Sunday, April 30, 2023

ADIK & RAGAM SYUHADA


Inilah antara sebab kenapa Mukhlisin sentiasa mahu balik Pahang. Baru sampai Kelantan, mau lagi ke sana. Ini lah ni budak yang menarik Mukhlisin kahkah. Mengada eh Syuhada tahu ada orang layan dia. Memang Mukhlisin dengan Syuhada rapat dari dulu. Tapi mungkin Syuhada dia makin besar kan, dia memerlukan perhatian lebih kali kahkah. Itu yang dia buat buat merajuk. Padahal nak sangat berbaik dengan Mukhlisin.

Belum lagi dia tengok duit raya yang Mukhlisin bagi. Saya kan kalau kaya pun, takdelah sampai sebaik itu bagi sepupu RM50. Bukan 1 orang, 4 orang bah haha. Pemurahnya lah adikku ini. Semoga diberkati rezeki Adik. Memang ikut perangai kakak dia lah kan. Allahu. Eee geramnya tengok budak tu buat mengada haha. Mukhlisin pun rajinnya lah melayan. Tak apalah. Masa ini saja yang mereka boleh macam ini. Dah besar nanti masing masing malu malu tak bertegur. 

Saya pun tak sedar bila sepupu sepupu saya membesar. Tahu tahu dah darjah 5. Tahu tahu dah sekolah. Padahal kita maintain muda kan. Hmm. Tapi saya secara jujurnya terkejut bila jumpa dengan Ahmad Luqman. Yang saya ingat dulu dia diam saja, baik dan tak bergerak sangat. Sekarang ya Allah aktifnya lah. Tapi baguslah dia tak jadi lembut walaupun atas dia 3 kakak. Mana taknya, kakak kakak pun boleh tahan aktif lagi lagi si Sakinah kahkah.

Semoga ada peluang dan rezeki untuk jumpa lagi pada masa akan datang in shaa Allah. Jumpa pun setahun sekali kan. Itu yang jumpa semua dah besar. Okaylah bye!

Kota Marudu, Sabah. 

ABE MUD NAIK RUMAH


Tuan rumah ini sekarang masih menetap di Pahang, mengajar di sana. Tapi bestlah setiap kali cuti tak perlu menumpang rumah orang kan. Ada rumah sendiri. Tahniah Abe Mud dan Kak Eli berjaya memiliki rumah sendiri di usia yang masih muda! Sama jugalah Abah dan Umi pun masa 40-an dah ada rumah sendiri alhamdulillah.

Jadi berbalik kepada cerita asal, mereka buat solat hajat sempena naik rumah. Tapi menjamu tetamu secara kecil kecilan sahaja. Belum lagi buat majlis besar. Keluarga saya pun dijemput juga. Jadi Abah dan Umi menghadiri majlis solat hajat ini. Cuma Abah tak solat sekali sebab ingatkan dah selesai memandangkan kami datang lewat. Jadi Abah pakai pakaian biasa, seluar dan tshirt.

Kami yang perempuan hanya termenung di bahagian dalam kahkah. Menunggu masa untuk makan nasi arab. Saya duduk dengan Umi sambil tengok Umi bercakap dengan keluarga belah sana. Gentleman lah imam tu kan kahkah. Rancangan asalnya nak suruh Mukhlisin jadi imam, tapi Mukhlisin pula tak datang pun, jadi abang iparnya lah yang jadi. Hiks.

Kalau nak tahu, sepanjang saya di rumah baru ni, 3 kali saya tambah nasi tau. Aduhai jadi macam mana taknak jadi gemuk. Agak agak Babam malu tak saya makan banyak kahkah. Kuih muih pun banyak. Saya makan biskut bawang. Secara kesimpulannya, kerja saya hari itu adalah semata mata makan, sembahyang dan kencing. 

