Friday, December 31, 2021

Goodbye 2021

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hari ini, 31 Disember 2021, hari terakhir bagi tahun ini. Tahun depan dah masuk 2022. Tahun depan tu esok lah kan? Hihi. Apa yang saya dah capai sepanjang tahun ini? Adakah segala azam yang saya impikan sudah tercapai? Saya pun tak tahu apa azam saya. Saya hanya follow the flow saja. Hihi. Saya tak pernah pun list kan azam tahun baru. Cuma adalah beberapa harapan yang saya harap saya boleh capai dalam tahun yang mendatang.

Alhamdulillah tahun ini, daripada bergelar sebagai seorang pelajar, menjadi guru praktikal dan in shaa Allah bergelar seorang pendidik pada suatu hari nanti, dengan izin Allah. Banyak juga yang saya lalui tahun ini, dan semua itu sedikit sebanyak mematangkan diri saya. Cewah ayat~ Saya harap saya menjadi lebih matang pada masa hadapan. Saya nak jadi lebih serious dan rajin kahkah. 

Alhamdulillah walaupun tak seaktif tahun lepas dalam blogging, tapi saya tetap aktif update blog saya tahun ini supaya ada kenangan yang saya boleh tengok balik suatu hari nanti. Saya gembira juga ada kawan blogging iaitu Syahadah. Saya memang galakkan dia start blogging dari umur muda lagi supaya tak menyesal macam saya. Saya start lambat tapi tak apalah. Itupun kadang kadang saja Syahadah buat blog sebab sibuk dengan assignments dan presentations. 

Tahun ini juga saya rasa sangat gembira kerana boleh jalan jalan. Balik rumah Tok dan Aki di Pahang, pergi rumah kakak saya di Negeri Sembilan dan sebagainya. Haritu pergi Pantai Geting, Aeon Mall dan jalan jalan di Pengkalan Teluk. Semua tu jadi kenangan yang sangat indah bagi saya dapat spend time dengan keluarga terchenta. Kalau dah start kerja suatu hari nanti, belum tentu dapat jalan jalan sekali macam tu lagi.

Untuk tahun hadapan dan tahun tahun yang mendatang, saya nak mendalami dengan lebih lagi dalam Bahasa Arab dan juga Pendidikan Islam. Bukan untuk tujuan kerja saja, tapi juga nak memantapkan diri dengan ilmu. Bagus tak? Saya harap saya dapat rajinkan diri. Lagi, saya nak kurus! Hihi. Berat saya sekarang adalah 61 kg. Saya nak kempiskan perut dan kecilkan paha. Saya nak turun at least jadi 54 kg. Kalau lagi kurus nanti nampak macam tiang pula.

Saya harap saya boleh jadi seorang hamba Allah yang beriman dan solehah serta rajin menjalankan ibadah. Saya juga nak jadi anak dan manusia yang lebih baik, in shaa Allah. Itu boleh kira azam yang sangat umum lah kan, tapi saya harap saya dapat capai lah semua azam yang 'umum' ini in shaa Allah. Okaylah saya rasa sampai di sini dulu coretan akhir tahun saya. Coretan terakhir untuk tahun ini. 

Semoga saya sentiasa aktif dalam blogging pada tahun hadapan dan semoga ada lah benda yang menarik yang saya boleh masukkan dalam blog saya. Hihi. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, makbulkan segala doa kita, dipermudahkan segala urusan kita dan dipermudahkan rezeki yang halal untuk kita. Semoga kita dapat capai segala yang diinginkan dan sentiasa mendapat reda Allah dan di bawah rahmat-Nya sentiasa in shaa Allah. Semoga kita mendapat kebaikan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. Aamiin ya Rabb.

Sekian blog terakhir pada petang Jumaat yang penuh barakah ini. Assalamu'alaikum.

Tuesday, December 28, 2021

Buka Kedai Pizza Baru

Setelah beberapa lama berduka dengan pemberhentian operasi kedai pizza secara mengejut baru baru ini, alhamdulillah saya kembali mendapat semangat untuk memulakan kembali kedai pizza yang baru. Doakan semoga kedai pizza saya makin maju dan dipermudahkan segala urusan. Doakan saya sentiasa istiqamah dalam menguruskan kedai saya. Doakan juga supaya saya tidak leka mengejar nikmat dunia. Bye. 

Saturday, December 25, 2021

Permata Hatiku Tom & Jerry

Syahadah dan Mukhlisin, dua makhluk yang tak pernah ku pinta namun muncul dalam hidupku kahkah. Okay gurau. Adik adikku ini antara manusia yang berada di sisiku hampir setiap masa, tak kira susah atau senang. Namun keadaan yang susah itu muncul juga berpunca daripada mereka. Okay gurau.  

Sekarang dua dua tengah sibuk dengan hidup masing masing. Syahadah sibuk dengan assignment dan presentation, Mukhlisin pula sekarang di tahfiz. Saya pula tak ada benda nak buat kahkah. Masa semua ada sekali dulu, setiap hari kami akan main. Setiap hari ya tuan puan. Walaupun saya sibuk dengan praktikal, Syahadah dan Mukhlisin sibuk dengan kelas, tetap kami luangkan masa untuk bermain. 

Tak pernah sehari pun berlalu tanpa bermain. Main teka lagu, rekod video berlakon, karaoke di rumah bawah, main kertas dan sebagainya. Allahu rindunya mahu macam itu lagi. Saya harap Mukhlisin akan cuti tak lama lagi supaya saya boleh bermain dengan mereka. Yang saya rasa kelakarnya, kadang kadang kami stress fikir permainan apa yang kami nak main bila dah boring dengan permainan sedia ada. Kadang kadang sampai bergaduh bila nak keluarkan idea. Apa bendalah. Haha. 

Trio SyaDaDik bukan function masa main saja, masa buat kerja juga kami bersatu. Ada satu masa saya perlukan pelajar untuk buat micro teaching dan hantar dekat Dr. Arifin Mamat, Syahadah dan Mukhlisin tolong saya jadi pelajar. Ya pelajar yang bagus. Hihi. Ada satu masa Syahadah perlukan pelakon untuk subjek Maharah Muhadathah dan kena hantar dekat Dr. Ma Zheng, Mukhlisin lah yang jadi pelakon dan saya tolong rekod. Bagus tak? Itulah peranan adik beradik ya tuan puan. Setiap hari juga Syahadah tolong dengar Mukhlisin tasmik sebelum mengaji dengan ustaz. 

Walaubagaimanapun, kami bukan sentiasa gembira. Ada masa kami bergaduh tapi tak lama sangat lah. Bila ada benda kelakar, kami gelak dan berbaik balik. Biasalah tu adik beradik. Bak kata pepatah, air dicincang tak akan putus. Harap faham. Saya rindu. Hmm. Okay bye. 

25 December 2021 (5.08 PM)
Di dapur tunggu ubi setelo siap direbus. 

Hari shooting video Syahadah.
Hari balik Pahang, di RnR Gua Musang.
Tahun 2011 di Cameron Highlands.

Tuesday, December 21, 2021

Favorite Names (2021)

21 December 2021

1. Amir Faisal
2. Amir Hafiz
3. Amir Habib
4. Amirah Yasmin
5. Amirah Suraya
6. Amirah Bushra

Sekian. 

23 December 2021

Maaf. Ada perubahan.

1. Umar Faruq
2. Umar Habib
3. Umar Faisal
4. Umairah Yasmin
5. Umairah Suraya
6. Umairah Bushra

Sekian. 

Friday, December 17, 2021

Favorite Youtubers (December 2021)

1. Najing

Kadang kadang tengok Najing sediakan minuman yang bermacam macam jenis boleh redakan 'stress' saya. Bukan kadang kadang lah, selalu. Hihi. Saya suka cara dia sebab saya rasa dia tak fake. Dia bukan jenis nak tunjuk benda yang cantik cantik saja. 

2. Jihyunkkung

Rutin dalam video Jihyunkkung adalah memasak. Kadang kadang dia tunjuk dia kerja di studio dia. Dia ada perniagaan baju tidur yang selalu dia pakai dalam video. Satu lagi dia hasilkan yogurt dan granola sendiri. Nampak macam best. Saya nak sangat beli pajama dia tapi macam nampak feminin sangat. 

Saturday, December 11, 2021

Reunion Bersama Anis

Assalamu'alaikum W.B.T. Selamat malam! Saya sedang baring atas katil sebab sakit perut dan ada selsema sikit. Lepas tu sakit urat kaki. Hmm okay saya nak cerita benda best! Saya jumpa Anis! Kawan universiti saya. Saya gembira sangat sangat. Hehe. 

Kami jumpa di Pantai Geting dekat dengan rumah Anis. Saya pergi dengan Abah, Umi, Syahadah sekali dengan Iman, Abdurrahman, Abi dan Umi nya. Bertolak dalam pukul 9 pagi. Sampai saja dekat sana, kami kecuali saya dan Syahadah makan nasi bungkus. Syahadah tak makan sebab dia ada kelas. Saya tak makan sebab saya jumpa Anis.

Lama juga kami berborak. Banyak lah benda yang kami bualkan. Yang penting bukan mengumpat yang tuan puan. Kami ambil gambar juga sebagai kenangan hihi. Saya rindu sangat zaman belajar di universiti dan berkawan dengan kawan kawan termasuk Anis. 

Sebelum berpisah, Umi saya bagi bunga kantan dan buah limau dekat Anis. Hihi. Kami sekeluarga pun bertolak ke AEON Mall. Lama juga kami di sana. Buat itu ini. Beli itu ini. Ada peristiwa terjadi pada saya ya tadi tuan puan. Tapi tak apalah tak payah cerita pun tak apa kahkah. 

Dalam pukul 3 petang kami bergerak balik ke rumah. Okay menarik tak cerita saya? At least hari ini terciptalah kenangan baru buat saya. Jumpa Anis, spend time dengan keluarga dan sebagainya. Okay sekian coretan saya untuk hari ini. Lagipun saya nak pergi ruang TV duduk dengan Umi. Hihi. Bye! Assalamu'alaikum. 







Friday, December 10, 2021

Allah Knows Best

Saya hampir dapat merasakan kerja pertama saya. Kerja pertama dalam hidup saya. Namun, Allah mempunyai perancangan yang lebih baik dan terbaik untuk saya. Kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik baik perancang. Sekian.

Dua hari lepas, kawan Umi, Aunty Mala mesej Umi dan bagitahu ada kerja kosong di taska kepunyaannya, dan memerlukan pekerja dengan kadar segera. Umi terus bersetuju sebab beberapa bulan lepas Umi pernah bertanyakan tentang kerja kosong tersebut namun tidak available. Sudah ada pekerja ketika itu. Saya pasrah walaupun sebenarnya saya memang nak bekerja untuk kumpul pengalaman. 

Bila dapat peluang ini, memang tak nak dilepaskan. Keesokannya kami terus ke kedai beli barang keperluan seperti kain hitam, tudung, sabun mandi, shampoo, sabun basuh dan sebagainya. Tempat tinggal disediakan oleh Aunty Mala. Tilam dan cadar semua dah tersedia, cuma bawa keperluan saya saja. Memang peluang keemasan kan tak payah susah susah cari rumah. Taska ni terletak di Selangor. 

Saya punya excited. Baju semua dah disimpan kemas dalam bagasi. Hari seterusnya iaitu hari ini keluar lagi beli barang dan makanan. Tiket pun sudah dibeli. Qadarullah, Allah punya perancangan yang lebih baik. Sesuatu berlaku dan saya terpaksa melupakan hasrat untuk bekerja di taska demi 'sesuatu' ini yang sememangnya perkara yang ditunggu tunggu oleh saya selama ini. Pekerjaan yang selama ini saya impikan sudah berada di depan mata. 

Nanti saya akan ceritakan bila semuanya sudah selesai in shaa Allah. Macam misteri sangat bunyi cerita ni kan. Tak ada apa pun sebenarnya. Saja saja nak mengeksklusifkan kahkah. Okay bye. Doakan saya. Semoga Allah S.W.T. permudahkan segala urusan kita semua dan merahmati serta memberkati kita. Semoga kita diberi kebaikan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. 

P/S: Umi dah bagitahu Aunty Mala pasal tak jadi bekerja di taska. Saya sedih sangat sebab Aunty Mala kata dia dah bersihkan bilik yang sepatutnya jadi bilik saya bila bekerja dekat sana. Namun apakan daya. Ada rezeki lain in shaa Allah. Semoga Allah permudahkan urusan Aunty Mala sekeluarga dan dapat pekerja yang terbaik in shaa Allah. 

10 December 2021 (2.29 AM)
Dalam kegelapan atas katil bilikku.

Monday, December 6, 2021

Petang Bareng Keponakan



Petang tadi saya, Syahadah, Iman dan Abdurrahman turun bawah dan enjoy pemandangan petang yang sangat nyaman sambil tolong Umi buang daun pokok pisang dan kantan. Lepas tu Syahadah sempat lagi posing dengan daun pokok keladi yang besar amat yang tumbuh tepi rumah.

Cantik kan? Selama ni nampak dalam internet saja benda macam tu. Ini depan mata sendiri, rasa kagum dengan ciptaan Allah. Keladi tu asalnya dari rumah kami yang Abah Umi buang tepi rumah sebab dah banyak dalam kawasan rumah. Dulu kecil saja saiz dia. Bila duduk luar rumah, meliar dia tumbuh.

Bagus juga. Kalau dia besar dalam pagar rumah, tak ke sempit kawasan rumah jadinya. Hmm okaylah saya rasa sampai di sini saja coretan saya buat kali ini. Saya tengah teman Syahadah belajar sebenarnya, sambil sambil dengar lagu lama lama. 

P/S: Iman dan Abdurrahman peminat tegar kucing. Kadang kadang saya takut tengok mereka pegang kucing yang kecil kurus tak banyak isi. Kalau dicekiknya, tak ke naya. Hmm okay bye!

Sunday, December 5, 2021

Kedai Pizza Bankrap

Makluman!

Dukacita dimaklumkan bahawa kedai pizza yang telah berbulan bulan saya usahakan tanpa penat lelah akhirnya telah dihentikan operasinya. Saya berasa sangat sedih dan kecewa. Tapi tiada apa yang boleh saya lakukan untuk menyelamatkannya. Terima kasih. 

P/S: Saya dah sampai Day 1056, tapi tadi game jem sekejap dan dia jadi ke hari pertama balik. Bye. 

Friday, December 3, 2021

Pasar Pagi Gual Periuk




Hari ni saya, Umi dan Syahadah berbelanja di pasar pagi Gual Periuk. Dekat pukul 9 pagi kami keluar rumah dan tak sampai 10 minit dah sampai di destinasi. Macam macam kami beli. Nasi kerabu, nasi ikan keli, keropok, ayam bakar dan air mangga. Alhamdulillah semuanya habis kami makan dan tak membazir. Bagus tak? Okay bye.

Minggu depan saya nak pergi lagi. Setiap hari Jumaat pasar pagi ni ada. Tak sabarnya! 

Wednesday, December 1, 2021

New Sandal


Tadi saya, Umi dan Syahadah pergi ke Pantai Timur bertujuan untuk beli selipar dan barang dapur. Saya dan Syahadah ambil masa juga untuk pilih selipar yang kami mahu. Tapi akhirnya hanya saya yang membelinya kerana Syahadah tidak punya pilihan yang disukainya. Cantik tak?

Lepas tu saya beli alat tulis juga. Boleh tahan banyak sebab saya nak isi kekosongan kotak pensel saya. Alhamdulillah sudah penuh! Hihi. Misi seterusnya adalah memenuhi kotak pensel Syahadah. Kalau tengok dia punya sekarang, sedih. 

Dia tak update update lagi pencil box dia dari zaman SPM lagi. Allahu. Kesiannya adik saya. Tapi lulus saja asasi dia. Dah degree pun sekarang. Itulah orang kata, nak seribu daya tak hendak seribu dalih. Walaupun tak cukup alat tulis boleh berjaya ya adik adik sekalian.

Namun begitu, alat tulis saya lah yang menjadi mangsa. Habis alat tulis saya dipindahnya ke dalam kotak pensel dia. Bertuah punya adik. Hmm okaylah apa apa pun saya rasa gembira sekarang bila memikirkan sandal baru saya dan alat tulis.

Haa satu lagi. Sandal ini saya beli atas nasihat Umi setelah kegersangan sandal selama beberapa tahun. Sandal lama saya jenama sama dengan yang ini iaitu Dr. Sardin. Okay yang betul nya Dr. Cardin kahkah tak lawak kan. Okay bye! Harganya RM79.90 dan saya rasa berbaloi sangat kalau beli jenama ni sebab setakat pengalaman saya, memang tahan lama alhamdulillah.

Satu lagi. Sandal yang saya beli ni tak ada stok. Jadi saya ambil yang display punya. Tak apalah asal kan ada kan hihi. Ada dua pilihan warna iaitu koko dan hitam. Saya ambil warna koko atas nasihat Umi dan Syahadah. Terima kasih. Terima kasih Umi belikan saya sandal yeah!

P/S: Selamat datang Disember! Kita sudah di bulan terakhir untuk tahun 2021! Percaya atau tidak? Haa kena percaya sebab itulah realiti nya. Semoga kita boleh memanfaatkan masa yang kita ada dengan perkara perkara kebaikan dan positif, in shaa Allah. 

1 December 2021 (11.53 PM)
Di ruang panjang bersama Umi dan Syahadah.