Wednesday, May 28, 2025

IF I WEREN'T A TEACHER


Hai guys assalamu'alaikum. Akhirnya tidak juga ku ambil crk pada hari sambutan hari guru sekolah. Dia punya tema macam macam eh. Apa pekerjaanku jika aku bukan guru. Tapi sepanjang hidupku memang aku tak ada cita cita lain selain menjadi guru. Sorry guys aku tak sporting kahkah. 

Lepas acara sukaneka guru, saya terus je pakai baju sukan tu. Malas la nak tukar. Tapi kalau orang tanya apa kerjaku, aku jawab pembantu tadika ngamla dengan pakaianku itu. Asalnya nak jadi educated housewife pakai baby carrier, tapi macam beria. Tapi saya suka la tengok kawan kawan lain yang meraikan tema. 

Ada yang jadi doktor, astronout, florist, offshore, nurse, polis, baker, chef, peguam, rela, engineer, reporter, model dan macam macam lagi la. Tapi paling kreatif si Cikgu Prissla la jadi astronout. Saya tahu je yang lain sebenarnya semua tu bukan pekerjaan idaman dorang, cuma senang cari uniform kahkah. 

Apapun selamat hari guru semua! Semoga untuk hari hari mendatang ini, kita aka saya dapat menjalankan tugas dengan lebih baik dan sentiasa cemerlang in shaa Allah. Semoga saya lebih produktif dan kreatif sebagai seorang guru dan tidak jemu mengajar anak bangsa wek wek. Okayla bye semua! 

Kota Marudu, Sabah 

Monday, May 26, 2025

SUE NAK KAHWIN DAH 😭


Tahniah Susue yang kusayangi lagi kuhormati!!! Tak sangkanya akhirnya Sue bakal menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hatinya. Sedih~ Tapi gembira untuk Sue. Semoga mahligai yang bakal dibina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. 

Sorry Sue mungkin tidak dapat daku memenuhi undanganmu kerana lokasinya sedikit jauh dan had bertenang dalam kereta tidak boleh melebihi 30 minit. Kalau lebih, hmm faham faham la terpaksa ku dukung si Adik dan menenangkan si Abang. 

Bakal suami Sue adalah seorang guru di Kota Marudu juga. Asal sini sini juga dekat Timbang Batu. Jadi orang sini la Sue kahkah. Lepas kahwin Sue akan melepaskan tanggungjawab besarnya sebagai warden dan diberikan kepada Ersabella. 

Semoga yang baik baik saja untuk kau Susue. Saya tumpang gembira untuk kamu. Jangan stress ya. Jangan lupa senyum hari kahwin nanti. Goodluck lepas ni tinggal dengan mentua kahkah. Yeahhh Sue kahwin! Tahniah sekali lagi puan Sue 🌹

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, May 24, 2025

BREAKFAST MB




Dengan ihsan hp Abah, maka terciptalah kenangan baru di Marrybrown hiks. Alhamdulillah. Harini kita nak luar biasa, jadi walaupun ada nasi dan lauk di rumah, kita tetap memilih untuk breakfast di sini. Kami adalah antara pelanggan terawal harini. Alhamdulillah anak-anak memberi kerjasama yang padu. 

Jadi Abah dan Umi dapat makan dengan hati yang tenang kecuali bila Muhammad minta cicah fries dengan air milo. Habis rosak rasa airku. Kami beli burger. Kata Abah Muhammad, ayam boleh goreng di rumah. Makan benda yang tak ada di rumah. Okay guel yang menurut perintah hihi. 

Kota Marudu, Sabah 

Friday, May 23, 2025

ANAK SOLEH THEMVELITH

Anak soleh Umi sembelit pula dua tiga hari ni. Semalam nenek taska mesej bagitahu Muhammad merengek rengek tak boleh berak. Usaha meneran tapi tak keluar katanya. Macam dua tiga hari sudah macam tu. Kalau berak pun macam kambing punya tu. Kesian la dia. Jadi kemarin awal sikit saya ambil anak soleh dua orang tu sebab nak pergi klinik. Abah pun minta keluar awal sepatutnya 5.30 keluar 4.30. Kami sampai rumah tak naik la tunggu Abah sampai. Abah simpan motor dalam rumah terus gerak ke klinik. Klinik bagi ubat air masuk bawah. 

Semalam dalam pukul 2 pagi terbangun sebab Muhammad datang peluk saya. Nak bermanja kali. Najhan masa tu di lengan saya tengah minum susu sambil baring. Terus saya letak Najhan dan attend Muhammad. Tiber attend. Lepas tu tukar pampers dia sebab kencing banyak dah sekaligus masuk ubat air tu. Tak sampai 5 saat terus dia macam nak berak. Jadi kami bagi dia ruang. Abah tolong salin pampers Najhan. Kami bagi Muhammad minum air masak juga. Tapi kiranya kuat juga effect ubat tu ya. Terus dia berak. Kali ni besar sikit la yang keluar alhamdulillah dan banyak dari sebelum ni. 

Ini first time saya menghadapi isu anak sembelit jadi sedikit kalut ya di situ. Begitu juga dengan Abah Muhammad. Saya pun terfikir mungkin tersalah makan ke, susu dia pekat sangat ke. Apapun nanti in shaa Allah saya akan cari buah yang boleh bantu melawaskan macam betik atau pisang. Semoga Muhammad cepat sembuh. Semoga Najhan pun dijauhi daripada sembelit. Susah hati tengok anak sakit kan. Kalau kita sendiri takpe la dah tua pandai la fikir sendiri. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang terbaik in shaa Allah dan dijauhkan daripada apa-apa jenis penyakit dan kemudaratan. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, May 20, 2025

USTAZAH HAWA


Pagi ini menerima berita pemergian pensyarahku di CFS kira-kira 9 tahun lalu. Ya Allah dekatnya kematian dengan kita. Bila la aku nak insaf. Ustazah Hawa muda lagi. Orangnya yang saya kenal sangat la cergas, aktif, melompat sana sini, periang, selalu random kadang rap dalam kelas, sentiasa bersemangat dan penuh dengan ilmu dan hikmah. Tapi Allah dah tulis semuanya. Jadi kita la yang kena sentiasa bersedia. Tapi adakah saya bersedia 😭

Saya ingat lagi Ustazah Hawa sentiasa panggil saya Izzati sebab dia cakap muka saya sesuai dengan nama tu. Jadi saya mengiyakan saja sebab setiap kali kelas memang nama saya akan jadi Izzati haha. Tak silap saya nama subjek yang Ustazah Hawa ajar Selected Themes in al-Quran. Mungkin. Masa mengajar saya dulu, ustazah belum kahwin dan adiknya dah kahwin debilang. Tapi ustazah cakap, tak apa sebab dia boleh berbakti kepada ibu ayah jadi driver apa semua. 

Semoga almarhumah ustazah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan masuk syurga tanpa hisab.

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, May 19, 2025

IMPIAN ADIKKU SYAHADAH ☢️

1. Nikah dengan orang Arab yang molek (akhlak)
2. Tinggal di Madinah dekat Masjid Nabawi
3. Abah Umi ikut berpindah dan tinggal di Madinah
4. Ahli keluarga sentiasa melawat Abah dan Umi di Madinah

Assalamu'alaikum WBT. Ya, anda sedang membaca benda yang betul, keluar dari mulut adikku yang solehah. Dengan ini saya memohon doa anda semua, jika ini yang terbaik untuk adikku Syahadah, maka semoga Allah kabulkan. Serious tapi takut. Hiks. Umi cakap, "Ye la, mugo tiket gi Madinah tu RM5.30 jah, buleh la ulang alik KB-Madinah sokmo haha." 

Tapi apapun kita doakan yang terbaik. Tiada yang mustahil.

Sunday, May 18, 2025

KE TAMU BERSAMA WILDAN & NAJHAN


Assalamu'alaikum WBT.

Ini adalah kali ketiga kami ke Tamu sejak duduk di Kota Marudu alhamdulillah. Seawal 6 pagi kami dah terpacak dekat sana. Jangan ingat awal sangat ya, sekejap saja matahari terpacak atas kepala. Hiks. Sekarang Subuh pun makin awal dalam 4.40 pagi. Anak-anak pun soleh sangat nak teman Abah dan Umi solat. Tamu dekat sini setiap hari Ahad. Macam-macam ada dekat sana. Murah sangat!

Benda yang selalu kami beli adalah nanas, pisang, jagung, sayur dan lauk pauk. Yang terbaru kami beli nanas RM3.50 sekilo, pisang RM2 sesikat, sayur RM5 tiga ikat, jagung RM5 6 batang, sotong RM10 sekilo, ikan basung RM6 sekilo, ikan lolong RM10 sekilo. Semuanya boleh guna lebih dari seminggu. Sangat untungla. Cuma nak kena bangun dan keluar awal la hiks.

Najhan duduk atas baby carrier Abahnya pegang. Wildan kami pimpin tangan dia bagi dia jalan dengan bebasnya. Kalau dia bukan dalam fasa obedient, kami letak dia di baby carrier, Adiknya saya dukung. Begitula. Suka sangat dapat keluar pagi. Rasa macam lama dah masa tapi tengok jam baru 8 pagi, baru 9 pagi. Alhamdulillah. 

