Monday, December 30, 2024

LET'S GO HOME


Jom ikut Najhan balik rumah Tokbah dan Tokmi. Alhamdulillah hari ini Najhan sudah berak dan kencing serta sudah dijarum. Jadi boleh discharge sudah alhamdulillah. Tengoklah saya tak pandai nak bedung baby haha. Sama jugalah Abah Muhammad pun. Jadi kami cuma memandai-mandai. 

Walaupun ramai yang mengharap baby ini baby perempuan termasuk saya kahkah, tapi saya bersyukur. Ada hikmahnya adik Wildan lelaki sebab saya tak perlu beli baju pun. Cukuplah pakai yang abang dia punya. Tapi ada juga lah saya beli buat syarat hiks. Baju putih tangan panjang dan pendek empat pasang, kain bedung dua dan kain lampin macam Wildan dulu. 

Barang lain memang guna Wildan punya. Ada beberapa helai baju hadiah yang tak pernah dipakai pun tapi dapat dipakai oleh adiknya alhamdulillah. Terima kasih ya Allah atas segala nikmat-Mu yang tak terhitung ini. Semoga kami menjadi hamba yang lebih bersyukur. Nervous ni sebab dah lama tak pegang baby. Doakan saya. 

Terima kasih Tokbah, Tokmi dan MamaIqa sudi jaga Muhammad Wildan sepanjang Uminya di hospital. Bersyukur sangat ada keluarga yang supportive. Abah Muhammad memang tak balik Rantau Panjang sepanjang saya di hospital. Tidur di kereta dan tumpang mandi di rumah Kak Siti alhamdulillah. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Sunday, December 29, 2024

MUHAMMAD NAJHAN


Assalamu'alaikum WBT. 

Alhamdulillah dengan izin-Nya, anak soleh Muhammad Najhan selamat dilahirkan hari ini, 29 Disember 2024 pada jam 5.19 petang. Perasaan yang sukar digambarkan. Abah Muhammad menjadi saksi keluarnya seketul Najhan kahkah. Nanti Umi ceritakan ya. Tiber. 

Najhan keluar dengan berat 3.3kg alhamdulillah. Saya bersyukur semuanya dipermudahkan walaupun terketar-ketar mulut menahan sakit contraction. Saya bersalin di Hospital Kota Bharu, sama dengan masa Muhammad Wildan dulu. Kesnya kena induce juga macam abangnya. 

Apapun, alhamdulillah ala kulli hal. Sebenarnya Allah tolong banyak benda. Semuanya dilancarkan. Impian Abah Muhammad untuk cuti secepat yang mungkin pun tercapai kahkah. Nanti saya ceritakan ya. Walaupun mungkin tidak menarik, tapi saya nak tulis juga sebagai kenangan dan ingatan. 

P/S: Saya ni ingatkan sempat juga lah tunggu tahun baru. At least keluar 1/1/2025 ke. Bukan apa, nampaklah macam pandai merancang kan gap dua tahun haha. Tapi takpelah Najhan nak keluar awal. 

Rantau Panjang, Kelantan. 

Wednesday, December 25, 2024

KAWAN TASKA WILDAN

Gosok dulu cari part paling berlemak.
Jalan ke belakang lah kejap.
Okay gigit!
Struggle Mama nak menyatukan mereka haha.
Gambar di atas adalah kenangan Muhammad bersama kawan-kawan taskanya yang tidak ku tahu nama mereka kahkah, diambil pada hari terakhir sebelum Muhammad bercuti panjang. Sebenarnya ada lagi kawan lain tapi sudah balik rumah ketika itu sebab saya ambil dia lambat sikit sebab siapkan kerja.

Seperti yang boleh dilihat semua pandai posing buat peace semua tapi Muhammad tak rileks dek. Kejap nak gigit orang, kejap lari ke belakang, jadi tak ada gambar yang perfect. Tapi tak apa, yang penting ada kenangan juga lag hiks. 

Yang paling kanan tu baru jadi abang akhir bulan 11. Dia dapat adik boy walaupun ibunya mengharap untuk dapat girl. Takpelah ada rezeki lain kali dapat girl pula in shaa Allah. Pengasuh yang dalam gambar mereka panggil Mama. Selain itu ada Nenek dan juga Ibu. 

Semoga dipermudahkan urusan Mama, Nenek dan Ibu dalam menjaga semua budak yang ada di taska dan semoga dipermudahkan segala urusan mereka. Dalam seminggu ada dalam dua kali mereka akan tanya pasal Muhammad. Rindu kali. 

Rantau Panjang, Kelantan.

Thursday, December 19, 2024

TEMAN POKSU BELAJAR


Kalau tak menyibuk tak kalut, bukan Muhammad lah namanya. Kalau Tokmi sibuk memasak di dapur, ha dia pun sibuk jugalah nak memasak. Poksu nak study di ruang tamu, dia pun sibuk menumpang minum susu tepi Poksu haha. Takpe Muhammad tak ganggu Poksu pun kan. Hiks.

