Saturday, December 31, 2022

LAST DAY OF 2022


Semuanya terasa seperti mimpi. Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang dicurahkan kepadaku. Semoga semuanya sentiasa diberkati oleh Allah. Banyak perkara yang tidak disangka terjadi kepada saya yang mana saya sangat bersyukur. Ia membuatkan saya muhasabah diri. Sebanyak ini nikmat yang diberikan kepadaku, namun sebanyak manakah tanda kesyukuranku terhadap Allah. 

Rezeki yang paling tidak saya sangka adalah mendapat pekerjaan seusai tamat pengajian di universiti. Saya tak pernah terfikir akan menjadi guru secepat ini. Alhamdulillah. Semoga saya sentiasa kuat dan tabah menjadi seorang pendidik dan sentiasa gigih berusaha untuk menjadi yang terbaik. 

Pada bulan 3 tahun ini saya telah dikurniakan anak saudara baru yang sangat comel yabg diberi nama Abdullah Abbas. Secantik nama, cantik lagi tuannya. Begitu. Alhamdulillah. Semoga Iman, Abdurrahman dan Abbas menjadi anak yang soleh dan hamba Allah yang taat. In shaa Allah. 

Ada satu lagi, saya tak pernah sangka akan kahwin pada umur 25. Betul betul tak pernah terlintas di fikiran saya memandangkan saya sentiasa single sejak azali ya tuan puan kahkah. Tapi alhamdulillah dikurniakan pasangan yang in shaa Allah dapat sama sama membimbingku dan orang lain ke syurga yang tertinggi di sisi Allah. 

Banyak lagi perkara lain yang saya sangat bersyukur. Abah dapat APC, Syahadah dapat dekan, Angah dapat kerja baru yang lebih baik, Alang dapat mengajar subjek idamannya, Kakcik dapat sambung master dan sebagainya. Segala rezeki yang melimpah ruah in shaa Allah sentiasa disyukuri. 

Semoga Allah tidak mengaburkan mata dan hati kami dengan segala nikmat ini. Ada satu lagi, saya sangat bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang sangat baik alhamdulillah. Sentiasa membimbing saya ke arah kebaikan in shaa Allah. Mereka banyak bagi saya nasihat dan tunjuk ajar sepanjang terkandas banjir. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, permudahkan rezeki yang halal buat kita, memberi kesihatan yang baik, memakbulkan segala doa, memberi kita kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah dan dirahmati. Allahumma aamiin. 

Kota Marudu, Sabah.

Friday, December 30, 2022

ANAK SAUDARA BARU


Dalam gambar di atas belum cukup korum ya tuan puan saya punya anak anak buah baru. Ramai betul mereka ni. Alhamdulillah bertambah meriah lah hidup. Kenapa lah saya tak terfikir langsung nak ambil gambar mereka. Last minute baru ambil. Itupun tak semua ada. Hmm. Tak apa yang penting kamu semua sentiasa dalam hati Mak Su Sya. 

Yang saya suka mereka ni dari later belakang yang pelbagai. Ada yang menetap di Pahang, Sabah, Penang dan Kelantan. Kiranya pelbagai dialek saya dengar bila mereka berkomunikasi. Terima kasih ya Allah menghadirkan mereka semua dalam hidup saya. Bila berhadapan dengan mereka, baru saya rasa matang dan keibusaudaraan.

Mungkin sebab mereka kebanyakannya sudah besar remaja kan. Kalau dengan anak buah saya sendiri saya selalu main main sebab masih kecil. Kiranya lain lah cara berkomunikasi dengan mereka. Alaa rindunya! Rasa sekejap saja masa bersama mereka. Sungguh besar hikmah terperangkap banjir di rumah mentua. Alhamdulillah.

Susah untuk diungkapkan melalui kata kata atau tulisan. Sungguh saya tak sangka saya akan membina kenangan yang saya tak pernah saya jangka akan hadir dalam hidup saya. Terima kasih ya Allah. Sungguh besar nikmat mu ini. Andai dapat kuundarkan putaran dunia. Tiber. Memang tidak lah. Cuma in shaa Allah sentiasa ada kenangan baru yang terindah. 

Kalau lah saya boleh dokumentasikan perjalanan hidup saya selama seminggu di rumah mentua ketika terperangkap banjir. Hanya Allah yang tahu betapa bermaknanya moment itu walaupun ada waktu susah yang ditempuhi seperti tak cukup pakaian. Nanti lah saya cerita in shaa Allah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Thursday, December 29, 2022

TAZKIRAH DARI KAKAK IPAR


Haa kau ada dek kena tazkirah selama sejam haha. Takdelah gurau jak. Kak Hidayah baik sangat. Banyak sangat dia share benda yang sangat bermanfaat untuk diriku. Saya sangat bersyukur alhamdulillah. Sebenarnya lepas terputus talian sebab sejam suda, kami sambung balik dalam 45 minit lagi. 

Banyak lah benda yang dikongsikan. Antaranya resepi sup ayam. Kak Hidayah siap bagi list bahan yang perlu dibeli, cara memasak dan cara hidangkan. Detailed betul ya. Alhamdulillah. Perkara lain yang dikongsikan adalah cara untuk menjaga diri, cara menambat hati dan sebagainya. 

Diselitkan juga pesanan yang sangatlah deep. Antaranya adalah apa apa masalah antara pasangan jangan sesekali dikongsikan kepada sesiapa pun, hatta ibu bapa sendiri, adik beradik, apatah lagi kawan kawan. Kalau nak cakap, cakap benda baik saja. Masalah selesaikan sendiri saja. Jangan libatkan pihak lain. 

Baik buruk suami dan isteri cukuplah simpan antara pasangan saja. Tak perlu diceritakan kepada sesiapapun. Tiada keperluan pun. Orang lain tunggu nak bersorak saja dengar kelemahan orang lain kan. Terima lah pasangan seadanya. Sama samalah nasihat menasihati. Jangan ego dan taknak mengaku kalah. Kalau nampak satu orang merajuk, satu orang lagi mengalah lah. Pujuklah kahkah. 

Seterusnya adalah kena memahami status kewangan pasangan. Jangan boros. Jangan minta itu ini. Jangan membebankan pasangan. In shaa Allah saya tidak buat perkara itu ya. Basically semua di atas sudah dibagitahu oleh Umi. Semoga saya dapat amalkan semua nasihat dengan sebaiknya. 

Kak Hidayah pesan suruh jangok sikit. Kalau hidup satu orang ndapalah pakai macam mana pun. Rambut kusut macam mana pun. Badan bau macam mana pun. Tapi bila hidup dengan orang lain, dengan pasangan, kena jaga diri supaya mereka tidak lari kahkah. Juga supaya diri ini sentiasa diingati sebagai yang terbaik walaupun berjauhan. 

Terima kasih Kak Hidayah atas peringatan dan nasihat. Kak Hidayah cakap adik dia seorang yang kemas dan saya boleh nampak ya. Jadi saya pun kena lah jadi pengemas juga. Ngam lam berbiras dengan Abe Cik. Hiks. Semoga Allah permudahkan urusan Kak Hidayah. Dia tersangatlah tidak kedekut ilmu. Apa apa dia akan straightforward. Tak tapis dah cakap apa apa haha. I like 💕

Semoga segala urusan Kak Hidayah dan Abe Syahmi dipermudahkan, diberkati dan dirahmati Allah sentiasa, dikurniakan zuriat yang soleh solehah dan comel semuanya in shaa Allah. Semoga mereka diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Allahumma aamiin. 

Homestay Mok Ton, 
Seberang Takir.

PASAR MALAM VIEW JAMBATAN ANGKAT





Malam malam berjalan jalan mengelilingi food trucks yang terletak cantik dekat view jambatan angkat. Meriah sangat pasar malam ini alhamdulillah. Kita dapat makan jagung manis dan air milo free. Hiks. Terima kasih 💕 Banyak lagi pilihan makanan lain tapi tiada suda selera saya. Mau tidur jak. 

Homestay Mok Ton,
Kuala Terengganu. 

Wednesday, December 28, 2022

AISKRIM GULUNG

First time tengok orang buat aiskrim gulung depan mata. Biasanya tengok dalam Youtube jak. Harganya RM10. Kalau saya sendiri takkan beli lah. Tapi sebab ada orang belanja, kita on. Hiks. Alhamdulillah. 

Sorry lah Syahadah. Bila lagi kan kakakmu ini nak hadapi macam ini. Lepas ni dah nak ke Sabah in shaa Allah. Tiber. 

Pasar malam tepi Mydin Mall, 
Kuala Terengganu. 

MASJID KRISTAL


Harini disebabkan kelas dia habis awal dan kelas seterusnya dibatalkan, jadi saya dengan sukarelanya dibawa berjalan jalan di Masjid Kristal. Alhamdulillah. Kembali ke sini setelah beberapa tahun. Kali terakhir datang dengan family tershayang alhamdulillah. Hiks. 

Jadi terubatlah sedikit kesunyian saya di homestay ngehngeh. Saya okay saja duduk di rumah, tapi kalau keluar rumah lagi okay kahkah. Alhamdulillah dikurniakan orang yang juga suka berjalan jalan. Itu pun dikira satu nikmat kan. Terima kasih kerana memahami jiwa ini yang ingin keluar rumah. 

Homestay Mok Ton,
Kuala Terengganu.

Tuesday, December 27, 2022

MENYIBUK DI IPG


Rancangannya adalah dia ambil saya di rumah masa rehat dia dan bawa saya ke Bank Islam dalam jam 12.45 PM. Selepas selesai di sana, kami rancang nak solat di masjid tapi sebab dah terlambat, kami terpaksa ke kampus terus. Saya dipaksa untuk memasuki taklimat yang menyaksikan ramai pelajar seangkatannya di sana. Allahu betapa malunya saya tapi saya buat tak tahu saja masuk dewan kuliah. Lagipun bukan belajar pun kan. 20 minit selepas taklimat bermula, kami keluar dari dewan kuliah dan bergegas ke masjid kampus. Kami solat dan masuk balik ke dalam dewan. Jadi gambar di atas adalah ketika kami baru selesai solat. Sekian.

P/S: Masing masing muka judge, eew ini ke isteri Dailamie. Haha okay itu saya punya perasaan saja. Orang tak peduli pun kahkah. Tapi biasalah ada mata judge. Kalau aku pun tiber ada orang lain masuk kuliah yang tiada kena mengena dengan dia, aku mata judge juga kahkah. 

Ruang tamu homestay,
Kuala Terengganu, Terengganu.

Monday, December 26, 2022

MASAKAN PERTAMA

Masakan pertama daku. Sendu nya muka dia. Tak sedap ke dek. Haha okay gurau. Hari ini saya masak nasi dan telur masak kicap. Entahlah macam mana rasa dia. Saya main campak saja. Kalau suruh buat lagi saya dah tak pandai kahkah. 

Apakah menu seterusnya? Macam mana lah suri rumah boleh hidup dengan tenang. Saya yang kena jadi suri rumah untuk seminggu ini pun pening memikirkan menu apa yang perlu dimasak. Tolong saya! 

Kita masak guna telur special okay iaitu telur ayam kampung. Bukan apa, tak ada telur ayam biasa. Rindu pula Kelantan, nak apa apa mesti ada. Masuk saja Pantai Timur, in shaa Allah sebarang benda yang diinginkan akan dipenuhi. 

P/S: Saya sedang tanda kertas exam sekarang tapi bukan saya punya pun kahkah. Tak apalah kita ada masa luang, boleh lah tolong ringankan beban sikit. Bukan selalu kan. 

Ruang tamu homestay,
Kuala Terengganu, Terengganu. 

AMAR & AISHAH KAHWIN


Akhirnya kawanku Amar dan Aishah kahwin! Rasa tak percaya! Hiks. Tahniah kawan kawanku. Sorry diri ini tidak dapat hadir kerana ada kerja. Tapi kalau takde kerja pun mungkin saya tak pergi pun kahkah. Bukan apa, kalau sendiri tak apa. Ini kan tumpang orang. Hiks. 

Cantik sangat Aishah! Simple jak makeup dia. Tidak heavy tapi cantik. Amar pula sama saja saya tengok. Begitu jugalah muka dia 4 tahun lepas pun ngehngeh. Semoga hubungan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga yang tertinggi di sisi Allah. 

Semoga Amar dan Aishah dikurniakan zuriat yang soleh solehah, comel dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Semoga mereka sentiasa diberkati dan dirahmati Allah. Menyelesaikan segala masalah yang dihadapi dengan tenang dan berhikmah. In shaa Allah. 

IPGKDRI,
Kuala Terengganu, Terengganu.

Sunday, December 25, 2022

BORONG LOKCING


Antara wishlist saya sebelum ke Terengganu adalah membeli cinglok ya adik adik. Kita borong lokcing di Rantau Panjang ngehngeh. Alhamdulillah sepanjang perjalanan ke Terengganu perut kenyang dengan cinglok sampaikan nak termuntah. Okay puasa lokcing untuk minggu seterusnya. 

Tapi saya nak makan lokcing sekali lagi sebelum terbang ke Sabah. Hihi. Yalah haram nak jumpa benda tu dekat sana haha. Saya beli ngam ngam RM30 haritu. Tak tahu lah berapa cocok tapi memang kenyanglah. Okaylah gerak lu pape roger. 

Homestay Mok Ton,
Kuala Terengganu, Terengganu.

Wednesday, December 21, 2022

ABBAS THE CUTEST CREATION ALIVE


Anak buah yang comel adalah satu anugerah ya kawan kawan. Hilang stress daku tengok muka Abdullah Abbas. Bau pun masih best dan sesuai untuk dicium. Hiks. Rindu lah anak anak buahku 😭 Tak tahu bila pula boleh jumpa. 

Perhatian kepada anak anak buahku yang lain iaitu Iman dan Abdurrahman, sila bagi laluan kepada Mama Sya untuk post tentang adikmu ini ya. Kau dah puas masuk dalam blog Mama Sya. Balik balik Iman Abdurrahman jak. Bagilah chance dekat budak ini pula. 

Sekarang Abdullah Abbas dah masuk 9 bulan. Sudah boleh duduk sendiri tapi kena jaga lah. Kadang kadang pandai jatuh juga itu budak. Sudah dapat makan makanan solid seperti buah dan nasi. Pandai membebel dan nak bercakap. Comel! 

P/S: Agak agak macam mana muka adik Abbas pula. Hiks awal betul Mama Sya fikir kan. Sorry Along Kaklong. Hehe. 

Saturday, December 17, 2022

I GOT MARRIED

Nak percaya, percaya. Taknak percaya sudah. Saya sendiri pun macam tak percaya juga kahkah. Alhamdulillah tanggal 17 Disember 2022, anak dara kesayangan Abah Umi ini bergelar isteri ya kawan kawan. Percaya ke tidak. Sungguh jodoh itu rahsia Allah. Tak pernah disangka sangka jodohku tiba dengan cara ini alhamdulillah. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga yang tertinggi di sisi Allah. Allahumma aamiin. 

Semuanya berlaku dengan sangat pantas dan sekelip mata. Hmm bukanlah sekelip mata juga. Lama jugalah buat itu ini. Tapi alhamdulillah Allah permudahkan segalanya dalam tempoh dua bulan ini. 

Sejujurnya saya tak tahu nak cakap apa sekarang. Banyak benda yang ingin diperkatakan dan ditulis. Nanti dapat semangat saya akan sambung. Doakan!

Friday, December 16, 2022

SANTAI BETUL KAU AH


Amboi ini budak. Orang lain sedang sibuk buat itu ini, dia sedap saja landing depan tv. Almaklumlah karpet baru kan. Nak merasa aura karpet barulah kali. Sebenarnya karpet tu adalah untuk bilik bawah tapi saya tak boleh tengok. Asal tengok pening. Jadi saya bagitahu Umi dan Umi suruh tukar. Jadi karpet ini ditempatkan depan tv. Hiks. 

Okay berbalik kepada Abdurrahman, kenapa budak ni comel sangat! Kenapa! Alhamdulillah dikurniakan anak anak saudara yang comel dan cerdik yang sentiasa menghilangkan saya punya bebanan. Tapi kadang kadang menambah bebanan juga kahkah. Kalau time kita sibuk, dia pun sibuklah. Haha lawak lah. 

Iman pun satu, orang lain sibuk bersiap, best eh dia tengok cerita. Lawak betul bila ingat balik. Saya punyalah kalut, dia pula rileks je mandi pun belum. Comel kan Iman? Hihi. Tak sabar nak tengok keletah Abdullah Abbas pula. Macam mana lah budak tu nanti. Adakah dia manja macam Abdurrahman, atau tegas macam Iman. 

Wednesday, December 14, 2022

SPENDING QUALITY TIME WITH MY BABY BROTHER

Acah sweet betul dalam kereta tadi sambil menunggu Kakda. Saya beli roti golok dan roti chocolate dengan Kakda! Sedap sangat! Kemarin saya beli pizza dengan Kakda. Okay berbalik kepada cerita asal, saya dengan Adik menunggu dalam kereta dalam 30 minit. Lepas tu ngam ngam kami tunggu depan 7E. Jadi kami turun dan beli beberapa benda dan yang paling wajib adalah ice cream ya tuan puan. Saya beli air juga. Hiks. 

Comel sangat anak Kakda tadi. Baby Aisy sombong betul dengan Mama Sya harini. Haha. Dia excited nak pergi KL main air katanya. Tapi Kakda tak ikut pun. 

Teratak hijau,
Rantau Panjang. 

Friday, December 9, 2022

DINNER AKHIR TAHUN TAN2

Semalam dinner akhir tahun di Raihan 7 Kota Marudu. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan terkawal. Makanan pun puas hati. Yang ajaibnya adalah saya tak makan pun hidangan ayam semalam. Yang saya makan adalah isi ikan yang digoreng dengan salutan tepung dan daging yang dimasak warna hitam. Sedap! 

Ada pertukaran hadiah. Saya dapat extension! Rezeki betul kan alhamdulillah. Terima kasih sang pemberi misteri. Saya pula belikan untuk Cikgu Nassy beg. Cantik! Warna hitam. Hiks. Saya beli yang taste saya lah tapi harapnya kena dengan selera Cikgu Nassy.

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, December 7, 2022

WHY PPD WHY


Perasaanku ketika ini dapat diterjemahkan melalui gambar tersebut. Apa yang saya cakap kan ini? Okay sekarang saya dah start rasa pening kepala. Mungkin kerana tidur lewat semalam dan belum lagi tidur setelah itu. 

Saya tidur jam 4 pagi semalam dan setelah itu ke sekolah. Satu sekolah sibuk menyiapkan fail fail yang diperlukan untuk disediakan kepada PPD yang dijangka berkunjung ke sini esok. 

Malam ini rancangannya adalah menyiapkan papan kenyataan asrama aspuri. Saya mahu print gambar budak 2 Permata juga. Demand betul mereka ini hiks. Okay guys sorry I'm joking. 

Takdelah saya buat secara sukarela kerana berterima kasih kepada mereka yang sangat bersemangat menghias kelas selama beberapa hari ini. Terima kasih permata hati ustazah. Begitu. 

Okaylah saya mahu solat Isyak. Saya sedang video call dengan Syahadah sekarang sambil buat blog. Sekejap lagi harapnya aktif lah ya. Mahu keringkan baju juga. Apa lagi ya yang saya nak buat. Hiks. 

P/S: By the way, gambar di atas adalah ketika kami para warden bertolak ke Labuan. Saya dibuang di seat paling belakang bersama barang dek kerana menjadi ahli termuda kahkah. Bye!

Kota Marudu, Sabah.  

ISTERI SOLEHAH

Suatu ketika dahulu, diriku tersangatlah obses dengan dua figura ini. Model bagi nasyid Amani iaitu isteri penyanyi nasyid Amar dan model nasyid Bisikan Nurani nyanyian Inteam. Hanya Allah yang tahu betapa teruknya saya punya obsesi sampaikan saya screenshot gambar isteri Amar macam yang di atas dan jadikan muka depan saya punya kamus. 

Ketika itu saya dalam form 1 atau 2 begitu. Saya sangatlah mengimpikan menjadi sesolehah mereka. Tak tipu. Saya ada juga try pakai tudung macam mereka tapi buruk betul kahkah. Saya suka tengok mereka. Entahlah kenapa. Jauh di sudut hati ini saya ingin menjadi lemah lembut, solehah, muslimah sejati yang menjaga agama dan nama baik. Semoga tercapailah suatu hari nanti in shaa Allah. 

P/S: Kalau mereka tahu ada orang obses dengan mereka begitu sekali mesti mereka takut kan kahkah. Cantik sangat mereka kan! Sekarang jam 3.50 pagi dan saya belum tidur. Saya baru kemas barang untuk balik Kelantan in shaa Allah. Alhamdulillah dah selesai separuh. Tunggu baju lain kering dan masukkan dalam beg. Tadi saya siapkan beberapa tugas panitia dan RPH. 

Kota Marudu, Sabah.

Tuesday, December 6, 2022

SYAHIRAH ACAH SIBUK


Minggu akhir sebelum cuti, minggu yang sangat menyeksakan bagiku. Kenapa semua benda kena siapkan sekarang ngehngeh. Kenapa sekarang lah PPD nak jenguk sekolah. Kenapa tak boleh biarkan saya bercuti dengan tenang. Barang untuk dibawa balik belum saya kemas. 

Rasa takde semangat nak balik. Entahlah. Salah saya juga tak cakna dengan kerja. Sepatutnya buat awal awal kan. Namun seluruh sekolah sekarang sedang kalut menyiapkan itu ini dek penangan PPD. Hmm. Doakan kami ya kawan kawan. 

P/S: By the way, siapa Rani Kulup sebenarnya eh. Setiap kali buka berita ada saja muka dia. Who is he? Syahadah tolong search dan bagitahu daku. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, December 5, 2022

UPDATE ABDULLAH ABBAS


Isn't he the cutest? Please say yes 😭 Abdullah Abbas comel sangat alhamdulillah. Saya geram betul tengok dia. Tak sabar nak jumpa! Tapi tak pandai senyum kah ini budak. Jual mahal eh. Takpe si abang dia dulu pun begitu juga. Tapi sekarang paling manja. Hiks. 

Nak masuk 9 bulan dah budak ni. Cepat je kan. Dia lahir 23 Mac 2022. Hmm paling tak cantik dia punya tarikh haha. Jahatnya makcik kau ni Abbas. Takde lah gurau jak. Yang penting saya nak gigit awak punya dagu nanti haha. Tiber. 

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, December 4, 2022

MEMBORONG IKAN BILIS DI PASAR TAMU


Hari ini saya ikut Kakda ke Pasar Tamu Kota Marudu. Tujuan sebenar adalah untuk memborong ikan bilis yang tuan puan kerana Kakda ingin menjualnya di Kelantan. Dia open order dan sangat memberangsangkan sambutannya alhamdulillah. Total order semua adalah 14 kilo ya. Bukan kaleng kaleng. 

Saya beli 3 kilo untuk rumah. Hiks. Itupun saya rasa macam nak kasi kurang sebab macam berat pula nak angkut naik flight. Hmm. Entahlah. Tengoklah nanti. Kakda sempat beli beg seperti dalam gambar di atas untuk makciknya. Alah pemurahnya anak saudara. Aku? Hmm kesian makcik pakcik aku haha.

Lepas selesai di sana, kami melencong ke KFC Langkon. KFC Kota Marudu pun ada tapi Kakda rajin untuk drive lebih jauh ya untuk makan kahkah. Banyak juga kami borak masa makan dan dengar cerita Kakda. Dah lama tak macam tu. Last macam tu sehari sebelum saya memulakan tugas sebagai warden asrama. 

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, December 1, 2022

WEDDING INVITATION

Semoga dipermudahkan segala urusan mereka dan dilancarkan semua majlis mereka. Semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke syurga Firdaus in shaa Allah. Siapakah mereka? Mereka ada lah sepupu Abah saya! Tapi satu umur dengan saya. Hiks. Cik Dayah anak Tok Chor, kami satu universiti dulu. Saya pernah juga pergi rumah dia masa kahwin abang dia dan tunang kakak dia. Sekarang bekerja sebagai peguam kali. 

Satu orang lagi adalah Cik Nisah? Saya pun baru tahu nama dia haha. Dia anak Aki Njang. Saya tak biasa sangat dengan dia sebab jarang jumpa. Jumpa pun di rumah Tok Aki atau masa pergi rumah dia atau dia datang rumah kami. Kalau jumpa pun tak pernah bercakap. Jadi sekadar kenal muka saja. Sekarang dia bekerja sebagai guru di Johor. Posting satu kali dengan saya bulan 3 tempoh hari. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. 

Kota Marudu, Sabah.