Wednesday, May 31, 2023

DON'T TRUST PEOPLE

Hai Assalamu'alaikum semua. Hari ini saya ingin bersyarah sedikit. Entahlah luahan hati ke apa kahkah. Dari saya kecil sampai dewasa remaja sekarang, sangat kerap Abah dan Umi pesan, bila berkawan biar berpada pada. Jangan terlalu rapat sampai dalam perut. Itu istilah Kelantan lah kali kan, rapat sampai masuk dalam perut. Maksudnya bukan semua benda kena ceritakan dekat kawan walau serapat mana pun kita dengan dorang. 

Lantaklah kalau dorang nak cerita apa apa pun dekat kita, yang penting kita hadkan benda yang kita cakap dekat dorang. Hal ini demikian kerana, seperti mana kata Abah dan Umi juga, kawan ni serapat mana pun, dia ada satu perasaan yang tidak menyenangi bila nampak kita bahagia atau lebih sikit. Entahlah macam mana saya nak explain. 

Kalau saya sendiri pun kan, kalau dalam situasi sekarang, kebanyakan kawan kawan saya masa mengajar dorang sedikit sikit berbanding saya. Jadi bila saya nampak mereka tak ada kelas sedangkan saya ada, ada satu perasaan rasa tak puas hati kahkah. Itu rasanya busuk hati saja. Tapi saya memang tak boleh lari daripada perasaan itu.

Jadi berbalik kepada cerita tadi, apa yang saya tengok sepanjang berkawan, itulah tu. Tak semua kawan gembira bila kita gembira kan. Jadi bersederhana lah dalam berkawan. Macam macam mana pun, mereka tetap orang luar kan. Bukan ahli keluarga kita. Keluarga ni macam mana pun mereka tetap darah daging kita. Kawan macam mana rapat sekali pun mereka tetap orang luar. Entahlah saya nak cakap apa. Baik saya berhenti sekarang sebelum melarat. 

Banyak sebenarnya benda yang saya nak luahkan, tapi biarlah saya sendiri yang mengetahuinya dan menghadapinya. Cakap dalam ni pun tidak akan selesaikan masalah pun. Cuma ada juga lah platform untuk saya meluahkan. Luahan ini tiada kaitan dengan sesiapa pun. Saya bercakap secara random sahaja. Jadi sekarang saya nak kacau family saya lagi lagi Umi dan Syahadah kahkah. 

Kesimpulannya, dengar lah kata Abah dan Umi kahkah. Jangan abaikan apa yang mereka nasihatkan kepada kita sebab memang itu lah realiti kehidupan. Mereka lebih dulu makan garam dari kita.Yang saya tengok, memang Abah dan Umi tiada kawan rapat pun atau kawan untuk melepak dan kawan untuk meluah. Alhamdulillah. 

Saya baru perasan kami sekeluarga ni semua jenis family guy atau family person. Itu lah yang Abah dan Umi saya ajar kan kami dari dulu. Tak payah ada kawan rapat pun. Berkawan boleh tapi itu saja lah. Terima kasih Abah Umi. Kalau tengok yang jenis berkawan kan, ada saja konflik kan dengan dorang. Itu lah yang kita tak mahu. menyakitkan kepala sahaja. Jadi baik buat hal sendiri.

Okay sebelum saya bersyarah lebih panjang, baik saya mengundur diri dulu. Saya ni memang susah nak start menulis, tapi kalau dah start susah nak stop pula kahkah. Walaupun tarikh blog ni keluar pada 31 May 2023, tapi sebenarnya saya tulis ni pada 13 June 2023. Entah kenapa saya cakap haha. Okaylah bye! 

Kota Marudu, Sabah.

Monday, May 29, 2023

AMALISA KAHWIN SUDAH!


Tahniah Amalisa dan pasangan! Semoga perkahwinan yang dibina ini diberkati dan diberi kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. In shaa Allah. I'm happy for you! Kawan kawan saya yang lain pun in shaa Allah akan menyusul tidak lama lagi in shaa Allah especially Rajni, Rabiatul dan Sabrina. Saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kamu semua.

In shaa Allah semuanya dapat jodoh terbaik tepat pada masanya. Don't worry ah. Hikmah kawan ku kahwin, dapat lah bereunion dengan kawan lain juga. Bukan senang nak jumpa macam ni. Qadarullah saya ke rumah Amalisa jam 6 petang, sempatlah jumpa dengan 3 ketul kawan ku itu.

Begini sebenarnya, Amalisa dengan Suhada saya tak pernah jumpa lepas SPM haritu iaitu lebih kurang 8 tahun lepas. Tapi bila jumpa, berborak macam hari hari dah jumpa kahkah. Alhamdulillah. Saya suka sangat! Saya harap ramai lagi kawan saya kahwin dan jemput saya supaya saya boleh jumpa dorang.

Kota Marudu, Sabah.

Saturday, May 27, 2023

DETIK PERKENALAN

Assalamu'alaikum WBT. 

Apa mimpi saya bercerita pasal benda ini hari ini? Hiks. Anggaplah sebagai kenangan di hari tua. Tiber. Saya dan Babam bersekolah di sekolah yang sama dari tahun 2010 ketika kami di tingkatan 1. Kami satu kelas lagi. Cuma Babam umur satu tahun muda dari saya cuma langkah kelas. Memang adik beradiknya jenis langkah kelas, ada yang langkah dua tahun lagi macam Abang Nazri. 

Yang saya ingat, sepanjang kami bersekolah dulu, kami tak pernah bercakap kecuali beberapa kali saja. Maklumlah saya kan pemalu kahkah. Babam pun lebih kurang pemalu juga. Mungkin lebih pemalu dari saya. Saya ingat lagi first time saya nampak Babam, masa ibunya iaitu Ma hantar Babam ke sekolah. Dia masuk lambat sikit. Macam dua tiga hari lepas saya. Ma cakap dekat ustaz, kalau dia ada buat masalah, rotan saja. Haha saya ingat lagi.

Okay jadi, kali terakhir kami berjumpa adalah ketika saya menyelesaikan urusan untuk masuk universiti. Saya ke sekolah dengan pakai baju sekolah, pada tahun 2015. Kami terserempak di court bola tampar dan berborak sekejap. Dia tanya saya dapat universiti mana dan saya pun jawablah, saya dapat UIA. Saya pun tambah, jomlah masuk UIA. Tiber. Kenapa saya cakap macam itu ya. Entahlah. Tapi dia sambung tingkatan 6 di SMKA Falahiah. 

Selepas kahwin kan, Umi saya cakap dulu lepas balik sekolah saya selalu cerita pasal Babam. Tapi saya pun tak tahu apa yang saya cerita dan adakah ia memberi maksud apa apa. Okay saya taknak komen pasal itu. Setelah beberapa tahun tidak berjumpa, kami berjumpa lagi pada tahun 2022, sehari sebelum kami nikah. Itulah. Haha tak suspennya cerita saya. Begitulah serba sedikit cerita kami. Kalau tanya macam mana boleh nikah, anggaplah itu percaturan keluarga. Sekian.

Rantau Panjang, Kelantan.

Thursday, May 25, 2023

MR & MRS KAAMATAN TAN2

Semalam berlangsungnya pertandingan mencari MR dan MRS Kaamatan. Seramai 9 orang MR dan 9 orang MRS yang menyertai pertandingan dan top 3 setiap kategori dipilih di akhir acara. Saya suka sangat tengok semalam. Macam yang real betul cara mereka posing dan menjawab soalan. 

Apa yang saya tengok semalam adalah, mereka kalau posing memang champion. Tapi mungkin masa jawab soalan mereka sedikit nervous dan tergagap gagap sikit. Ngam lah yang menang itu semua yang petah dan posing pun cantik. 

Banyak betul pengalaman baru saya dapat semenjak di Sabah ini. Hiks. Alhamdulillah. Cuma kalau tahun depan mungkin saya dan Cikgu Al Faidal akan usahakan untuk meriahkan juga pertandingan seperti hafazan al-Quran dan juga aktiviti keagamaan yang lain.

Memandangkan pentas di foyer pun ada sudah, jadi senanglah nak buat apa apa pertandingan atau aktiviti kan. In shaa Allah. Doakan saya rajin nak menjalankan semua itu. Tapi saya tetap berdoa agar ada ustaz atau ustazah baru posting sini. Bye.

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, May 23, 2023

TIDAK PANDAI HORMAT GURU

Assalamu'alaikum WBT. 

Saya tengok perbezaan budak sekolah rendah dengan sekolah menengah kan, sangat jauh berbeza dari segi hormat guru. Budak sekolah rendah, paling paling dia tidak hormat pun sebab dia masih kecil dan kurang kebolehan untuk berfikir. Jadi boleh dimaafkan lagi. 

Tapi kalau budak sekolah menengah, dia punya level tidak hormat lain macam betul. Dorang rasa macam dorang besar sudah. Mungkin rasa hebat ke apa entah lah. Tapi mungkin tengok tempat juga. Kalau sekolah saya dulu iaitu MMRP, budak budak hormat saja guru dorang.

Saya bukan lapar hormat pun, tapi bila saya tengok dorang kan, sama ada dengan saya atau guru lain, memang kurang adab dorang. Sesetengah pelajar saja lah. Yang bagus, bagus juga. Tapi itulah memang berbeza lah dengan sekolah rendah. Saya tidak tahu lah kalau sekolah lain macam mana. 

Kadang kadang saya rindukan suasana sekolah saya praktikal dulu iaitu SAM Rawang. Allahu tengok pelajar saja membuatkan hati tenang dan tenteram. Memang sejuk hati dan mata bila berinteraksi dengan mereka. Pandai hormat orang, sopan dan bagus lah kesimpulannya.

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, May 22, 2023

GURAUAN MURNI 2023


Assalamu'alaikum WBT semua. Selamat malam saya ucapkan. Hari ini 22 Mei 2023, berlangsungnya majlis GURAUAN MURNI yang mana ia adalah gabungan sambutan Hari Guru, Hari Kaamatan dan Hari Raya. Gabung tiga perayaan sekali untuk jimat kos kahkah. 

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan terkawal. Ia dijalankan di foyer. Kalau tahun lepas buat di dewan. Cuma tahun ini tiada bajet. Lagipun Kak Ramidah masih bercuti. Jadi semua makanan para guru yang patak patak ikut bidang.

Alhamdulillah kenyang perut ini makan masakan orang Sabah yang bermacam macam. Pelajar makan di kelas masing masing. Mereka bawa makanan sendiri dan saya ada lah sponsor sedikit macam kek dan peralatan pinggan mangkuk.

Majlis dipenuhi dengan persembahan yang menarik. Antaranya nyanyian lagu raya, lagu kaamatan, koir, persembahan sajak, tarian Sumazau dan sebagainya. Boleh dikatakan meriah juga lah. Semoga tahun depan lagi meriah. 

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, May 21, 2023

JUST LIKE HEAVEN


Movie ini sangat lah saya recommend. Tak tipu! Saya start tonton tanpa apa apa expectation, tapi sangat puas hati. Hihi. Tiada pun scene yang memboringkan. Lakonan Reese Witherspoon dan Mark Ruffalo. 

Tengoklah please! Kalau kena suruh tengok lagi sekali, saya sanggup dengan hati terbuka kahkah. Next saya nak tengok Crash Landing On You tapi belum habis download lagi. Nanti lah. Nasihat dari Kakcik dan Syahadah untuk tengok. Haa kita tengok menarik ke tak ah. 

Kota Marudu, Sabah.  

Saturday, May 20, 2023

HARI MEMBACA 2023

Hmm acah acah saja budak budak ini. Bukan membaca betul pun kahkah. Kena suruh berlakon bah. Kalau novel laju saja membaca, kalau buku ilmiah hmm lambat lagi. Saya pun begitu lah haha. 

Ini kelas 3 Intan & Permata. 10 minit saja pun dorang membaca. Sekadar untuk dokumentasi. Ada juga yang menjaga hati saya konon membaca buku PAI lah haha. Tapi tak apa, effort itu ada. Well done Ali! 

Kota Marudu, Sabah. 

Tuesday, May 16, 2023

HAPPY TEACHER'S DAY

Selamat hari guru saya ucapkan kepada semua guru yang saya kenali dan tidak kenali. Terutamanya saya punya ahli keluarga, Abah, Umi, abang abang, kakak, Babam, abang abang ipar, kakak kakak ipar dan seluruhnya lah. Ramai juga kalau kena sebut semua. 

Tak lupa juga buat adikku yang bakal bergelar guru tidak lama lagi in shaa Allah. Selamat hari guru! Macam yang diketahuilah, menjadi guru ini bukan senang. Bukan sikit kerjanya. Kena jadi guru sekali dengan ibu bapa. Bukan saja tugas mengajar, kena siapkan itu ini juga. Yang tahu tu tahu lah kan. Hiks. 

Selamat hari guru juga kepada kawan kawan seperjuangan saya di sekolah dan juga sewaktu di universiti. Walaupun saya tidak tahu pun keberadaan semua, namun saya percaya semuanya adalah guru yang hebat. In shaa Allah. 

Kota Marudu, Sabah. 

Monday, May 15, 2023

ABDULLAH ABBAS POTONG RAMBUT


Abdullah Abbas why are you so cute! Besar sudah ini budak. Muka dia jadi lain sikit bila potong rambut. Biasanya rambut tutup dahi. Comelnya budak ini 😭 Alhamdulillah. Cepatnya mereka membesar. Bila jadi besar macam ini pun saya tak tahu. 

Begitu lah kali kan Abah dan Umi rasa bila tengok anak anak. Bila lah anak aku jadi besar begini. Kahwin sudah anak aku. Habis belajar sudah anak aku. Bercucu sudah aku. Sebab itulah setiap masa yang ada kita mesti hargai. Ia berlalu dengan pantas sekali tanpa kita sedar. 

Kenapa tiba tiba pula emo. Cakap pasal Abdullah Abbas saja pun kahkah. Tak sabarnya nak tahu nama dan muka adik mereka nanti. Entah lelaki entah perempuan. Yang mana mana pun tidak apa asalkan sihat walafiat in shaa Allah. 

Basirah punya anak buah pun nama Abdullah Abbas. Katanya sebab mak si Basirah suka betul dengan Abdullah Abbas adik Abdurrahman. Haha. Sampaikan dia paksa Mak Uda letak nama sama dekat anak Mak Uda yang baru lahir bulan 12 haritu tak silap.

Semoga semuanya membesar menjadi anak yang soleh solehah, penyejuk hati dan mata ayah ibu mereka. In shaa Allah 💕

Kota Marudu, Sabah. 

Sunday, May 14, 2023

REHAT MINDA DI DATARAN BENGKOKA


Assalamu'alaikum WBT. Apa khabar semua? Harapnya semua dalam keadaan yang baik, bahagia dan sentiasa gembira. Kemarin saya, Kakda, Basirah dan Suriani ke Dataran Bengkoka melihat pemandangan indah pantai. Tujuan asalnya adalah mau makan di restoran western yang ada dekat sana. Sekali tutup dek. 

Jadi kami termenung kejap tepi laut sambil menyaksikan kanak kanak comel bermain. Lepas tu kami pergi restoran yang buka dekat situ. Saya tak makan pun. Saya minum air soya saja. Sebelum tu kami round dulu fun fair dekat situ yang tak berapa nak fun sangat lah. Saya pun beli popcorn! 

Rasa dia boleh lah buat penghawa mulut kahkah. Kakda cakap kalau nak popcorn yang sedap beli AEON Mall. Okay in shaa Allah saya pigi nanti kahkah. Lebih kurang sejam lebih juga kami di sana. Lepas tu Kakda hantar saya balik asrama. Dataran ni terletak di Pitas. 

Kota Marudu, Sabah. 

Saturday, May 13, 2023

PRESENTATIONS BY 1 INTAN & PERMATA

Kumpulan Aizat.
Kumpulan Ain.
Kumpulan Awal.
Kumpulan Adawiyah.
Kumpulan Khairun Nisa.
Kumpulan yang kena denda.

Assalamu'alaikum WBT semua. Salam pagi Sabtu yang indah dan aman. Pagi ini alhamdulillah saya sedikit aktif. Selepas solat Subuh, saya buat air teh dan makan dengan biskut tawar. Setelah itu saya kemas dapur sikit dan dengar nasyid. Sekarang saya ada mood untuk berblog. 

Sebelum saya masuk kepada isi blog hari ini, izinkan saya terangkan perancangan saya untuk hari ini. Kejap lagi in shaa Allah saya keluar ke pekan dengan Sue. Tujuannya adalah untuk withdraw money, isi minyak kereta, beli hadiah presentation pelajar dan yang paling penting mendobi baju. 

Jadi kemarin kelas 1 Intan dan 1 Permata melaksanakan presentation tajuk Ikhlas. Alhamdulillah semua kumpulan mantap dan hebat ya. Mungkin first time kali dorang present di depan kan. Satu pencapaian yang membanggakan lah. Mereka sangat berani. Yang pemalu pemalu juga, atau acah malu kahkah.

Kumpulan Aizat:
1. Kerjasama yang padu
2. Kreatif
3. Kurang berinteraksi dengan penonton
4. Kertas dipegang macam kena tiup angin
5. Kurang bersedia

Kumpulan Ain:
1. Kerjasama yang sangat mantap
2. Ketua yang function. CC: Ain
3. Contoh yang diberikan sangat tiptop
4. Penyampaian yang jelas dan menarik
5. Interaksi yang menarik dengan penonton
6. Ahli kumpulan sedikit pasif dan suara kurang didengari

Kumpulan Awal:
1. Persediaan yang mantap
2. Ahli kumpulan yang komited dan sopan
3. Kerjasama boleh ditambah baik
4. Suara kurang didengari
5. Penyampaian terlalu ringkas dan kurang jelas

Kumpulan Adawiyah:
1. Semua ahli bersedia
2. Suara yang jelas dan kuat. CC: Syafiqah
3. Penyampaian jelas
4. Ahli kumpulan malu malu
5. Tiada contoh

Kumpulan Khairun Nisa:
1. Persediaan yang mantap
2. Kreatif
3. Ahli kumpulan pasif
4. Penyampaian kurang jelas
5. Tiada contoh

Baiklah, kalau dari penilaian saya di atas, adakah anda boleh teka kumpulan mana yang menang Saya tiada bias mana mana kumpulan sebab semuanya baru kepada saya. Selepas setiap presentation saya akan komen terus depan kelas supaya mereka dapat improve dan group yang belum present akan buat lebih baik.

Ada dua kumpulan yang belum present. Kalau tengok gambar last itulah mereka. Kena denda menyanyi lagu sekolah. Malu tak malu semua kena nyanyi, kalau tak kena nyanyi solo pula kahkah. Kawan yang pegang kertas tidak hadir. Hmm budak budak. Habis semua ahli kumpulan kena. Siaplah si Hidayah dengan Hasrey kita suruh dorang duet minggu depan. 

Apa pun semoga mereka makin improve pada masa akan datang. Saya bersyukur mereka sangat sporting dan semua hebat hebat. Yang buat dorang lebih semangat adalah saya janji akan bagi hadiah kepada kumpulan yang menang. Hmm itu yang semangat betul lagi lagi si Irfan Putera. 

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, May 10, 2023

BAKAL CENDAKIAWAN NEGARA KAH INI



Dahsyat dek anak buah aku yang perempuan satu satunya ini. Dia punya khusyuk membaca itu kalah Albert Einstein kahkah. Padahal baca komik saja. Tapi macam nampak sudah dia punya kecenderungan iaitu ke arah ilmiah sikit hiks. 

Dia suka menulis, melukis dan sewaktu dengannya. Muncung mulut Iman boleh diikat dengan getah ya kalau sedang menulis atau melukis. Haha comel kan! Maklumlah anak buah saya kan, memang ikut Mama Sya nya lah yang suka membaca dan menulis. Tiber.

Kota Marudu, Sabah.

Tuesday, May 9, 2023

KUATKAH AKU


Menyeksakan juga PJJ ini rupanya ya. Semoga Allah kuatkan diriku dan juga kawan seangkatanku yang sama berjauh dengan ahli keluarga. Sebenarnya okay saja kahkah cuma ada waktu yang tiba tiba rasa emotional, rasa kosong, rasa macam alangkah baiknya kalau duduk bersama. 

Tapi macam Umi cakap, ada hikmahnya pasangan itu berjauhan. Kalau macam setiap kali bersatu balik, rasa macam pengantin baru betul. Rasa awkward tapi untuk 10 minit pertama kahkah. Saya faham saja perasaan Kak Izzy yang selalu update status pasal seksanya berjauhan dengan kesayangan dia. 

Tapi saya tiada lah sampai macam itu sekali. Menangis sekali sekala sahaja kahkah. Semoga Kak Izzy kuat dan dipermudahkan urusan pindah ke sisi suami. Suami dia polis di Pahang, jadi mungkin dapat pindah Pahang? Negeri mana pun indapa kan asalkan masuk Semenanjung dulu. 

Kota Marudu, Sabah.

Sunday, May 7, 2023

PENUTUPAN ORIENTASI ASRAMA TAN2 2023


Alhamdulillah selesai sudah orientasi asrama tahun 2023, satu program yang dikira berjaya lah. Selain pentadbir dan warden, pihak pengawas asrama sangat lah komited dalam menjayakan program ini. Mereka memang talented. Bagus! Legasi yang ditinggalkan oleh Ustaz Hazmin tapi ditambah baik lagi. Mantaplah! 

Ada improvement dari orientasi yang tahun lepas seperti pementasan melodrama oleh pelajar, bukan malar nyanyian seperti biasa. Mereka sangat lah berbakat lagi lagi kumpulan UK. Lakonan mereka tersangat lah real hinggakan hampir berjaya melembutkan hati Cikgu Sue. Haha percaya tak Sue hampir menangis dengan lakonan mereka. Haa bukan calang calang ah. 

Ada yang buat cerita hantu, komedi, kisah rumahtangga dan juga melibatkan keibubapaan. Memang tiptop lah mereka punya idea. Mereka dibimbing oleh para pengawas. Kumpulan yang dibimbing oleh Dickter, ketua pengawas asrama yang mendapat tempat pertama. Tapi memang mereka layaklah. 

Ada juga larian berhalangan yang dibuat di padang sekolah. Itu lah aktiviti yang paling budak enjoy sebab bermain dengan lumpur kan kahkah. Masuk longkang lagi. Ala ala askar lah tapi memang best lah. Kalau saya lah antara pelajar tu, memang saya pun akan enjoy habis habisan.

Pelajar tingkatan 1 pun sangat enjoy. Mereka yang saya tanya semuanya cakap best. Mereka enjoy sangat sampaikan tak sabar nak orientasi yang tahun depan pula haha. Melebih lah budak ni. Ya yang penting semua pelajar dapat mengenali asrama dengan lebih dekat lagi dan memantapkan lagi sahsiah mereka di asrama.

Namun, baru sehari habis orientasi, ada sudah kes haha. Aduhai wahai budak. Harapnya cepat insaf lah kan mereka ni. Biasalah nama pun budak kan. Slow slow lah mereka menanam sikap bertanggungjawab dalam diri. Sekian terima kasih.

Kota Marudu, Sabah.

Wednesday, May 3, 2023

HAPPY BIRTHDAY ANGAH


Happy birthday abangku Angah, yang perangai macam budak budak, selalu mengusik tapi cool walaupun umur sudah mencecah 31 tahun, namun sentiasa kelihatan muda. Mungkin kerana jiwa muda kali kan. Saya kena minta tips ni dengan Angah, macam mana nak maintain nampak macam 21 tahun. Begitu. 

Kalau tengok Angah tahun 2020, masha Allah tabarakallah. Semoga Angah maintain kurus, handsome, happy go lucky macam sekarang. Hiks. In shaa Allah. Angah bila dia ada duit kan, sangat tidak kedekut. Pernah Angah bagi saya RM200 tanpa diminta. Ngam pula masa tu saya sedang menunggu gaji pertama. Makan pasir jak kahkah. Okay gurau.

Apapun, semoga Angah sentiasa sihat, dipermudahkan segala urusan, dipanjangkan umur, dipermudahkan rezeki yang halal, diberi kebaikan dunia dan akhirat, diberkati segala amalan, dipertemukan dengan jodoh yang terbaik dan dimakbulkan segala doa.

P/S: Semoga Angah sentiasa cool dan steady macam selalu. Saya sebagai adik mithali sentiasa mendoakan Angah. Tiber.

Kota Marudu, Sabah.