Assalamu'alaikum WBT.
Kita saja throwback dinner sekolah haritu di Raihan 7. Menyempat bergambar eh. Sayangnya Kakda tak dapat join sebab kena hadiri kursus di KK. Kita ustazah sangat haritu kan. Haha. Bukan apa. Temanya adalah hitam. Satu satunya baju hitam saya adalah jubah ini lah. Jadi saya pakai saja.
Makanan malam tu boleh tahan banyak. Tapi saya makan lauk ikan saja. Ada kek juga. Mereka sambut birthday semua guru ikut tahun. Tapi masa kena nyanyi depan saya pergi tandas. Taknaklah saya menyanyi depan tiba tiba. Hiks. Ada anak Cikgu Mas. Comel sangat! Punya besar mata dia. Cerdik lagi.
Secara keseluruhannya, saya sangat enjoy malam itu. Itu adalah dinner pertama saya sebagai guru. Biasa pergi dinner sekolah Abah Umi saja. Sekarang turn sendiri pula alhamdulillah. Tahun depan katanya nak buat gempak. Bayar pun gempak lah eh. Hmm membazir betul kahkah.
Kalau nampak muka saya excited tu adalah kerana esoknya tu dah nak balik Kelantan! Tak sabar betul nak jumpa family. Sekarang pun macam itu juga. Nak balik! Okay sebelum saya menjadi lebih teruk haha, saya akhiri blog dulu okay. Assalamu'alaikum.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment