Thursday, February 23, 2023

HAPPY BIRTHDAY OMMA


Selamat ulang tahun hari lahir yang ke-59 Umi ku sayang. Kaksha sayang Umi 💖 Umi saya seorang yang lucu. Kawan saya pun kadang kadang pelik tengok saya selalu bergurau dengan Umi. Jiwa Umi macam orang muda semuda muka Umi. Hiks. Ada beberapa orang kenalan saya yang tak percaya Umi dah nak masuk 60 tahun sebab muka Umi muda lagi. Ada yang tak percaya Umi dah nak pencen. 

Saya pasti setiap ibu memang sabar dengan sikap anak anak kan. Apatah lagi yang ada anak ramai. Bagitu juga Umi saya. Umi sangat lah sabar dengan perangai dan kerenah saya yang macam macam. Mungkin bukan semua orang boleh hadapi perangai saya ni kahkah. Unik tak? Begitu. Umi saya ni bukan jenis yang bercakap lembut ya tuan puan kahkah. 

Kadang kadang ayat Umi pedas tapi itulah yang mematangkan saya sekarang. Cewah matangnya haha. Terima kasih Abah Umi atas ajaran dan didikan yang diberikan kepadaku dan semua adik beradikku. Saya punya kekasih tak habis habis kagum dengan cara Abah Umi besarkan anak anak. Mereka tak bagi kami bebas macam orang lain. Tapi ini lah hasilnya alhamdulillah.

Tengoklah adik saya, Syahadah contoh muslimah sejati. Saya masih on the way. Hiks. Apa yang saya maksudkan adalah, cara Abah Umi membesarkan kami alhamdulillah saya sangat admire. Dengan izin Allah, dapat menghasilkan anak anak yang berguna in shaa Allah. Berguna kepada semua mudah mudahan. Terima kasih Abah Umi! 

Apapun, happy birthday Omma! Love you 💖 Love Abah too 💖 Love all of you 💖

Sunday, February 19, 2023

SHIN TURNS 16

Happy belated birthday baby 💕 Tahun ini Adik dah masuk 16 tahun. Paksu dah makin matang. Dah pandai buat duit sendiri. Alhamdulillah. Kalah saya masa zaman sekolah dulu. Kalau saya kerjanya habiskan duit Abah Umi saja. Tapi alhamdulillah Allah bagi kepada Adik kelebihan. Nak beli apa apa guna duit sendiri saja sekarang. 

Tapi memang patut dia ada duit sendiri. Kalau tidak naya Abah Umi sebab Mukhlisin makan banyak kahkah. Nasi ayam cobek sekali makan 3 bungkus dek. Kau hado? Makanlah dek selagi kau lalu. Makan lah banyak mana pun sekarang tak naik badan. 

Semoga Adik terus cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga Adik dapat tempuhi alam persekolahan dengan cemerlang. Semoga 30 juz sentiasa berlegar dalam dada mu dan diamalkan in shaa Allah. Teruskan dengan perangai yang molek molek ya in shaa Allah. Sekali sekala belanja lah kakak mu ini kahkah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, February 17, 2023

GENG KANTIN BERSATU


Saya harap agar ukhwah geng kantin 4 orang ini akan kekal sampai bila bila. Geng ini boleh bawa bergurau alhamdulillah. Kecuali di Danial senang betul terasa hati tapi selalu sakat orang lain. Apa nak jadi 🙊 Okay sorry gurau saja. Hampir setahun kita bersama. Menempuh onak dan liku bersama. Haha emo betul. Tak sabar nak tengok kereta Aveney. Saya yang tak sabar nak tunggu Aveney beli kereta.

Danial ada pesan dekat Aveney supaya beli kereta yang setakat mampu saja. Tapi bergantunglah kan. Kalau memang minat kereta tertentu, boleh saja usahakan. Hmm apa yang saya cakap ini. Banyak jugalah saya belajar daripada mereka. Mereka juga banyak tolong saya walaupun kadang kadang saya ditinggalkan sendirian dan mereka pergi kantin sebab saya ada kelas kahkah. 

Saya bersyukur dipertemukan dengan mereka. Danial dan Kakda mempunyai pengalaman hidup yang cukup banyak berbamding dengan saya. Aveney pula seorang yang matang dan membuatkan saya kagum dengan sikap dia yang sangat rileks dan cool bila diberi kerja. Laju betul dia siapkan apa apa kerja guys. Saya kena ambil pengajaran dan belajar untuk jadi macam dia juga.

