Wednesday, September 8, 2021

Hari Ini Dalam Sejarah #2


Hari ini, setahun yang lepas, saya admit di wad untuk pembedahan tiroid, setelah sekian lama bengkak di bahagian leher belah kiri. Walaupun nervous dan takut, terpaksa saya hadapinya demi kemaslahatan semua. Saya akhirnya dapat tarikh untuk dibedah selepas setahun lebih berurusan. Banyak appointment yang saya hadiri. Check situ check sini. Tangguh sebab korona lah. Macam macam lah. Akhirnya dapat juga. 

Okay kembali kepada cerita asal. Selepas hantar adik ke tahfiz, Abah, Umi dan saya bertolak ke hospital. Sepatutnya saya duduk di Wad Nilam di tingkat dua, tapi disebabkan tak cukup katil saya terpaksa ke tingkat tiga tapi saya tak ingat nama wad tu. Yang saya ingat itu adalah wad lelaki. Tapi adalah beberapa pesakit perempuan yang duduk situ juga sebab tak cukup katil. Termasuklah saya. Hihi. 

Lepas check tinggi, berat, kertas rujukan semua tu, saya dapat katil. Nurse beri baju hospital juga. Warna biru jalur jalur. Mula mula saya duduk atas katil tu tak tahu nak buat apa. Saya malu nak tukar baju. Hihi. Saya tengok sekeliling saya. Rasanya ada empat orang pesakit masa tu. Termasuk saya lima lah. 

Lepas tu saya pergi tandas tukar baju. Malunya kena pakai kain hospital tu! Kalaulah saya pakai seluar je awal awal tu. Tapi saya tak terfikir pula. Okay takpe benda dah lepas kahkah. Umi saya yang jaga saya masa tu sebab Syadah duduk di universiti masa tu. Abah saya balik rumah untuk uruskan Shin.

Lepas tukar baju semua, saya rehat rehat atas katil, baca buku cerita, tiba tiba ada sekumpulan doktor datang ke katil saya. Mereka cakap kemungkinan besar saya tak jadi dibedah sebab tak cukup doktor bius. Seriously?! Saya terkejut sangat masa tu. Saya ambil MC kot sebab saya tengah jalani ROS masa tu. 

Malulah saya kalau ke sekolah esoknya tu sebab tak jadi dibedah. Haha ke situ pula saya fikir ya. Okay lepas tu, doktor tu cakap, boleh saja kalau saya nak tunggu sampai esok, tengok kalau kalau ada patient yang tak jadi bedah. Tapi kemungkinan besarnya tak berlaku lah benda tu. Saya jadi hilang semangat terus. 

Jadi, Umi saya call Abah untuk minta pendapat Abah. Abah cakap duduk je dekat situ dulu. Tengok macam mana. Lepas semua doktor tu dah pergi, saya pun terus lah bad mood kahkah. Saya cakap dekat Umi, "Balik je lah kalu gini, toksoh wak takpo!". Umi saya suruh saya sabar. Haha. Petang tu, ada doktor lelaki ni check saya. Lepas tu dia tanya saya tahu ke tak prosedur pembedahan tiroid ni. 

Saya dah pelik dah kenapa dia tanya macam tu sedangkan pembedahan tu mungkin tak jadi. Tapi saya cakap lah tak tahu. Lepas tu dia terangkan. Punya panjang dia terangkan, saya tak faham pun sebenarnya haha. Tapi saya angguk sajalah. Dia terangkan juga semua risiko yang mungkin berlaku selepas pembedahan. Lepas tu, saya tidur. Berapa jam lepas tu, ada dua orang doktor perempuan datang. Umi saya kejutkan saya. Lepas tu salah seorangnya perkenalkan diri sebagai doktor bius, namanya Dr. Jannah. 

Dia check dalam mulut saya dan check situ sini. Lepas tu dia cakap macam mana saya akan dibius sebelum pembedahan nanti. What?! Seriously saya jadi dibedah! Dia cakap saya akan dibedah esok dan saya adalah patient keempat. Saya rasa macam keajaiban berlaku sebab katanya kemungkinan besar tak jadi bedah kan. Lepas tu saya tengok mata Umi saya berair. 

Umi saya pun call Abah dan bagitahu semua. Dr. Jannah cakap malam nanti nurse akan bagitahu saya kena puasa start pukul berapa. Selepas solat Maghrib, nurse bawa saya dan seorang lagi patient ke bilik x-ray. Saya jalan sendiri saja tapi seorang lagi naik kerusi roda. Kami keluar wad dan berjalan ke bilik x-ray. Sepanjang berjalan tu saya malu sangat sebab saya pakai kain tu lawak sangat. Dahlah ada ramai orang dekat luar tu. Hmm. Takpe lah. 

Sekejap sangat je x-ray tu. Siap dan terus balik ke wad balik. Lepas tu kan, ada nurse datang cucuk tangan saya! Yang masukkan air tu kan. Tu first time saya kena macam tu. Takut! Banyak kali juga berdarah sebab saya gerak banyak sangat. Dia bagi ubat untuk saya makan. Tak tahulah ubat apa tu. Saya puasa pukul 2 pagi tak silap. Lepas minum air puas puas dan makan sikit, bermulalah puasa saya. 

P/S: Malam tu doktor lelaki yang explain pasal prosedur pembedahan tu kata kalau saya tak dibedah sekarang dan tunggu sampai bulan 1 tahun 2021 (tarikh baru yang doktor ramai ramai tadi cadang untuk saya dibedah), kemungkinan besar kedua dua tiroid saya terpaksa dibuang sebab bengkak belah kiri tu dah hampir ke kanan dah. Dia duduk hampir tengah tengah dan mengganggu saluran pernafasan saya. 

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment