Wednesday, January 11, 2023

SYAHADAH SOLEHAH


Ini adik saya satu lagi, dah nak masuk tahun kedua di universiti. Alhamdulillah akhirnya dia jumpa jiwa dia iaitu pendidikan. Begitu. Dah pandai posing ya adik ku sayang. Hiks. Tak ke sejuk mata memandang tengok pakai tudung labuh macam tu. Allahu. Semoga cemerlang dalam apa jua yang kau lakukan Syahadah. Kakakmu sentiasa menyokong kau dari jauh.

Saya kagum juga dengan kawan kawan dia terutamanya Ibby. Allahu labuhnya tudung masing masing. Bukan semua Allah pilih untuk jadi solehah bertudung labuh ni. Semoga semuanya sentiasa dalam jagaan Allah dan berjaya di dunia dan di akhirat. Satu kumpulan kali dorang ni. Haa hadaplah muka masing masing untuk 3 tahun seterusnya.

Nampak kelibat kelas, mengimbau kenangan ku di sana pada suatu masa dahulu. Di situlah juga aku menimba ilmu dan menyambung pelajaranku. Seingat aku, aku enjoy juga zaman belajar dulu. Semoga adikku juga sentiasa enjoy dan tidak stress dengan apa jua assignment atau tugasan yang diberikan. Itulah lumrah hidup seorang pelajar.

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment