Wednesday, June 30, 2021

First Pyjamas Ever

Di saat umurku hampir dua puluh empat tahun, dapat aku merasa nikmatnya mempunyai pyjama sendiri kahkah. Kakak saya belikan untuk saya dan Syadah. Tapi saya satu, Syadah dua. Untuk Shin, kakak saya belikan t-shirt hitam BTOB. 

Saya punya pattern petak petak. Syadah pun ada juga pattern tu. Satu lagi yang Syadah punya pattern avocado, cantik sangat! Sesuai sangat dengan dia. Saya ambil saiz yang besar sikit supaya selesa dan tak ketat, iaitu saiz XL lelaki. Saya punya saiz sama dengan abang ipar saya punya. 


Punyalah saya, Syadah dan Shin excited tunggu baju baju kami sampai. Haha lawak rasa bila ingat balik. Terima kasih Cik! Dapat kakak yang pemurah adalah satu nikmat dan rezeki ya. Hihi. Semalam dah basuh siap siap baju baju sebab rancang nak pakai malam ni.

Shin pun boleh pakai Syadah punya pyjama yang petak petak sebab saiznya L lelaki. Kalau avocado saiz XL perempuan, jadi kecil sikitlah. Tapi padan padan dengan Syadah alhamdulillah. Masa bincang saiz hari tu bukan main stress haha. Alhamdulillah hasilnya berbaloi dengan stress yang dihadapi.

Anak anak saudara saya pun kakak saya belikan baju untuk mereka. Qadarullah barang sampai pada hari lahir Iman. Jadi boleh lah dikira baju tu sebagai hadiah hari lahir ya. Yang bestnya adik dia pun dapat sekali baju haha. Rezeki. 


Masa birthday Abah saya hari tu, kakak saya belikan wallet untuk Abah. Kakak saya dah consult dengan Umi awal awal lagi, nak beli hadiah apa untuk Abah. Umi saya yang suggest wallet sebab wallet Abah yang sedia ada dah makin lusuh.

Maklumlah lelaki kan selagi boleh guna tu, akan digunakan sehabis baik. Qadarullah, hadiah sampai pada hari lahir Abah. Wah perfect betul timing dia. Yang pergi ambil dekat pagar adalah Abah sendiri. Abah buka hadiah tu tanpa tahu apa apa pasal suprise birthday. Siap ada kad lagi kakak saya tulis.

Abah tersengih sorang sorang baca kad. Itulah yang kakak saya boleh buat sekarang sebab duduk berjauhan dengan keluarga kan. Cara berbakti tu boleh jadi bermacam macam. Kalau yang ada dekat rumah, boleh berbakti dengan ringankan beban Abah Umi. Contohnya basuh kereta ke. Hihi.

Ya lah nak tolong dari segi kewangan pun, saya belum ada punca kewangan sendiri. Sekarang tengah syok guna duit Abah Umi lagi kahkah. Kalau kakak saya boleh lah buat macam tu sebab dah kerja. In shaa Allah suatu hari nanti saya akan tolong juga bila dah bekerja.

Okaylah. Doakan saya ya. Wah tak sabarnya nak pakai pyjama malam ni dengan adik adik saya. Hihi. Saya baru habis kelas ni. Tengah tunggu pelajar hantar kerja rumah. Sambil sambil kita berblog dulu,. Bye assalamu'alaikum.

Tuesday, June 29, 2021

عيد ‏ميلاد ‏يا ‏حبيبتي

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini genap empat tahun umur anak saudaraku yang pertama. Rasa macam mimpi dia dah besar sekarang. Kehadirannya dalam hidup ini memberi 1001 makna dan banyak mengajar saya erti kesabaran. Cewah walaupun saya ni tak adalah penyabar sangat orang nya. Saya lihat proses dia membesar walaupun ada masanya sama missed juga sebab duduk di universiti. Tapi at least saya boleh melalui lah semua fasa pembesaran dia setakat ini.

Umur baru masuk setahun sudah dikurniakan adik. Jadi, saya dan adik adik saya sedaya upaya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Iman supaya dia tak rasa ketinggalan. Dulu memang kami rapat sangat sangat dengan Iman kalau nak dibandingkan dengan Abdurrahman. Tapi sekarang saya rasa sama saja. Dua dua kami rapat dan jadikan kawan kahkah.

Saya rasa sebab Iman anak saudara yang pertama, saya banyak belajar benda baru dalam proses dia membesar. Dia lahir sepuluh tahun selepas adik bongsu saya dilahirkan. Jadi awkward sikit lah nak jaga dia mula mula dulu. Tapi makin lama makin okay alhamdulillah. Saya ingat lagi selepas Kaklong melahirkan Iman tengah hari tu, saya yang jaga Kaklong dan Iman di hospital malam itu. Esok tu dah boleh balik. Kiranya satu malam saja bermalam di hospital.

Saya ingat lagi saya cuci berak Iman yang pertama. Maaf cakap tapi dia punya **** macam dodol. Mungkin sebab itu berak yang pertama. Lepas tu berak macam orang biasa dah. Masa saya bawa Kaklong ke tandas, Iman baring atas katil sorang sorang. Tak menangis langsung. Wah saya impressed lah sebab baby baby lain menangis tapi Iman tak. Tapi bila balik rumah tu, sama je menangis kuat juga kahkah. 

Masa Iman makan makanan solid pertama pun saya ada dengan dia. Tiga bulan pertama selepas dia dilahirkan, saya memang sentiasa adalah sebab masa tu tengah cuti sem, tahun 2017. Wah dah lama tu. Hmm saya sebenarnya tak tahu nak cakap apa. Tapi saya try untuk tulis sesuatu sebagai kenangan. Saya harap suatu hari nanti Iman akan baca blog ni dan tahu bahawasanya sayalah yang basuh berak pertama dia dulu kahkah. Okaylah sampai di sini dulu.

Sekarang dah pukul 2.01 pagi. Esok kelas saya pukul 9 pagi in shaa Allah. Saya baru siap buat bahan mengajar untuk kelas esok. Alang alang teman adik saya belajar untuk final exam dia. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Aamiin ya Rabb. Okay sweet dreams. Assalamu'alaikum.

2.03 AM 
Di bilik Syadah.

مهرجان البيتزا


Alhamdulillah hari ni rezeki dapat makan pizza. Yeahh! Umi beli lapan kotak. Seorang satu kotak. Tapi Abah saya tak makan makanan macam tu. Hehe. Jadi untuk Umi, Angah, Alang, saya, Syadah dan Shin. Semua satu kotak seorang kecuali Along. Untuk Along, Umi bagi dua kotak sebab sekeluarga empat orang. Ada Kaklong, Iman dan Abdurrahman. 


Along datang ambil tadi. Puas hati sangat dengan pizza kak sue ni. Walaupun dah sejuk tetap sedap dan tak keras. Kami beli pizza ayam. Dah biasa beli jenis ni. Tak pernah rasa pula pizza pepperoni atau pizza lain yang kak sue jual. Takpe lah mungkin suatu hari nanti. 

Harga satu kotak RM12 untuk saiz 9. Biasanya beli yang saiz 12 harganya RM17 sekotak. Tapi hari ni siaz tu tak available. Tapi bagus juga. Dapat lah merasa satu kotak seorang. Hehe. Saya baru siap buat bahan untuk kelas esok. In shaa Allah dipermudahkan. Okaylah saya nak rehat dulu. Dah pukul 12.40 tengah malam dah. 

Syadah dengan Shin pun belum tidur lagi, tengah borak di dapur. Saya duduk depan tv sambil pegang laptop dan tengok cerita P. Ramlee. Lepas tu sambung cerita Kungfu Panda pula. Itu pun yang dah nak habis dah kahkah. Okaylah bye! Selamat malam. Sweet dreams!

Assalamu'alaikum W.B.T.

Monday, June 28, 2021

المجموعات ‏المفضلة

Assalamu'alaikum W.B.T.

Sekarang pukul 12.22 tengah malam. Baru masuk 28 Jun 2021. Esok iaitu 29 Jun 2021 bersamaan dengan 18 Zulkaedah, adalah ulang tahun hari lahir anak saudara yang pertama! Okay tujuan saja tulis blog hari ni sebab saya nak bercakap tentang benda yang menggembirakan saya dua tiga minggu ni. 

Iaitu tentang kumpulan Korea atau yang dipanggil Korean Boy Group atau Korean Girl Group. Hmm K-Pop Idol lah ya. Okay apa apa saja lah. Okay tahu tak kumpulan mana yang saya rasa paling berbakat. Ada wakil untuk kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan. Hihi.

Bagi saya, kriteria untuk diklasifikasikan sebagai talented ni adalah menyanyi sedap lah kan. Bukan sekadar menari, tapi menyanyi pun berbakat. Sebab bukan semua group boleh buat macam tu. Ada group yang menari je lebih tapi bila menyanyi hmm tak tahu lah nak describe macam mana.

Biasanya bila menyanyi live lah ada masalah sikit kan. Kalau yang studio recording tu semua boleh buat. Okay jadi untuk kumpulan lelaki yang talented bagi saya adalah BTOB. Saya rasa setakat yang saya dengar ni, semua lagu lagu dia sedap dan merdu, dan bila live, nyanyian mereka boleh tahan. Kalau boleh bagi markah, saya bagi 87%.

Antara lagu BTOB yang best adalah:
  1. I'll Be Your Man
  2. Beautiful Pain
  3. Blue Moon
  4. Missing You

Okay, untuk kumpulan perempuan yang talented adalah MAMAMOO. Saya rasa kumpulan ni lah yang paling berbakat kalau nak banding dengan semua kumpulan yang ada, sama ada lelaki atau perempuan. Saya tak obses pun dengan mereka tapi saya rasa mereka sangat talented. Nyanyian mereka sangat stabil walaupun menari sana sini. Kalau lagu mereka saya biasa biasa saja, tapi kalau lagu yang mereka nyanyi di Immortal Song, 100% lah. Try lah cari dan dengar. Tapi ada juga lagu mereka sendiri yang saya suka. 

Antara lagu MAMAMOO yang best adalah:
  1. Starry Night
  2. Yes I Am
  3. Wind Flower

Antara lagu yang MAMAMOO cover di Immortal Song:
  1. You, In My Fading Memory
  2. Backwoods
  3. Passion Flower
  4. The Way To Sampo
  5. Wonderful Confession
  6. Love
  7. Love Story of A Girl
  8. The Dance in Rhythm
  9. Wait A Minute

Kalau boleh bagi markah untuk MAMAMOO, saya bagi 97%. Hihi suka hati saya je kan. Bila saya cakap BTOB dan MAMAMOO paling berbakat, tak bermakna kumpulan lain tak berbakat. Banyak saja kumpulan yang makin berbakat sekarang yang bukan sekadar menari. Kumpulan lain yang saya suka juga antaranya dalah GFriend. Semua lagu dia best! Seriously. 

Antara lagu GFriend yang saya suka adalah:
  1. Summer Rain
  2. Love Whisper
  3. Mago
  4. Glass Bead
  5. Navillera
  6. Me Gustas Tu
  7. Time For The Moon Night
  8. Rough
  9. Sunrise

Okaylah saya rasa sampai di sini dulu coretan saya yang tak sedar diri bahawasanya diri ini ada banyak kerja tapi tak buat buat. Hmm doakan saya rajin. Esok hari Isnin dah. Saya ada kelas hari Selasa. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Aamiin ya Rabb. At least saya dah siapkan rph minggu lepas dan dah siap print dan tinggal nak tampal dalam buku biru saja. 

Bye!

Saturday, June 26, 2021

Ikon PDPR


Saya rasa ia satu idea yang bagus dengan buat kempen macam ni iaitu guru namakan pelajar yang bagus dalam kelas dan akan diumumkan sebagai ikon pdpr. Ia dibuat setiap minggu dan ikon tu akan diumumkan setiap kali perhimpunan iaitu pada hari Isnin. Dengan cara macam ni, pelajar akan lebih bersemangat untuk masuk kelas dan participate dalam kelas secara aktif. Bila saya tengok benda ni, saya terus terfikir dekat seorang pelajar saya ni. Tak ada dah nama lain selain dia kalau sebut ikon pdpr. Nak tahu siapa dia? Haa boleh tengok dekat bawah ni. 

Ya betul. Namanya Syed! Memang first impression saya pada dia pun sangat baik. Sebab masa mula mula saya mengajar dulu, start awal bulan tiga, saya mengajar secara online. Syed ni lah yang selalu jawab kalau saya tanya dan dia sangat menghormati guru. Setiap kali saya mula kelas saya akan tanya, كيف حالكم, Syed akan jawab dan tanya saya balik, وكيف أنت. Wahh rasanya setiap guru tak akan minta lebih dari ni daripada seorang pelajar. 

Tak pernah miss kelas, sama ada online atau face to face. Bila kelas secara face to face hari tu, saya masuk je kelas terus saya tercari cari mana satu Syed. Rupanya kecil saja orangnya. Suara boleh tahan garau juga. Setakat beberapa bulan saya mengenali dia, first impression saya terhadap dia tak pernah berubah bahkan makin baik. Bila saya tanya semua pelajar, subjek apa mereka minat, ada yang jawab Sejarah, Bahasa Inggeris dan sebagainya. Subjek yang Syed minat adalah Bahasa Arab. 

Rupanya datuknya orang Arab. Katanya dia cakap Arab dengan datuknya. Jadi saya fahamlah kenapa dia pandai Bahasa Arab. Pelajar pelajar lain pun ada yang bagus juga. Majoritinya baguslah sebenarnya macam Syed juga, seperti Adam Hafiy, Hilmi, Zahirah dan ramai lagi. Mungkin minggu depan saya akan vote orang lain pula. Yang saya nampak bagus dalam kelas. Yang responsive, actively participate dan respectful. 

Saya tak bias. Sekian. 

Update:

Untuk makluman, pelajar tingkatan 1 yang dipilih sebagai ikon PDPR untuk minggu ini adalah Syed sepertimana yang saya vote. Ini bermakna bukan saya seorang saja yang rasa Syed bagus. Mungkin dalam kelas lain juga dia seorang yang aktif dan bagus. Alhamdulillah memang dia deserve. 

Saya harap pelajar lain dapat ambil iktibar dan jadi lebih competitive dan bersemangat untuk belajar secara online. Masa saya tanya siapa yang dapat title ikon PDPR, Syed diam saja. Pelajar lain yang jawab kan. Hihi malu lah tu. Saya harap Syed akan terus menjadi contoh tauladan yang baik kepada yang lain dan konsisten dengan karakternya sekarang dan terus cemerlang. 

Bye!

One Day Trip

Assalamu'alaikum W.B.T.

Apa khabar semua? Saya harap semua dalam keadaan baik. Walaupun saya tahu tak ada orang akan baca blog saya ni, saya acah acah je lah macam ada interaction antara penulis dan pembaca kan. Hihi. 

Alhamdulillah ala kulli hal. Pada hari Khamis, 24 Jun 2021 pukul 7.30 malam, saya bertolak ke TBS dengan menaiki Perdana Express. Alhamdulillah servis terbaik! Okay berbalik kepada cerita nya. Saya sampai ke TBS dalam pukul 5.30 pagi. 

Saya tunggu GrabCar start beroperasi iaitu pada pukul 6 pagi. Saya naik dalam pukul 6.05 pagi gitu. Harganya sangat murah iaitu RM28. Sampai je Banjaria Court, saya terus masuk rumah sewa saya. Najwa terkejut sebab bunyi pintu. Dia ingatkan siapalah. Saya sampai dalam pukul 6.30 pagi. 

Saya borak kejap dengan najwa dan lepas tu solat Subuh. Lepas tu saya terus kemas barang barang yang berbaki. Sebenarnya saya ke rumah sewa untuk ambil semua barang sebab dah confirm saya habis praktikal secara online. Jadi buat apa saya bayar rumah sewa sia sia je kan. Dahlah mahal, tak padan dengan bilik kecil. Tapi takpelah. Berjasa jugalah selama saya bersekolah face to face selama sebulan. 

Disebabkan barang saya tak banyak, saya ambil sekejap je untuk kemas semua. Lepas tu kakak saya video call. Tengah borak borak, saya tersebut saya lapar. Terus dia tanya nak makan apa dan dia order di GrabFood. Woww tak ke bahagia dapat kakak macam tu? Hihi alhamdulillah. 

Hari saya bertolak ke KL tu saya tak makan makanan berat langsung. Bukan taknak makan tapi tak ada selera dan takut perut meragam atas bas. Umi saya suruh makan takut gastrik. Alhamdulillah ada kakak saya si penyelamat dengan izin Allah S.W.T. Okay berbalik kepada cerita tadi. Saya pun tunggu lah makanan sampai. Sambil sambil tu saya bagi kerja rumah dekat pelajar. Saya buat keputusan untuk buat kelas melalui Whatsapp saja hari tu. 

Saya bagi PowerPoint dan mereka kena ikut arahan dalam tu. Senang sangat sangat kerja yang saya bagi. Kalau ada yang complain lagi tu tak tahu lah kahkah. Pelajar ada 36 orang, dan yang buat kerja saya bagi 23 orang. Okaylah tu untuk pelajar Form 1 kan. Mungkin mereka tak ada motivation sangat kot kan. Maklumlah tak ada exam besar. Saya dulu masa Form 1 lagi lah teruk kahkah. Mereka ni dah kira okaylah. Alhamdulillah. 

Lepas makan dan check kerja pelajar, saya tidur dua tiga jam. Lepas tu terbangun, borak dengan najwa, mandi, buang sampah dan check barang takut ada yang tertinggal. Petang tu dalam pukul 5.30 saya order FoodPanda. Menu sama dengan pagi tu iaitu KFC. Hihi. Puas hati. Kakak saya ajar saya bagi tips dekat pekerja FoodPanda, GrabCar dan GrabFood. It doesn't hurt to give more, kata kakakku.

Lepas dah dapat makanan, saya makan nugget kfc dengan najwa. Lepas tu saya mandi dan bersiap untuk ke TBS. Saya book GrabCar macam pagi tu juga. Punyalah cepat dia sampai saya terkalut kalut nak turun. Tak sempat nak berkata apa apa dekat najwa. Sekadar bertukar pesanan saja iaitu take care. 

Dalam kurang dari setengah jam saya sampai TBS. Alhamdulillah dipermudahkan pejalanan. Harganya RM32. Ya Allah murahnya! Senang kan sekarang ada perkhidmatan GrabCar. Okay lepas tu saya cari tempat duduk dan letak beg. Lepas tu saya pergi tukar tiket untuk tahu gate nombor berapa. Suasana di TBS sangat sangat lah lengang. Tak pernah dalam hidup saya tengok TBS macam tu.


Biasanya sesak dengan manusia kan tapi disebabkan lockdown, memang boleh kira dengan jari lah. Lepas tu saya tunggu Maghrib dan dalam pukul 7.45 macam tu saya ke surau dan solat Maghrib dan Isyak dalam jama' taqdim. Lepas tu tunggu dalam dua tiga jam jugalah sebab bas pukul 10.30 malam. Tapi memang saya prefer menunggu daripada datang lambat dan kalut (ada pengalaman) kahkah.

Dalam pukul 9.50 malam, saya turun ke gate yang ditetapkan iaitu gate 3. Tak ramai pun orang. Sejam lepas tu bas pun tiba dan saya naik bas! Saya sampai di simpang rumah dalam pukul 6 pagi. Lepas tu saya jalan sampai ke rumah. Saya sampai je, saya tak naik rumah pun. Saya terus ke rumah bawah untuk kuarantin diri. Saya dah minta adik saya sediakan pakaian dan kain sembahyang. 


Saya masuk rumah bawah, mandi dan solat. Lepas tu makan KFC yang saya beli. Umi ada sediakan kek dan buah mangga dan air masak. Lepas makan makan, main handphone kejap dan tidur! Saya bangun dua jam kemudian dan adik saya hantar makanan iaitu nasi dan daging goreng dan milo ais. Sedap! Saya minta daging lebih. Hihi. 

Alhamdulillah servis untuk self-quarantine ni boleh tahan best juga kahkah. Sekarang saya tak tahu nak buat apa. Jadi saya buat keputusan untuk dengar lagu melalui MP3 yang kakak saya belikan untuk saya dulu, sambil tulis blog. Kalau time ada mood nak tulis, kena buat terus. Kalau tak entah bila pula saya buka blog ni. Hihi. Bukan apa, sibuk dengan pdpr kan.


Okaylah sampai di sini dulu cerita saya yang tak berapa menarik tapi saya nak jadikan kenangan ni. Ohh satu lagi, saya dah serahkan kunci bilik sewa. Saya letak atas meja sekali dengan kunci penyewa lain yang dah keluar, dan saya dah mesej owner untuk bagitahu, atas arahan Umi saya. Hihi okay bye!

