Friday, August 26, 2022

TEAM KURSUS DI PALACE HOTEL KK


Akhirnya selesai sudah perjalanan kursus 3 hari 2 malam di Palace Hotel KK melibatkan ketua bidang dan ketua panitia di seluruh sekolah menengah daerah Kota Marudu. Alhamdulillah pengalaman yang sangat bermakna dan bermanfaat kepada saya selaku guru baru yang masih setahun jagung. 

Saya rasa antara misi PPD anjurkan kursus ini adalah untuk menggemukkan para cikgu. Asyik bagi makan saja. Dahlah banyak pilihan. Akhirnya lunch sebelum balik tadi saya dengan Kakda tak makan pun. Kami ke Imago dan try Nando's. Kelas ke tidak? Haha. Saya ikut Kakda dengan Kak Qilah saja.  

By the way, kami jumpa sekali lagi dengan Kak Qilah. Makan dengan Kak Qilah dan mereka beli perfume di Victoria's Secret. Beli dua perfume dapat free satu. Harga semuanya RM198 💸 Tapi tak apalah sebab mereka memang nak beli dan mampu beli. Kalau saya tunggu dulu lah. Lagipun saya suka perfume yang Abah selalu beli. 

Imago Mall, Kota Kinabalu. 

BERSAMA MANTAN KPPM DR AMIN SENIN

Tak sangka yang selalu kita dengar term term pendidikan macam TS25, Linus, PBD dan sebagainya diasaskan oleh Dr. Amin Senin, mantan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Beliau asal Sabah tapi bila bercakap macam orang Semenanjung. Banyak perkara yang beliau share dalam slot bersama beliau tadi. Sekarang waktu rehat dalam 10 minit sebelum slot terakhir iaitu rumusan. Makan makan dulu, tea time and fruit time. Hihi. 

Gigih kami wakil TAN2 bergambar dengan Dr. Amin tadi. Yalah bukan selalu kan dapat peluang begini. Sekali dapat kita grab terus. Jangan lepaskan peluang. Begitu. Okaylah slot terakhir sudah tiba iaitu rumusan program. Doakan saya. 

Palace Hotel, Kota Kinabalu. 

BERSAMA DR. RAJIAH AHMAD DAWA

Dr. Rajiah, antara orang penting dalam sistem pendidikan Malaysia. Saya pun baru kenal semalam. Banyak ilmu yang disampaikan oleh beliau. Walaupun ada masanya saya hanyut sekejap, tapi banyak juga pengajaran yang saya dapat semalam. Banyak aktiviti yang kami buat semalam. Rasa macam pelajar sangat. Boleh dipraktikkan dalam kelas di sekolah juga. 

Terima kasih Dr. Rajiah atas ilmu yang disampaikan. Kuat betul beliau. Start jam 8 pagi sampailah 5 petang. Lama kan? Tapi beliau sentiasa bersemangat. Masa breakfast tadi sempat lagi bergambar dengan beliau yang dah nak berangkat ke Penampang untuk seminar seterusnya. 

Palace Hotel, Kota Kinabalu. 

Thursday, August 25, 2022

KAWAN KAKDA BELANJA MAKAN SEAFOOD






Bukan selalu orang belanja kita makan makanan mahal kan. Hihi. Rezeki kami semalam kawan Kakda, Kak Qilah belanja saya dan Kakda makan di Pasar Phillipine. Sedap sangat kami makan semalam! Alhamdulillah. Lepas makan di sana, kami jalan jalan di Imago. Saya ada beli roti yang sangat sedap. Kami masuk kedai yang jual perfume. Satu harga dia RM99. Okay terima kasih. Lepas tu kami masuk Sephora. Kononnya tengok barang makeup lah. Lawak betul. Nasiblah yang pergi semalam semua yang bermakeup. Tengok sajalah. 

Haa yang jual perfume tu nama kedai dia Victoria Secret. Lepas tu Kak Qilah beli inner di UniqLo. Hmm begitukah ejaan dia ah? Lantaklah. Mahal dek barang barang dekat situ tapi nampak berbaloilah dengan kualiti dia. Esok lepas habis kursus, sebelum balik ke KM in shaa Allah kami singgah sana sekali lagi sebab Kakda nak beli perfume dan saya nak beli roti yang sedap tu. Roti sosej je pun tapi sedap okay. Kak Qilah pun mungkin join sekali esok. Dia sekarang tengah cuti sem, tapi bukan sebagai pelajar lah, sebagai pensyarah. Umur dia baru 32 tahun, muka pun muda tang tang lagi. Habis PhD umur 30 rasanya. Hmm rajin betul dia kan. Kalau saya memang tidaklah. Sekian.

Okaylah sampai di sini dulu saya punya coretan. Lama sudah kan saya tak update blog. Jarang lah sekarang mungkin sebab tak ada yang menarik sangat sekarang di sekolah. Lagipun saya sangat sibuk ya tuan puan begitu. Harap maklum. Haa satu lagi, selamat merelief lah wahai rakan rakan guru kahkah. Kesian mereka kena relief kelas kami yang join kursus ni. Tapi itulah circle kehidupan di sekolah ya adik kakak, masa mereka kami yang merelief, masa kami mereka yang merelief. Hihi. Tapi penat sikitlah mereka merelief sebab semua yang join kursus ni masa mengajar banyak dalam seminggu. Sekian.

Palace Hotel, Kota Kinabalu.

KURSUS DI KK 3 HARI 2 MALAM

Saya selaku Ketua Panitia PAI, cewah! Haha padahal kalau meeting panitia saya tercongak satu orang terdiam, Ustaz Hazmin dan Ustaz Amran saja yang bercakap. Okay jadi saya telah terpilih untuk mengikuti kursus di Palace Hotel selama 3 hari 2 malam bersama ketua ketua bidang dan ketua ketua panitia dari sekolah saya dan juga seluruh sekolah menengah daerah Kota Marudu. Alhamdulillah pengalaman yang sangat bermakna sebab banyak pengisian yang sangat bermanfaat sepanjang saya di sini. Jam 8 pagi sampailah 5 petang kami ada macam seminar lah pasal SPKMg2 yang disampaikan oleh Dr Rajiah. Allahu sakit kepala daku fikir jawapan itu ini sebab kena buat pembentangan dan soal jawab. Ini saya naik di bilik dari malam apresiasi dan entahlah macam perjanjian antara PPD Kota Marudu dan PPD Penampang. Tandatangan memorendum lebih kurang begitulah. Saya tak fokus sangat tadi sebab tunggu masa untuk makan saja ngehngeh.

Masa makan tadi tiber kena ambil sijil untuk SPM Pendidikan Islam. Malu! Tapi saya pergi juga naik pentas sebab saya saja wakil PAI. Sekolah kami juga dapat sijil untuk bidang bahasa dan TVET. Kumpulan kami dapat anugerah kumpulan paling sporting kahkah. Tapi saya rasa pembentangan kumpulan kami sangat bagus tadi yang disampaikan oleh Cikgu Haliry. Tak banyak komen dari Dr. Rajiah tadi alhamdulillah. Hihi. Makan malam boleh tahan sedap jugalah tapi sedihlah sebab kena cover makan sikti kan kahkah. Tapi banyak juga saya dengan Kakda ambil tadi. Jangan malu jangan segan nanti kau juga yang rugi. Ya ke tidak? Saya suka sangat dan bersyukur join kursus ini sebab saya boleh kenal lebih dekat dengan cikgu cikgu sekolah saya yang selama ini saya segan mau tegur sebab masing masing macam serious dan berkarisma kan. Cikgu Norlin, Cikgu Felix, Cikgu Haliry, Cikgu June dan Cikgu Jovinah. Semua hebat hebat belaka. Legend. Saya dengan Kakda saja yang baru di sini kahkah. Tapi baguslah belajar benda baru.

Check in semalam, saya dapat bilik sekali dengan Cikgu Hayati dari SMK Kota Marudu 2. Dia ketua bidang kemanusiaan. Kesian dia demam sebab kena hujan. Tapi saya kena tempias sekali sebab dia tak pasang aircond dalam bilik kahkah. Tapi saya senyap senyap pergi pasang sebab kalau tidak memang lemas. Kakda sebilik dengan Syafiqah dari SMK Bandau. Dia pun posting sekali dengan kami bulan 3 haritu. Mulanya saya nak tukar bilik duduk dengan Kakda tapi hmm nampak macam tak matang lah pula kan. Lagipun 3 hari saja di sini. Tak banyak masa di bilik pun sebab sepanjang hari kursus kan. Jadi tiada masalah lah. Stay saja di bilik yang sudah diberi. Begitu. Tahu tak, nasib baik saya tak tertidur tadi masa kursus. Lama dek. Tapi ada jugalah masa yang saya rasa sangat mengantuk. Jadi saya pergi ke tandas. Lagi satu, tiada pemberi semangat kahkah. Kebanyakan guru yang join kursus ni semua yang lahir tahun 80-an, 70-an dan 60-an. Sekian.

Palace Hotel, Kota Kinabalu.

Monday, August 22, 2022

LESEN AKU DATANG 🚙

Setelah beberapa bulan bertangguh untuk daftar lesen, akhirnya saya berjaya daftar kemarin alhamdulillah! Bayangkan banyak kali saya limpas sekolah memandu ni tapi tak pernah berhenti. Tak pernah terdetik nak berhenti. Beberapa hari lepas saya dapat tahu ada promosi sempena bulan kemerdekaan, jadi inilah masanya! Tapi kena bayar sekaligus lah. Tapi jimat juga dalam RM300 lebih.

Saya pergi sana dengan Elvy dan Sue, guna kereta Elvy tapi saya lah yang drive sebab Elvy taknak drive ngehngeh. Sue pun nak daftar juga tapi Khamis nanti dengan Neilda sekali. Belum lagi saya start kelas tapi saya rasa macam lepas hutang seribu lepas daftar. Yalah kalau daftar lambat, lambatlah kelas dan lambatlah dapat lesen.

Kelas pertama saya in shaa Allah 18/9/2022. Sepatutnya minggu sebelum tu tapi kan cuti sekolah dan in shaa Allah saya balik kampung halaman terchenta. Jadi pilih tarikh atas ni. In shaa Allah dipermudahkan. Doakan saya ya kawan kawan. Saya memang dah lama mengimpikan nak buat lesen. Dulu nak buat banyak aral melintang. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Walaupun saya tahu macam mana nak drive dan boleh drive di jalan raya, tapi saya tetap rasa insecure sebab tak ada lesen kan. Abah dan Umi saya pun memang suruh saya buat lesen cepat cepat supaya senang saya ambil mereka di airport KK nanti kahkah. In shaa Allah. 

Kota Marudu, Sabah.

Friday, August 19, 2022

USTAZ MENGAMUK


Pagi hari ini dimulakan dengan amukan ketua warden. Ambik kau budaks buat hal sangat. Saya tengah bersiap nak ke sekolah masa saya dengar suara ustaz yang sangat kuat itu memarahi pelajar. Ada lah masalah yang mereka buat sampaikan ustaz marah. Tapi dalam marah marah pun ustaz tetap lawak haha. Entahlah.

Masa saya bersiap tu saya biar pintu rumah warden terbuka untuk menunjukkan kami warden aspuri ada sekali lah kahkah sebab haritu dah kena tanya kenapa tak keluar masa Cikgu Majawal bersyarah depan pelajar aspuri. Masa tu saya lambat bersiap jadi memang tak keluar lah. *alasan*

Jadi hari ustaz bersyarah tu saya dengan Elvy tunggu lah dekat situ dengar. Sepatutnya ustaz marah lagi banyak dekat budak budak ni. Geram betul saya haha. Biar ustaz marah sampai mereka menangis. Biar insaf sikit. Takdelah kahkah anak anak saya ni semua baik baik, cuma ada masanya mereka tersalah buat itu ini. 

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, August 14, 2022

HAPPY CONVOCATION DAY 👨🏻‍🎓👩🏻‍🎓

Congratulations! Ya dek, hakak konvo harini tapi hakak tengok dari jauh saja majlis konvokesyen tu. Tiada sekatan dari mana mana pihak untuk saya hadiri majlis itu, tapi saya sendiri yang buat keputusan taknak pergi konvo. Satu saya memang tiada mood. Satu memang saya dari start belajar saya memang tekad taknak hadiri konvo sebab nak ikut jejak Abah Umi kahkah. Satu lagi saya taknak habiskan duit hanya untuk cuti 2 hari dan balik semula ke Sabah dalam keadaan meletihkan dan rushing. Satu memang saya tak boleh jalan atas pentas tu sambil dilihat oleh beribu orang. No! Saya takut. Entahlah nak. Tapi itulah bila tengok kawan kawan saya, saya rasa macam syahdu lah. Kalau boleh jumpa depan depan mesti seronok kan. 

Ada kawan saya yang batch atas naik pentas dengan perut memboyot. Wow! Tak sangka dia dah kahwin. Memang saya tak tahu apa apa ke pasal perkembangan kawan kawan saya ni? Kalau Syahadah baca ni, memang kena lah saya. Kena perli dengan dia. Hmm. Haha tapi saya dah biasa. Saya tengok majlis tu semalam di YouTube dari awal sampai habis. Dekat 3 jam jugalah. Yang saya sedihnya, lepas lagu Negaraku, sepatutnya ada lagu universiti, Leading The Way tapi tak tahulah kenapa semalam dia tak dimainkan. Punyalah saya tertunggu tunggu. Memang akan meremang bulu roma dengar lagu tu. Terkenang balik masa masa di universiti. Betapa cepat masa berlalu. 

Dulu beria nak cepat habis belajar, sampai tak ada nikmat belajar. Tapi sekarang tengoklah, rasa macam nak balik semula ke kehidupan di universiti. Sangatlah ringan tanggungjawab ketika itu yang tuan puan. Tapi dulu rasa diri ini lah yang paling merana. Lawak betul bila fikir balik. Kepada Syahadah adikku sayang, enjoylah kehidupan kau sebagai seorang pelajar. Jangan kau rasa terbeban. Masa di universiti akan jadi waktu terindah dalam hidupmu kalau kau nikmatinya. Jangan kau jadi macam hakak, menyia nyiakan hidup dulu. Tapi takpelah. Itu cara saya kan. Saya memang tak suka bergaul. Begitu. Okay kena perli dengan Syahadah sekali lagi kahkah. 

Kepada kawan kawan batch saya, yang menjadi teman sekelas selama 4 tahun di universiti, 2 tahun bersemuka dan 2 tahun online, tahniah atas pencapaian anda semua, sampai ke peringkat ini! Bukan semua orang boleh capai. You did a great job! Alhamdulillah semuanya sekarang sudah kerja dan menjalani kehidupan masing masing di serata Malaysia dengan cemerlangnya. Walaupun saya tak tahu macam mana keberadaan mereka sekarang, saya harap mereka sentiasa dalam keadaan yang baik dan dipermudahkan segala urusan mereka oleh Allah. Sama samalah kita doakan supaya kita semua diberi kebaikan oleh Allah di dunia dan di akhirat. 

P/S: Sedih 😭 Semua dah besar, dah dewasa! Mengapakah cepat betul masa berlalu. Masing masing dengan kehidupan masing masing. Sedih! Tak ada apa yang boleh describe perasaan saya sekarang 😢

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, August 12, 2022

TAHNIAH MUKHLISIN 💕


Alhamdulillah tanggal 12 Ogos 2022, jam 1.46 pagi pada umur 15 tahun Adik berjaya bergelar hafiz Quran dan selesai syahadah. Saya langsung tak sangka. Adik habiskan 30 juz dalam masa 22 jam, mula dari 4.30 pagi 11 Ogos hingga 1.46 pagi 12 Ogos. Sepanjang hari dia puasa untuk melancarkan majlis. Dia rehat untuk solat dan berbuka puasa saja. Allahu alhamdulillah Allah bagi Adik kekuatan dan kebolehan yang bukan semua orang dapat. 

Mesti Ustaz Hassan aka ustaz Adik sangat gembira. Mukhlisin orang pertama yang syahadah di tahfiz tu, Tahfiz Darul Riyadh. Itu yang Abang Long Fakhrurrazi cakap. Beruntungnya pengasasnya Almarhum Ustaz Fauzi, sentiasa mengalir pahala dia walaupun sudah tiada. Seluruh ahli keluarga saya yang ada di rumah pergi ke tahfiz untuk support Adik termasuklah Along. Supportive betul Along ni, dari zaman si Syahadah bertanding hafazan lagi dia sentiasa ada bersama.

Lepas Jumaat 12 Ogos tu, ada bekwoh makan makan sempena majlis Adik. Sangat meriah kalau diikutkan kata Syahadah dan Umi. Alhamdulillah ramai yang datang dan meraikan. Mungkin ini adalah satu pencapaian yang sangat cemerlang bagi tahfiz tu sebab itulah mereka macam beria. Siap ada banner lagi. Ada live di TikTok dan FB. Adik sebagai King of the Day sangat tenang yang tuan puan masa majlis tu di depan tahfiz. Macam dah biasa berada di bawah spotlight kahkah. Pelbagai hidangan disajikan. Ada makanan yang Umi sediakan, Cik Ani dan tahfiz tu sendiri serta semua yang sponsor. 

Tahniah Adik! Dah lama saya dengar Mukhlisin nak syahadah tapi saya tak sangka tercapai juga hasrat dia. Lepas tu ada 3 pilihan, syahadah 3 hari (10 juz sehari), 2 hari (15 juz sehari) dan 1 hari (30 juz sehari). Saya rasa Ustaz Hassan cadangkan 2 hari lah tapi Adik nak 1 hari, 30 juz sekaligus. Alhamdulillah tercapai. Baguslah dia tahu apa yang dia nak dan dia usaha. Saya nak baca 1 juz sehari pun berperang dengan hati, dia baca 30 juz 1 hari dan tak tengok al-Quran. Allahu. Tabarakallah.

Semoga hafalan adik diberkati Allah dan semoga Adik sentiasa istiqamah ingat semua hafalan dia dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Semoga Adik diberi kebaikan oleh Allah di dunia dan di akhirat, masuk syurga tanpa hisab dan dapat capai semua perkara yang diimpikannya. Semoga sentiasa cemerlang, in shaa Allah.

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, August 7, 2022

CIKGU SABINUS PINDAH RUMAH


Akhirnya, secara officialnya Cikgu Sabinus keluar dari SMK Tandek 2. Saya sedih! Tapi apakan daya. Bersyukur ada Sue sebab walaupun Cikgu Sabinus dah pindah sekolah dan rumah, Sue menjadi penyebab kita saling berhubung. Yang faham tu fahamlah kahkah. Rumah Cikgu Sabinus sekarang didiami oleh Neilda dan Diana, manakala rumah mereka dulu didiami oleh Cikgu Al Faidal yang sememangnya rumah itu adalah untuk warden yang berkeluarga.

Seharian Cikgu Sabinus dan geng memindahkan barang di rumah baru yang terletak di pekan. Senanglah lagi dekat rumah tu dengan sekolah dia. Basirah pun macam dah officially pindah dari sekolah ni lah sebab barang dia semua dah diangkut ke rumah baru dia. Lain betul kehidupan saya sekarang. Dah awkward lah saya nak ke flat sekarang sebab macam dah tak ada kaitan lagi. Dulu alasan ada Basirah. Jadi apapun hidup mesti diteruskan. Jangan putus asa. 

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, August 3, 2022

GURU ROS & PRAKTIKAL TAN2


Tengok budak ROS dan praktikal ni mengingatkan kepada saya yang dulu masa melalui benda yang sama dengan mereka. Semoga mereka ni terus cemerlang dan dapat menjadi guru seperti yang diimpikan. 3 orang lelaki di tengah tu pelajar UPM. Umur baru 21, 22 dan 23 dan semua Sabahan. Buat ROS di sekolah ni selama 2 minggu saja. Tai kesian lah sepanjang hari asyik merelief saja. Tak ada kerja lain. Hari terakhir mereka di sekolah ni kena paksa buat mural tengah panas oleh Cikgu June kahkah. Nasib lah kau dek. Hakak dulu pun masa ROS tak pernah miss kena relief haha. Memang itulah function kau di sekolah sebab tak mengajar kan. 

Eh lupa bagitahu nama mereka, dari kiri Rayner, Ezyen dan Faizal. Major mereka Sains Pertanian dan PJ. Sepanjang mereka di sekolah ni, haish sakit mata tengok budak perempuan tergedik gedik depan cikgu yang hensem dan muda ni kahkah. Sampai mereka minta guru matapelajaran mereka tak masuk kelas supaya bakal bakal cikgu ni merelief. Aduhai budak~ Tapi biasalah kan umur mereka sekarang ni hormon tengah membuak buak haha. Ustazah pun pernah satu umur dengan kau dek.

Yang pakai baju purple tu namanya Esther. Comel kan? Haa macam bapak dia lah. Kecil molek, siapa lagi kalau bukan Cikgu Meijil Totong, PK KOKUM paling function di TAN2 ni. Hihi. Si Esther ni dah praktikal tapi 2 bulan sajalah. Dia punya major PSV. Tenang saja orangnya. Umur dia 23 tahun. Saya tak pernah lah borak panjang dengan dia. Sekadar tanya umur saja di tangga pejabat haritu haha. Ini pun satu. Mentang mentang lah cikgu ni cantik, budak lelaki sibuk tanya pasal Esther ni haha. Tapi saya layan sajalah. Kan kalau marah cakap ustazah jealous pula. Okay bye. 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, August 2, 2022

TEAM HOKI TAN2 WAKIL NEGERI


Tahniah team hoki yang dilatih oleh Ustaz Hazmin, ketua warden TAN2 yang sangat function. Ustaz sedang berusaha untuk menjadikan sukan hoki kebitaraan TAN2. In shaa Allah tercapai sebab dah nampak kebolehan budak budak ni dalam hoki. Makin ramai yang meminati sukan ni. Alkisahnya budak budak ni tembus ke pertandingan hoki peringkat negeri di Kota Kinabalu. Terpilih untuk ke negeri lah. 

Keputusannya, wakil lelaki Kota Marudu dapat nombor 3 dan wakil perempuan Kota Marudu dapat nombor 1. Johan! Percaya ke tidak? Nampaklah ustaz sangat sangat happy. Siap belanja budak budak ni makan di Chicken Rice Shop. Sekarang sedang tunggu pengumuman pemain yang terpilih untuk ke kebangsaan. In shaa Allah dipermudahkan.

P/S: Tiber selfie. Si Kelvin lah yang ajak. Saya baru turun dari rumah Basirah dan terserempak dengan mereka di parking kereta ustaz. Menyempat ajak kita selfie. Ustazah pun layanlah.

Kota Marudu, Sabah.

Monday, August 1, 2022

HAPPY BELATED BIRTHDAY KAKLONG 🦋

31 July 2022

Selamat menyambut ulang tahun hari lahir ke-28 Kaklong! Seriously saya langsung tak ingat nak buat blog kemarin. Tapi saya ingat saja birthday Kaklong dan saya dah wish di Whatsapp. Kaklong masa mula mula saya kenal baru umur 22 tahun. Kaklong kahwin umur 22 dan Along umur 25. Masa berlalu dengan pantasnya dan sekarang mereka masing masing sudah 28 dan 31 tahun. Sedih 😭 Cepatnya masa berlalu. Dari Mukhlisin boleh salam dengan Kaklong, sampai sekarang dah tak boleh sebab Mukhlisin dah baligh dah besar. Bayangkan lama dah kan.
 
Mereka kahwin tahun 2016 dan sekarang alhamdulillah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang soleh solehah dan comel cerdik semuanya. Kaklong macam pendiam tapi tak pendiam sangat tapi tidak bising. Hmm macam mana saya nak describe Kaklong haha. Begitulah Kaklong. Sejuk mata memandang alhamdulillah. Hidup bersama selama lebih 5 tahun, saya dapat rasakan kematangan Kaklong semakin bertambah seiring dengan bertambahnya umur. Kakak saya pun makin matang tapi matang lagi Kaklong walaupun umur mereka sama kahkah. Kaklong jarang masak kalau balik rumah kami tapi sekali dia masak memang sedap. Yang saya ingat Kaklong buat sotong celup tepung. Memang mantap. Sampai sekarang saya tak tanya lagi apakah rahsia di sebaliknya itu. Tiber.

Apapun selamat hari lahir Kaklong. Namanya cantik secantik tuannya dan akhlaknya. Semoga Kaklong sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah makbulkan segala doa doa Kaklong dan memberkati kehidupan Kaklong. Semoga Kaklong terus menjadi seorang anak, isteri, ibu dan insan yang solehah sepertimana sekarang dan mungkin lebih baik lagi, in shaa Allah. Semoga Along dan Kaklong terus dikurniakan zuriat zuriat yang comel dan soleh solehah seperti Iman, Abdurrahman dan Abbas. Allahumma aamiin.

I love you Kaklong 💕