Assalamu'alaikum WBT.
Apa mimpi saya bercerita pasal benda ini hari ini? Hiks. Anggaplah sebagai kenangan di hari tua. Tiber. Saya dan Babam bersekolah di sekolah yang sama dari tahun 2010 ketika kami di tingkatan 1. Kami satu kelas lagi. Cuma Babam umur satu tahun muda dari saya cuma langkah kelas. Memang adik beradiknya jenis langkah kelas, ada yang langkah dua tahun lagi macam Abang Nazri.
Yang saya ingat, sepanjang kami bersekolah dulu, kami tak pernah bercakap kecuali beberapa kali saja. Maklumlah saya kan pemalu kahkah. Babam pun lebih kurang pemalu juga. Mungkin lebih pemalu dari saya. Saya ingat lagi first time saya nampak Babam, masa ibunya iaitu Ma hantar Babam ke sekolah. Dia masuk lambat sikit. Macam dua tiga hari lepas saya. Ma cakap dekat ustaz, kalau dia ada buat masalah, rotan saja. Haha saya ingat lagi.
Okay jadi, kali terakhir kami berjumpa adalah ketika saya menyelesaikan urusan untuk masuk universiti. Saya ke sekolah dengan pakai baju sekolah, pada tahun 2015. Kami terserempak di court bola tampar dan berborak sekejap. Dia tanya saya dapat universiti mana dan saya pun jawablah, saya dapat UIA. Saya pun tambah, jomlah masuk UIA. Tiber. Kenapa saya cakap macam itu ya. Entahlah. Tapi dia sambung tingkatan 6 di SMKA Falahiah.
Selepas kahwin kan, Umi saya cakap dulu lepas balik sekolah saya selalu cerita pasal Babam. Tapi saya pun tak tahu apa yang saya cerita dan adakah ia memberi maksud apa apa. Okay saya taknak komen pasal itu. Setelah beberapa tahun tidak berjumpa, kami berjumpa lagi pada tahun 2022, sehari sebelum kami nikah. Itulah. Haha tak suspennya cerita saya. Begitulah serba sedikit cerita kami. Kalau tanya macam mana boleh nikah, anggaplah itu percaturan keluarga. Sekian.
Rantau Panjang, Kelantan.
No comments:
Post a Comment