P/S: Saya ada surat polis untuk rentas negeri atas alasan nak ambil barang di rumah sewa dan serah kunci sebab saya akan habis praktikal melalui online. Jadi saya tak perlu bayarlah untuk bulan 7 nanti. Kenapa nak bayar kalau kita tak duduk dekat situ pun. 

Hmm okay bye!

Friday, June 18, 2021

الإشراف ‏الرابع

Assalamu'alaikum W.B.T. 

Selamat petang! Alhamdulillah pagi tadi selesai sudah observation terakhir dengan lecturer. Tinggal lagi dua in shaa Allah, satu dengan guru pembimbing dan satu dengan pengetua. In shaa Allah dipermudahkan. 

Observe tadi, nak cakap cemerlang pun tak tapi teruk pun tak. Moderate lah kot. Dengan masalah internetnya lagi. Woww banyak sangat cabaran. Kelas kelas sebelum ni tak ada pula masalah internet sampai terkeluar dari google meet. Itulah namanya dugaan kan. Hihi. 

Bolehlah saya berehat dari rph dan kelas dua hari ni. Tapi tak boleh rehat dari kerja rumah sebab bilik baru siap buat. Jadi kena kemas barang barang yang dikeluarkan dari semua bilik hari tu. Tapi saya tak buat seorang, Umi dan adik adik saya lagi banyak buat. 

Haa tapi rph belum print lagi. Nak kena tampal dalam buku biru lagi. Saya nak tunggu Asar dan solat. Lepas tu keluar buang sampah dan simpan barang dalam stor. Semestinya saya memerlukan pertolongan adik saya yang setia buat kerja walaupun penat. 

Bye!

Memory


Masa tengah kemas bilik, terjumpa gambar ni. Gambar ni mungkin diambil pada tahun 2003. Allahu 18 tahun silam. Semua adik beradik Umi ada dalam gambar ni, tujuh orang semuanya. 

Ni sebelum bertolak ke hotel untuk makan malam. Bukan senang nak jumpa kan. Berkumpul di rumah kakak sulung Umi dulu, yang saya panggil Umi Besar. Itu memang gelaran yang anak saudara aka sepupu sepapat saya gunakan.

Suaminya kami panggil Abah Besar. Semua masih kecil masa ni. Saya baru 6 tahun dan Syadah setahun lebih. Shin terang teranglah belum ada kan masa ni kahkah. Saya dan Syadah pakai baju yang pakcik kami belikan iaitu Pok A. 

Masa ni Pok Din abang Umi masih ada. Pada tahun 2005 beliau telah pergi menghadap Ilahi disebabkan sakit tertentu. Sepupu saya semua masih kecil masa ni. Sekarang? Kebanyakannya dah mempunyai keluarga sendiri. 

Anak anak mereka pun dah besar. Yang kahwin paling latest dalam keluarga besar kami ialah Ciki anak Umi Besar. Turn Dedek bila pula? Hihi. Hmm rindunya masa ni. Mek dan Ayah masih ada dan masih sihat walafiat. 

Ayah dijemput Ilahi pada tahun 2011 dan Mek pada tahun 2014. Allahu rindunya pada Mek dan Ayah. Banyak kali juga saya mimpi Mek Ayah. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang orang yang soleh dan beriman. Begitu juga Pok Din. Aamiin ya Rabb. 

Okaylah bye!

Thursday, June 17, 2021

أستاذة ‏عائشة

First observation dengan Ustazah Aishah aka guru pembimbing selesai sudah alhamdulillah. Tinggal satu lagi. Tadi pun ustazah tak masuk pun kelas saya. Ustazah suruh saya record dan hantar link sekali dengan erph. 

Saya faham ustazah sibuk sangat. Alhamdulillah ustazah sangat baik. Senang cerita warga SAMER ni semua baik baik alhamdulillah. Tinggal lagi tiga kali observation. Last observation dengan Dr. Sabri Sahrir in shaa Allah esok. Doakan ya. 

Pengetua pun sibuk sangat. Nak kena observe kelas saya lagi. Mungkin boleh buat macam ustazah aishah. Record saja dan hantar link. Takde lah ustaz kena masuk live kan. Kesian juga sebab biasalah pengetua sangat sibuk dengan tugasnya. 

Hmm okaylah saya nak gosok gigi dan rehat. Saya terfikir lagi macam mana nak ambil kehadiran pelajar esok. Patut ke melalui google form atau screenshot saja di google meet? Hmm itu saya fikir balik lah ya. Tapi esok kelas awal juga. Pukul 9 pagi. 

17 June 2021 11.29 PM
Dalam bilik saya. 

Wednesday, June 16, 2021

Time Flies


Dulu masa baru buat rumah ni, Abah dan Umi tak terfikir yang anak anak ni akan membesar macam sekarang kahkah. Jadi bilik tidur pun buat empat saja. Satu untuk Abah Umi, satu untuk anak anak lelaki, satu untuk anak anak perempuan, dan satu lagi bilik tetamu. 

Tapi satu satu bilik tu luas. Kadang kadang saya rasa membazir sebab bilik besar tapi tak guna banyak ruang pun. Satu lagi kalau bersepah, wow sakit kepala tengok. Sekarang bila dah besar, ada yang dah kahwin dan ada urusan sendiri macam kelas online semua, ternyata kami memerlukan bilik sendiri. 

Satu lagi, bila ada abang atau kakak yang dah kahwin balik, yang bujang terpaksalah berkorban dan tidur di ruang tamu. Jadi, Abah dan Umi telah buat keputusan untuk bahagikan setiap bilik menjadi dua bilik, kecuali bilik Abah Umi lah. 

Jadi, setiap anak akan ada bilik sendiri lah walaupun ada yang jarang balik. At least kalau balik senang, ada bilik sendiri untuk tidur dan rehat. Cuma disebabkan bilangan anak yang ramai dan bilik dalam rumah boleh buat tujuh saja, Abah dan Umi rancang buat satu lagi bilik di bawah. Kiranya di luar rumah kami, tapi masih dalam pagar rumah lah. 

Dah ada satu bilik yang dibuat di bawah, yang kami panggil rumah tamu atau rumah bawah. Tapi rumah itu khas untuk sesiapa yang datang ke rumah. Nama pun rumah tamu kan. Kalau kawan kawan saya nak bermalam pun boleh. Kiranya tak payah kacau atas rumah ni. Senang kan? 

Bilik baru yang akan dibuat di bawah ni dah ada pemilik iaitu adik saya. Awal awal lagi dia dah cop. Takpelah bagi je lah kahkah. Sekarang ada satu lagi bilik yang tukang rumah sedang usahakan. Lagi dua bilik dah siap alhamdulillah. 

Tak sabar nak hias bilik nanti. Harapnya sempat lah pdpr di bilik baru. Lagi sebulan saya habis praktikum, in shaa Allah. Okaylah saya nak rehat kejap. Lepas tu nak buat rph untuk esok. In shaa Allah esok kak ecah aka guru pembimbing akan observe. 

Observation oleh Dr. Sabri Sahrir yang sepatutnya hari ni ditunda ke hari Jumaat sebab tiba tiba hari ni tak ada pdpr untuk bagi laluan kepada Form 1 dan 3 join seminar Matematik dan Sains. Allah dah aturkan semua tu kan? Hihi. Doakan saya. 

16 June 2021 12.27 PM 
Dalam bilik Shin. 

Tuesday, June 15, 2021

Pulau ‎Langkawi


Pada akhir bulan 10 tahun 2015, Abah, Umi, Kakcik, saya, Syadah dan Shin bercuti di Pulau Langkawi. Saya tak ingat berapa hari. Tapi best sangat sangat. Itu merupakan kali kedua saya ke sana. Pertama kali pada tahun 2004, masa tu saya darjah satu. Syadah bongsu masa tu, Shin belum wujud lagi kahkah. 

Okay berbalik kepada cerita tadi, saya masa tu masih di CFS. Tengah tunggu result sem satu dan on the way masuk sem dua. Result LEM dan LQM tahu masa makan di restoran kahkah. Saya rasa banyak juga tempat kami kunjungi. Antaranya, Under Water World ke apa namanya tu. Lagi kedai chocolate Haji apa tak ingat. Tapi beli chocolate tu wajib lah kalau pergi Pulau Langkawi kan. 

Lagi pergi tempat tugu helang besar tu, dan pergi pesisir pantai rasanya. Makanan dekat sana pun semua best best. Yang paling best saya rasa laici kang dia. Itu laici kang paling best pernah saya makan dalam hidup. Haa satu lagi tempat iaitu MARDI. Nak masuk tu kena bayar. Lepas tu tengok pokok pokok bunga dan pokok buah. Boleh makan buah tanpa had! Ya Allah best nya! Dia dah siap potong dah. Kita pergi makan saja. 

Buah yang saya makan paling banyak adalah honey dew. Hmm tempat apa lagi ya? Haa pergi zoo! Setiap kali kami melancong, zoo tu tempat wajib lah kami kunjungi. Pulau Langkawi pun kami tak lepas kan peluang untuk berjumpa saudara tak seiras haha. Ada kenangan yang pahit dan kelakar terjadi di zoo tu, iaitu tangan Syadah kena gigit dengan kera. Sampai sekarang parut tu masih ada. 

Ceritanya, Syadah hari tu bermurah hati nak berkongsi makanan dengan kera tu. Dia masukkan tangan dalam sangkar tu untuk bagi makan buah, dan kera tu gigit! Padahal bukan lah dalam pun dia masukkan tangan tu. Kesian dia haha. Okay. Ohh kami pergi Pulau Langkawi naik flight dan balik pun naik flight juga. Dulu naik feri saja. Okay bila balik tu, singgah di KB Mall dan beli barang untuk bawa ke universiti. 

Sebab malam tu saya kena bertolak ke cfs untuk masuk sem baru iaitu sem dua. Hmm baru happy happy, lepas tu kena belajar. Haha. Sekarang dah nak habis degree dah in shaa Allah. Allahu, sedihnya! Sebagai penutup, kenangan bercuti di Pulau Langkawi sangat lah bermakna. Masa tu korona belum ada. Hmm okaylah saya nak solat Zuhur.

Bye!

Sunday, June 13, 2021

13th June 2021

7.14 AM

Assalamu'alaikum W.B.T.