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, April 29, 2023

REUNION AKI & PAK ATAN


Jejak kasih betul Aki dan kawan lamanya, Pak Atan. Saya pun tak tahu betul ke nama Pak Atan. Masa kami nak bertolak balik, Pak Atan bagi salam depan pintu rumah. Mencari Aki, kawan lamanya zaman dulu kala. Tujuan Pak Atan datang adalah untuk berjumpa balik lah dengan kawan lama kan. Dah berpuluh tahun tak jumpa. Yang lawaknya, kami yang tengok ni sebak haha. Apatah lagi Umi menangis terus tengok jejak kasih Ulu Jempul ni.

Saya nak sangat tahu macam mana perasaan Aki dan Pak Atan jumpa balik selepas sekian lama. Dengan perubahan usianya. Masing masing ada keluarga sendiri. Adakah mereka pernah terfikir mereka akan menghadapi hari tua macam sekarang. 

Kota Marudu, Sabah.

Friday, April 28, 2023

BUANG SAMPAH BERSAMA BABAM


Masa saya duduk di rumah Kak Siti pada raya ke berapa saya tak ingat, saya sempat teman Babam membuang sampah pada pagi hari. Saya hanya menyibuk saja sebenarnya. Bukan saya bawa pun sampah. Jalan dengan tangan kosong saja kahkah. 

Tak selesai dengan itu, on the way balik ke rumah Kak Siti saya menapau lagi ais krim 2 batang. Hihi. Niatnya berjalan nak membakar kalori, ini menambah lagi kalori. Hiks. Maafkan diri ini menghabiskan duit mu kahkah. 

Best sangat saya boleh create memori baru yang saya tak pernah sangka akan hadapi. Saya selalu cakap macam ni tapi itulah hakikatnya. Saya makin merasai nikmat kehidupan. Dulu lain nikmatnya, sekarang lain. Dunia saya rasa macam makin luas. Itu maksud saya. 

Kota Marudu, Sabah.

Thursday, April 27, 2023

RAYA RUMAH KAK YAH

Haa jangan terkejut tengok legasi keluarga mentua saya kahkah. Sebelum saya menjadi new addition dalam keluarga ini, memang mereka sedia ramai. Anak buah sahaja pun 26 orang. Itu yang berpeluh bila nak bagi duit raya kahkah. Tapi saya suka sangat dapat merasai suasana baru. Alhamdulillah. 

Sayangnya bukan semua adik beradik dan ipar ada masa ni. Saya tak sempat jumpa Kak Zakiah dan Kak Hidayah. Tapi indapalah ada rezeki boleh jumpa lagi. Yang ada ni pun dah cukup ramai tak menang tangan nak melayan haha. Suka sebenarnya melayan kerenah anak anak buah ni.

Tapi saya rasa malu sikit nak bagi duit raya sebab tak banyak pun saya bagi. Satu orang RM5 saja, tapi itulah bila bagi dekat 26 orang banyak juga lah habis haha. Takpe in shaa Allah tahun depan kita naikkan ya. Kena standby awal awal ni. Hiks. 

Kami beraya di rumah Kak Yah ni. Isteri kepada anak pertama Ma iaitu Abe Odi. Walaupun Abe Odi dah tak ada, tetap meriah Kak Yah buat open house. Alhamdulillah. Silaturrahim yang macam itu lah kan yang kita mahu. 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, April 26, 2023

RAYA RUMAH TOK AKI 2023


Ya Allah betapa bersyukur nya saya diberi peluang dan kesempatan untuk beraya di rumah Tok Aki. Berjumpa dengan mereka dan berkumpul bersama keluarga terchenta. Saya harap Tok dan Aki gembira berjumpa dengan kami. Hihi. Saya lagi lah terlebih excited sebab tahun lepas tidak balik beraya. Semoga Tok dan Aki sentiasa diberi kesihatan yang terbaik dan dapat melaksanakan ibadah dengan mudah in shaa Allah. 

Tapi saya sedikit sedih bila tengok Tok dan Aki. Cepat saja masa berlalu. Dari Tok dan Aki sihat walafiat, sekarang sedikit terhad pergerakan mereka. Dulu Aki boleh lagi bawa motor sendiri, drive kereta sendiri tapi sekarang tidak lagi. Tok pun susah nak berjalan. Sentiasa di katil dan terbaring. Bila saya tengok keadaan mereka saya rasa sayu. Tapi itulah lumrah kehidupan kan. 

Walaupun cucu Tok Aki ini tidak function langsung sepanjang balik sana, tapi saya tetap cucu yang disayangi. Hiks. Syahadah lah banyak function balik haritu. Bertambah dengan ketiadaan air di rumah Tok Aki, banyak juga dugaan kami sepanjang di sana tapi saya tak membantu pun kahkah. 

Selamat hari raya semua! Semoga raya kali ini membawa 1001 makna kepada kita semua in shaa Allah. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah. Allahumma aamiin. 

P/S: Bersyukur sangat dipertemukan dengan seseorang yang sanggup drive jauh nun ke Pahang untuk berjumpa Tok Aki. Hihi thanks Babam!

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, April 22, 2023

RAYA 2023


Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang membaca blog ini. Acah blogger terkenal sangat kahkah. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk merayakan hari yang mulia ini. Siapa sangka kan, tahun ini perayaan itu berlainan sedikit. Biasa beraya sebagai seorang yang single, tahun ini alhamdulillah diberi rezeki untuk beraya sebagai seorang yang berstatus baharu. Begitu. Alhamdulillah.

Tapi tiada pun gambarku di hari raya ini. Comel kan kanak kanak ribena dalam gambar tu? Taknak lah cakap siapa makciknya. Hiks. Okay gurau. Setelah beberapa tahun bercuti dari solat sunat raya, akhirnya tahun ini berjaya solat raya ya alhamdulillah. Saya solat di Masjid Beijing. Punyalah sesak dek. Ramai betul orang sampaikan saya kena solat di bahagian bawah. Dahlah panas. Tapi tidak apalah kan setahun sekali bah.

Terjumpa lagi dengan kawan saya seorang ni, Suhada. Dia dah kahwin bulan 2 haritu tak silap. Tapi saya tak dapat pergi sebab ada aral melintag itu hari iaitu kereta kena langgar dari belakang. Wow Suhada masih ingat saya eh. Saya pun ingat dia. Takkanlah lupa kawan sekolah menengah kan. Hiks. Allahu ramai betul orang sampai rasa pening tengok. Tapi saya suka sebab pengalaman baru. 

Balik rumah, Umi dan Syahadah tengah siapkan juadah raya. Umi memang mandi sedia sebelum pergi solat raya lagi. Si Syahadah tak payah cakaplah. Mana ada mandi haritu haha. Okay sorry baby. Abah, Umi dan Adik solat raya di Masjid Gertak No. 3. Along pun sana juga dengan Abdurrahman. Alang saya tak pasti dia solat raya dekat masjid mana. 

Punyalah kenyang saya makan. Umi buat nasi minyak, sediakan satay 200 batang dan juadah lain juga. Punyalah special dek. Alhamdulillah. Tapi rumah kami memang bukan tempat orang datang beraya sebab biasanya kami balik Pahang hari first raya lagi. Tapi kali ini lain sikit. Beraya dulu di rumah sendiri, keesokannya baru balik Pahang. Rumah Cik Ani pun kami tak pergi. 

Lepas Zuhur, saya dan Babam bertolak ke Pengkalan Chepa rumah Kak Siti, beraya di sana pula sebab semua berkumpul di sana. Rumah Ma kosong sebab tiada air jadi Ma buat sementara waktu duduk rumah sana dulu. Meriah alhamdulillah dengan kehadiran anak anak buah yang bukan sedikit bilangannya. 

Eh silap, lepas Zuhur kami ke rumah Kak Yah terus. Kak Yah buat open house tapi untuk ahli keluarga saja. Meriah! Saya suka sangat. Kami sempat lah ke kubur arwah Abe Odi petang tu. Kami berkumpul di rumah Kak Yah sampailah lewat malam. Dorang suruh kami tidur sana tapi sebab family saya nak bertolak ke Pahang esoknya, jadi saya balik rumah jugalah. Hihi. 

P/S: Alhamdulillah raya tahun ini pengalaman baru bagi saya. Semoga raya kita semua diberkati dan diredai oleh Allah. 

Kota Marudu, Sabah.

Tuesday, April 11, 2023

JANGAN TENGOK STATUS WHATSAPP ORANG LAIN

Assalamu'alaikum WBT. 

Kenapa tahun ini rasa macam tiada feel saja puasa. Macam tidak puasa saja. Padahal tahun lepas saya puasa di sini juga. Tapi macam okay juga puasa tahun lepas. Tahun ini rasa macam tiada roh. Semoga Allah kuatkan diri saya dan kawan kawan yang berjauhan dengan keluarga. 

Satu saja tips untuk masa sekarang. Jangan tengok status kawan kawan ah. Kalau tak kamu yang sakit hati haha. Peringatan untuk diri sendiri. Kalau saya, memang saya tidak tengok status kawan saya dari dulu lagi. Itu adalah untuk mengelakkan rasa jealous sebenarnya kahkah. 

Sebagai manusia biasa yang penuh dengan kekurangan, itu cara saya untuk tidak berasa panas bila tengok kawan saya bahagia di sisi keluarga terchenta. Dulu galak juga saya tengok status orang lain. Tapi sekarang tidak lagi. Saya rasa tiada keperluan untuk saya tengok. Adakah itu sifat dengki?

Ndapalah. Itu cara saya. Daripada saya terus rasa tidak puas hati atau sedih, baik saya ikut cara sendiri. Semoga Allah lindungi saya daripada sifat hasad dengki. Saya bukan apa, bila saya tengok kawan saya dapat buat apa yang saya tak boleh buat terutamanya benda berkaitan dengan keluarga, saya jadi sedih. 

Kalau saya sedih, nanti saya mengeluh. Kan antara sikap yang mesti dijauhi adalah mengeluh. Jadi enjoy saja lah. Ini jalan hidup kau. Lain orang lain dia punya cerita. Bagus, Syahirah sangat positif! Harapnya istiqamah lah sifat positif aku ini kahkah. Okay lah bye semua. Saya tidur dulu. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, April 9, 2023

PANDAI PAKAI KAIN SARUNG

Assalamu'alaikum WBT. 

Ada kah orang di luar sana yang tidak pandai pakai kain batik? Okay kita geng. Saya pun sampai sekarang langsung tidak pandai pakai. Macam mana kah? Kalau pakai dia pandai jatuh bah. Saya pun tidak tahu macam mana mau buat. Satu lagi, bukan saja tidak pandai, tambah dengan tidak cantik lagi bila saya pakai. 

Selalu saya rasa nampak macam Sajat kalau pakai kain batik haha. Kenapa eh? Tolong saya! Bagi lah saya tips. Tiber. Padahal boleh saja google atau cari di Youtube. Minta puji betul kahkah. Kalau saya pakai pandai tercabut haha. Seriously! Tapi kalau buat tidur memang sangat selesa sebab rasa bebas sangat. 

Tak macam pakai seluar. Kan kalau pakai seluar kadang rasa lemas kan. Saya syorkan kalau tidur pakai lah kain batik. Tapi pandai pandai lah kau ikat supaya tidak tercabut dan tidak terselak bila tidur. Saya harap satu hari nanti saya akan jadi expert dalam memakai kain batik atau dipanggil kain sarung. 

Syahadah pun pandai pakai haha. Ya ke? Entah. Tapi saya rasa macam pernah tengok dia pakai. Itu pun baru berapa kali. Tapi bangga betul ah. Haha. Saya dulu pernah pakai kain sarung tapi pakai seluar track di dalam. Tapi apa guna kalau macam itu? Makin panas ada. Hish serabut betul fikir haha. 

Kota Marudu, Sabah. 

Friday, April 7, 2023

TOO MUCH ENTERTAINMENT

Assalamu'alaikum WBT. 

Pada pendapat saya, banyak sangat kelebihan berada di Sabah ini. Saya dapat mengenali negeri ini dengan lebih lagi walaupun saya tidak juga ke mana mana. Saya juga dapat mengenali orang orangnya yang majoritinya sangat lah baik alhamdulillah. 

Saya dapat mengenali budaya budaya baru sepanjang berada di sini. Saya dapat berkenalan dengan kawan kawan baru. Alhamdulillah semuanya indah indah belaka. Saya sangat bersyukur. Yalah bukan semua oramg dapat peluang seperti mana saya dan kawan kawan lain dapat. 

Namun, ada sisi gelapnya juga. Mungkin ini hanya boleh dikaitkan dengan saya dan kawan kawan yang mengajar di kawasan ini iaitu Kota Marudu yang mana pegangan agama Islam di sini tidak berapa kuat. Yang mana banyak memberi kesan kepada saya dalam mengajar subjek Pendidikan Islam. Banyak cabarannya. 

Okay, jadi apakah benda yang saya nak sampaikan sebenarnya? Di sini terutamanya di sekolah saya dan sekitar sini, terlalu banyak hiburan yang diraikan. Terlalu banyak dan kadang kadang memang melekakan. Saya jadi leka dalam muzik dan tarian. Macam teruk pula bunyi nya kan. 

Maksud saya, kami macam terlalu terdedah dengan hiburan seperti itu. Saya ingat lagi kali pertama saya tengok pelajar pelajar menari ketika penutupan sukan merentas desa di dewan sekolah. Sangatlah culture saya ketika itu. Saya jadi takut. Rupanya ada tempat yang begini. Itu yang saya fikir. 

Bayangkan selama saya hidup, saya tak pernah tengok semua itu depan mata. Paling paling pun dalam Youtube. Tapi apa yang paling menakutkan adalah, hakikat yang saya makin terbiasa dengan keadaan itu. Murid menari, guru menyanyi, bergelak ketawa. Allahu. Ya Allah jagalah hati kami. 

Semoga kita semua tidak dihanyutkan dengan mainan dunia seperti ini. Semoga Allah menjaga hati kita semua supaya sentiasa dalam landasan yang betul dan tidak terleka. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. 

Kota Marudu, Sabah. 

Wednesday, April 5, 2023

AZAB SAKIT GIGI

Assalamu'alaikum WBT.

Sakit gigi adalah sakit yang memeritkan ya Syahadah. Janganlah pelik kalau tengok orang sakit gigi meracau haha. Saya lah itu. Hiks. Ada lah masa yang kadang kadang saya tak boleh tahan dengan sakit gigi yang dialami. Yang saya ingat pada tahun 2015, sampaikan saya demam tahu tak. 

Masa tu saya sakit gigi sebab ada gigi bongsu mau tumbuh di belakang. Betul kah nama dia gigi bongsu. Tapi ceritanya, saya demam dan gigi saya yang lain bergerak sampai lah gigi bawah saya sekarang jadi berlapis tahap 145 darjah celcius kahkah. Dulu bukan main teratur tau saya punya gigi. 

Ndapalah. Cerita lepas biarkanlah berlalu. 8 tahun sudah, janganlah kau buka cerita yang menyedihkan dan menyakitkan itu. Jadi pokok pangkalnya, sakit gigi ni adalah antara sakit yang tidak boleh ditahan. Memang sakit. Memang perit. Yang ada pengalaman tahu lah. Satu lagi sakit senggugut. Ada time saya senggugut sampai pucat muka. 

Ada kawan saya dia tak pernah tinggal kelas masa zaman universiti. Tapi sebab senggugut dia terpaksa escape kelas. Itu saya nak bagitahu betapa sakitnya senggugut. Tiber. Berbalik kepada cerita sakit gigi, ada banyak kali saya sakit gigi. Hmm nak nangis kalau ingat balik. 

Jangan peliklah kalau masa sakit gigi kau rasa nak tampar orang, nak marah orang. Jangan sesekali kau bercakap dengan orang sakit gigi. Memang mood hilang terus. Letaklah makanan apa pun depan mata, yang favourite selama ini dipandang sekelip mata saja sebab bila sakit gigi, hilang nikmat makan. 

Jadi kesimpulannya, jaga lah gigi anda baik baik. Jangan lupa gosok gigi. Makan makanan yang berkhasiat. Okaylah sampai di sini dulu saya punya coretan. 

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, April 2, 2023

GAMBAR HANYUT BANJIR

Assalamu'alaikum WBT. 

Hai apa khabar semua? Harap semuanya dalam keadaan baik dan sihat walafiat. Saya sebenarnya sedikit sedih. Rumah saya kan dua kali sudah dinaiki air banjir. Jadi album gambar pun kena air dan rosak. Masa proses mengemas rumah lepas banjir, malangnya album itu kena buang sebab memang gambar gambar pun hilang sudah dia punya warna bentuk. 

Sudahlah saya ini ada sikit saja gambar kenangan masa kecil. Ditambah lagi dengan kena banjir, tiada sudahlah saya punya gambar kenangan. Sedih! Tapi bila saya positifkan diri saya, tenangkan fikiran saya, saya jadi reda dan menerima saja. Yalah semuanya hal dunia kan. Hiks. Tidak apalah. Kalau diikutkan, dalam laptop saya yang rosak pun banyak betul gambar kenangan di CFS.

Tapi semuanya sia sia sahaja sebab tidak boleh diselamatkan. Mungkin boleh tapi laptop itu di mana sudah saya pun tidak tahu kahkah. Tempat terakhir yang saya tahu ia berada adalah di dalam stor rumah tepi rumah bawah. Saya pun give up sudah. Yang berlalu biarlah ia berlalu begitu saja. Yang penting apa yang menanti di masa depan kan.

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, April 1, 2023

HAPPY BIRTHDAY SYAHADAH

Selamat hari lahir yang ke-21 adikku Syahadah yang cantik, solehah, cerdik, baik dan penyayang. Sebanyak mana kau tak sangka kau dah menjejaki umur 21 tahun, sebanyak itu jugalah aku tak sangka adik perempuanku yang kecil dan comel dulu sudah menginjak usia tua kahkah. 

Kakakmu ini tahu bukan senang menerima kenyataan yang kau dah semakin tua, tapi bertabahlah. Masa akan berlalu dan kau akan semakin meningkat usia. Itulah kenyataannya. Sebanyak mana kau menafikan pun, tiada apa yang dapat mengubahnya. Tiber.

Kakakmu ini sangat bahagia melihat kehidupan kau sekarang. Aku rasa macam kau sudah keluar dari kepompong. Melangkah keluar dari comfort zone. Banyak benda baru yang kau cuba. Kau sangat lah berani baby. Aku puji kau bab itu. Merajuk pun kau makin kurang, mungkin sebab kita jarang jumpa kan. Tapi itulah yang terbaik haha. Kalau tidak aku yang stress melayan kau.

Janganlah kau rasa kau lonely sebab langsung tiada istilah lonely dalam kamus hidup kau. Kau sibuk dengan urusan JKK kau, hujung minggu kau terisi dengan aktiviti bersama Kakcik. Kau punya lesen dan kereta untuk ke mana saja kau pergi. Kau punya orang sekeliling yang sangat care dengan kau. Kau punya kawan yang baik baik, solehah dan boleh diharap. 

Biasalah kalau kau rasa sunyi, itu memang lumrah kehidupan. Sesibuk mana seseorang itu, dia tidak akan lari dari rasa kesunyian. Entahlah apa aku cakap. Teruskan kehidupan kau yang aktif dan produktif sekarang. Kehidupan yang kau takkan dapat balik bila kau dah kerja.

Semoga kau sentiasa menjadi inspirasiku, contoh yang terbaik kepada anak anak buah lagi lagi Iman. Semoga kau sentiasa solehah macam mana kau sekarang. Semoga kau sentiasa disenangi oleh orang sekeliling. Semoga hidup kau diberkati Allah.

Semoga segala urusan kau dipermudahkan, diberi kebaikan dunia dan akhirat, dimakbulkan segala doa, dipermudahkan rezeki yang halal, dipanjangkan umur dan ditetapkan iman. Semoga kau dipertemukan dengan jodoh yang terbaik, in shaa Allah. 

Love you baby. Maafkan segala salah silapku, tutur kataku yang kurang sopan, cara layananku terhadapmu. Sesungguhnya kaulah satu satunya adik perempuanku yang terbaik yang bukan semua orang dapat. Tiber.

Kota Marudu, Sabah.