Kemarin berlangsungnya jamuan kelas yang mana dibuat secara ala kadar sahaja. Namun saya bersyukur pelajar 2 Permata sangat lah supportive. Jamuan ini tidak dirancang sebenarnya sebab sepatutnya diadakan minggu depan, namun diawalkan. Saya pada asalnya taknak buat sebab belum kutip duit pun.
Tapi disebabkan mereka sangat bersemangat dan ada yang mau bawa makanan dari rumah, jadi terjadilah jamuan ini. Saya tempah kek dengan Aliff, 4 biji. Alhamdulillah enjoy betul mereka makan. Ada yang bawa sandwich, telur rebus masak sos, sosej, ayam goreng dan air yang bermacam macam.
Memang beruntunglah sesiapa yang dapat kelas mereka sesi depan. Para guru selalu puji 2 Permata sebab aktif dan setiap kali presentation mesti happening dan ceria. Tahniah budak budak! Maafkan guru kelasmu ini tidak produktif dan lambat bertindak. Harapnya kamu semua dapat guru kelas yang seiring dengan kamu punya energy.
Terima kasih atas segala kenangan. Terima kasih sudi sambut birthday Ustazah dan berusaha untuk buat suprise. Terima kasih kerana bagi peluang Ustazah mencari pengalaman sebagai guru kelas. Semoga kamu sentiasa sentiasa cemerlang dan dapat mencapai segala apa yang diimpikan.
Maafkan segala kekuranganku budak budak. Tapi satu pesan, jangan terlalu bising kahkah. Jangan peningkan kepala cikgu cikgu okay. Hormat guru. Belajar bersungguh sungguh dan teruskan bersemangat! Siapa pun guru kelas kamu sesi depan, harapnya lebih baik dariku dan tidak menghampakan kamu semua.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment