Alhamdulillah tanggal 12 Ogos 2022, jam 1.46 pagi pada umur 15 tahun Adik berjaya bergelar hafiz Quran dan selesai syahadah. Saya langsung tak sangka. Adik habiskan 30 juz dalam masa 22 jam, mula dari 4.30 pagi 11 Ogos hingga 1.46 pagi 12 Ogos. Sepanjang hari dia puasa untuk melancarkan majlis. Dia rehat untuk solat dan berbuka puasa saja. Allahu alhamdulillah Allah bagi Adik kekuatan dan kebolehan yang bukan semua orang dapat.
Mesti Ustaz Hassan aka ustaz Adik sangat gembira. Mukhlisin orang pertama yang syahadah di tahfiz tu, Tahfiz Darul Riyadh. Itu yang Abang Long Fakhrurrazi cakap. Beruntungnya pengasasnya Almarhum Ustaz Fauzi, sentiasa mengalir pahala dia walaupun sudah tiada. Seluruh ahli keluarga saya yang ada di rumah pergi ke tahfiz untuk support Adik termasuklah Along. Supportive betul Along ni, dari zaman si Syahadah bertanding hafazan lagi dia sentiasa ada bersama.
Lepas Jumaat 12 Ogos tu, ada bekwoh makan makan sempena majlis Adik. Sangat meriah kalau diikutkan kata Syahadah dan Umi. Alhamdulillah ramai yang datang dan meraikan. Mungkin ini adalah satu pencapaian yang sangat cemerlang bagi tahfiz tu sebab itulah mereka macam beria. Siap ada banner lagi. Ada live di TikTok dan FB. Adik sebagai King of the Day sangat tenang yang tuan puan masa majlis tu di depan tahfiz. Macam dah biasa berada di bawah spotlight kahkah. Pelbagai hidangan disajikan. Ada makanan yang Umi sediakan, Cik Ani dan tahfiz tu sendiri serta semua yang sponsor.
Tahniah Adik! Dah lama saya dengar Mukhlisin nak syahadah tapi saya tak sangka tercapai juga hasrat dia. Lepas tu ada 3 pilihan, syahadah 3 hari (10 juz sehari), 2 hari (15 juz sehari) dan 1 hari (30 juz sehari). Saya rasa Ustaz Hassan cadangkan 2 hari lah tapi Adik nak 1 hari, 30 juz sekaligus. Alhamdulillah tercapai. Baguslah dia tahu apa yang dia nak dan dia usaha. Saya nak baca 1 juz sehari pun berperang dengan hati, dia baca 30 juz 1 hari dan tak tengok al-Quran. Allahu. Tabarakallah.
Semoga hafalan adik diberkati Allah dan semoga Adik sentiasa istiqamah ingat semua hafalan dia dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Semoga Adik diberi kebaikan oleh Allah di dunia dan di akhirat, masuk syurga tanpa hisab dan dapat capai semua perkara yang diimpikannya. Semoga sentiasa cemerlang, in shaa Allah.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment