السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Hari ini genap empat tahun umur anak saudaraku yang pertama. Rasa macam mimpi dia dah besar sekarang. Kehadirannya dalam hidup ini memberi 1001 makna dan banyak mengajar saya erti kesabaran. Cewah walaupun saya ni tak adalah penyabar sangat orang nya. Saya lihat proses dia membesar walaupun ada masanya sama missed juga sebab duduk di universiti. Tapi at least saya boleh melalui lah semua fasa pembesaran dia setakat ini.
Umur baru masuk setahun sudah dikurniakan adik. Jadi, saya dan adik adik saya sedaya upaya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada Iman supaya dia tak rasa ketinggalan. Dulu memang kami rapat sangat sangat dengan Iman kalau nak dibandingkan dengan Abdurrahman. Tapi sekarang saya rasa sama saja. Dua dua kami rapat dan jadikan kawan kahkah.
Saya rasa sebab Iman anak saudara yang pertama, saya banyak belajar benda baru dalam proses dia membesar. Dia lahir sepuluh tahun selepas adik bongsu saya dilahirkan. Jadi awkward sikit lah nak jaga dia mula mula dulu. Tapi makin lama makin okay alhamdulillah. Saya ingat lagi selepas Kaklong melahirkan Iman tengah hari tu, saya yang jaga Kaklong dan Iman di hospital malam itu. Esok tu dah boleh balik. Kiranya satu malam saja bermalam di hospital.
Saya ingat lagi saya cuci berak Iman yang pertama. Maaf cakap tapi dia punya **** macam dodol. Mungkin sebab itu berak yang pertama. Lepas tu berak macam orang biasa dah. Masa saya bawa Kaklong ke tandas, Iman baring atas katil sorang sorang. Tak menangis langsung. Wah saya impressed lah sebab baby baby lain menangis tapi Iman tak. Tapi bila balik rumah tu, sama je menangis kuat juga kahkah.
Masa Iman makan makanan solid pertama pun saya ada dengan dia. Tiga bulan pertama selepas dia dilahirkan, saya memang sentiasa adalah sebab masa tu tengah cuti sem, tahun 2017. Wah dah lama tu. Hmm saya sebenarnya tak tahu nak cakap apa. Tapi saya try untuk tulis sesuatu sebagai kenangan. Saya harap suatu hari nanti Iman akan baca blog ni dan tahu bahawasanya sayalah yang basuh berak pertama dia dulu kahkah. Okaylah sampai di sini dulu.
Sekarang dah pukul 2.01 pagi. Esok kelas saya pukul 9 pagi in shaa Allah. Saya baru siap buat bahan mengajar untuk kelas esok. Alang alang teman adik saya belajar untuk final exam dia. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Aamiin ya Rabb. Okay sweet dreams. Assalamu'alaikum.
2.03 AM
Di bilik Syadah.
No comments:
Post a Comment