Hari ini Poksu belajar subjek Sejarah. Semoga Allah permudahkan urusan Poksu menempuhi semua peperiksaan dengan tenangnya dan jayanya dan memperoleh keputusan yang cemerlang in shaa Allah. Muhammad sentiasa doakan yang terbaik untuk Poksu.

Yang penting, jangan stress ya. Rileks saja. Wah sedaplah daku memberi nasihat itu ini. Time daku dulu pun takde rileks mana pun haha. Nak kata study pun tidak. Entahlah nak. Apapun, semoga Poksu berjaya dunia dan akhirat in shaa Allah.

Tak lupa nak wish happiest birthday kepada ex MamaDa iaitu Declan Galbraith. Kalau Muhammad nak tahu, Declan hampir menjadi pakcikmu satu ketika dahulu haha. Obses MamaDa terhadapnya tiada kata yang dapat diungkapkan kahkah. Tapi MamaDa dah taubat.

Rantau Panjang, Kelantan.

Wednesday, December 18, 2024

REUNITED WITH COUSINS


Untuk mengharapkan gambar proper daripada persatuan sepupu teratak hijau, agak mustahil. Satu orang ke sana, satu orang ke sini. Suka sangat lah Muhammad dapat berunion dengan sepupu-sepupunya yang lama sudah tidak jumpa sampaikan tak tentu hala tak tahu nak tunjuk bakat apa kahkah.

Walaupun Muhammad lebih besar badannya daripada Abdul Hadi, namun sepupunya itu yang memonopoli kereta merah itu ya. Seaktif-aktif Muhammad sebelum ini kalah dengan sifat kewibawaan Abdul Hadi haha. Diam tak bergerak Muhammad bila Abdul Hadi decide untuk drive ya. 

Bila ada Iman dan Abdurrahman saya sedikit lega sebab mereka dah boleh tengok-tengokkan Muhammad dan adik-adik mereka. Dah boleh haraplah alhamdulillah. Reaksi Iman terhadap kereta baru agak malu-malu.

Abdurrahman steady, dia happy tapi tak adalah tunjuk sangat. Abdullah Abbas nampak teruja sampaikan taknak turun masa turn dia habis. Abdul Hadi pula senyap-senyap pun berkeras taknak turun kereta haha. 

Di akhir cerita, Abdullah Abbas tertinggal dia punya polar bear di rumah Tokmi. Entah dapat tidur ke tidak itu budak tanpa bear dia. Bebek Muhammad pun sejak balik Kelantan, tak ada dia peduli sangat pun. Entah dekat mana sekarang Bebek berada.

Rantau Panjang, Kelantan.

Saturday, December 14, 2024

RAMBUT BARU

Seriousnya anak Umi.
Muhammad bersama Kak Cah.

Sebalik tabir.

Betapa peritnya telinga saya nak tunggu selesai potong rambut Muhammad. Kenapa Muhammad tak rilek sayang. Apa yang kamu takut dengan mesin rambut itu. Kami bawa Muhammad potong rambut di Mydin Mall kedai pakcik India tu yang on the way nak ke food court. 

Haritu bulan 9 pernah sekali potong rambut Muhammad dekat sana. Sama juga kejadiannya. Menangis tak berhenti. Yang lain kali ini adalah dah jadi macam show sebab orang yang lalu lalang depan kedai macam tak pernah tengok budak menangis kena potong rambut.

Sanggup mereka berhenti di depan kedai semata-mata untuk tengok Muhammad menangis atau entah apalah dorang punya tujuan tengok. Saya takut pakcik kedai hilang sabar saja. Dahlah dia tengah pegang gunting dan mesin, gerun juga.

Tapi yang kesiannya Abah Muhammad lah sebab lenguh habis tangan dan badan nak menahan badan Muhammad yang tak duduk diam. Terima kasih ya Abah, Umi hargai usahamu demi melihat Muhammad handsome dan kemas.

Kami ke Mydin Mall tanpa Tokma sebab Tokma taknak ikut. Jadi bawa Kak Cah saja. Tapi alhamdulillah Kak Cah sangat memberi kerjasama dalam menjaga Muhammad sepertimana dia jaga sepupunya yang lain sebelum ini.

Rantau Panjang, Kelantan.

Friday, December 13, 2024

KERETA BARU

Jom teman Muhammad drive!
Cepatlah Poksu!

Tokmi beli kereta baru untuk cucu-cucu kesayangan hihi. Dari sudut pandangan Tokmi, kereta ini adalah hiasan rumah. Bagi Poksu pula ia adalah hiburan penghilang stress. Bagi cucu semua ia adalah permainan bagi mereka. Terima kasih Tokbah dan Tokmi belikan kereta untuk mainan cucu-cucu yang comel dan pandai ini.

Hari pertama beli, Poksu sangat excited. Hari kedua dan seterusnya adalah penyesalan terbesar baginya haha. Ia adalah kerana hanya Poksu yang ada lesen memandu. Jadi datanglah cucu mana pun, Poksu lah yang akan kawal pergerakan kereta. Tapi Poksu enjoy saja. Lainlah kalau dorang buat aksi yang memerlukan pengawasan. Jadi susah sikitlah.

