Thursday, September 23, 2021

Barang Idaman

Assalamua'alaikum W.B.T.

Alhamdulillah minggu ini dapat barang barang idaman! Phone case, sunblock dan wireless earphone! Ada juga earphone biasa. Hihi. Casing, Abah saya belikan. Earphone dan sunblock Kakcik belikan. 

Saya baru nak belajar pakai sunblock sebenarnya. Syadah dah lama pakai. Saya pun nak jaga muka juga kahkah. Hmm okaylah saya nak makan dengan Shin. Hihi. Bye!



Thursday, September 9, 2021

Hari Ini Dalam Sejarah #3

SAMBUNGAN...

Keesokannya, 9 September 2020, dalam pukul 11 pagi, ada nurse datang bagi baju untuk masuk bilik bedah. Dia bagi saya ubat juga dan saya makan terus ubat tu. Saya pun pergi tukar baju. Nurse bagitahu tak boleh pakai apa apa dalam baju tu. Hmm okay. Sebenarnya saya bad mood masa tu kahkah. Kesian Umi saya kena layan anak yang mengada ngada ni. Lepas tu saya naik dan baring atas troli hospital tu. Hmm saya tak pasti lah panggil apa benda tu. Tapi biasanya orang yang sakit baring atas tu lah. Nurse pun tolak ke bilik bedah. On the way ke sana, nurse pakaikan saya mask. Masa nurse tolak saya tu, saya tengok Umi saya call Abah saya, nak cakap saya akan dibedah dekat mana. Mata Umi saya berair masa tu. Hihi.

Sampai depan bilik bedah, Abah saya dah sampai dekat situ. Maka berjumpalah kami di situ. Nurse tolak saya masuk, dan Abah Umi saya pun dibenarkan masuk sebab tempat tu bukan tempat operation lagi. Ada satu pintu lagi untuk masuk ke bilik bedah. Sebelum masuk ke bilik bedah, doktor dua tiga orang dekat situ, angkat saya ke katil tolak satu lagi. Mereka cakap dekat Abah Umi saya, "Boleh lah kalu nok bagi kata semangat ko anak, atau cium, salam." Tapi Umi saya cakap dah bagi kata semangat awal awal dah kahkah. Lepas tu saya babai Abah Umi saya sebelum ditolak masuk. Saya tak tahu macam mana nak describe perasaan saya masa tu. 

Sejujurnya, saya tak rasa takut atau nervous langsung masa tu. Tak tahu lah kenapa. Tapi saya ada lah istighfar sikit sikit. Bilik bedah tu sebiji bilik bedah yang saya nampak dalam drama. Lampunya pun sama. Hihi. Lepas tu, doktor bius buka baju saya belah belakang dan buat something. Saya tak tahu lah apa dia buat masa tu. Lepas tu saya dibaringkan dan doktor letak benda yang biasanya orang guna untuk dapat oksigen tu dekat hidung saya. Doktor suruh saya mengucap dua kalimah syahadah dan beberapa saat lepas tu saya dah tak sedar.

Saya sedar bila doktor kejutkan saya cakap dah siap. Tekak saya masa tu kering sangat rasa. Ada rasa sakit juga. Saya minta air, tapi doktor tak bagi minum dulu. Sebenarnya, selepas pembedahan doktor rehatkan saya dulu. Tak pasti berapa lama lepas tu, baru saya dibawa keluar dari bilik tersebut. Saya buka mata dan nampak Abah saya. Abah saya tunggu dari awal pembedahan ke? Saya rasa Abah Umi saya tunggu sepanjang pembedahan saya dan gilir gilir solat. Masa saya keluar dewan bedah, Umi saya tengah solat dekat wad saya. 

Abah saya ikut sekali ke wad. Lepas tu nurse minta tolong Abah angkat saya naik katil. Rasanya Abah angkat belah kepala dan nurse dua orang angkat bahagian kaki. Lepas tu nurse tukar baju saya. Hihi. Lepas tu yang saya ingat saya menangis. Saya pun tak tahu kenapa. Lepas menangis sekejap, saya tidur. Masa tu tengah mamai ubat bius. Saya ingat lagi, seksa sangat rasa. Saya tak boleh bangun sendiri. Kena Umi angkat. Lepas tu saya selalu rasa susah bernafas dan kena duduk baru boleh bernafas dengan baik. Tapi masa tu Umi saya ke tandas. Saya rasa macam nak mati kahkah. Saya try bangun tapi tak boleh. Nak bergerak pun susah. Empat kali saya muntah lepas pembedahan. 

Setiap kali lepas muntah, saya rasa lega sekejap. Lepas pembedahan, setiap beberapa jam ada doktor datang check. Nurse check darah. Saya kesian dekat Umi. Mesti Umi penat tapi tak boleh baring. Boleh duduk atas kerusi saja. Malam tu saya okay sikit. Esoknya makin okay. Makan pun dah boleh. Saya makan bubur nasi. Hihi. Umi saya pergi beli dengan makcik yang baru kenal masa tu. Anak dia kena operate juga. Malam tu, saya dan Umi tidur atas katil sekali! Ada juga masanya saya duduk atas kerusi dan baca buku. Masa tu saya dah rasa okay sikit lah. Kalau tak asyik baring saja. Saya jalan jalan juga tepi beranda tengok jalan raya. Saya taknak lah nampak macam orang sakit sangat. 

Dua hari lepas pembedahan, 11 September 2020, saya dibenarkan pulang ke rumah! Sebelum balik, doktor buang tiub yang ditebuk untuk saluran darah dekat tepi tempat saya dibedah. Doktor cuci dan lap tempat jahitan. Pedih! Tapi saya tahan sambil dengan doktor doktor borak. Hihi. Lepas tu doktor tetapkan tarikh untuk appointment seterusnya. Abah dan Shin datang ambil saya dan Umi. Balik rumah, saya banyak rehat. Tempat pembedahan tak sakit sangat. Tapi belakang leher rasa ngilu dan sakit sikit. Nak tidur pun susah. Umi saya masak makanan khas untuk saya. Hihi. Best sangat! 

13 September 2020, hari Ahad saya ke sekolah untuk meneruskan ROS. Haritu Umi saya hantar saya ke sekolah. Umi saya bawa beg saya dan bekal makanan sampai ke bilik guru sebab saya tak boleh bawa benda berat. Saya pun gerun takut terbuka tempat jahitan. Cikgu cikgu terkejut sebab saya datang ke sekolah awal dari yang mereka sangka. Mereka ingat saya ambil mc lama. Saya bukan apa, saya nak cepat habiskan ROS sebab takut ketinggalan dari kawan kawan saya. Haritu jugalah, saya jumpa kawan sekolah rendah saya yang jalani praktikum iaitu Ameera dan Syamimi. Mereka daftar hari Rabu iaitu sehari lepas saya masuk wad. 

Start haritu sampailah habis ROS, Abah saya yang hantar dan ambil saya. Saya dah tak pergi sendiri dah. Lagipun Abah saya guna jalan sama untuk ke sekolah. Hihi. Itulah sedikit sebanyak pengalaman pembedahan saya. Sebenarnya sebelum kena bedah lagi saya dah rancang nak buat blog bila dah siap pembedahan. Tapi itulah, setahun kemudian baru ia terlaksana ya teman teman. Nasib baik saya ingat lagi detik detik tersebut. Ohh satu lagi, hari pertama saya ke sekolah lepas pembedahan, saya memang tak boleh buat apa apa sebab rasa sakit belakang leher. 

Saya sedaya upaya nak buat kerja. At least siapkan satu muka surat report. Tapi tak berdaya. Saya hampir menangis tahu tak. Ustazah Zubaidah nampak saya tak selesa dan suruh saya rehat. Saya pun duduk atas sofa. Rasanya dalam dua tiga jam saya tertidur sebab boleh letak kepala dengan selesa dekat situ. Kalau tak rasa sakit. Nasib baik cikgu cikgu faham. Sebelum pembedahan saya selalu kena ganti relief kelas dan jaga exam, tapi lepas tu mereka tak suruh banyak sangat lah. Lagipun kawan kawan praktikal yang lain ada kan. Boleh bahagi bahagi kerja. Kalau tak sebelum ni saya sorang saja. Tapi saya suka relief kelas atau jaga exam! Hihi. Bila lagi saya nak dapat pengalaman tu kan. 

Okaylah. Sampai di sini dulu coretan saya. Wah setelah setahun ya. Akhirnya berjaya juga tulis pasal pembedahan ni. Okaylah! Kalau saya teringat benda lain lagi, saya akan tulis lagi. Hihi. Okay bye! 

Wednesday, September 8, 2021

Hari Ini Dalam Sejarah #2


Hari ini, setahun yang lepas, saya admit di wad untuk pembedahan tiroid, setelah sekian lama bengkak di bahagian leher belah kiri. Walaupun nervous dan takut, terpaksa saya hadapinya demi kemaslahatan semua. Saya akhirnya dapat tarikh untuk dibedah selepas setahun lebih berurusan. Banyak appointment yang saya hadiri. Check situ check sini. Tangguh sebab korona lah. Macam macam lah. Akhirnya dapat juga. 

Okay kembali kepada cerita asal. Selepas hantar adik ke tahfiz, Abah, Umi dan saya bertolak ke hospital. Sepatutnya saya duduk di Wad Nilam di tingkat dua, tapi disebabkan tak cukup katil saya terpaksa ke tingkat tiga tapi saya tak ingat nama wad tu. Yang saya ingat itu adalah wad lelaki. Tapi adalah beberapa pesakit perempuan yang duduk situ juga sebab tak cukup katil. Termasuklah saya. Hihi. 

Lepas check tinggi, berat, kertas rujukan semua tu, saya dapat katil. Nurse beri baju hospital juga. Warna biru jalur jalur. Mula mula saya duduk atas katil tu tak tahu nak buat apa. Saya malu nak tukar baju. Hihi. Saya tengok sekeliling saya. Rasanya ada empat orang pesakit masa tu. Termasuk saya lima lah. 

Lepas tu saya pergi tandas tukar baju. Malunya kena pakai kain hospital tu! Kalaulah saya pakai seluar je awal awal tu. Tapi saya tak terfikir pula. Okay takpe benda dah lepas kahkah. Umi saya yang jaga saya masa tu sebab Syadah duduk di universiti masa tu. Abah saya balik rumah untuk uruskan Shin.

Lepas tukar baju semua, saya rehat rehat atas katil, baca buku cerita, tiba tiba ada sekumpulan doktor datang ke katil saya. Mereka cakap kemungkinan besar saya tak jadi dibedah sebab tak cukup doktor bius. Seriously?! Saya terkejut sangat masa tu. Saya ambil MC kot sebab saya tengah jalani ROS masa tu. 

Malulah saya kalau ke sekolah esoknya tu sebab tak jadi dibedah. Haha ke situ pula saya fikir ya. Okay lepas tu, doktor tu cakap, boleh saja kalau saya nak tunggu sampai esok, tengok kalau kalau ada patient yang tak jadi bedah. Tapi kemungkinan besarnya tak berlaku lah benda tu. Saya jadi hilang semangat terus. 

Jadi, Umi saya call Abah untuk minta pendapat Abah. Abah cakap duduk je dekat situ dulu. Tengok macam mana. Lepas semua doktor tu dah pergi, saya pun terus lah bad mood kahkah. Saya cakap dekat Umi, "Balik je lah kalu gini, toksoh wak takpo!". Umi saya suruh saya sabar. Haha. Petang tu, ada doktor lelaki ni check saya. Lepas tu dia tanya saya tahu ke tak prosedur pembedahan tiroid ni. 

Saya dah pelik dah kenapa dia tanya macam tu sedangkan pembedahan tu mungkin tak jadi. Tapi saya cakap lah tak tahu. Lepas tu dia terangkan. Punya panjang dia terangkan, saya tak faham pun sebenarnya haha. Tapi saya angguk sajalah. Dia terangkan juga semua risiko yang mungkin berlaku selepas pembedahan. Lepas tu, saya tidur. Berapa jam lepas tu, ada dua orang doktor perempuan datang. Umi saya kejutkan saya. Lepas tu salah seorangnya perkenalkan diri sebagai doktor bius, namanya Dr. Jannah. 

Dia check dalam mulut saya dan check situ sini. Lepas tu dia cakap macam mana saya akan dibius sebelum pembedahan nanti. What?! Seriously saya jadi dibedah! Dia cakap saya akan dibedah esok dan saya adalah patient keempat. Saya rasa macam keajaiban berlaku sebab katanya kemungkinan besar tak jadi bedah kan. Lepas tu saya tengok mata Umi saya berair. 

Umi saya pun call Abah dan bagitahu semua. Dr. Jannah cakap malam nanti nurse akan bagitahu saya kena puasa start pukul berapa. Selepas solat Maghrib, nurse bawa saya dan seorang lagi patient ke bilik x-ray. Saya jalan sendiri saja tapi seorang lagi naik kerusi roda. Kami keluar wad dan berjalan ke bilik x-ray. Sepanjang berjalan tu saya malu sangat sebab saya pakai kain tu lawak sangat. Dahlah ada ramai orang dekat luar tu. Hmm. Takpe lah. 

Sekejap sangat je x-ray tu. Siap dan terus balik ke wad balik. Lepas tu kan, ada nurse datang cucuk tangan saya! Yang masukkan air tu kan. Tu first time saya kena macam tu. Takut! Banyak kali juga berdarah sebab saya gerak banyak sangat. Dia bagi ubat untuk saya makan. Tak tahulah ubat apa tu. Saya puasa pukul 2 pagi tak silap. Lepas minum air puas puas dan makan sikit, bermulalah puasa saya. 

P/S: Malam tu doktor lelaki yang explain pasal prosedur pembedahan tu kata kalau saya tak dibedah sekarang dan tunggu sampai bulan 1 tahun 2021 (tarikh baru yang doktor ramai ramai tadi cadang untuk saya dibedah), kemungkinan besar kedua dua tiroid saya terpaksa dibuang sebab bengkak belah kiri tu dah hampir ke kanan dah. Dia duduk hampir tengah tengah dan mengganggu saluran pernafasan saya. 

BERSAMBUNG...

Sunday, September 5, 2021

الحياة


Kadang kadang saya terfikir, apa tujuan hidup saya. Apa yang saya nak capai. Apa yang saya perlu capai. Apa yang saya perlu buat. Selama saya hidup, saya hanya ikut telunjuk orang lain. Berada di bawah orang lain, yang mana saya sangat bersyukur kerana saya dijaga dengan sangat baik. 

Tapi, saya tak pernah keluar dari kepompong. Selesa di bawah jagaan Abah Umi. Saya tak ada punca pendapatan sendiri. Saya tak miliki apa apa kemahiran yang boleh digunakan. Saya tak menguasai bidang saya iaitu Bahasa Arab. Saya tak miliki kemahiran bersosial.

Apa yang patut saya buat untuk masa sekarang? Saya tak nak menyusahkan keluarga saya, ibu bapa saya. Saya nak tolong mereka. Tapi bagaimanakah? Online business? Hmm. Inikah dilemma mereka yang baru habis belajar? 

Saya rasa saya patut mulakan sesuatu. Belajar Bahasa Arab dengan lebih mendalam. Selain bekerja untuk mencari pendapatan, saya nak kuasai Bahasa Arab. Saya nak menjadi sehebat pensyarah pensyarah saya. Fasih bertutur dalam Bahasa Arab. Hebat menggunakan Bahasa Arab dalam kehidupan seharian.

Semoga dipermudahkan urusan kawan kawan saya yang minta one-off. Semoga mereka dapat pekerjaan yang mereka inginkan iaitu menjadi guru. Doakan saya juga. Doakan juga agar saya rajin untuk membaca demi interview.

Sebenarnya, ada sesuatu yang membuatkan saya jadi kurang semangat untuk interview ini. Tapi, tidak bisa diperkatakan di sini. Tapi, saya percaya, kalau sudah tertulis rezeki kita, in shaa Allah dipermudahkan. Allah dah tetapkan segalanya untuk kita semua. 

Semoga Allah kuatkan iman saya untuk lebih dekat kepada-Nya. Have a good day! Harini saya cuci bilik air, alhamdulillah. Semua bilik air kecuali dalam bilik Abah dan Umi. Memang dah lama saya rancang nak cuci bilik air, tapi sedikit tidak rajin. Alhamdulillah harini jadi.

Doakan saya jadi anak yang baik, yang tak menyakitkan hati Abah dan Umi. Tidak menyusahkan mereka. Sentiasa menolong mereka. Meringankan beban mereka. Semoga dengan pekerjaan yang saya dapat, saya dapat menolong mereka sedikit sebanyak membalas jasa mereka.

P/S: Semalam, 4 September 2021, hari ulang tahun kelahiran abang saya iaitu Alang. Umurnya sudah 28 tahun tapi muka muda tang tang. Ada yang ingat saya kakak dia. Okay bye.