Saturday, October 31, 2020

موت أبي عمار


المفردات:
1. فخمة - مهيبة \ كبيرة
2. أهل الحي - أهل القرية
3. عويل النسوة \ صياحهن \ لطمهن - البكاء بصوت عالي
4. يشيعن - يمشي وراء الجنازة \ يحضر\ زيارته
5. الفقيد - الجنازة \ الميت
6. مغشيا - لا يعرف شيئا
7. تلحق به - يذهب معه
8. شقت - مزقت
9. سطلا - baldi
10. تصيح - تتكلم بصوت عالي
11. النعش - الصندوق فيه الجنازة

Friday, October 30, 2020

Rindu Pahang

Kampung Halaman

Last balik Pahang raya haji lepas. Tak sampai setahun lagi tapi dah rasa rindu nak balik lagi. Adik lelakiku lah yang lebih lebih rindukan kampung di Pahang. Dia rindu nak main dengan sepupu sepupu.

Walapun dia macam abang yang jaga adik masa main dengan sepupu, tapi tak apalah sebab dia suka budak. Sumaiyah, Sakinah, Syuhada, Marsya dan Ahmad Luqman. Tak boleh duduk diam, tapi semua budak baik. Hihi.

Sekarang adik lelakiku masih berjuang menghafal al-Quran. Memang cita cita dia nak jadi hafiz Quran dan lepas tu sambung belajar di sekolah maahad, in shaa Allah. Sekarang dah masuk juzu' 12 alhamdulillah. 

Semoga dia terus kuat dan istiqamah dalam menghafal al-Quran, lagi lagi ada ustaz kesayangan dia iaitu Ustaz Syarfi. Tapi yang sedihnya, ustaz dia dah nak berhenti sebab nak sambung belajar. Harap adik kuat.

Ustaz mana mana pun, yang penting dia rajin dan ada keazaman, dan juga ada adab dengan gurunya. Itu yang paling penting. Keredaan guru sangat penting. Itulah yang adikku katakan padaku. Aku nak lintas ustaz dia masa dekat jalan raya pun dia tak bagi.

Tak ada adab katanya. Saya patuh sajalah sebab ustaz dia kira macam ustaz saya juga. Ehh betul ke? Hihi. Ya Allah kuatkanlah imanku. Aamiin ya Rabb.

Berbalik kepada cerita di Pahang tadi, kalau ada rezeki boleh balik lagi, in shaa Allah. Semuanya dengan izin Allah. Kalau balik sana tak sah kalau tak ada buah. Best sangat! Buah dari kebun Tok Aki. Hmm miss them so much.

Semoga Tok Aki sentiasa sihat dan diberkati oleh Allah S.W.T. Semoga dipermudahkan urusan mereka dan diberi kebaikan di dunia dan di akhirat, dan dapat masuk ke syurga Allah yang paling tinggi. Aamiin ya Rabb. 

Keletah Yang Kurindui

 Anak Saudaraku

Teka budak dua orang ni tengok apa? Dia tengah tengok orang makan! Haa bukan calang calang ni. Bukan budak budak biasanya suka tengok kartun ke? Selalu kalau diorang balik rumah Tokbah dan Tokmi, selalu minta kita buka video orang makan buah. 

Biasanya saya buka SAS ASMR punya video lah. Tak nampak gelojoh sangat dia makan. Hihi. Lepas tu mulalah buat suara manja, "Mama Sya, nak anggur". Hmm kita apa lagi, selalu tergoda dengar suara diorang. 

Tapi kalau time geram, hmm geram juga. Selalu juga kena marah budak budak ni. Bukan selalu kita manjakan mereka. Betul tak? Manjakan mereka biar berpada pada. Jangan sampai mereka tak dengar kata kita. 

Tiba tiba rindu diorang pula. Hmm sabar je lah. Okaylah bye! Nak buat nota, dah berapa hari tertangguh. Hihi. Assalamu'alaikum. 

تدريبات

المحاولة الأولى



P/S: During my school practicum last month, I was asked by an Arabic teacher to create a teaching aid. It must be simple and easy to understand, in line with the students' cognitive level. So, this is the result! I hope the teacher was satisfied with my work! 

اللغة

اللغة الأم

Bahasa yang digunakan oleh seseorang bila lahir dari dunia, bahasa yang dia biasa dengar dan guna semasa membesar. Contohnya, kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama kita, bahasa yang kita gunakan semasa membesar.

اللغة الثانية

Bahasa yang dipelajari oleh seseorang di negara asal bahasa itu. Contohnya, kita dari Malaysia, pergi ke London untuk belajar bahasa Inggeris, jadi bahasa Inggeris itu dikira bahasa kedua.

اللغة الأجنبية

Bahasa yang dipelajari di negara yang bukan asal bahasa itu. Contohnya, kita belajar bahasa Arab di universiti di Malaysia. Jadi, bahasa Arab itu dikira bahasa asing. 

مفهوم أم لا؟ 

Assignments

 EDIE 4604

  1. Group presentation (15 m)
  2. Da'wah program proposal (15 m)
  3. Leadership project (20 m)
  4. Da'wah project (20 m)
  5. Final exam (TBD)
EDIE 4306
  1. Discussion & class presentation (20 m)
  2. Mini research (30 m)
  3. Teaching demonstration (20 m)
  4. Group project (30 m)
  5. Infographic (TBD)
EDLA 3105
  1. Micro-teaching (40 m)
  2. Online resume (15 m)
  3. Story telling (15 m)
  4. Rancangan Pengajaran Harian (15 m)
  5. Presentation (15 m)
LQ 4000
  1. Mid-term (20 m)
  2. Critical review (10 m)
  3. Research paper (20 m)
  4. Presentation (10 m)
  5. Final exam (30 m)

Wednesday, October 28, 2020

Pengorbanan

Saya terharu dengan Abah dan Umi saya. Apa apa saja saya sebut, mereka akan cuba untuk penuhi secepat mungkin. Saya jadi serba salah, tapi saya memerlukannya jadi saya terpaksa bagitahu mereka. Antaranya adalah bila saya kena guna banyak data untuk belajar online.

Abah saya terus pergi ke center RedOne untuk tukar Celcom ke network yang baru, sebab langganan Celcom saya yang sekarang dia punya mobile hotspot punya limit sangat terhad, jadi susahlah untuk saya present atau buat kerja guna laptop.

Dulu di rumah ada wifi, tapi lepas tu Abah saya cancel sebab tak ada orang sangat nak guna di rumah ni. Jadi masing masing guna data sendiri. Tapi sekarang lain ceritanya. Jadi, sekarang ni isu itu sudah selesai. Terima kasih Abah Umi! 

P/S: Hargailah ibu bapamu. Ringankan tulangmu untuk menolong mereka dan berbakti kepada mereka. Jangan pernah mengeluh.

Weird Taste

Dulu, saya selalu rasa pelik dengan mereka yang sanggup berkahwin dengan lelaki yang sudah berusia. Tapi bila saya dah besar ni, dan saya dah menghadapi dan jumpa macam macam jenis orang, saya jadi faham kenapa kakak kakak yang muda ni kahwin dengan orang lelaki berusia.

Pada pandangan saya (cewahh), lelaki kalau makin berusia nampak makin mantap. Hmm betul ke? Tengok orang jugalah. Haha. Masa saya jadi guru praktikal baru baru ni, saya ada jumpa cikgu yang umur dah dekat 50 tahun tapi berkarisma sangat.

Kalau bukan sebab Umi saya yang marah dan bagi amaran dekat saya, dah lama saya terjerumus kahkah. Ada lah seorang guru di sekolah tu, dia tak handsome pun, botak pula tu, umur pun 50 tolak 5, tapi saya boleh terjatuh hati sekejap dengan dirinya.

Tapi saya tersedar tak lama lepas tu, dia mungkin ada isteri dan anak anak. Apa perasaan mereka bila tahu ada orang yang suka suami dan ayah mereka. Allahu, ampunkan dosaku ya Allah. Tak patut sebenarnya macam tu.

