Hari Khamis yang lepas panitia PAI adakan mesyuarat penyelarasan penskoran UASA subjek PAI. Mantap betul Ustaz Amran dan Ustaz Hazmin. Walaupun saya menyandang gelaran ketua panitia, namun kebanyakan kerja dibuat oleh mereka. Saya tukang print dan sediakan bahan saja. Mereka ini orang orang hebat PAI. Tapi alhamdulillah memang mereka sentiasa bagi saya tunjuk ajar walaupun Ustaz Hazmin aka Ketua Warden mulutnya pedas.
Tapi saya kebal sudah dengan Ustaz Hazmin. Kalau Ustaz Amran pula dia seorang yang sedikit lembut tapi dengan saya pun dia cakap kau aku. Tapi saya biasa sudah. Tapi ilmu mereka tidak dapat disangkal lagi. Saya kena banyak belajar tentang KBAT. Memang saya zero knowledge pasal KBAT ni. Mohon tunjuk ajar ustaz ustaz sekalian. Tiber.
Sebenarnya saya sedang jaga exam masa tu. Tapi Ustaz Hazmin suruh tinggalkan kelas dan masuk mesyuarat dulu sekejap. Kuasa ketua warden, dia suruh pelajar senyap sepanjang saya pergi mesyuarat, memang pelajar senyaplah kahkah. Lagipun 3 Intan kan, semuanya cerdik cerdik sudah.
Jadi sekarang saya sedang melawan nafsu tidur demi menyiapkan sesi menanda kertas untuk 9 kelas. Sudah saya siapkan 2 kelas tadi pagi. In shaa Allah malam ini lagi 1 kelas saya siapkan dan nak buat kajian tindakan pula. Kena tagih sudah oleh Cikgu Meijil. 25 Januari kena hantar. Semoga berjaya.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment