Assalamu'alaikum WBT.
Pada pendapat saya, banyak sangat kelebihan berada di Sabah ini. Saya dapat mengenali negeri ini dengan lebih lagi walaupun saya tidak juga ke mana mana. Saya juga dapat mengenali orang orangnya yang majoritinya sangat lah baik alhamdulillah.
Saya dapat mengenali budaya budaya baru sepanjang berada di sini. Saya dapat berkenalan dengan kawan kawan baru. Alhamdulillah semuanya indah indah belaka. Saya sangat bersyukur. Yalah bukan semua oramg dapat peluang seperti mana saya dan kawan kawan lain dapat.
Namun, ada sisi gelapnya juga. Mungkin ini hanya boleh dikaitkan dengan saya dan kawan kawan yang mengajar di kawasan ini iaitu Kota Marudu yang mana pegangan agama Islam di sini tidak berapa kuat. Yang mana banyak memberi kesan kepada saya dalam mengajar subjek Pendidikan Islam. Banyak cabarannya.
Okay, jadi apakah benda yang saya nak sampaikan sebenarnya? Di sini terutamanya di sekolah saya dan sekitar sini, terlalu banyak hiburan yang diraikan. Terlalu banyak dan kadang kadang memang melekakan. Saya jadi leka dalam muzik dan tarian. Macam teruk pula bunyi nya kan.
Maksud saya, kami macam terlalu terdedah dengan hiburan seperti itu. Saya ingat lagi kali pertama saya tengok pelajar pelajar menari ketika penutupan sukan merentas desa di dewan sekolah. Sangatlah culture saya ketika itu. Saya jadi takut. Rupanya ada tempat yang begini. Itu yang saya fikir.
Bayangkan selama saya hidup, saya tak pernah tengok semua itu depan mata. Paling paling pun dalam Youtube. Tapi apa yang paling menakutkan adalah, hakikat yang saya makin terbiasa dengan keadaan itu. Murid menari, guru menyanyi, bergelak ketawa. Allahu. Ya Allah jagalah hati kami.
Semoga kita semua tidak dihanyutkan dengan mainan dunia seperti ini. Semoga Allah menjaga hati kita semua supaya sentiasa dalam landasan yang betul dan tidak terleka. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.
Kota Marudu, Sabah.
No comments:
Post a Comment