Selamat pagi semua! Saya baru siap mandi. Wah jaranglah saya mandi pagi ya. Hihi. Kecuali hari sekolah. Hari ni tak tahu abe mie datang ke tak untuk siapkan bilik. 

Update 3.02 PM

Dah sejam lebih saya bangun tidur. Lepas tu saya makan nasi lauk kari ayam dan makan buah nanas dan mangga. Ohh sebelum tu saya mesej Ustaz Ilias sebab nak tanya pasal kelas esok dan lusa. 

Sebabnya saya akan kena observe dengan lecturer Rabu ni. Tapi saya belum tahu ustaz akan ajar sampai mana hari Selasa ni. Jadi saya mesejlah. Lepas tu ustaz call saya. Hihi. Dah biasa dah sebab ustaz cakap ustaz tak biasa tulis panjang panjang di Whatsapp. 

Berboraklah kejap tapi bukan borak kosong ya. Hihi. Alhamdulillah saya dah tahu nak ajar muka surat berapa Selasa dan Rabu ni. Jadi kena buat rph lah. Saya insecure sebenarnya sebab Najwa dah siap dah buat rph. Dah hantar dekat Dr. Sabri Sahrir dah. 

Tapi observation Najwa sehari sebelum saya. Jadi adil lah kan kalau saya hantar rph esok. Najwa hantar hari Ahad, observe hari Selasa. Saya hantar esok Isnin in shaa Allah, observe hari Rabu. Faham tak? Hihi. 

Okaylah saya nak solat Zuhur kejap. Saya dah fikir sikit sikit pasal rph ni. Dah rancang lah roughly tapi tak tahu lagi macam mana endingnya tu. Hihi okay bye.

Update 14 June 2021 (2.07 AM)

Alhamdulillah rph dan bahan mengajar untuk observation dengan Dr. Sabri Sahrir dah buat sikit. In shaa Allah hari ni hantar. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memberi kita kecemerlangan. Aamiin ya Rabb. 

Soalan di Quizizz belum buat lagi. Kena final check rph dan PowerPoint lepas laptop dah fully charged. Hmm saya dah mengantuk sebenarnya. Syadah ada presentation esok pukul 8 pagi. Itu yang tidur pun tak lena nampaknya. Hihi. 

Biasalah tu. Tiba tiba saya rindu pula dekat assignment. Tapi bila kena buat rasa terbeban dan stress pula kahkah. Itulah diri ini tak pernah bersyukur. Bila buat assignment, kepuasan tu dapat bila submit tu. Wahh! Teringat pula. 

Tapi proses buat tu kalau boleh taknak ingat hihi. Sem last saya sebelum praktikum adalah sem paling mencabar dan paling sibuk sebab assignment paling banyak sem tu. Dengan kena buat videonya, banyak pula tu. 

Subjek pun boleh tahan mencabar. Lagi lagi Arabic Speech dan AAP. Tapi apa pun semuanya menjadi kenangan yang indah alhamdulillah. Masa lalui tu memang rasa mencabar dan tak boleh tahan. Tapi bila dah lepas, rasa berbaloi lah dengan effort tu. Cewahh effort sangat. Padahal malas sangat sangat haha. Acah je effort. 

Hmm okaylah. Saya undur diri dulu. Doakan saya boleh selesaikan semua tugas saya dan semua observation dengan mudahnya, lancarnya, jayanya dan cemerlangnya. Aamiin. Begitu juga dengan kawan kawan saya yang lain. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Aamiin ya Rabb. Bye!

Wednesday, June 9, 2021

Productive Day

Assalamu'alaikum W.B.T.

Alhamdulillah hari ini saya dan keluarga sangat sangat aktif dan produktif ya. Hihi. Abah saya buat pertandingan memanah. Pesertanya saya, Syadah dan Shin. 

Pemenangnya adalah Shin, kedua saya dan ketiga Syadah. Pengadil adalah Abah saya. Penyampai hadiah adalah Umi saya. Penonton Hawk Eye kepunyaan Shin dan para kucing yang dikasihi sekalian. 

Kami dapat hadiah, yeahhh! Piala (Shin punya yang dapat dari pertandingan hafazan dulu) dan duit RM10 yang diletakkan dalam sampul duit raya. Alhamdulillah rezeki. 

Lepas memanah, saya, Syadah dan Shin main basikal keliling kawasan kejiranan. Tapi tak pergi jauhlah. Best sangat dapat tenangkan fikiran dan makan angin kahkah. 

Rekod kedua terbaik Shin iaitu 9. Yang terbaik 10 tapi tak ambil gambar.

Rekod terbaik Syadah iaitu 8.

Tuesday, June 8, 2021

More Observations

Hari ni saya pilih tarikh untuk semua observation yang berbaki iaitu empat observation. Dua dengan guru pembimbing, satu dengan pengetua dan satu dengan supervisor. 

Tarikh dengan pengetua je belum ditetapkan lagi. Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Aamiin ya Rabb. Dah dua hari keluarga saya bertungkus lumus kemas stor. Lepas tu shoot video Syadah. 

Saya dan Syadah saya baru siap edit video untuk assignment dia. Shin pula sudah tidur dari tadi lagi, selepas Maghrib. Kejap lagi bangun lah tu untuk solat Isyak. Biasanya macam tu lah kalau dia tertidur awal. 

Monday, June 7, 2021

PDPR PDPR PDPR


Assalamu'alaikum W.B.T.

Seperti yang dapat dilihat daripada gambar di atas, maka jelas lagi bersuluh yang saya akan menghabiskan praktikum saya secara atas talian ataupun pdpr.

Perasaan saya bercampur baur. Saya suka sebab tak perlu ke sana dan berjauhan dengan ahli keluarga. Tapi sedih sebab tak dapat berjumpa lagi dengan pelajar 1 Maliki. 

Tapi saya tetap kena pergi ke rumah sewa untuk ambil semua barang. Tinggal lagi sebulan untuk habiskan praktikum. Doakan saya ya. Okaylah saya nak tengok Good Manager dengan Abah. Bye!

Friday, June 4, 2021

Tugu Korona


Memori bersama satu satunya tugu korona di universiti ini. Wah bukan selalu dapat peluang bergambar ni. Walaupun kena tebalkan muka bergambar tengah tengah panas dan di roundabout tempat kereta lalu lalang, berbaloilah. Haha apa yang saya cakap ni. 

Ada gambar dengan kawan kawan saya yang lain juga. Gigih betul ain drive kereta bawa empat penumpang, parking dekat Wadi Budi dan bergegas ke tempat tumpuan untuk ambil gambar. Dapat kenal kawan anis dengan ain namanya zaharah. Baik sangat sangat. 

Apakah nasib senior senior saya yang sepatutnya dah berkeliaran gambar gambar grad mereka tapi belum ada rezeki untuk buat majlis sebab pandemik. Saya batch yang ketiga lah kiranya yang tangguh konvo. Mula mula batch abang hilmy, batch inas hanaani dan batch saya. 

Tapi konvo tu tak penting pun. Sekadar untuk abadikan gambar saja. Yang penting sijilnya bukti kita dah complete belajar kan. Hehe okaylah saya nak tidur sebenarnya ni tapi tak mengantuk lagi. Syadah exam midsem esok subjek Thinking Skills. 

Semoga dipermudahkan urusannya dan kawan kawan untuk jawab soalan dan dapat keputusan yang cemerlang. Aamiin ya Rabb. Bye assalamu'alaikum. 

Thursday, June 3, 2021

Drawing & Coloring

Assalamu'alaikum W.B.T. 

Hari ni saya dan Shin melukis dan mewarna! Syadah tak boleh join sebab ada online discussion dengan groupmate dia. Tapi dia kena jadi juri lukisan saya dan Shin. Umi pun kena heret sekali jadi juri kahkah. 

Umi kata lukisan Shin matang. Saya punya Umi kata kebudak budakan sebab macam tak logik rumah empat segi kahkah. Tapi saya tetap menang! Yeah sebab Umi suka saya buat colorful gitu. 

Syadah macam biasa acah acah berfalsafah dan tak boleh nak bagi keputusan akhir siapa yang menang sebab dia kata lukisan tu lain lain konsep kahkah. Alah Umi pun cakap macam tu tapi still Umi bagitahu siapa pemenangnya. 

Okay takpelah kita tutup cerita tu. Ada cerita yang tak enak sikit berkaitan dengan kulliyyah saya. Tiba tiba student yang kad matrik start dari 171 kena ambil satu lagi subjek. Padahal sepatutnya lepas teaching practicum dah boleh grad dah. 

Saya doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar. Semoga kawan kawan saya yang 171 tabah menghadapi ujian ini. Saya tahu mereka kecewa sangat sebab dah buat planning siap siap dah lepas grad nanti. 

Tapi ini plan kita manusia biasa. Planning Allah lain. Jadi kita kena percaya yang Allah akan bagi sesuatu yang jauh lebih baik dari apa yang mereka plan. Okaylah bye!

P/S: Cubalah teka mana satu saya punya dan mana satu Shin punya. Hihi. Have a productive day! Kalau nak puasa 6 sempat lagi ni yeah! 

Tuesday, June 1, 2021

Siblings Day

Assalamu'alaikum W.B.T. 

Apa khabar semua? Hari ni dah masuk bulan 6. Kita dah berada di pertengahan tahun. Wahh sekejap je kan masa berlalu. 

Hari ni bermain je memanjang kahkah. Saya, Syadah dan Shin. Abah dan Umi duduk dalam bilik. Nasib baik tak tengok anak mereka main macam tak ingat dunia. 

Mula mula main teka lagu. Seorang pakai earphone dan kena dengar lagu yang ada dalam mp3 dan nyanyikan sikit sikit atau menari ke, ikut lagu lah. Yang lain kena teka.

Permainan kedua, seorang kena pakai earphone dan akan dengar lagu dalam mp3 kuat kuat. Lepas tu mata ditutup dan kena cari dua orang lagi dekat mana. Main dekat ruang tamu. 

Best juga main tu. Boleh ganti zumba atau exercise sebab confirm berpeluh. Tapi masa 30 saat saja untuk cari. Susah sikit nak cari orang tu sebab tak boleh dengar tapak kaki sebab muzik kuat kan. 

Tapi best! Setiap kali bermain kalau pengakhirannya tak gaduh tak sah. Mesti ada yang badmood, marah marah. Aduhai lawaknyalah. 

Okaylah bye!