Ya Allah, kau permudahkanlah urusan si dia untuk menjawab semua exam dengan tenangnya dan beroleh kejayaan yang cemerlang. Aamiin ya Rabb. Semoga dalam jagaan Allah sentiasa.
Saya memang selalu ambil gambar random. Walaupun saya ambil tak cantik, ada lah kenangan bila berjauhan alhamdulillah. Hihi. Jadi jangan malu walaupun kau fail dalam menggambar ah. Hiks.
Sebenarnya sudah dia start exam dari kemarin. Esok hari last dan tahu tak sepanjang 3 hari mereka exam 6 paper okay. Macam zaman saya di universiti dulu tapi lama lah juga gap. Ini tiada langsung gap. Indapalah you got this ❤
Hari ini seharian saya di luar. Sudah saya minta izin ah. Hihi. Pagi tadi saya buat kerja sikit di sekolah. Setelah itu Basirah datang ambil saya dengan keretanya yang merah menyala. Saya lepak di rumah Basirah dan lepas Asar pergi Servay.
Beli stapler dan sedikit makanan dan gerak ke rumah Kakda. Kakda menjamu nasi dan ayam masak pedas. Sedap sangat! Saya dengan ikhlasnya suggest Kakda buka restoran di sini. Saya volunteer jadi tukang basuh pinggan.
Selepas solat Maghrib di rumah Kakda, saya dan Basirah ke food court Servay dan beli makanan untuk buah hati saya di rumah warden iaitu Sue dan Elvy. Setelah itu kami balik ke asrama dan Basirah bermalam di sini.
Kota Marudu, Sabah.
💓
ReplyDelete