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, February 15, 2023

1000 KM


1000 KM sudah kereta ku berjalan. Syabas Chombi! You did well 💕 Destinasi paling jauh adalah Telipok masa saya servis kereta. Tak pernah sampai KK lah. Hiks. In shaa Allah ada rezeki aku bawa kau jalan jalan sana. 

Terima kasih Chombi sudi berbakti kepada tuan mu ini. Tuan mu akan lebih berhati hati pada masa akan datang. Tuan mu akan jaga kau dengan sebaik mungkin in shaa Allah. Maaflah bukan selalu dapat mandikan kau.

Kalau mandi selalu pun tidak bagus juga. Habis duit tuan kau kahkah. Tiadalah gurau saja bah. Sebenarnya saya suka kalau kereta saya sedikit kotor sebab dia akan jadi warna kekelabuan sikit. Kalau tidak nampak hitam betul.

Dasar si Diana cakap kereta saya sama saja dengan kereta Ustaz Hazmin dari segi kebersihan haha. Jumlah debu di kereta kami sama dia cakap. Entahlah nak. Okaylah saya buat dulu kerja ah. Pape roger jangan malu malu.

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, February 11, 2023

JAMUAN AKHIR TAHUN 2 PERMATA 2022



Kemarin berlangsungnya jamuan kelas yang mana dibuat secara ala kadar sahaja. Namun saya bersyukur pelajar 2 Permata sangat lah supportive. Jamuan ini tidak dirancang sebenarnya sebab sepatutnya diadakan minggu depan, namun diawalkan. Saya pada asalnya taknak buat sebab belum kutip duit pun. 

Tapi disebabkan mereka sangat bersemangat dan ada yang mau bawa makanan dari rumah, jadi terjadilah jamuan ini. Saya tempah kek dengan Aliff, 4 biji. Alhamdulillah enjoy betul mereka makan. Ada yang bawa sandwich, telur rebus masak sos, sosej, ayam goreng dan air yang bermacam macam.

Memang beruntunglah sesiapa yang dapat kelas mereka sesi depan. Para guru selalu puji 2 Permata sebab aktif dan setiap kali presentation mesti happening dan ceria. Tahniah budak budak! Maafkan guru kelasmu ini tidak produktif dan lambat bertindak. Harapnya kamu semua dapat guru kelas yang seiring dengan kamu punya energy.

Terima kasih atas segala kenangan. Terima kasih sudi sambut birthday Ustazah dan berusaha untuk buat suprise. Terima kasih kerana bagi peluang Ustazah mencari pengalaman sebagai guru kelas. Semoga kamu sentiasa sentiasa cemerlang dan dapat mencapai segala apa yang diimpikan. 

Maafkan segala kekuranganku budak budak. Tapi satu pesan, jangan terlalu bising kahkah. Jangan peningkan kepala cikgu cikgu okay. Hormat guru. Belajar bersungguh sungguh dan teruskan bersemangat! Siapa pun guru kelas kamu sesi depan, harapnya lebih baik dariku dan tidak menghampakan kamu semua.

Kota Marudu, Sabah.

Friday, February 10, 2023

ANUGERAH NILAM TAN2 2022

Para penerima anugerah NILAM 2022.
Cherlyvia.
Fiona Valentina.
Erbiavina.
L.C Lia Anisa.
Elny Elfica.
Bukan nak cakap apalah, tapi kenapa 2 Permata terlalu perform 😭 Jangan buat Ustazah bangga boleh tak haha. Takdelah saya tak bangga pun. Cuma saya gembira untuk mereka. Semua itu usaha mereka, tiada kaitan dengan saya pun. 

Jadi hari ini penyampaian hadiah NILAM. Dalam 20 orang penerima, hanya ada satu jak kumbang. Yang lain semua bunga. Mana semua kumbang lain terbang? 2 Permata pun kumbang dia tidur kali. Tahniah kepada semua anak TAN2. Teruskan usaha.

By the way, happy birthday Neelofa! Semoga dipermudahkan segala urusannya, diberi kebaikan di dunia dan di akhirat, diberkati oleh Allah dan dipermudahkan urusan bersalin anak kedua. Itupun kalau betul mengandung lah haha. Tapi saya rasa memang pregnant. Tiber.

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, February 9, 2023

MANTAPLAH KETUA PENGAWAS SMU


Untunglah muda lagi dapat pengalaman jadi ketua pengawas exam SMU. Tapi nasib baiklah tak ramai pelajar. Hiks. Masalahnya cikgu cikgu dekat situ ingatkan dia umur 30-an kahkah. Nasib dia chill, tak macam saya. Kalau saya dah jeling terbalik dah haha. 

Itulah orang cakap how time flies. Dulu kita sendiri yang hadapi SMU, sekarang dia mengawas pelajar exam pula. Uishhh kalau fikir rasa macam wow! Cepatnya masa! Walaupun benda dah 10 tahun lepas tapi rasa macam baru saja.

Syahadah exam SMU pun aku nangis macam apa dah sebab saya tak sangka dia akan sampai juga umur yang saya pernah hadapi. Sekarang dah nak masuk tahun kedua di universiti. Like how! Haha okaylah. Saya mau cuci baju dulu.

P/S: Minggu depan hari Selasa baru habis SMU. 5 hingga 14 Februari 2023. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, February 8, 2023

HADIAH BONANZA KU PETIK BINTANG 2022

Adhwa Amzar.

Izwan Aizzat.

Sky Beth Ezel.

Fiona Valentina.

Cherlyvia.

L.C Lia Anisa.

Raynesha.

Elny Elfica.

Mantaplah 2 Permata memonopoli program Ku Petik Bintang. Saya pun tidak tahu bila dorang claim mata. Sekali time penyampaian hadiah balik balik 2 Permata yang dipanggil. Tahniah anak anak! 

Tahniah juga yang lain! Semua mantap mantap. Hadiah pun bukan kaleng kaleng. Bajet semua RM100 ke atas. Ada dapat tablet, basikal, speaker, kalkulator, set alat tulis, jam dan sebagainya. 

Terbaiklah TAN2! Harapnya selepas ini pelajar makin bersemangat lah untuk melakukan kebaikan kahkah. Okaylah sampai di sini dulu saya punya coretan kali ini. Bye!

P/S: Happy birthday Ustaz Mun'im! 41 tahun sudah umur Ustaz. Semoga Allah permudahkan segala urusan Ustaz, permudahkan rezeki yang halal buat Ustaz dan diberi kebaikan di dunia dan di akhirat. Semoga Ustaz sentiasa kuat. Ada rezeki boleh lah berjumpa in shaa Allah. 

Kota Marudu, Sabah.

Monday, February 6, 2023

MAJLIS RESTU ILMU SPM 2022 TAN2


Assalamu'alaikum semua. Hari ini baru saya ada kekuatan untuk update blog. Lama sudah saya menyepi. Sorry blogku. Jumaat lepas, 3/2/2023 telah diadakan majlis restu ilmu di dewan sekolah. Saya sebagai guru yang tidak mengajar form 5 menyibuk juga sana. Tapi memang saya dijemput okay. 

Ada jugalah drama menangis lakonan pelajar perempuan form 5 kahkah. Harapnya kesedaran mereka berpanjangan lah. Sekian. Itu saja lah blog saya untuk kali ini. Tiada mood saya. Bye! Semoga baik baik saja semuanya. In shaa Allah. 

P/S: Jurukamera pun aka Danial, alang alang gambar, gambar lah bagus bagus. Ini miring sana sini. Apa nak jadi. 

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, February 1, 2023

PEMULANGAN BUKU TEKS TAN2



Beberapa hari ini ada saja program tanpa henti. Almaklumlah mau habis sesi sudah kan. Jadi sibuk lah dengan itu ini. Hari ini pula pemulangan buku teks. Mula jam 8 pagi beroperasi sudah di 2 Permata. Saya juga penyelaras buku teks form 2, jadi ada kena kira stok buku dan beberapa kerja lain. Namun in shaa Allah akan diuruskan dengan jayanya in shaa Allah. 

Saya bersyukur sangat pelajar 2 Permata semua pandai jaga buku teks. Cuma adalah masalah satu dua. Itu boleh diuruskan. Bayar lah kahkah. Esok pemulangan buku teks bagi form 3 dan 4 pula. Form 5 hantar buku lepas SPM. Minggu depan pembahagian buku teks pula untuk naik tingkatan seterusnya kan. Semoga dipermudahkan segala urusan semua.

Ouh hari ini bulan Februari sudah kan. Maksudnya sebelas bulan sudah saya di Sabah. Bulan depan genap lah setahun saya berada di Sabah kan. Hiks. Tapi jiwa saya belum Sabahan lagi. Kalau si Syahadah mesti dah tak cakap Melayu, Dusun terus kahkah. Okay sorry Syahadah. Kakak kau gurau saja. Hiks. 

Kota Marudu, Sabah.