Walaupun lelaki boleh kahwin empat, tapi kita fikirlah kalau kita dalam keadaan isteri dia, kita nak ke suami kita disukai oleh orang lain dan berkahwin dengan mereka. Cari sajalah yang single dan tak ada apa apa relationship dengan siapa siapa.

Satu lagi, walaupun dia tak kahwin lagi pun (dan dia berusia), kita fikirlah banyak kali kalau kita terjatuh hati padanya dan nak berkahwin dengannya. Kita kena fikir jauh lah. Tapi tak salah pun kalau kita nak dekat mereka yang berusia. Ini cuma saya punya pandangan. 

Gegar Vaganza 7

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum W.B.T.

Bila Big Stage dah habis, kita layan Gegar Vaganza pula. Hihi. Saya terus ke point saya lah ya. Setakat ni, peserta kegemaran saya ialah Aju Success. Minggu ketiga dia nyanyi lagi Ukays, I Love You I Miss You. Best sangat! 

Dia start dengan nyanyi dalam dialek Kelantan lepas tu baru start bahasa standard. Suara dia pun best! Hihi. Dia punya perwatakan pula lawak, macam Usop juga. Harapnya dia akan terus menunjukkan perkembangan yang positif.

Seorang lagi yang saya suka adalah Linda Nanuwil. Dia bekas peserta Akademi Fantasia 2, AF yang paling saya suka. Kalau tak silap saya dia dapat nombor dua dulu, walaupun pernah tersingkir, tapi diserap masuk balik. 

Minggu kedua dia nyanyi lagu Mungkinkah. Best! Semoga dia terus maju jaya dan nyanyi dengan sedapnya setiap minggu. Dua peserta ni saya harap mereka masuk final dan dapat tempat yang top lah dan terus cemerlang dalam karier mereka. 

P/S: Saya kena buat nota Da'wah & Leadership sebenarnya. Hihi. Saya sedang dengar lagu Westlife. Bye!

Iklan Bahasa Arab

السلام عليكم

Kelas pukul 2 petang tadi, subjek Methods of Teaching Arabic Language II, kami sekelas kena 'paksa' buat iklan dalam bahasa Arab. Ustaz bagi masa lima minit untuk fikir kan iklan apa kita nak buat. Ingatkan buat saja saja, rupanya ada markah. Hihi.

Saya trylah buat sehabis baik, bukan untuk markah ya tapi untuk kepuasan hati ustaz. Saya iklan pasal Cadbury. Ada yang buat iklan Snickers, pakaian, minuman dan macam macam lagi. Tak habislah gelak dengar masing masing punya iklan. Kreatif sangat!

Alhamdulillah saya rasa makin terbiasa dengan kelas online. Kena participate selalulah, baru tak kekok. Dulu saya rasa insecure, takut orang kata itu ini. Tapi sekarang, saya dah tak peduli. Apalah sangat kata orang kan? Yang penting kita bukan buat benda salah pun. 

Assignment pun dah makin banyak tapi apa pun tak buat lagi. Hmm begitulah setiap sem pun, tak pernah berubah pun. Tapi saya lega, alhamdulillah sebab dah selesai satu benda, iaitu presentation subjek Da'wah & Leadership. Punya nervous present hari tu, lagi lagi pukul 8.30 pagi dah kena present. 

Tapi syukur semuanya berjalan dengan lancar. Saya baru nak start sem, adik saya pula dah nak habis dah sem pertama dia di UIA Gambang. In shaa Allah semuanya berjalan lancar untuknya. Minggu depan dah study week, minggu depan satu lagi dia exam dan boleh balik, in shaa Allah.

Dia nervous sangat tu nak habiskan sem ni sebab belum biasa kan dengan kehidupan universiti. Memang akan rasa terbeban sikit kalau baru baru. Kalau dah lama pun masih terbeban tapi akan terbiasalah sikit. Semoga adikku terus kuat dan sentiasa cemerlang dalam apa jua yang dia lakukan. 

Okay berbalik kepada cerita asal, saya suka semua kelas sem ni, mungkin sebab ini sem akhir saya. Tapi rasa penatlah juga lagi lagi hari Isnin dan Rabu sebab kelas straight dari 8.30 pagi sampailah 3.20 petang. Kadang kadang ada terbaring juga atas katil masa kelas. Hihi. Maafkan saya.

Saya rasa pengalaman kelas online ni saya tak akan lupa sebab saya tak pernah terfikir akan hadapi keadaan ini. Tapi apa pun itu semua adalah aturan Allah yang terindah. Alhamdulillah. Secara keseluruhannya, saya enjoy sem ni walaupun kerja banyak dan boleh tahan susah.

Saya ingat nak beli buku cerita bahasa Arab banyak banyak dan nak amalkan baca satu buku sehari, in shaa Allah mantap bahasa Arab nanti. Baru boleh ajar students dengan confident. Kalau tak, macam mana nak ajar mereka kalau kita sendiri tak mahir kan. 

28/10/2020 (Wednesday)
Ruang panjang. 

Saturday, October 24, 2020

Kes Positif Makin Meningkat

Hari ni, pertama kali kes positif COVID-19 mencecah empat angka iaitu seribu lebih. Kenapa naik mendadak ya? Perlu ke ada PKP lagi? 

Memang patutlah universiti buat kelas online. Kalau tidak memang kita akan terdedah kepada risiko. Lebih lagi bila duduk dekat sana area Gombak. 

Macam manalah nasib kawanku di kampus. Harap dipermudahkan urusan mereka. Aamiin ya Rabb. Tapi takpe sebab mereka ada geng, tak sunyi sangat.

Bye! 

Friday, October 23, 2020

Pencinta Setiamu

Sudahkah anda mendengarkan lagu terbaru Usop? Judulnya Pencinta Setiamu. Tak menyesal dengar dek! Memang best sangat, catchy dan merdu. Suara Usop tak payah cakaplah. Mmmphhh! Amboi over benar. Haha.

Semoga Usop sentiasa berjaya dalam kariernya dan diberkati segala apa yang dilakukannya. Masa Big Stage hari tu, tak ada seminggu pun saya tak sokong dia walaupun ada minggu dia merudum kejap.

Tapi bagi saya, semua nyanyian dia dalam pertandingan tu semua sedap. Tapi mungkin expectation juri sangat tinggi kot terhadap Usop. Mungkin mereka rasa Usop boleh buat lebih baik untuk lagu tertentu tu. Tapi secara keseluruhan, semua persembahan Usop best.

Netizen pula, tunggu Usop tersalah langkah sikit, mulalah mereka kecam dia, cakap itu ini, body shaming dan sebagainya. Macam mereka sempurna sangat kan. Hmm tak apalah. Semoga Usop terus kuat. Bye!

P/S: Sila dengar lagu terbaru Usop, Pencinta Setiamu. 

Dunia Artis

السلام عليكم

Rasa tak percaya Farah Nabilah dah beranak. Macam baru je keluar berita dia mengandung. Alhamdulillah dia dapat anak lelaki. Mesti comel sangat. 

Walaupun saya tak pernah tengok dia berlakon, tapi saya tetap minat dia sebab dia lovely sangat. Dia ni makin lama tengok makin cantik. Tak nampak macam umur akhir 20-an pun muka dia. 

Perangai dia pun tak over sangat. Nampak matang dan cerdik. Tak beria sangat. Comel je dia tembam masa pregnant. Hihi. Memang kalau pregnant akan tembam ehh? Kecuali Zahirah MacWilson lah belum naik badan lagi walaupun dah tujuh bulan.

Okay, sepatutnya saya buat assignment sekarang ni. Kenapa saya bercerita pasal artis mengandung beranak pulak ni. Hmm. Okaylah bye semoga jumpa lagi. Doakan saya kuat untuk siapkan assignment dengan cemerlang. 

23 October 2020 (Friday)
Di mejaku.

Sunday, October 11, 2020

Final Year Student

Dilemma

Dulu, masa baru masuk universiti, tengok senior senior rasa jealous sebab mereka dah nak habis belajar tapi saya lama lagi. Rasa tak sabar sabar nak habiskan walaupun baru masuk.

Tapi sekarang, bila diri sendiri yang nak habis belajar, rasa macam takut dan tak bersedia. Mungkin macam ni jugalah senior dulu rasa kan. Banyak perkara yang bermain di fikiran.

Bersediakah saya nak berdepan dunia luar yang confirm lebih jauh mencabar dari dunia belajar sekarang. Lagi lagi saya rasa banyak lagi benda yang saya kena belajar.

Saya rasa belum cukup skill untuk mengajar, jadi macam mana saya nak didik anak orang kan. Tapi macam itulah lumrah hidup, sentiasa kena belajar sesuatu yang baru.

Di samping belajar perkara baru, kita kena mantapkan ilmu pengetahuan yang kita sedia ada. Kalau saya major Bahasa Arab, jadi saya kena banyakkanlah pengetahuan pasal selok beloknya dari segi nahu, sorf, balaghah, cara buat essay dan sebagainya.

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan beri kita kebaikan di dunia dan di akhirat. Aamiin ya Rabb. Bye esok kelas!

Online Class 2.0

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamu'alaikum teman teman! Esok kelas online pagi pagi buta lagi pukul 8.30 sampailah 3.20 petang. Isnin Rabu empat kelas dan Selasa Khamis dua kelas. 

Kekok pula rasa nak start kelas sekali dengan trauma tragedi Google Meet. Hmm taknak ungkit kisah lama. Jadi, kena bersedia fizikal dan mental lah. 

Saya dah ada pengalaman sakit belakang sebab kelas online lama sangat. Kalau belajar dalam kelas tak rasa macam tu pulak. Kenapa ya? Psikologi ke? 

Satu lagi mata jadi pening dan sakit kepala sebab lama sangat menghadap laptop dan handphone. Tapi apakan daya. Kenalah hadapi juga kan. 

Selasa Khamis kelas start pukul 2 petang dan habis pukul 6.20 petang. Tapi okaylah sebab pagi tak ada kelas. Boleh buat kerja lain kan. Hihi. 

P/S: Best juga tulis blog sambil layan Usop nyanyi Peluang Kedua di Final Big Stage. Hihi. Arahan kedua: Sila dengar Usop nyanyi ya. Terima kasih.

11 October 2020 (Sunday)
Di meja belajarku.

Jom Faham Maksud

What 2020 Is All About


P/S: Sila patuhi SOP ya kawan kawan. Kita nak suruh virus ni cepat hilang tapi tak amal pun semua benda yang boleh menjauhkan kita daripada virus ni. Jadi makin dekat lagi. Hmm. Dah seminggu lebih kes positif mencecah tiga angka, SETIAP HARI. 

Thursday, October 8, 2020

Favorite Playlist

Semenjak dua menjak ni, saya banyak discover lagu lagu best secara tak sengaja. Kebanyakannya masa drive, layan radio Era jadi banyaklah lagu latest yang best berkumandang. Tapi yang saya nak highlight sebenarnyakan, jeng jeng jeng... Semestinya semua nyanyian Usop!

Haa, inilah playlist kegemaran saya sekarang. Semua lagu yang Usop nyanyi dari Mentor, cover Usop, lagu Usop sendiri dan latest of course lah Big Stage. Memang jaranglah tak sedap Usop ni. Hmm bunyi macam obses ke?

Tak pun. Nak kata saya peminat fanatik Usop, takdelah sampai macam tu sekali. Apa yang saya suka pasal Usop adalah cara penyampaian nyanyian yang disaluti dengan penghayatan yang penuh dan semua dia ubah jadi style dia. Macam lagu dia sendirilah. 

Kita boleh rasa passion dia sebagai seorang penyanyi. Saya start kenal Usop dan lagu Selamanya akhir tahun lepas. Anis classmate saya yang kenalkan. Lagu Aku Yang Bersalah pun best sangat! Lagi lagi masa dia nyanyi di Mentor dulu. 

Dengar kata Usop akan akhiri zaman bujang dengan gadis pilihannya yang bernama Fatihah. Usop ni umur sama dengan saya tapi dia dah ada buah hati dek. Mantap!

Saya doakan semoga semua urusan Usop tak kiralah bidang nyanyian atau perkahwinan dengan perempuan yang dicintainya dipermudahkan dan diberkati oleh Allah S.W.T. Tapi harapnya Usop sentiasa aktif menyanyi sebab saya tak sabar nak dengar semua lagu versi Usop. 

Bye!

Semester 1, 2020/2021

السلام عليكم

Hari ni dah 8 Oktober 2020, maksudnya kurang dari tiga hari lagi semester baru akan bermula, yang bermakna ini adalah semester terakhir saya belajar dan semester depan praktikal. Allahu cepatnya masa berlalu. 

In shaa Allah saya akan ambil enam subjek termasuk dua subjek minor. Nampak gayanya kena belajar online lagi sebab kes corona tiba tiba melonjak naik dan kami dinasihatkan untuk tidak kembali ke universiti dan saya pun taknak ambil risiko. 

Ada je yang balik universiti, mungkin sebab internet connection problem di rumah. Yalah online learning ni memang bergantung kepada internet kan. Semoga dipermudahkanlah urusan mereka dan juga kita.

Nervous juga rasa last semester ni sebab mungkin subjek lebih mencabar atau paling mencabarlah berbanding dengan sebelum ni. Saya bersyukur sebenarnya belajar di rumah sebab memang kalau ikutkan hati, dah taknak ke universiti dah.

Paling saya benci bila naik bas ke sana. Punya lama dan rasa tak selesa. Macam manalah saya boleh tahan ulang alik naik bas sebelum ni. Harapnya praktikal pun di sini lah. 

Apa apa pun, Allah sebaik baik perancang. Semuanya sudah tertulis macam mana kehidupan kita kan. Jadi, kita kena terus berdoa semoga semua dipermudahkan. 

P/S: Nak tengok perut kak izzah, mesti dah besar. Tak lama lagi dah nak jadi ibu dah. Semoga dipermudahkan urusan beranaknya. Aamiin. Bye!

8 October 2020 (Thursday)
Atas katil bilikku.

Wednesday, October 7, 2020

Pantai Irama & AEON Mall

Pantai Irama, Bachok

P/S: Seharian duduk di Pantai Irama dan AEON Mall. Banyak benar shopping hari tu. Kebanyakannya makananlah. Hihi. Best sangat! Walaupun dalam kesibukan siapkan report praktikum, sempat lagi enjoy tak ingat dunia kahkah.

28/8/2020 (Friday)

Tuesday, October 6, 2020

Kenangan 2009

Tahfiz Babo


Gambar ini mungkin kelihatan biasa saja, tiada apa yang istimewa. Namun, sebenarnya ia menyimpan 1001 kenangan yang menjadi sebahagian daripada hidupku. Pada tahun 2009, selepas menduduki UPSR, aku dihantar oleh Abah dan Umi ke tempat ini, iaitu tahfiz Haji Abdullah. 

Di sini, aku belajar berdikari (walaupun ada kakakku yang ketika itu baru selesai menduduki PMR). Aku mengenal erti kesusahan, kalau selama ini makanan dihidangkan begitu saja, dimasak oleh Umi, tapi di sini kami terpaksa masak sendiri. Kebanyakan hari aku makan ikan goreng saja kerana kakakku tak pandai masak. Baju pun kena basuh sendiri (walaupun kakakku yang basuh dan jemur).

Hari pertama aku di sini, aku makan sambil menitiskan air mata. Ini cerita betul. Maklumlah pertama kali berpisah dengan keluarga, walaupun rumahku hanya 20 minit dari sini. Tapi, aku tidak dapat gambarkan segala kenangan yang aku bina di sini. Terasa sayu setiap kali teringat saat aku mengaji di sini. 

Permulaannya bukanlah mudah seperti disangka. Walaupun ketika itu aku ahli paling muda, aku banyak dimarahi oleh pengajarku yang ku panggil Babo. Hari kedua di sana, aku dihalau oleh beliau, dan disuruh mengaji dengan kakak kakak senior dulu kerana aku masih tergagap gagap. Yang sebenarnya aku takut kerana beliau dikenali sebagai seseorang yang sangat garang.

