السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Mulakan harimu dengan BISMILLAH. Semoga segala apa yang kita lakukan diniatkan hanya kerana Allah. Alhamdulillah solehahnya Syahirah sekarang. Azam tahun baru kah ini? Hihi in shaa Allah. Saya saban tahun mencuba untuk menjadi lebih baik dari semua segi. Bertambah umur, bertambahlah tanggungjawab. Semoga semua tanggungjawab yang diamanahkan dapat dipikul dengan sebaiknya dan cemerlangnya.
Banyak perkara yang memerlukan penambahbaikan. Saya harap saya dapat berkerja dengan tenangnya, tidak mengeluh, laju dan tidak bertangguh dalam menyelesaikan sesuatu kerja, patuh arahan ketua, dapat bekerjasama dengan baik dalam menyiapkan sesuatu tugasan dan sebagainya. Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk melakukan semua perkara dengan lebih baik.
Saya ingin menjadi hamba Allah yang sentiasa meningkat imannya. Sentiasa beribadah kepada Allah. Hati dan mulut sentiasa mengingati Allah. Tidak leka dengan tugas dunia hingga melupakan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah. Sentiasa melakukan amal kebaikan walaupun sekali sehari. Tidak sesekali riak dan rasa tinggi diri.
Saya ingin menjadi insan yang lebih baik sebagai seorang anak, adik, kakak, ibu saudara, cucu, isteri, adik ipar dan menantu. Semoga Syahirah sentiasa disenangi oleh orang sekeliling dan ringan tulang melakukan segala perkara yang disuruh selagi tidak melanggar hukum syarak lah. Semoga saya dapat sentiasa memberi kepuasan kepada orang lain. Tidak menyakiti mereka dan dapat meringankan beban mereka.
Banyak sebenarnya kan harapan kita. Tapi yang paling penting semuanya menjurus ke arah kebaikan dan penambahbaikan in shaa Allah. Semoga kita semua mendapat syurga Allah dan dapat masuk syurga tanpa hisab. In shaa Allah.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment