Wednesday, January 25, 2023

KOTA MARUDU LUMPUH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Hai semua. Hari ini 25 Januari 2023, hari Rabu iaitu hari pertama sekolah selepas cuti raya cina. Namun, sesuatu tidak dijangka telah berlaku. Apakah ia? Setelah beberapa hujan tanpa henti dan yang kemarin sangat lebat sampai ke pagi ini, akhirnya Kota Marudu tumpas. 

Pekan Kota Marudu sudah dinaiki air. Pekan Goshen pun banjir sudah. Area Taritipan, Beliajung, Tanjung Batu, Liabas semuanya lumpuh sudah. Ramai sudah yang dipindahkan ke tempat yang lebih selamat namun tidak saya tahu di mana pusat pemindahan itu. 

Tiada guru luar yang dapat datang sekolah. Hanya guru yang tinggal dalam sekolah saja yang ada sekarang kahkah. Kami ada 9 orang sekarang. Yang lain semua terperangkap banjir di kawasan masing masing. Yang sedih lagi ada tanah runtuh depan Kupang.

Apa yang saya nak makan untuk beberapa hari ini kalau Kupang lumpuh? Bak kata abang ipar kedua Syahadah, semoga dalam jagaan Allah sentiasa. Sekian. Saya ada 7 kelas nak tanda kertas exam tapi tiada mood saya kahkah. Umi saya cakap jangan malas. 

Pelajar luar sudah boleh balik sekarang. Kalau pelajar asrama, kena balik asrama jam 11. Guru guru pula macam mana? Adakah kena balik pada masa biasa iaitu 2.30 petang? Noooooo saya nak baring saja sekarang. Boleh kah saya balik sekarang? Memang tak boleh lah. Bye.

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment