Thursday, January 5, 2023

KENANGAN TEATER 2019


Assalamu'alaikum WBT. Harini kita throwback kenangan menjalankan teater bersempena dengan subjek yang sudah ku lupa namanya. Tapi lecturer masih ku ingat iaitu Dr. Wan Rusli. Teater yang penuh gilang gemilang ini diadakan pada tanggal 13 Disember 2019. 3 tahun sudah kan. Persiapan untuk teater kalau tidak silap saya 1 bulan lebih. Tidak juga lama lah. Tapi hasilnya alhamdulillah lumayan. 

Function juga saya dalam teater ini. Memegang watak sebagai Yazid. Geng saya ketika itu adalah Fatin, Amar, Faiz dan Arief. Macam mana lah saya boleh pegang watak itu ya. Alhamdulillah diberi kekuatan dan keberanian oleh Allah. Saya sangat bersyukur teater itu berjalan dengan lancarnya dan ditonton oleh begitu ramai penonton. Tidak ku sangka. Saban hari kami berlatih dengan mindset yang negatif kahkah. Berjaya juga akhirnya. 

Seriously setiap hari berlatih hingga larut malam. Pernah kami balik bilik jam 3 pagi dan keesokannya ada kelas pagi. Allahu macam mana lah diri kami boleh sekuat itu dulu kan. Lambat balik pun sebab selalu sambung buat assignment terus. Kalau balik bilik confirm tidur jak. Saya, Zai dan Najwa setia bersama. Haha rindu lah geng saya dulu. 

Sekarang semuanya hanya tinggal kenangan. 3 tahun berlalu begitu saja. Siapa sangka kan. Okay I'm gonna cry right now. Segala memori ketika itu terus terpampang di fikiran ku. Memori di universiti. Betul lah kata orang, semua memori di sana akan dikenang sentiasa. Hargailah masa kamu sekarang. Bila ia berlalu, tidak akan ia kembali. Sayu rasa hati. Allahu. 

Sekarang giliran Syahadah pula menghadapi saat itu. Haa tunggu lah kau kena buat teater. Silap silap dapat watak utama hiks. Semoga teater yang bakal dijalankan gempak dan memberi kesan kepada semua yang menonton. Tiber. 

Kota Marudu, Sabah. 

1 comment: