Chombi:
Hai, nama saya Chombi. Pemilik saya baru ambil saya hari ini. Terima kasih tuan! Saya bersedia berkhidmat kepada tuan saya yang baik, berjimat cermat, pemurah, pandai dan sebagainya. In shaa Allah. Cantik tak saya? Apapun di mata tuan saya, saya lah yang paling cantik. Hiks.
Kadang kadang saya tertanya tanya, kenapa saya hitam? Hello saya bukan hitam okay, saya granite grey. Nice kan? Jangan judge saya. Tapi memang lah kalau saya jarang mandi ketara betul nampak. Harapnya tuan saya kerap mandikan saya supaya saya sentiasa bersih dan segar.
Tidak juga lama lah saya menunggu tuan saya ambil saya. Saya kena booking pada ulang tahun hari lahir tuan saya iaitu 9 November 2022. Saya diambil tuan saya pada 19 Januari 2023. Alhamdulillah tidak lama saya menunggu. Hiks.
Penumpang pertama tuan saya adalah Sue! Terima kasih Sue sudi kasi kawan tuan saya yang sendu pergi ambil kereta di rumah Kakda. Hiks. Terima kasih juga Kakda sudi tumpangkan tuan saya untuk ambil kereta di pekan. Beruntungnya tuan saya dikelilingi orang orang yang baik. Alhamdulillah.
Cantik tak nombor saya? Hihi tuan saya suka sangat dengan nombor saya. Walaupun bukan dibeli, tapi sangat nice. Tuan saya lah yang cakap. 31 Januari nanti saya kena pergi hospital di Tuaran untuk check badan saya luar dan dalam. Doakan dipermudahkan.
Tuan saya cerdik, cuma dia pelupa sikit. Ada kah dia lupa mau gambar saya masa saya cantik. Sampai hati tuan saya! Mungkin dia speechless kali tengok saya kan sampai tak ingat nak gambar saya. Adakah saya terlalu cantik bagi dia?
Tuan:
Diamlah kau Chombi. Perasan betul kau ni. Ishh tuan kau ni bukan lupa cuma tidak mau nampak beria bah kahkah. Takde lah memang aku lupa pun haha. Lagipun gelap sudah masa tu. Jadi tak terfikir langsung nak ambil gambar. Nak gambar di sekolah, malu dengan budak. Hmm.
Yang penting kau sentiasa di hatiku Chombi. Kau memang kereta impianku. Kau memang warna impianku. Aku sayang kau. Kau dah jadi saingan kawan aku, Elvy kahkah. Okaylah tuan kau mau buat kerja dulu. Nanti lah aku layan kau lagi okay.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment