Friday, December 10, 2021

Allah Knows Best

Saya hampir dapat merasakan kerja pertama saya. Kerja pertama dalam hidup saya. Namun, Allah mempunyai perancangan yang lebih baik dan terbaik untuk saya. Kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah adalah sebaik baik perancang. Sekian.

Dua hari lepas, kawan Umi, Aunty Mala mesej Umi dan bagitahu ada kerja kosong di taska kepunyaannya, dan memerlukan pekerja dengan kadar segera. Umi terus bersetuju sebab beberapa bulan lepas Umi pernah bertanyakan tentang kerja kosong tersebut namun tidak available. Sudah ada pekerja ketika itu. Saya pasrah walaupun sebenarnya saya memang nak bekerja untuk kumpul pengalaman. 

Bila dapat peluang ini, memang tak nak dilepaskan. Keesokannya kami terus ke kedai beli barang keperluan seperti kain hitam, tudung, sabun mandi, shampoo, sabun basuh dan sebagainya. Tempat tinggal disediakan oleh Aunty Mala. Tilam dan cadar semua dah tersedia, cuma bawa keperluan saya saja. Memang peluang keemasan kan tak payah susah susah cari rumah. Taska ni terletak di Selangor. 

Saya punya excited. Baju semua dah disimpan kemas dalam bagasi. Hari seterusnya iaitu hari ini keluar lagi beli barang dan makanan. Tiket pun sudah dibeli. Qadarullah, Allah punya perancangan yang lebih baik. Sesuatu berlaku dan saya terpaksa melupakan hasrat untuk bekerja di taska demi 'sesuatu' ini yang sememangnya perkara yang ditunggu tunggu oleh saya selama ini. Pekerjaan yang selama ini saya impikan sudah berada di depan mata. 

Nanti saya akan ceritakan bila semuanya sudah selesai in shaa Allah. Macam misteri sangat bunyi cerita ni kan. Tak ada apa pun sebenarnya. Saja saja nak mengeksklusifkan kahkah. Okay bye. Doakan saya. Semoga Allah S.W.T. permudahkan segala urusan kita semua dan merahmati serta memberkati kita. Semoga kita diberi kebaikan dan kejayaan di dunia dan di akhirat. 

P/S: Umi dah bagitahu Aunty Mala pasal tak jadi bekerja di taska. Saya sedih sangat sebab Aunty Mala kata dia dah bersihkan bilik yang sepatutnya jadi bilik saya bila bekerja dekat sana. Namun apakan daya. Ada rezeki lain in shaa Allah. Semoga Allah permudahkan urusan Aunty Mala sekeluarga dan dapat pekerja yang terbaik in shaa Allah. 

10 December 2021 (2.29 AM)
Dalam kegelapan atas katil bilikku.

No comments:

Post a Comment