Ouu saya nak cakap satu benda. Masa nak balik dah, hujung tamu ada jual mochi, kami nak balik dia baru ada. Satu mochi RM2.50. Saya beli dua flavor mangga dengan kacang hitam. Yang flavor mangga tu sebiji macam SAS ASMR makan dulu. Dohla sedap dooh! Bila kami kembali lagi nak beli, dah habis! Padahal baru lima minit lepas beli ada banyak lagi.

Kota Marudu, Sabah.

Friday, May 16, 2025

TEACHER'S DAY


Hai semua, assalamu'alaikum. Hari ini kasi chance Abah dan Umi berdating ya hihi. Okay ceritanya begini, habis saja masa 11.40 pagi, saya terus memecut balik ke rumah tanpa mengambil anak-anak sebab rancangannya adalah berdating berduaan hihi. Tunggu Babam solat Jumaat, kami vroom vroom naik motor pergi Secret Recipe makan New York cheese (recommended) dengan moist chocolate cake (no no). Ada pula pengetua Salaping situ kahkah.

Siap makan kami pergi area Servay tukar screen protector. RM29 untuk satu hp. Sempat saya suruh check masalah camera hp ku, dia cakap bukan masalah setting ke apa, mungkin sebab terhempas dan ku akuinya banyak kali terhempas. Lepas tu, kami ke Jamal Salim situ situ juga makan nasi kandar. Satu pinggan saja tapi banyak, RM14 dan minum air kelapa ori RM6.50 satu gelas. Ada pula anak muridku si Isha kerja situ. 

Lepas tu kami balik rumah nak solat Asar tapi macam tak sempat sebab pukul 5 dah kena ambil budak-budak. Boleh pula terkunci dari luar sebab saya lupa ambil kunci dalam beg sekolah di dalam bilik. Nasib baik ada hp. Jadi saya call tuan rumah minta kunci pendua ngam ngam pula suaminya ada di situ tengah tengok kebun depan rumah.

Suami dia tolong pergi ambil di rumah. Dekat saja rumahnya. Lepas tu ambil kunci dalam bilik terus gerak ke taska ambil budak-budak yang dirindui. Walaupun sekejap saja boleh berdating, tapi itu sudah cukup alhamdulillah yang penting berkualiti dan mengenyangkan. Terima kasih Babam belanja from A-Z. Lagipun tiada guel bawa purse kahkah.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru tak kira bekas guru, sedang guru atau bakal guru. Anda semua hebat! Terutama kepada Abah dan Umi ku guru di rumah dan di sekolah. You both are truly my inspiration. Love all of you!!! Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, May 14, 2025

LOVE IS IN THE AIR


Kekaburan camera sedikit pun tidak menghalang daku untuk mencapture moments yang berharga ini. Sukanya Abe boleh dukung Adiknya begitu. Semoga Wildan dan Najhan sentiasa berkasih sayang seperti ini ya. Umi pun suka tengok Abe pegang Adik tapi lenguh juga tangan Umi menahan Adik takut jatuh ke apa. Tapi dia marah bila kita ambil Adiknya haha. 

Adik pun kalau dengan Abe terhibur betul dia. Abe cakap apa pun dia gelak. Dia ingat Abe nak agah dia. Kalau Umi sampai lenguh pipi usaha nak suruh dia gelak, kadang gelak kadang sendu tak bagi respon haha. Mungkin dia faham bahasa Abe kali. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, May 12, 2025

RAGAM 12 MEI 2025


Pelbagai ragam ya anak-anak soleh ini. Jenuh la aku nak ajar si Muhammad membaca haha. Sekejap dia boleh fokus, lepas itu dikoyaknya buku ku hua. Tapi takpe yang penting ada progress alhamdulillah. Kadang saya rasa sebak bila tengok dia pandai main sendiri. Macam dia tahu apa yang dia nak. Contohnya, gayung biru tu ada dekat luar bilik sebab lepas mandi dia keluar dengan gayung tu dan terbiar di ruang tamu. Kami pun masuk bilik dia main basikal cutenya. Sekali dia pergi dekat pintu minta bukakan. Saya buka dan dia pun ambil gayung tadi dan terus masuk bilik, pakai gayung di kepalanya dan naik semula di basikalnya. 

Adiknya pula sekarang musim jelir lidah haha. Geram je saya tengok dengan air liurnya. Dia pernah meniarap sendiri sekali saja masa umur dia 4 bulan 14 hari. Pengasuh kata kepala dia berat sikit mungkin sebab itu lambat sikit meniarap. Entahla nak, macam badannya pun sama berat juga. Apapun semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Hiks bye!

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, May 10, 2025

PRODUCTIVE WEEKEND WITH MUHAMMAD


Hai assalamu'alaikum semua. Kembali lagi hari ini dengan kamera busuk taknak fokus. Hari ini pagi-pagi lagi Muhammad menolong Abah dan Umi basuh baju. Biasanya memang dia tolong masukkan baju satu satu ke dalam mesin basuh sampai la habis.

Tapi hari ini dia dah belajar benda baru iaitu dia boleh tengok dalam mesin basuh dari atas dengan menggunakan rasa kain sebagai tangga. Mulanya saya larang juga, tapi tengok dia minat betul sampai kan nak pusing minit pun dia nak tolong, jadi saya biarkan la.

Tapi masih bawah pengawasan lagi. Takut juga sebab elektrik kan. Adik macam biasa la terbaring sambil tengok aktiviti yang Abah, Umi dan Abe buat. Kalau dia dah boring dan mengantuk, maka tercipta la drama, bagi susu pun menangis, dukung pun menangis.

Orang putih cakap, tok tahu gapo nok. Hiks. Okayla sampai di sini dulu coretan untuk hari ini. Semoga yang membaca ni juga mendepani hari yang produktif dan sentiasa ceria serta positif in shaa Allah. Will be back in shaa Allah, bye!

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, May 8, 2025

KABUR


Ini realiti kamera hp ku sekarang. Sedih! Saya minta Sue tengokkan, dia cakap mungkin kesan daripada terhempas. Saya tak menafikan juga la sebab selalu ada budak menghempas hp saya. Salah saya sebab membiarkan.

Tapi yang sedihnya tak ada la gambar baru dalam hp saya. Dah berapa hari takde ambil gambar. In shaa Allah ada masa saya akan ke kedai baiki hp la pergi tanya sekali dengan nak urus yang nak terminate nombor digi. 

Doakan saya tuan puan. Dahla nak kena buat soalan exam lagi. Walaupun hadirnya Jia di sekolah ini sejak akhir tahun 2023, tugas buat soalan exam untuk tingkatan 1, 2 dan 3 tetap diberikan kepada saya. Bertabahla.

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, May 4, 2025

VIETNAM ROLL ✅


Assalamu'alaikum WBT.

Akhirnya berhasil juga effortku untuk membuat vietnamese roll yang sudah lama aku delay pembuatannya gara-gara ketiadaan daun pakci. Mulanya ada tapi berlaku tragedi tidak terduga di saat aku letak daun pakci yang telah dibeli dan masih segar di atas penutup pengukus kaca di atas dapur, ia ditarik oleh anak soleh Muhammad Wildan dan pecah penutup berterabur bersama daun pakci, jadi tidak sanggup sudah ku guna itu daun. Tak pasal pasal makan kaca pula guel. Begitula ceritanya.

Jadi daun pakci yang baru ini kami beli di tamu pagi hari jam 6 kami terpacak di sana. Tiga ikat sayur harganya RM5 sahaja sangat murah jadi kami beli daun pakci dua ikat dan kangkung satu ikat. Barang keperluan untuk  vietnam roll sudah kubeli dari minggu lepas lagi. Jadi balik dari tamu tanpa berlengah lagi terus ku buat supaya tidak tergendala lagi. Alhamdulillah siap dengan jayanya dan rasanya seperti yang pernah ku makan dulu di Kelantan hiks. 

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, May 1, 2025

LABOR DAY

Sarapan dengan jambu batu.
Hisap jari tu jangan tak hisap.
Termenung apa tu Najhan.

Assalamu'alaikum WBT.

Selamat Hari Pekerja kepada semua! Khas untuk bekas pekerja, sedang bekerja dan juga yang bakal bekerja satu hari nanti. Anda hebat! Sentiasa la bersemangat dalam melaksanakan tugasmu walaupun kadang kau bosan. Jangan pernah mengalah. Anda adalah permata negara tiber. Dapat la cuti hari ini yea! Hari ini kita santai di rumah saja sebab esok masih sekolah ya teman-teman. Jangan lupa. 

Berpagian kami dengan jambu batu yang dibeli di depan Servay. Macam biasa alhamdulillah kami sangat produktif bermula dari Muhammad dan Adiknya sehingga la ke Abah dan Umi. Rumah sudah dikemas, lantai disapu, baju dibasuh dan sebagainya. Muhammad, Abah yang mandikan. Najhan, Umi yang mandikan. Abah makan nasi dengan budu, Muhammad makan nasi dengan telur. 

Semoga Abah, Umi, Wildan dan Najhan sentiasa bersemangat menjalani kehidupan sehari-hari walaupun hatiku meronta-ronta mahu balik Kelantan. Rindu! Saya rindu Abah dan Umi! Semoga kita semua sentiasa sihat walafiat, dikurniakan tenaga dan kerajinan dalam apa jua yang dilakukan. Sekian terima kasih. 

Kota Marudu, Sabah.