Namun, setelah beberapa hari, beberapa minggu dan beberapa bulan kemudian, bacaanku semakin lancar dan jarang ditegur oleh beliau, alhamdulillah. Aku juga banyak kali dipuji dan dibandingkan dengan orang lain. Sedikit pun aku tidak berasa bangga kerana aku pasti tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk membuatkan orang lain lebih bersemangat untuk mengaji dan memperbaiki bacaan.

Sebenarnya, kenangan yang aku kecapi di sana tidak dapat aku luahkan melalui kata kata atau penulisan, tapi apa yang boleh ku katakan adalah, kenangan di sana adalah salah satu kenangan yang selamanya tidak akan kulupa. Tidak sekali kali, kerana ia terlalu berharga dan banyak mengajarku erti kehidupan.

Aku sempat berada di sana untuk beberapa bulan sahaja kerana aku terpaksa menyambung pelajaran ke Tingkatan 1. Babo juga telah tiada. Beliau menghadap Sang Pencipta beberapa tahun lalu. Selang sehari dengan anaknya, Abe Mud. Perasaan sedih itu sukar untuk kuungkapkan kerana mereka kuanggap seperti keluargaku sendiri.

Masih ku ingat bau persekitaran asramaku. Bau taik kambing yang masih hangat. Di rumah Babo, aku selalu ukur tinggiku menggunakan kipas siling yang tidak berapa tinggi kedudukannya. Tersalah angkat tangan boleh terputus. Hihi. Ku masih ingat aku sangat bangga dengan ketinggianku kerana walaupun aku paling muda, aku antara yang paling tinggi. 

Semua kenangan tersebut termasuk yang tidak dapat ku taksirkan melalui tulisan, akan sentiasa terpahat di sanubariku. Semoga aku istiqamah membaca al-Quran dengan bacaan yang betul sepertimana yang telah diajarkan di tahfiz tersebut. In shaa Allah. 

6 October 2020 (Tuesday)
Atas katil dalam bilikku.

Kenangan SMKGP

Banyak kenangan yang tercipta sepanjang saya jalani praktikum di SMKGP. Saya akan sentiasa rindukan sekolah tersebut dan juga penghuninya. Dapat majalah sekolah free. Yahoo!

5 Intan, nampak macam nakal tapi sebenarnya baik sangat sangat.

1 Cempaka, kena jerit baru dengar suara cikgunya, kalau tidak riuh rendah dengan suara mereka saja.

Jaga exam 5 Delima, alhamdulillah semua behave.

2 Cempaka, kelas paling bagus menurutku.

Nampak tak semua behave sangat, pelajar beginilah yang diimpikan oleh guru.

Kenangan bersama guru SMKGP, semua sporting tengah makan sempat lagi stop untuk ambil gambar.

Bersama guru praktikum dari USM aka kawan sekolah rendahku.

Penghargaan buat PKP, sangat easy-going orangnya.

6 October 2020 (Tuesday)
Dalam bilikku.

Lagu Sekolah: SMKGP

SMKGP SEKOLAH TERCINTA

SMKGP sekolah tercinta

Terbina di celahan desa

Kebanggaan kami semua

Permai dan ceria

Para guru ibu dan bapa

Bimbing kami sepanjang masa

Pada Ilahi doa dipinta

Berkati kami di mayapada

Pendidikan membina insan

Berkualiti juga cemerlang

Kerajinan dan keikhlasan

Dedikasi jadi amalan

Ayuh teman mari semua

Tekad dan semangat kita nyalakan

SMKGP sekolah tercinta

Namamu kan harum dijulang

Rindu SMKGP

Hari ini sudah masuk dua minggu lebih aku meninggalkan sekolah tempat aku menjalani praktikum. Bukan senang untuk aku melupakan segala kenangan yang terbina di sana. 

Kali pertama aku menjejakkan kaki di sekolah tersebut dan bertemu dengan mereka, tidak dapat dinafikan aku sangat kekok dan masih malu malu. Akan tetapi, layanan mereka yang sangat baik membuatkan aku semakin selesa dan tidak terasa terasing. 

Ia adalah satu kenangan yang sukar untuk dilupakan kerana itu adalah pertama kali aku keluar dari zon selesaku dan harus bertemu dengan orang orang baru dalam hidupku. Aku amat sayang akan pelajar pelajar di sana. Mereka sangat baik dan elok budi pekerti walaupun ada sesetengah daripada mereka yang sukar untuk ditangani. 

Mereka adalah pelajar pertama dalam hidupku. Masakan dapat kulupakan keletah mereka. Semoga mereka menjadi insan berjaya di dunia dan di akhirat. Semoga mereka dapat mencapai apa yang diimpikan. In shaa Allah.

Guru guru dan pekerja sekolah juga sangat baik. Murah senyuman dan tidak keberatan untuk berkongsi maklumat dan menjawab persoalanku. Pada dua minggu pertama pembabitanku di sekolah itu, aku adalah satu satunya guru praktikum di sana. Kekoknya hanya Allah yang tahu. 

Satu hikmah aku menjalani praktikum di sana adalah aku dapat berjumpa sahabat lamaku ketika di sekolah rendah. Tidak pernah ku jangkakan perkara ini akan berlaku. Kami banyak mengimbau kisah lama yang membuatkanku rindukan sekolah lamaku. 

Banyak juga ilmu pengetahuan yang sempat kutimba sepanjang lima minggu di sana. Aku dapat melihat bagaimana sistem sekolah tersebut, komunikasi antara pelajar dan guru dan banyak lagi. Terima kasih ya Allah atas peluang keemasan yang telah kau berikan kepadaku. 

Aku harap semua ini sedikit sebanyak membantuku dalam menempuhi alam pekerjaan dalam profesion perguruan suatu hari nanti. In shaa Allah. 

Monday, October 5, 2020

Usop Is The Best

Selama lapan minggu program realiti Big Stage bersiaran, tak pernah satu minggu pun saya tak tonton. Dari awal saya minat nyanyian Usop. Memang sangat sedap didengar. Yang teknik apa semua saya tak kisah pun. Asalkan sedap dengar saja. 

Saya rasa persembahan Usop konsisten dari minggu awal lagi. Antara favorite saya adalah bila Usop nyanyi lagu Selamanya, Bukan Ku Tak Sudi, Senja Nan Merah, Peluang Kedua dan Hati. 

Semalam Big Stage sudah menutup tirainya di mana juaranya adalah Azzam Sham. Dia pun antara peserta kegemaran saya. Kalau nak bandingkan Usop dengan Azzam Sham semalam, kalau lagu fast best memang Azzam lah yang lagi menyerlah dan sedap. Tapi kalau lagu slow beat, Usop lagi sedap. Penghayatan dia sangat mendalam. 

Tapi apakan daya. Takdir sudah tertulis bahawa Usop menjadi naib juara. In shaa Allah rezeki melimpah ruah di luar sana. Tempat ketiga adalah Qody Rany, tempat keempat Dinie Rashid dan tempat kelima Fadh Majid. 

Peserta kegemaran saya yang terakhir adalah Fadh Majid. Lagi lagi masa dia nyanyi lagu Mentera Semerah Padi, dengan bersilatnya. Wow memang padu. Final pun dia best, cuma rezeki dapat tempat terakhir. Tak apalah. Ini cuma platform untuk mereka kembali aktif dalam industri seni kan. Semoga dipermudahkan segalanya. 

Ini kali pertama saya layan Big Stage sebab semua season lepas saya berada di universiti. Jadi tak ada masa untuk tengok. Sekarang kan sedang beradu di rumah dan tak ada kerja jadi bolehlah layan. Hihi. 

Sedih pula rasanya sebab Big Stage dah habis. Dengar kata Usop dah nak akhiri zaman bujang tak lama lagi. Semoga dipermudahkan. Azzam Sham pun dah ada girlfriend. Selamat maju jayalah semuanya. Bye! 

P/S: Sila buka YouTube dan cari Usop nyanyi lagu Mama Papa Larang. Memang sedap! Tengoklah semua nyanyian Usop dari Mentor hinggalah yang sekarang. Tak rugi dek. Okay bye!