JALAN USTAZ


Saya tak pernah sangka perkara ini akan terjadi akhirnya. Lama sudah saya takut memikirkan ia akan berlaku dan ia terjadi akhirnya. Terima kasih Ustaz Hazmin atas segala tunjuk ajar yang telah diberikan sepanjang setahun kita bekerjasama. Saya sangat merasai kehilangan Ustaz walaupun Ustaz berpindah dalam satu negeri juga. Tapi entahlah saya rasa lain. Ustazlah orang yang memujuk saya untuk jadi warden. Ustazlah orang yang banyak ajar saya tentang pengurusan PAI walaupun ayat Ustaz sentiasa pedas dan tajam. 

Ustaz banyak tolong saya dalam kerja warden juga. Apa apa saja kerja yang dilakukan oleh Ustaz sangatlah laju dan mantap. Hari pertama sekolah sesi 2023/2024, nama Ustaz sudah disebut sebab biasanya kalau susun kedudukan guru atau pelajar bila bergambar, Ustaz yang akan buat dan susunannya memang mantap. Tahun ini, tiada lagi begitu. Tiada lagi Ustaz yang sentiasa free spirit. Tiada lagi ketua warden yang sporting, penyayang dan suka belanja budak makan.

Terima kasih atas segalanya Ustaz. Kami di sini hanya menyambung legasi yang ditinggalkan Ustaz. Semoga Ustaz terus cemerlang di tempat baru. Saya percaya di mana pun Ustaz, perkhidmatannya memang tiptop dan first class. Semoga Allah permudahkan segala urusan Ustaz. Sedihnya jamuan perpisahan Ustaz tidak dihadiri oleh Ustaz pun. Kenapa mesti pengakhirannya begini. Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, March 23, 2023

ABDULLAH ABBAS TURNS 1


Abdullah Abbas dah setahun guys! Saya masih ingat hari kelahirannya adalah hari saya mesyuarat buat kali pertama. Saya punya excited masa tahu sebab saya tak sangka Kaklong akan beranak ketika itu. Dari mengantuk tak boleh buka mata, terus saya segar dan rasa gembira. Alhamdulillah. Sebelum budak ini dilahirkan, saya dan Syahadah tak tidur malam fikir macam mana rupa dia nanti. Kita dah ada rupa Iman, rupa Abdurrahman, jadi yang seterusnya macam mana pula kejadiannya. 

Jadi akhirnya terjawablah ya alhamdulillah. Beginilah rupa anak saudaraku yang ketiga. Mungkin ada lain sikit daripada kakak dan abang dia. Saya dan Syahadah juga beria nak namakan anak saudara baru Abdullah Marwan. Namun nama yang diberikan jauh lebih cantik dan sedap alhamdulillah. Saya rasa macam unik betul nama dia. Membesar dengan nama Abdullah Abbas. Yang sedihnya sepanjang setahun ni, hanya 4 kali saya dapat jumpa dia iaitu setiap kali saya balik Kelantan lah.

Namun itu sudah cukup memadai asalkan dia sihat dan cergas. Hiks. In shaa Allah bulan 7 tahun ini, Abdullah Abbas akan bergelar abang ya tuan puan. Siapa sangka secepat itu kan. Saya pun terkejut tahu Kaklong mengandung lagi tapi sangat bersyukur. Bertambah lah ahli baru dalam keluarga besar kami in shaa Allah. Abdullah Abbas ni dia tak macam abang dia Abdurrahman. Dia senang rapat dengan orang. Tak menangis kalau dipegang. Yang penting bagi dia makan kahkah.

Semoga Abdullah Abbas menjadi anak yang soleh dan cerdik, berguna kepada agama, bangsa dan negara. Begitu. In shaa Allah menjadi penyejuk hati Abi Umi, Tokbah Tokmi dan semua lah. Jangan lupakan Mama Sya ya budak walaupun Mama Sya tak pernah basuh berak kau. Tak pernah pakaikan pampers. Tak pernah mandikan kau. Tapi diri ini tetap makcik kau ya. Yang saya geram kenapa semua anak saudara saya senang betul sebut Mama Da tapi susah sebut nama saya kahkah. 

P/S: Selamat menyambut bulan Ramadhan guys! Semoga segala amalan kita diterima. Semoga dirajinkan juga diri ini untuk beribadah dan memperbanyakkan amalan.

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, March 1, 2023

1 MAC 2023, SETAHUN PERKHIDMATANKU DI SABAH

Hari ini genap setahun aku bergelar seorang guru. Diberi peluang untuk berkhidmat di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Satu pengalaman yang sangat berharga bagiku. Bukan semua dapat merasainya. Mengenali orang baru, budaya baru, kehidupan baru. Pendek kata semuanya baru lah. 

Memanglah permulaannya sedikit perit. Namun setahun aku berkhidmat di sini, banyak perkara yang aku sangat bersyukur. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah. Siapa sangka di usia 25 tahun 2 bulan, aku dapat memiliki kereta sendiri.  

Siapa sangka di usia 25 tahun, aku dapat merasai gaji sendiri. Siapa sangka di usia 25 tahun, aku dapat merasai pengalaman di negeri orang. Banyaknya perkara yang tidak kusangka. Hiks. Apapun alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi. 

P/S: Bagi meraikan setahun perkhidmatan, kita bagilah gambar yang acah acah sikit kan kahkah. Gambar diambil pada majlis restu ilmu SPM 2022. 

Kota Marudu, Sabah.