Harga kereta baru ini adalah RM400+ dan bayar cash tiada ansuran ya haha. Ada dua pilihan warna iaitu biru dan merah. Kedua-duanya cantik namun merah yang dipilih, mungkin nampak lebih elegan dan menawan barangkali. Dia mesti kena charge setiap minggu, dalam 3 hingga 5 jam sekali cas supaya tak jem. 

Rantau Panjang, Kelantan.

Saturday, December 7, 2024

POKSU & MUHAMMAD


Hari ini Umi rasa nak upload gambar Muhammad dengan Poksu sebab dua-dua nampak menawan dan menyelerakan haha. Muhammad baru siap mandi pakai handsome dan wangi menolong Tokmi memasak di dapur. Rutin dia lah itu. Poksu pula baru balik dari tuisyen Cikgu Husin.

Poksu bersama rambut barunya. Dia rasa handsome tu sampai lupa pakai kopiah ya hari ini kahkah. Poksu biasanya botak. Ini baru nak rasa ada style rambut haha. Apa-apalah Poksu asalkan kau bahagia. Terima kasih Poksu penat-penat balik tuisyen sempat tolong jaga Muhammad.

Rantau Panjang, Kelantan.

Tuesday, December 3, 2024

KENANGAN DI PPS


Ini pengalaman yang takkan saya lupakan, menjadi mangsa banjir dan duduk di PPS Masjid Sri Al-Amin selama lebih kurang 5 hari. Tapi saya bersyukur sebab berada di sini bersama keluarga terchenta. Saya balik Kelantan pun belum sampai seminggu namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Pengalaman sangat bersama orang-orang di sini.

Tak pernah terfikir akan mengalami semua ini sebab sebelum ini rumah kami tak pernah diusik oleh air banjir. Paling-paling pun naik di tapak gajah sikit saja. Sejak 2022, setiap kali banjir, air akan masuk rumah. Kali ini air mencecah lutut saya atau lebih. Sepanjang di sini juga dapat jumpa pelbagai jenis orang. Orang baik, orang penting diri, orang tamak dan sebagainya.

Paling saya tak tahan adalah yang jenis hisap rokok dalam khemah. Dia tak fikir ke khemah semua terbuka bahagian atas. Habis asap rokok dapat dihidu dengan sangat jelas dan menyakitkan hidung. Perit sangat rasa. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Tapi kan tak padan duduk di PPS, makan kami mewah haha.

Selalu juga keluar ke situ sini pergi kedai, pergi stesen minyak dan ke mana-manalah yang kami dapat sampai sebab terhad juga tempat yang boleh pergi sebab masih banjir. Alhamdulillah ada kereta untuk berjalan ke mana-mana. Kalau tidak tepu otakku duduk dalam khemah. Banyak benda yang selama ini nampak simple tapi bila terjadi sebegini, ia jadi sangat berharga.

Antaranya adalah dapat cas handphone itu adalah satu nikmat yang sangat besar walaupun sekali sehari saja. Besyukur sangat ada orang baik pinjamkan extension untuk orang lain guna. Jadi saya dan Abah Muhammad pagi-pagi lagi duduk di tangga masjid mengecas handphone sambil makan dan minum atau layan Muhammad bermain.

Saya bersyukur sangat ada keluarga yang sangat supportive. Banyak sangat tolong saya terutamanya jaga Muhammad Wildan yang soleh lagi aktif. Mood saya pun tidak berapa baik dengan khemahnya yang warna biru memeningkan, keadaan yang basah dan semualah yang buat saya rasa nak muntah. Penat pun ada juga walaupun tak buat apa-apa.

Duduk di PPS ini juga macam reunion dengan kawan-kawan sekolah rendahku. Mereka semua sudah berkeluarga. Lawaknya rasa kalau nak banding dengan dulu masih kecil. Sekarang semua dah tua kahkah. Ada Syafika dengan anak-anaknya yang dah besar. Ada Firdaus dengan keluarganya yang makin berkembang. Begitulah. 

Rantau Panjang, Kelantan.

Monday, December 2, 2024

UBBM MUKHLISIN DALAM BANJIR


All the best Poksu menempuhi UBBM di Maahad Muhammadi Pasir Mas. Batch kamu insan terpilih dapat menempuhi semua ini dalam banjir. Bukan semua orang dapat merasakan pengalaman ini. Hargailah moment ini. Tiber. Sukalah dia dapat naik lori askar menempuhi kalbok lima yang famous dengan air deras apabila berlakunya banjir.

Yang lawaknya Poksu kena satu group dengan perempuan dan dia satu orang saja lelaki dalam groupnya sebab dia ikut list nama. In shaa Allah dipermudahkan segala urusan Poksu. Dia unik sokmo. Orang lain pakai seluar, dia pakai kain pelikat dek. Panjat lori tinggi lagi tu. Memang sempoi Poksu Shin satu orang ni haha.

Rantau Panjang, Kelantan.