Tuesday, January 31, 2023

PENGAGIHAN BAP TAN2




Hari ini adalah hari pendaftaran naik tingkatan. Namun tiada gambar yang diambil kahkah. Namun bersyukur semuanya berjalan dengan lancar dan terkawal. Kebanyakannya pelajar sendiri yang mendaftar. Ada beberapa saja yang ibu bapa yang daftar. Tapi ndapalah asal kan daftar kan. 

Kemarin pula adalah hari pengagihan bantuan awal persekolahan RM150 seorang. Nervous bah pegang duit banyak banyak. Saya pegang RM4800 sebab ada 32 orang murid. Namun bersyukur kerana tidak berlaku perkara yang tidak diingini seperti tidak cukup duit atau kecurian dan sebagainya. 

Semoga pelajar pelajar dapat memanfaatkan duit yang diperolehi untuk perkara yang baik baik terutamanya berkaitan dengan yuran persekolahan lah. Kebanyakan mereka tadi memang guna duit BAP lah untuk mendaftar tadi. Alhamdulillah.

Kota Marudu, Sabah.

No comments:

Post a Comment