Tuesday, September 30, 2025

NAJHAN BERJARUM 9 BULAN


Hari ini Muhammad Najhan dan Umi dating berdua di klinik hiks. Najhan kena cocok hari ini. Umi ambil dia dulu di taska. Ngam ngam Abe pun tidur, jadi takde lah Umi kena menyusup masuk. Kesian juga kalau Abe nampak Umi, dia nak ikut juga. Satu hal pula Mama dan Nenek nak pujuk. 

Kami berklinik di KK Tandek sebab sekarang KD Tanjung Batu bertapak di sana sementara tunggu bangunan baru dibina di tapak asal. Alhamdulillah senang sangat nak jaga Najhan di klinik. Diam saja dia duduk atas kerusi sambil tengok nurse berbual sesama sendiri. 

Berat Najhan 11.2 kg. Dia dah diklasifikasikan sebagai obese sebab BMI dia 20.4. Jadi lagi sebulan in shaa Allah kena datang lagi sebab nak monitor berat dia. Semoga Najhan cepat sembuh dari segala penyakit yang dia hadapi sekarang. Sihat sihat ya anak Umi. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, September 29, 2025

MUHAMMAD NAJHAN: 9 MONTHS OLD


Anak Umi yang cheeky Muhammad Najhan hari ini genap 9 bulan alhamdulillah. Banyak keletah anak soleh ini sekarang. Geram ja Umi tengok. Rutin harian setakat ini, suka sangat menggigit. Musim dia kali. Masalahnya dia pandai aim tempat yang kita sakit. Contohnya, jari yang bertulang. Perut Umi selalu jadi mangsa juga. Kalau leka, kaki pun dia gigit. Tempat yang kita relakan dia taknak pula. Mungkin tak challenging bagi dia. Kedua, dia suka langgar kita dengan baby walker dia.  Sakitnya buku lali hanya Allah yang tahu. Abe pernah sampai jatuh kena langgar dengan Adik. Kita marah dia gelak gelak saja. Geram!!!

Ketiga, habit baru suka jilat lantai dan lekatkan pipi di lantai lagi lagi dalam bilik ada aircond. Suka kali dia sejuk kan. Malam malam bila dia susah tidur dan Umi tidurkan Abe dulu, dia diam saja menjelajah bilik. Tahu tahu pipi di lantai dah, dalam gelap pula tu. Ada suara dia tu geram je dengar. Keempat, suka berebut barang dengan Abe. Apa yang Abe pegang, Adik pun nak juga. Kalau tak dapat, dia akan menangis macam kena pukul dan tak ada penghujung kecuali bagi barang yang dia nak tu. Jenuhla Umi dan Abah memujuk Abe pula. Begitula dilema kami haha. 

Sekarang nampak macam dia nak start memanjat tapi kaki belum kuat. Itu yang kejap jatuh kejap terpelanting. Semoga Allah sentiasa lindung Adik. Aduhai anak Umi yang aktif ni kan. Budak cerdik sungguh. Good boy ya anak Umi yang soleh. 

Satu lagi kan, macam mana la nak ajar dia duduk diam diam dalam carseat macam Abe. Ini tidak, nak letak tu pun satu hal dah. Taknak duduk. Dia keraskan kaki bagi berdiri. Nak pasang seatbelt susah sungguh. Duduk tak sampai 5 saat dah meronta nak dilepaskan. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, September 27, 2025

TERATAK KECIL

Ruang tamu.

Dapur & ruang makan.

Bilik tidur.

Selamat datang ke teratak kecil kami di Sabah! Alhamdulillah kami dipertemukan dengan rumah yang kena dengan jiwa saya dan Babam. Kami mula tinggal di sini bulan Februari 2025 ketika Babam mula posting. Rumah ini dijumpai bila kami hampir berputus asa mencari. Tuan rumah kami ialah seorang guru di SMK Tandek. Isterinya guru di SK Popok. 

Bila kami masuk rumah ini, kosong tiada barang langsung kecuali peti ais. Tapi kami buat keputusan untuk beli yang baru kerana syubhah. Semua peralatam kami beli baru. Yang asal hanyalah meja makan dan kerusi 4 biji. Peti ais, tong gas, dapur masak, mesin basuh, tv, sofa dan lain lain lagi semuanya dibeli sendiri alhamdulillah. 

Semuanya alhamdulillah okay, cuma kelemahan di sini banyak anjing. Semoga Allah permudah segala urusan kita semua. Sofa dan tv kami baru beli minggu lepas. Hihi. Alhamdulillah terima kasih Babam memecah kesunyian ruang tamu. Saya suka sangat bila menyapu dan mengemop. Saya suka cuci pinggan dan lipat baju juga. Saya suka jemur baju. 

Saya suka semuanya alhamdulillah. Ini pengalaman pertama kami tinggal bersama dan jauh dari keluarga terchenta. Semoga kami bertambah matang dalam menguruskan kehidupan in shaa Allah. Jemputla datang ke teratak kami hihi. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, September 26, 2025

OT HARI JUMAAT


Assalamu'alaikum WBT. 

Hari ini saya dan Ustazah Roziah over time ya sampai jam 5. Jarang sekali untuk sumandak Sabah ini stay hingga petang. Tapi banyak kerja nak kena buat seriously. Jia fokus buat headcount trial spm yang ppd suruh. Saya isi crk di hrmis, isi kehadiran pelajar di idme, rph week 29 dan beberapa kerja lagi. 

Alhamdulillah Allah memberiku kerajinan untuk menyiapkan semua itu. Semoga Syahirah terus rajin dan cemerlang serta tidak uncit lagi. Okay bye!  

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, September 24, 2025

OPPO RENO 14 PRO 5G


Presenting my brand new smartphone! Alhamdulillah ya Allah for this nikmah. Warna yang saya pilih ialah titanium grey. So cantik! Harganya RM2999. Tertanya juga kenapa dia tidak genapkan tambah lagi seringgit kan. Tapi ndapala. Bukan itu isunya sekarang. 

Setelah berapa lama berfikir. Awalnya di hati ingin memilih Samsung. Dilema juga bila tengok iPhone. Terancam weh dengan dia punya camera. Namun akhirnya takdir Allah mengatakan yang lain. 

Semoga saya insaf dan lebih menjaga handphone ini dengan lebih baik in shaa Allah. Doakan ya. Cantik sangat! Puas hati betul dengan warna dia. Tak sia sia ku menunggu hampir seminggu. 

P/S: Handphone lama masih okay juga, cuma dia punya masalah ialah tidak dapat detect fingerprint, kamera kabur dan tidak dapat qr. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, September 23, 2025

RALITNYA ADIK ABE


Hari ini macam hari persekolahan biasa, jam 5.30 petang baru sampai rumah. Alhamdulillah hari ini sampai awal dari Abah. Dapat la Umi menyediakan makanan lebih awal. Tengokla dua orang anak pintar itu, geramnya dengan pakai baju kembar pula, ralit betul menengok pakcik mesin rumput. 

Hari ini usia Muhammad Wildan 2 tahun 13 hari dan Muhammad Najhan 8 bulan 26 hari. Alhamdulillah ya Allah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, September 21, 2025

MAGGI SUP UMI


Sukanya dia makan maggi sup Umi sambil tengok Spongebob Squarepants. Muhammad tak berapa sihat tapi Umi bersyukur sangat dia lalu makan. Ubat pun alhamdulillah dia makan dengan senang hatinya sekarang. Cuma kena la ada bodek sikit sikit. 

Nasib baikla Umi ada pengalaman suap ubat dekat Poksu Shin dulu. Doakan Muhammad cepat sembuh ya. Demam dan selesema dia. Malam malam pun banyak terbangun dan menangis. Semua benda tak kena la. Dukung pun taknak, baring pun taknak. 

Umi masak seekor ayam tak termasuk bahagian dada. Habis semuanya alhamdulillah. Muhammad awal awal je dia makan maggi, lepas tu ratah ayam. Menurun perangai siapa la suka meratah kahkah. Walaupun tak ada halia alhamdulillah jadi juga. 

Hari ini ada orang datang servis aircond. Baik sangat alhamdulillah. Dia suruh kita tengok proses dia servis. Tapi saya masak, jadi Abah Muhammad yang melayan sambil bercakap. Ada dia bagitahu pasal tilam Coway. Macam siok juga. Patut ka? 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, September 20, 2025

INFINIX CAMERA IS BACK


Alhamdulillah kamera Infinix ku sudah kembali walaupun kualitinya bukan seperti sebelum ini. At least kurang sudah kekaburannya. Berapa lama la saya tak merakam aksi anak anak soleh ini disebabkan kamera rosak. In shaa Allah dengan kembali nya hidup handphone ini, Umi dapat capture memori memori yang tertangguh sebelum ini. 

Cumanya dia macam baiki sementara juga. Tak tahu bila dia akan kabur lagi sebab dia dah patah dekat dalam dan orang kedai tu cuma gam kan saja. Sampai masa dia loose balik, apa lagi nak dibuat kan. Lain kali biarkan lagi kena campak semua. Hiks. Harga nya RM25 dia bagi harga servis dia cakap. Kumawo~ 

Tengokla anak anak soleh lagi baik di atas membaca kunun. Macam mana ya nak terapkan suka membaca dalam diri mereka? Sebab dorang akan tengok sekejap saja dan lepas tu campak terus dan main benda lain. Ada suggestion ka ah? Saya lupa la anak anak buah saya dulu macam mana. Semoga Allah permudahkan semuanya. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, September 16, 2025

HASIL KARYA 1 BERLIAN

Puteri Cendana.

Rahmat.

Hakimie.

Azizah Humairah.

Mempersembahkan hasil karya anak anak 1 Berlian. Yang ini saja ustazah sanggup tunjuk. Yang lain in shaa Allah jika ada improvement baru kasi tunjuk kahkah. Yang ini Pel. 9: Makanan Halal Lagi Baik. Mereka disuruh buat nota paling kreatif menggunakan bahan yang diberikan. Inilah hasilnya sedikit sebanyak. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, September 12, 2025

MUHAMMAD WILDAN TURNS 2


Ya Allah Ya Tuhanku, Kau jadikanlah anakku, Muhammad Wildan anak yang soleh, sihat, sempurna tubuh badan, cerdik akal fikiran, baik budi pekerti, cantik rupa paras, memberi manfaat kepada orang lain seperti Nabi Muhammad SAW. Kau jauhkanlah Muhammad Wildan daripada apa apa jenis penyakit, apa apa perkara yang tak diingini, segala kemudaratan, kejahatan manusia dan jin, bala bencana di dunia dan di akhirat. Jauhkanlah Muhammad Wildan daripada semua itu Ya Allah. Kau jadikanlah Muhammad Wildan anak yang menyejukkan mata dan hati ibu dan ayahnya serta orang sekeliling. 

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke-2 anak Umi, Muhammad Wildan al-Hakim. Anak soleh ini makin besar makin banyak akal ya. Banyak sudah perkataan yang Muhammad dapat sebut dengan jelas alhamdulillah. Paling terhibur dengar Muhammad sebut 'nak main'. Semoga Muhammad semakin petah bercakap dan sebut perkara yang baik baik saja in shaa Allah. Nak suruh Muhammad baca buku, susah sikit sebab setiap benda yang dilihatnya atau dipegangnya akan digunakan sebagai bahan memasak. Satu lagi perkara yang sedang diusahakan sekarang ialah melepaskan Muhammad daripada hisap ibu jari. Semoga ada jalannya. 

Tidak kurang juga tantrumnya, kadang menguji keimanan juga. Semoga Allah mudahkan urusan Abah dan Umi mencari jalan terbaik untuk menenangkannya bila tantrum. Jalan yang tidak memudaratkan siapa siapa sebab terkadang ada masa saya hilang sabar juga. Membesarkan anak adalah satu journey yang enjoyable tapi challenging juga. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. We got this Abah! Umi sayang Muhammad sangat sangat. Semoga Muhammad menjadi anak yang baik dan menyejukkan hati Umi dan Abah ya. Muhammad anak pintar anak cerdik in shaa Allah sentiasa cemerlang dalam apa jua yang dilakukan. 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, September 10, 2025

KOIR MERDEKA


Mempersembahkan pertandingan koir merdeka semua kelas tingkatan 1 hingga 4 sesi 2025. Pemenang akan diumumkan Jumaat depan sempena penutup bulan kemerdekaan iaitu pada 12.09.2025 in shaa Allah. Walaupun persediaan koir dibuat dalam masa dua hari sahaja, 2 Intan tetap perform! Kelas lain juga kebanyakan mantap.

Cuma biasa la kalau kelas pandai ni dia macam over sikit perancangan dia. Masa saya tengok latihan dorang, saya ada cringe sikit la sebab ada part tak perlu masukkan pun. Tapi alhamdulillah masa pertandingan dorang tak masukkan part tu dan letak yang biasa biasa saja. Tahu la kan kalau buat over sikit jadi tak sedap. Hiks. 

Apapun, well done everyone! 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, September 9, 2025

HARI INI DALAM SEJARAH

09.09.2025

1. Kematian Cikgu Manaf = 09.09.2009

2. Hari kedua UPSR = 09.09.2009

3. Pembedahan tiroid = 09.09.2020

4. Tiga hari sebelum melahirkan Wildan = 09.09.2023

Monday, September 8, 2025

CHEF WILDAN & SOUS CHEF NAJHAN


Inilah Wildan dan adiknya Najhan yang malam malam sentiasa huru hara menunggu tidur, alhamdulillah. Suka, menangis, termenung, semuanya ada la sebelum tidur. Tapi kebiasaannya berakhir dengan menangis la kahkah. Tokbah selalu pesan supaya bersederhana dalam apa pun. Jangan galok galok. 

Doakan dua orang budak botak ini menjadi anak yang soleh dan baik serta senang dijaga. Allahumma baarik. 

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, September 6, 2025

DAPUR ABE & ADIK


Assalamu'alaikum WBT. 

Hari Khamis haritu adalah cuti peristiwa di majoriti sekolah di Kota Marudu. Tapi taska tidak cuti ya, jadi kami hantar juga anak anak soleh lagi baik ini di taska. Masa membeli di DIY, nampakla satu permainan masak masak ni. Macam siok ni kalau bagi Muhammad main, Abah dan Uminya berbicara. Takdela dia berebut dapur Umi kan. Jadi beli la kami yang murah saja buat raso raso bak kata orang putih. 

Alhamdulillah tengok Muhammad menghargai mainan yang kami beli walaupun biasa. Tapi ya la dapur nya pun tak seberat mana kan, jadi ke sana ke sini dia bawa haha. Time dio maroh gak habis rembah la bue sumo mainan kecik kecik tu. Tapi begitula haha. Sekali Adik langgar dengan baby walkernya, habis berterabur. Hmm. In shaa Allah ada rezeki lebih dan dah pandai main, Umi belikan macam MamaIqa punya. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, September 5, 2025

NIKMAT YANG DILUPAKAN

Assalamu'alaikum WBT. 

Seringkali daku memikirkan perkara ini. Semua orang tahu juga tapi bila daku terfikir, rasa macam diri ini sangatla tidak mensyukuri nikmat yang melimpah limpah. Nikmat sihat. Bila sihat, kita tak rasa pun nak bersyukur ke nak berterima kasih kepada Allah sehinggala kita sakit, baru terfikir yang selama ini aku sihat. Besarnya nikmat sihat tu. 

Sekian.

P/S: Masa dalam fikiran aku, punyala banyak idea nak cakap. Tapi bila tulis rasa tak terluah haha. 

Thursday, September 4, 2025

SANAH HELWAH ALANG

Assalamu'alaikum WBT. 

Happiest birthday ku ucapkan kepada abangku yang ketiga iaitu Alang, Ahmad Sobirin. Cantik namanya seindah tuannya. Tiber. Kaksha doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Alang, makbulkan segala doa Alang, permudahkan rezeki yang halal buat Alang, panjangkan umur Alang dalam kesihatan yang terbaik dan semoga Alang diberi kebaikan di dunia dan di akhirat.

Semoga rumah tangga yang dibina bersama Kakja sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah. Semoga hidup Alang dan Kakja sentiasa diberkati dan dilimpahi dengan kebahagiaan. Semoga hubungan perkahwinan Alang dan Kakja kekal hingga ke syurga Allah dalam kebahagiaan. Semoga Alang dan Kakja dikurniakan zuriat yang soleh solehah dan comel, memberi manfaat kepada ummat. 

Semoga yang baik baik saja untuk Alang dan Kakja. Love both of you 💓

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, September 1, 2025

MAJLIS SAMBUT MENANTU ALANG & KAKJA












Assalamu'alaikum WBT. 

Taknak cakap banyak sebab daku tak terlibat pun dengan majlis ini kerana daku jauh di Sabah. Tapi apapun alhamdulillah ala kulli hal. Suka sangat tengok meriah begini. Abah dan Umi pun suka sangat tengok melayan tetamu. Lawak pun ada dengar cerita Umi pasal hari kejadian. Tahniah kepada semua yang bertungkus lumus memastikan majlis bergerak lancar dan terkawal. Tiber macam ucapan lepas habis majlis sekolah kahkah. 

Sebenarnya Allah saja yang tahu perasaan saya tak dapat bersama sama di majlis Alang. Tapi takpela orang takkan faham pun. Jadi bagus untuk saya hiburkan diri sendiri. 

Kota Marudu, Sabah.