Saturday, December 31, 2022

LAST DAY OF 2022


Semuanya terasa seperti mimpi. Terima kasih ya Allah atas segala nikmat yang dicurahkan kepadaku. Semoga semuanya sentiasa diberkati oleh Allah. Banyak perkara yang tidak disangka terjadi kepada saya yang mana saya sangat bersyukur. Ia membuatkan saya muhasabah diri. Sebanyak ini nikmat yang diberikan kepadaku, namun sebanyak manakah tanda kesyukuranku terhadap Allah. 

Rezeki yang paling tidak saya sangka adalah mendapat pekerjaan seusai tamat pengajian di universiti. Saya tak pernah terfikir akan menjadi guru secepat ini. Alhamdulillah. Semoga saya sentiasa kuat dan tabah menjadi seorang pendidik dan sentiasa gigih berusaha untuk menjadi yang terbaik. 

Pada bulan 3 tahun ini saya telah dikurniakan anak saudara baru yang sangat comel yabg diberi nama Abdullah Abbas. Secantik nama, cantik lagi tuannya. Begitu. Alhamdulillah. Semoga Iman, Abdurrahman dan Abbas menjadi anak yang soleh dan hamba Allah yang taat. In shaa Allah. 

Ada satu lagi, saya tak pernah sangka akan kahwin pada umur 25. Betul betul tak pernah terlintas di fikiran saya memandangkan saya sentiasa single sejak azali ya tuan puan kahkah. Tapi alhamdulillah dikurniakan pasangan yang in shaa Allah dapat sama sama membimbingku dan orang lain ke syurga yang tertinggi di sisi Allah. 

Banyak lagi perkara lain yang saya sangat bersyukur. Abah dapat APC, Syahadah dapat dekan, Angah dapat kerja baru yang lebih baik, Alang dapat mengajar subjek idamannya, Kakcik dapat sambung master dan sebagainya. Segala rezeki yang melimpah ruah in shaa Allah sentiasa disyukuri. 

Semoga Allah tidak mengaburkan mata dan hati kami dengan segala nikmat ini. Ada satu lagi, saya sangat bersyukur dikurniakan keluarga mentua yang sangat baik alhamdulillah. Sentiasa membimbing saya ke arah kebaikan in shaa Allah. Mereka banyak bagi saya nasihat dan tunjuk ajar sepanjang terkandas banjir. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua, permudahkan rezeki yang halal buat kita, memberi kesihatan yang baik, memakbulkan segala doa, memberi kita kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah dan dirahmati. Allahumma aamiin. 

Kota Marudu, Sabah.

1 comment: